Followers

5 Mar 2011

Berjaya Makan Nasi Kandar Penang

Tak jadi gi berjimba di KL menghadiri knuri SEPET sebab ada urusan keluarga kat Penang. 

TAdahaalll!!!! 


Buleh makan nasik kandahar kandar. Weehu~


Gerak tetengah malam buta dari Lumut sebab Apak Auni kena attend dinner sebelom tu. Dulu-dulu, siok je jalan malam-malam cenggitu tapi SEMALAM, waahhh... stressnye jalan ngan Oni. Tetiba ONi terlebih gula dalam keta, terkinja-kinja hepi sebab dapat jalan malam-malam, tengok lori dan bas sampai lansung takmau tido. Dengan si adik dalam perut pun turut sama terkinja-kinja gamaknya. Rasa perut aku ni vibrate jek. Melaung-laung aku marahkan Oni suruh tido tapi Oni wat donno je. Dia mengajuk antu mak limah lagi ado la! Isskk~


 Ko bayangkan la kol 1 pagi dia lom tido. Aku dah ngantuk dah ni. Dah kuar gi Tol Changkat Jering, baru le betri Oni lemah sikit. Dah mula genyeh-genyeh mata tapi still lagi tak mo duduk. Aku dah mengah dah. Kaki mula rasa kebas. Sahih bengkak dah tu.

Jam 1.45 pagi baru dia tersembam atas bahu aku. Haa..lega..... Tapi kejap je sebab setengah jam pastu dah sampai dah Penang. Pelan-pelan aku angkat , terkedek-kedek dukung dia jalan ke lif. Siyes, longkang pun tak leh nak agak beso mana. Camana nak measure..ngan perut lagi, ngan Oni lagi kat depan. Dushh..Dushh.. Tapi, alhamdulillah selamat gak sampai - tanpa Oni terjaga. 

Umie (mak tok) buatkan kopi kat anak dia. Kat aku dia bancuh susu Hi-Goat. Ehh.. sedap pulak susu tu. Nak kena beli la pasni sebab susu tu tak manis pun. I like! Pehtu, Umie masuk titon, meninggalkan aku yang sibuk menghabihkan makanan atas meja. Lapar la pulak memalam tu. Jam 3 pagi, baru aku lelap sebelah Oni. Apak, tido luar, cam biasa. 


 HAri ni, awal-awal aku remind suma orang dalam umah - aku nak makan nasik kandaq. Heee..... Mengada-ngada punya menantu. Inche Kitchi pun kuar dengan Adik Azrin sebagai penunjuk jalan bersama aku ngan ONi gi la beli nasi kandaq dekat-dekat ngan tempat keja adik ipaq aku tu - New World Park. Pejam mata kejap bila lalu situ sebab ada Stabak. UUuuuuuUuu.. Tapi tak teringin pulak sebab dalam hati tu berkobar nak makan nasik kandaq. 


 Kitorang tapau je. Siap lauk-lauk suma. Huh, dalam keta lagi aku dah bau semerbak. 
Iskk.. dulu-dulu aku tak mo makan nasik kandaq tu pun. Bukan tak lalu, tapi bukan pilihan utama la bila gi kedai makan kan. Tak sangka pulak tersedap kan. Boleh tak cakap rugi sebab aku dah lama jadi orang Kedah tapi tak penah try makan nasik kandaq dengan bersungguh-sungguh? Ntah-ntah kalu dari dulu aku makan nasik kandaq, aku lagi gemok kan? Ahahhaha.. ada hikmahnya tu. 

siput tu hanya sebagai hiasan ajer...
Balik rumah, terus makan. 
Giloh sedap weh! Especially lauk sotong  ngan ayam masak rempah tu. Pedas toksah kata la. 
Pecah peluh gak aku sementara nak abihkan sebungkus. Banyak lak tu sebungkus. Buleh makan 2 kali. 
Tapi aku skali hadap je , abih. 
Geleng-geleng kepada mak mentua aku tengok menantu dia makan. HAhahahah... itu la yang dikatakan makan tak nampak mak mentua lalu belakang. Eh, mak mentua aku ada kat depan aku lak. PAk mentua aku pun ada. Kuikuikuik~ Suma tengok aku makan dengan gelojohnya. 
TAkpe, dah jadi menantu dah buleh la wat camtu. Kalau belum lagi, jangan choba-choba. Kena potong markah kang!

Ikan cencaru sambal dalam gambo tu Umie yang goreng. Tapi, laku sekor je. Tu pun Oni yang makan.Lain-lain sibuk makan lauk tapau. HAbih sebingkus tu, perut aku terus jadi bola. Bulat! Kenyang sampai sendat ko. HEhehehhe... 

Skang ni aku berblog sebab nak kasi nasi turun masuk perut betui-betui. Kang tak hadam pulak kang. 

PEserta cilik Junior Masterchef

Anak-anak dara..sila jangan malas ke dapo. MAlu sikit kat si kecik. Kecik-kecik dah pandai tumbuk sambal. HAHAHAHA... Tak reti wat sambal belacan? Meh sekolah ngan Oni.



-habeh dah citer-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram