Followers

23 Mar 2011

BERAPA KALI DAH CAKAP, NAK MASUK BUAT APPOINMENT DULU!! pekak ke tuli ni?

 Hari ni ada entri khas berkenaan kerja Makbed. Panjang le sikit. Tapi, harap korang sudi le baca. MAna le tau boleh belajar something dari kisah ni.




Ado 2 orang pemuda datang bawak buku bacaan Islamik banyak-banyak dan tebal-tebal belaka. Oh.. sebelum ni dia penah datang jual buku-buku serupa di sini. Kali ni dia cuma datang dengan kawannya seorang.

Dia masuk. BAgi salam. Then tanya soalan...

"Hai kak. Kenal saya?"

Op kos aku kenal ko. Budak yang datang sesuka hati tak pandai-pandai buat appointment sampai ke sudah sampai la hari ini. Nak marah dah beso panjang. Badan dia beso, tapi aku nampak dia cam kecikkkkk je. Iskk.. KAlau datang tu dgr kata takpe. Ini tak, terus slamber je SURUH aku panggil bos. Sebab aku kata kat dia:

"TAk boleh jual buku pape kat sini selagi takde kebenaran dari bos.."

So, dia suruh la aku panggil bos.

Aku tanya dia.. "APSAL KAMU TAK CALL AWAL-AWAL SEBELUM DATANG SINI?"



"Nombor yang akak bagi ari tu saya dah hilangkan. Tak tau mana letak," gitu aje jawapannya. Simple dan mudah, bukan?


Dalam hati aku cakap, budak ni kejap je lagi kena skolah jugak ngan aku ni.


"Ala...takkan tak boleh masuk kak? Nak jual buku je..." Budak yang bernama Ahmad ni mendesak. AKu tau dah dia memang akan desak sebab tengok muka pun dah buleh nampak. Muka tensen. Badan berpeluh-peluh. Ye ahh.. sebab kena jalan dari gate sampai ke tempat aku. Sebab tu la aku soh wat appointment dulu sebelum datang supaya peluh dia tak terbazir begitu sahaja.


"Takleh. Jap ye.. Akak call Bos 1 dulu. HAri tu awak jumpa Bos 1 kan?"tanya aku.


 Dia angguk.

Tapi, malangnya Bos yang dimaksudkan itu MC pulak hari ni. NAsib tak baik la ko Ahmad. Then, aku punya nak tolong, aku call pulak Bos 2. TApi, Bos 2 pun tadak hari ni. Gi KL kot.


Maka, aku cakap kat dia yang dia kena balik. KAlau ada pon bos cuma Bos Beso je. But, skali lagi KENA WAT APPOINTMENT DULU LA sebab nak jumpa BOS BESO kan. Mana leh barge-in pastu buat muka bajet bagus je nak jumpa bos cam ko ni Perdana Menteri. Lagipun, Bos Beso ni berbangsa Cina . Ini bukan entri racist tau. Memandangkan buku-buku yang dijual itu adalah buku Islamik dan kebiasaanya Bos 1 yang akan assist diorng ni untuk setup booth ke tempat duduk untuk menjual , so adalah lebih baik berurusan dengan Bos 1. Memang bahagian dia.


Tu pun, si Ahmad ni tak puas hati. Berkali-kali aku jelaskan yang dia takleh slamber je approach orang  atau staff2 sini untuk buat jualan. Kang tak pasal aku kena marah. In fact, nak masuk dalam plant ni pun takleh kalau dia tak de appointment. Yang aku heran, apsal guard slamber je bagi masuk. Ni kang aku nak sekeh Cik GUard lak. Sebab bagi budak-budak degil masuk opis sesuka hati. Aku bukan tak suka bebudak jual buku, tapi aku tak suka depa ni masuk sesuka hati then suruh aku wat macam-macam kat diorang. Panggil orang tu, orang ni. BOs tu, bos ni... Hoh!


Aku bagi dia skali lagi number telepon opis. SIap skali ngan company chop, nombor extension Bos 1 dan Bos 2. HAah, ape lagi mau? Camana pun, ko kena jugak balik dan call untuk set up appointment. Dia mengeluh.. Takkan sebegitu susah nak jual buku Islamik gini?


Aku cakap....


Tak kisah le jual buku Islamik ke , buku masak memasak ke.. Jual apa pun, setiap proses jualan dalam premis pekerjaan kenalah ada kebenaran pihak atasan. Tambahan pulak la loji beso cam tempat aku ni, kena la somebody authorize kehadiran dan aktviti korang. Aku sebagai receptionist takleh bagi auhorization. Kang menanah telinga aku kena bebel kang! Kena ikut prosedur le dik oi.


Dia senyap je. Tengah pikir la kot. Kendian tanya lagi..

"Akak, tahu tak kat mana lagi saya leh jual buku-buku camni? Kitorang target kawasan pedalaman. Ada lagi ke loji macam ni kat tempat lain?"


Dah tanya soklan gini pulak. TAk pasal aku jadi Yellow Pages. Kesian pulak. Bebudak baru nak naik kann. Depa ni nak jual kat loji-loji ke atau nak masuk semua premis pekerjaan kerajaan ke.... tu la aku tanya. AKu cadangkan diorang pegi skolah-skolah... Kalau kat area Pantai Remis ni mana le nak ada pejabat kerajaan banyak. BAlai Polis Segari ado la! Ha.pi la situ. BUT, still ko kena wat appointment gak kalau nak masuk. Ko berani ke nak barge-in jual buku kat balai polis tu? Haaaaa?


Nampak cam si Ahmad ni dah paham maksud yang aku cuba sampaikan.


"Penat saya datang kak. HAri ni saya belum ada sale lagi.." keluhnya.


"Hah, tu la. Kamu nak buat bisnes, tapi kamu tak plan bebetul. Orang bisnes kena BIJAK MERANCANG... ." Haaa..tu...Dah terkeluar sebijik bebelan Makbed.

"Akak dok mana? TAkde kawan-kawan  yang nak beli buku-buku cam ni ke? Promot le kak.."

Ok..masuk ayat camni dah kira bermaksud conversation ni jadi tak professional lagi. So, aku buleh le bahan dia kaw-kaw. TET!!

"Akak dok dalam base kat Lumut. Dah try jual dalam base navy tu ?" tanyaku.
Pehtukan, budak ni diam lama la jugak. Lepas 35 seconds , baru jawap. HAHAAH.. aku kira beb berapa saat.

Nak tau apa jawapannya.....









"Saya dah try dah jual kat situ. Skang saya dah kena blacklist."



Aku sengih. Memang aku tak terkejut ngan jawapan beliau,

"Hah, kalau dah begini cara kamu buat kerja, memang kamu patut le kena bleklis!" Aku gelak di penghujung ayat. Bengang je muka adik tu. Tapi pastu dia buat muka insaf lak. 


"Nak masuk tempat-tempat yang ada 'pengawal keselamatan' dan booth pengawal keselamatan, awak kena ikut prosedur. Kena hormati prosedur tu. Tak boleh la nak buat menda ikut suka hati awak je. Awak belajar kat UiTM kan? Tak kira amik course apa pun, tapi courtesy kena jaga. KAt U tak ajar ke etika wat appointment ngan client?"


Muka keinsafan terbit lagi.


"Apa yg akak buat la ni untuk awak adalah untuk menyelamatkan awak dari kena bleklist. Nanti awak lansung takleh masuk plant ni. Sepatutnya, awak memang kena bleklist dah. Akak dah banyak kali cakap, CALL DULU ,  SET APPOINTMENT. Tak kiralah sesimple mana pun urusannya. Itu tanda awak menghargai tugas awak dan menghormati masa orang lain, dan jugak masa awak seniri. Skang ni ce tengok? Apa awak dapat? Apa awak ingat jual buku ni remeh sangat, takyah buat appointment? Orang jual baja pun pandai wat appoinment tahu?"


"Yelaa.. tapi nombor tu ilang. Nak wat camno....." bidas si Ahmad ni. Nak defend diri lagi tu.


"Ohh... Bukan masalah akak. Tapi, akak buleh bagi tips. Kalau awak nak, seribu daya dik. Kalau buat menda sambil-lewa, ginilah hasilnya. Awak tak penah try call 103, TELEKOM tu ke???? "


 Pehtu, adik tu gegaru sikit pala dia. Habih kuar kelemumur jatuh atas konter aku. Chait! MAsa tu baru dia cam tersengih sendiri. 


"Camana ko leh kena bleklis kat Navy base tu? Ko masuk main-main kat dalam ke?" Aku lak main teka-teki. Nampak cam si Ahmad ni dah buleh cool down walaupun kena bebel ngan aku. HAHAHAHA.. Pelik tak?


"Saya hari tu masuk nak jual buku la. Saya cakap nak gi Sekolah Rendah kat dalam tu. Tapi, lepas habih jual-jual kat sekolah tu, saya gi jalan lak kat bangunan lain (unit lain). Sampai ntah memana ntah. Punya la excited masuk pangkalan tentera, beso! Skali, ada orang ngadu la kot. PROTELA datang bawak gi pejabat tu. Kitoang kena tangkap gambo macam penjenayah. Siap kena pegang nombor pesalah mcm banduan tu. Pehtu, kena urine test. Henpon kena check. Macam kami ni musuh negara la pulak!"


Aku gelak terkekek-kekek kat konter. Haa... Tu la.. Terlampau 'bijak' kan? Sepatutnya dia belajar la dari kesilapan. 


 "Last-last gambo kitorang ado terlekat kat gate tu. WANTED. Dilarang masuk." Cerita Ahmad lagi.


 Huh, kalau dah sapai cemtu memang mamat ni ada masalah la ni. Sure dia ada cakap menda kuar ajo kat orang Protela tu sampai kena bleklis teruk tu. Habeh laaa.....


"Memang kena ikut prosedur. sama jugak macam kat sini dik..."


 Pehtu dia tanya lagi..


"Kak, kad yang kami pakai ni untuk apa?" tanya dia sambil tunjuk Pas Masuk ala-ala cam kad metrik tu. Memang suma visitor diberi kad camtu. 


"Kad tu untuk visitor. Senang Guard nak detact ke mana awak nak pegi. So, kalau awak gi tempat yang tak sepatutnya pegi dorang tau la..." Ceh, slamber je jawab. AKu pun tak sure betul ke tak. 


"Ohh.. KAD NI ADA CIP la kak?! Boleh detact mana kitoang pegi?" si Ahmad tetiba wajahnya bertukar terkejut.


Aku angguk. Dan diorang pecaya la pulak!


Hahahahahahaha.. kena kencing pulak bebudak ni ngan aku. HAHAHAH. AKu tak sengaja sebnonye.


 Pehtu.....


Aku dah malas nak layan diorang. Aku pesan skali lagi soh call and buat appointment sebelum datang. Sebab next time, aku memang takkan jadi sebaik hati seperti hari ini.


Lepas sejam, aku yakin diorang dah takde. Aku call Guard House. Then aku tanya pasal 2 orang budak yang masuk jual buku tadi. Rupa-rupanya, Cik GUard pun kena kencing ngan bebudak ni. Patutla dema bagi je masuk. BEBUDAK NI KATA DIORANG DAH BUAT APPOINMENT. Siap kasi nama bos lagi. Waaahhh! Terer kome ni.


Terus aku cakap kat Cik Guard yang diorang MENIPU. Takde wat appointment. Siap citer pasal kat NAvy skali aku kuarkan. Ye la.... Kalau dah gitu attitudenya, memang aku kena selamatkan diri aku ngan diri CIk GUard la. Nanti, tak pasal kitoang kena kang. Iskk~ So, next time kalau bebudak ni datang lagi, cakap kata ada appoinment, telepon aku dulu sebelum kasi masuk. Aku nak check! Sebab ..BILA DEPA MASUK MEMANG SUSAH SANGAT NAK SURUH KELUAR!


Aku rasa terkilan sangat dengan sikap adik tu. Sebab, dia jual buku berunsur Islam, tapi MENIPU pulak demi mencapai matlamat jualan. Kan ke tak baik macam tu? Pastu, suka desak-desak orang pulak. Kalao lah aku ni jenis baran, mau aku halau je ngan payung kot. Menyusahkan haku. Dah masuk-masuk opis orang, buat cam kita ni sedara-mara dia pulak. BOleh slamber-slamber je panggil orang tu orang ni. Aku yang nengok ni pulak rasa segan dan takut. Takut kang, staff kat sini bagi pelempang pulak kat muka dia sebab dia cara dia yang tak berapa reti nak beza BOS ngan TAK BOS. Hadehhh... Dan, ada masa buat aku rasa cam aku ni bodo pun ada gak. 



Korang paham ke ngan entri panjang ni?



Terima kasih sebab baca. HEHEHEHEH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram