Followers

13 Feb 2011

Valentine's Day? Tamo Tamo Tamo

Valentine? 


Selama idup aku yang tak berapa tahun lagi nak masuk 30, belum penah sekali pun aku sambut Valentine. Nak dengar cerita lebih sedih? Aku tak pernah dan belum pernah terima hadiah berupa bunga atau cekelet dari orang yang aku suka atau dengan erti kata lain, dari pakwe. 
Dari stalker, ada la... Cuma rasanya bukan di hari Valentine. Ada la berapa kali stalker kasi bunga ngan cekelet tapi aku tak makan sebab takut dia boh minyak dagu. HHEHhe.. Terus ditongsampahkan dengan jayanya.


Bagi pasangan yang belum berkahwin, silalah JANGAN pilih hari esok sebagai hari untuk meluahkan rasa cinta dan kemudiannya menjadi hari cinta itu TERBUKTI. 
Ladies, please remind your self. 
You don't have to proof anything when you love somebody. Love is a feeling. You can't touch it. 
Sama la macam sakit. Ko buleh pegang tak kesakitan tu? Ko cuma buleh pegang tempat yg sakit, but it doesn't heal the pain, at all. 
Jangan cari pasal gi buktikan rasa cinta korang kat pakwe. 
Dan kepada pakwe, sila jangan hilang teruna kat awek, walaupun awek tu minta-mintak ok. 
Kena berlaku adil. Kang lelaki bengang lak asal sebut bab mengambil kesempatan je musti laki jahat, kan? UU.. sian korang. 


Walaupun skang lelaki budiman yang menghormati wanita dah sangat kurang, tidak salah menjadi salah satu golongan yang pupus tu. Ia membuatkan anda nampak sangat eksklusif. 
HArus diingat, menda yang RARE dan nak pupus tu la yang sangat EXOTIC . Orang berebut ok! 
Same goes to you, my fellow ladies. 


Nak tanya... Semalam ada tengok citer Ampunkan Dosaku kat TV3 tak? Yang pasal KEWAJA tu? Tersentuh sangat tgk citer tu. Lagi-lagi bila tengok endingnya. Aduhai... Jangan sampai hidup menyesal sampai mati dik. 


Semoga kita tak dengar banyak berita tentang pembuangan bayi serta kelahiran bayi tidak sah taraf berkumandang di udara ketika bulan November nanti. Huuu...~ Minta dijauhkan lah.



Buat pasangan yang nak mendirikan rumahtangga, nasib baik 14 Feb kali ni tak jatuh pada hari cuti. Kalau tak, berebut-rebut orang mengabadikan tarikh menikah dema masa ni. Errmm.. bukan nak kutuk ape. Tak salah le nak kawin tarikh bila pun even tarikh 14 Feb, buat jangan buat dengan niat bersempena dengan Hari Valentine plak. DOSA tau. 


Buat yang dah kahwin pulak, ikut suka la kome nak wat pe since korang dah kawin..Tapi takyah la wish Happy Valentine's Day tu. Gunalah wish lain cam Happy Cinta-Cinta Day ke... Selamat Hari Isnin, Sayang...Takpun, toksah cakap banyak, korang buleh je membuktikan kasih sayang korang dengan cara sendiri dan end up akan dapat baby baru 9 bulan kemudian. Hee... takde sapa marah pun. Tu yang besh jadi orang dah kawin ni. 

Aku taktau la koat oversea sambut menda ni cam ne. Adakah macam perayaan besar? Ataupun just sambutan biasa sendiri-sendiri je, tak de sampai buat cuti umum kot kan? 
Yang peliknya, orang yang beria sambut Valentine ni ialah orang yang tak kawin lagi. Yang dah kawin, jangan kata Valentine, anniversary sendiri pun terlupa dah.
Jangan cakap banyak la, aku sendiri pun lupa hari ni hari apa. Penat gila hari ni. 
Rupanya hari ni hari Ahad. Hehehehe.. 


Tapi...... kalau nak bagi barangan jenama VALENTINO di hari Valentine, aku tak kisah. Memang tak de laaa....




Korang kisah tak?

Jangan mulut kata JANGAN SAMBUT, tapi hati jeles tengok orang lain sambut. Hehheee...
jangan jeles kalau saya dapat beg ni jugak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram