Followers

18 Mar 2011

Aku nyaris makan MAKANAN tak halal hari ni tau!

Tadi aku pi pasar malam. Teringin nak makan asam rebus. Nak masak asam rebus, kena ada ikan fresh. Tu pasal la aku pi pasar malam.

Jalan sikit kat pasar malam , dah sampai gerai ikan. Ada ikan plata yang gemok-gemok. Sekilo RM14. Aku amik 3 ekor je. Setengah kilo jumlahnya.

"7 hengget kak.." kata adik jual ikan tu.

Aku pun kuar duit.

Pastu..

Aku toleh kat Inche Kitchi. Ermm.. nak pi mana lagi aaa?

Ohh.. nak beli kangkung. Asam rebus sedap campur ngan kangkung. Gi jalan kedai sayo pulak. Teringat pulak , kang nak beli daun kesum. Tapi, semalam Illa kata umah dia ada daun kesum lebeh. Aku lak tak bawak henpon. Maka, aku soh Inche Kitchi tepon Bunk Seman, tanya daun kesum tu ada lagi ke tak. Kalau ada lagi, aku tayah la beli.


 Illa kata daun kesum ado lagi. So takyah le beli. Aku beli kangkung je seikat.

"Singgit kak.." kata abang jual sayo tu.

Then aku nak bayar. Aku nampak menda yang ganjil kat tangan aku. Ada duit merah dalam tangan. Seploh hengget.

"Ehh... tadi aku kuarkan duit seploh ni nak bayar ikan. Tapi apsal ada lagi duit seploh ni? Aku dah bayar ke belom ikan?" aku cakap sengsorang.

Aku tengok tangan aku ada pegang plastik ikan. Haa.. ikan dah amek dah. Ni duit hape?

Aku tanya Inche Kitchi ngan penuh kekonpiusan.

"Cayang, tadi kan... B bayar tak ikan yang b amik ni?" tanya aku kat laki aku.

Inche Kitchi pun cam konpius. "Ntah. Dah kot..." Jawabnya.

Aku tak puas hati. aku yakin aku cuma ada sekeping je duit merah hari ni. Kalau seploh hengget ni ada kat tangan aku, memang aku tak bayar lagi rasanya duit ikan tu. Maka, aku pun berjalan balik ke kedai ikan tadi.

Aku panggil adik yang bungkus ikan kat aku.

"Dik, tadi akak bayar tak ikan yang akak amik?" tanyaku dengan muka cover malu. HAHA..


"Err.. tak la kak. Akak jalan pegi camtu je. Saya dah panggil akak dah. Akak tak dengar," jawab adik tu sambil sengeh. Adik ni cam pandang tak pandang aku je. Aku pon konpius dia ni cakap ngan aku ke atau ngan orang belakang aku.

 "Yekeee... Patut la. Kat tangan akak ni ada lagi duit nak bayar ikan." Pehtu aku pun bagi la duit tu kat dia. Dapat baki 3 hengget.


Ohh... mata adik tu juling rupanya. Patutla dia kelihatan seperti tidak memandang aku. Heee... Sori dik. Nyaris-nyaris akak makan ikan tak bayo hari ni.


Korang rasa penyakit absent-minded aku ni bila nak berakhir?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram