Followers

19 Mar 2011

besh oo life camni

Bila nak ada chance tengok Merong Mahawasangsa ni? Semalam, nak dating tapi pengasuh kata dia ada kelas menjahit lepas Maghrib. Skang susah MAkbed nak dating-dating pas keje sebab pengasuh ada kelas menjahit lepas Maghrib. Hari-hari.


Hari minggu pun ada kelas jahit. Tapi start kol 11 sampai kol 3 petang.


Aku dah kena start pikir nama glamer untuk pengasuh aku la.


Dia cakap kalo nak tinggal Oni, tinggal la lepas kol 3. BUleh je....

Haih...

Gi tengok jadual tayangan movie tu kat Cinema Online. Ado jam 4.50ptg. Dah dekat nak pukul 5. Iskk.. tapi rasa malas lak nak kuar. Last skali tak pi mana pun. Mengeram dalam umah aje 3 beranak.


Hari ni wakpe?


Sat nak kumpul tenaga nak taip.












Oni bangun awal tau ari ni. Jam 5.30 pagi. Dia tahan mata berjaga sampai kol 10 pagi. Aku tak larat layan aku bantai tido je sampai kol 7 pagi. Oni pulak masa gelap-gelap dia tak kaco. Dia main sengsorang je atas tilam. Tapi, bila dah makin cerah, Oni tepuk-tepuk kepala aku suh bangun. Nak taknak kena bangun gak. Takde chance lansung nak bangun lewat.

 Aku wat simple bekfes untuk Oni. Celur spageti (apsal rasa cam dah citer dah je)..pastu tumis bawang sikit, masukkan garlic butter dan kendian masukkan spagetti tu. Haah, kasi ado rasa sikit. Oni suka makan mee dan spagetti. Untuk orang dewasa, aku just wat scrambled egg. Then goreng daging burger. Dah le tu. Cam biasa pepagi aku minum susu. Kalau tak Nini D bising. Aku bancuh air teh untuk Inche Kitchi.


Oni makan kat ruang depan. Hall umah aku kan beso. Ada 2 hall. Dia makan kat hall yang jadi tempat aku ngan Inche Kitchi berfesbuk hari-hari. Kalau hall satu lagi tu ada terbentang tilam. Mana leh makan situ. Seperti kebiasaan, Oni makan tumpah-tumpah. Tapi takpe, tumpah atas tikar je. Lepas dia makan, aku sapu sampah sikit dan cuci tempat yang berselerak dengan spageti tu.

Pastu, Oni didapati telah berry. Jam sudah menunjukkan jam 9am. Oni ngadu nak susu tapi aku gi mandikan dia dulu. Saja aku dera dia kasi mandi air sejuk. Heee... Oni dah mula gosok-gosok mata tanda nak tido. Bayangkanlah, dari subuh berjaga. Lepas aku siapkan Oni, aku gi buat susu dia pula. Then, basuh pinggan masak bekfes tadi. NAsib baik Inche Kitchi jenis makan basuh pinggan sendiri.

Pastu, aku pun bersilalah atas tilam bersama Oni. Wah, bergusti gak aku nak tidokan dia. MAta Oni memang dah nak lelap tapi dia EGO, taknak ngaku dia ngantuk. Pecah peluh gak lak bergomol ngan dia. Dengan perut yang beso ni, aku rasa tak selesa nak duduk bersila lama-lama atas tilam. PErut bergesel ngan peha. Dengan dada aku lak rasa sesak. Hadeh.. serba tak selesa lah! Tapi, aku sabarkan jela.

Cuaca panas walaupun baru jam 10. Ke aku sorang je rasa panas?


Akhirnya, Oni berjaya ditidokann. Aku terlelap kejap. Dalam seploh minit. Then, aku gi bilik kain. Ada 2 bakul kain tak berurus. Bakul serika dan bakul baju lipat. Aku duduk, bersila lagi, dan selesaikan baju yang nak kena lipat dulu. Waduh... menangih ketiak aku dok dalam bilik tu. Padahal kipas on sampai level 4 tu. Aku takut nak bukak sampai 5, kang tak pasal melayang lak kipas tu atas kepala aku. Eeii..ngeri!

Alhamdulillah...siap dah lipat. Tapi, tetiba Oni jerit.

"APAK!!!!!"

Kuat betui dia jerit. Pehtu, diam. takde bunyi.

Aku jengok keluar. Tengok Inche Kitchi tengah tepuk bontot Oni. Oooooo... Anak aku mengigau siang-siang. Oni kalau ngigau memang selalu jerit panggil Apak dia. Aku gi la sebelah Oni, nak tidokan dia balik. Tak sempat nak kemas baju yang aku lipat tu masuk lemari. Kejap lagi la.


TApi, Oni tak tido pun dah. Dia celik je. So, aku pun gi dapo. MAsak pulak. Ayam aku dah kuarkan awal-awal tadi. Hari ni nak masak kari je. Lama tak makan kari. Jiran bawah datang umah. Dia belikan aku pelam telur. Aku bagi dia satu periuk asam rebus, belen masakan semalam. Semalam, aku sms dia tak balas. Tido awal ke? Aku kasi la hari ni...


Lauk semalam habih. Legaaa... Tak baik membazir kan? Boleh le masak lauk baru.


Sejam pastu, siap la lauk dan nasik. Aku siap kemas dapo lagi. Susun suma kuali, periuk belanga, pinggan cantik-cantik. Aku terjah suma tempat yang jadi pusat penternakan semut. Aku cuci suma. Oni mana? Ado je belakang aku. Aku kemas , dia punggah. Aku susun, dia turunkan. Tak de menda lain aku buat selain dari bongkok , bangun, bongkok , bangun  ngutip menda yang dia punggah dan kendian susun balik. KAlau perut ko buncit, memang 'sedap' la bila bongkok-bongkok banyak kali ni.

Ketiak aku memang tak berenti menangis la. HAHAHAHAHHAHA. Menjelang tengahari, lauk udah siap. Buleh makan bebila masa. Aku bagi Oni makan spageti lebih pagi tadi. Dia nak suap sendiri. So, aku biarkan je. Dia dok diam-diam makan spageti dia , aku lak makan nasik.

Dah habih makan, Oni tak abih gi. Dia tak makan pun! Habih bersepah segala spageti atas lantai. Dah habih berminyak lantai. Adehh... Kutip pulak spageti tu. Then aku cuci lantai ngan sabun. Lap bagi kering. Tak daya la nak mop skang. Oni sengih-sengih je cam besh tengok aku dok nonggeng lap lantai. Inche Kitchi gi bawak ONi basuh tangan. HAbih cuci lantai, aku kemas meja makan dan basuh pinggan.

Aku amik baju kotor kat bilik masuk mesin basuh. 

 Then, Oni berry lagi. Hadehh...

Cuci berry , bagi mandi skali. Pastu, aku pulak gi mandi. Then aku solat.


PAstu, buat susu Oni. Nak kasi dia tido lagi skali. Dah jam 3 petang. Sejam jugak la nak tidokan dia. Baby dalam perut dah mula menendang dengan dasyatnye. Memang time dia la ni. Bayangkan la, gusti ngan Oni pastu anak aku dalam perut bergusti sengsorang. Penat wooo...

Lepas Oni tido.. aku pun lelap skali.


Sampai kol 6 tido! HAHAHAHAH..


Bangunn tu... aku gi bilik baju lagi. Kali ni nak serika kain pulak. MARI LAH KITA SERIKA BAJU!!!!! Chaiyok! Chaiyokkk!! Seblom tu aku gi angkat baju yg aku kipat masuk almari.

Oni terkinja-kinja sengsorang kat depan. Ntah hape dia buat sampai Apak dia bangun. Dia layan Upin Ipin plak. Tapi layan gitu-gitu je sebab dia lebih suka kaco aku kat bilik baju.


Serika baju memang buat aku pecah peluh. Giloh kentang basah baju aku. Aku kuatkan semangat. KAki dah mula menggeletar dah. Masuk baju ke seploh, aku surrender.


Then, aku mandikan ONi. Siapakn dia comey-comey. Skang, aku tak mandi lagi. Oni tgh nangih-nangeh nakkan perhatian yang khusus dari aku dan apak sebab kitorang dedua tgh ngadap pc. HAAHHAHAHA...


Kang nak gi dinner kat luar ngan kengkawan.


Ok..nak mandi ah.. Perut keras lak. Baby nak pusing kot?


ohh... baru pasan aku tak sidai kain yg aku basuh tadi!!!!!!! owh tidaaakkk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram