Followers

17 Mar 2011

25th Week scan confirmed - It's A Boy.

Mood ke laut la nak berblogging. Apsal neh?

Banyak sangat menda nak dipikir. Anggota badan pun bergerak. Kalau aku ada tangan lapan, musti bersimpul-simpul tangan aku sebab semua menda nak buat sekali. Syukurlah Allah bagi 2 je tangan.


Aku tak sihat sejak semalam. Aku dah ada kat opis, tapi balik umah sebab tak tahan sangat dengan idung aku yang selsema sampai sesak napas aku. Nasib bawak inhaler so buleh la tahan driving sampai Manjung sementara nak pi klinik. Kali ni aku tak pi Klinik Saadiah. 
AKu memilih untuk ke Klinik Bersalin Yasmin. Saje nak try sesuatu yang baru. Kat sana Kak Kiah kata boleh amik satu pil mengandung yang bagus.. tak payah dah makan semua 4 bijik pil sampai tak boleh berak.


Lama jugak nak tunggu turn. Aku nak amik MC, nak ubat selsema (apsal aku kerap sangat selsema ni??) sebab takleh keja lansung kalu macam gini dan nak scan baby. Last check-up dulu, tak nampak gender lagi. Kali ni hopefully nampak lah. Aku dah tak sabo sebenonye. 


Sampai abih la bekalan tisu dalam handbag aku. Siap buleh lapar lagi. Namuun berkat kesabaran, akhirnya giliran aku dipanggil. Masa aku dibaringkan kat atas katil tu, doc belum masuk gi. Akak nurse tu siap-siapkan dulu perut aku untuk doctor scan nanti. Aku siap leh tido sekejap atas tu menunggu doctor datang. Aahhhaaaa...gilo letih sama sakit kepala. 


Dr. Nadrah pun datang. Scan perut aku kiri dan kanan. Besh sebab dia scan sangat detail. Habih suma menda kecik dia check. Kalau kat A10 dema check kejap je. Yang ni, siap explain lagi baby tengah wakpe , duduk camne dalam perut aku. Wah, baby ku sedang menunjukkan pelempangnya ketika di scan. NAk gitau kitorang yang jari dia ada 5, cukup! Dia gerak-gerak, selalu stretch kaki dia. OO..kuat mengeliat rupanya budak ni. Mengeliat sambil menguap lagi tau. 

Baby duduk melintang dalam perut. Patutla perut aku besar sebelah kanan. Kalau tengok cermin nampak perut senget sikit. Belah kanan tu lah letakknya kepala dia.


"Ohh... tengok ni. Cuba teka baby apa ni?" tanya Dr. Nadrah.

 Aku pun tengok le kat tempat dia tunjuk tu. Nampak cam boy tapi tak sure le disebabkan kekurangan ilmu baca gambo dalam mode itam putih. 


"Boy ke?" Aku nak kepastian. Tak berani nak ciwi lagi masa tu.


 "Iye laa... BABY BOY. Tahniah. Sebelum ni girl ke?"

 Aku angguk. Rasa nak nangih pun ada. Hepi nya dapat boy kali ni.


 "Ok la. Dapat sepasang dah..." sambung Dr. Nadrah.


Tetiba je air mata mengalir bila tengok baby tu dok mengeliat lagi dalam perut aku. Eii..lately aku memang hati lembut sungguh. Cepat tersentuh. Emosi tak stabil. Tengok perut sniri pun touching. Tengok kucing mati kena langgar pun touching gak. Tak boleh tido bebetul pun sedih sampai nangeh. Kekadang Oni pulak tolong tepuk-tepuk aku kasi tido. Alahai...


Lepas balik klinik aku gi makan kat Secret Recipe. Dapat Oreo Milkshake. Waahaha... suka..suka.  Pehtu, makan ubat doc bagi. Terus tak sedarkan diri selama 4 jam. Hoh, tu baru setengah biji je amik. Kalau aku amik sebijik, mau satu malam aku tido tak bangun. Inche Kitchi yang kejut aku bangun. Celik mata je aku sebut "nak makan kat White Coffee..."


Mo order ape boss?

Oni kidal seperti Apak. Gambo tu pulak tak pasti adakah sebab tangan Ibu vibrate ataupun lensa kamera tu yang kabur sebab selalu kena jilat ngan Oni.


Mana waiter ni? Orang nak antar order...

 Aku cuma nak makan toasted bread with half boiled egg. Sebab aku takleh wat sniri half-boiled egg tu. Untuk Inche Kitchi diorderkan garlic toast. Oni pulak, peanut butter toast - double lagi. Buleh la cilok sikit. Minum lak Fresh Orange Smoothies untuk MAkbed, dan Ice White Coffee untuk Inche Kitchi.


Eh, ngape makan berdiri nih?


Oni takmo duduk sebab........


 Dia sudah berry. Aku lak tak bawak pampers salin. Nasib bek la makanan sikit je. So, pas makan , aku singgah Giant jap beli barang-barang sikit, then terus balik umah.




Lega sangat sebab tau kondisi baby sihat di dalam rahim aku. Skang usia kandungan ialah 25 minggu. TAk lama je lagi nak bersalin. Anyway, minggu depan aku ada check-up lagi kat A10. Kena cucuk kot rasanya. Adeshh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram