Followers

21 Feb 2011

Terkini Pemeriksaan KEsihatan Ibu MEngandung. Hemoglobin rendah?

MINGGU KE-22


Hari ni dah kena sound berat naik. Berat terkini. 64.9kilo. So, 65kilo la setelah dibundarkan kepada yg hampir. And...


Hemoglobin rendah... 9.8 aje.

Terus aku disuruh gi HATL. Spatutnya admitted la ari ni. Kasi tambah darah dulu, baru buley balik. Tapi, aku dah taknak tido wad dah. Tak da sapa nak jaga ONi bila malam kang. Dah le budak tu baru je baik cherry berry... Iskk.. Hati tak sedap.


"Akak gi HATL dulu jumpa doktor. Kalau kena admitted, akak bodek le dia nanti.." Cakap akak misi dengan kereks nya.


Aku akur. Tekanan darah pun rendah gak. Satu-satunya yg tak rendah ialah berat aku. Aku diharamkan serta merta mengambil kopi, neskepe, teh, milo dan apa juga cekelet sebab ini bukan kali pertama HB aku rendah. Bulan lepas pun cam tu tapi jatuh takat 11 je.


Jadi, minuman ruji aku kini ialah Susu dan Susu.... Maybe leh upgrade minum horlicks. Err.. Green Tea buleh tak?


 Aku gi HATL. Jam sudah menunjukkan jam 11. Hari ni ramai betui orang kat Klinik Ibu Mengandung A10 tu. Aku gi pukul 8 pagi , aku dapat turn ke 47??! What the foot? Siap buleh tido lagi sejam atas sofa.

Alih-alih dapat berita mengejutkan pulak. Haih, sungguh aku tak bersedia.  Dalam kepala aku cuma nak makan rojak Manjung je. TAkde menda lain dah. Kalau aku admitted hari ni, aku nak makan rojak dulu. Tak kira! Decide nak half-day je hari ni sebab dah tau kalau ramai orang ni , sure habih kol 11 atau 12. Tak guna rush pun. Tapi, dah tau kena gi HATL pulak ni, mmg aku EL je lah.


Aku drive gi HATL lak. Parking penuh. Dah le panas terik. Aku parking kat atas rumput je, tepi-tepi jalan tu. MEnyampah lak rasa. Bek gi Hospital Manjung, ada gak parking. Hospital je grand, parking takda. Dah tu, aku menapak gi bahagian pesakit luar, daftar nama... and bagi la surat dari A10 mengatakan aku perlu jumpa doktor segera. Aku dapat angka giliran. Guess what. Ada lagi 35 waiting ahead! Giyaaaahh~ Tak guna la kan aku ada surat pun..bukannya leh skip turn.

Dah le lapar gila... Aku tunggu gak kejap. Nak lepas sorang patient pun amik masa setengah jam. Belum campur ngan org yang potong queue lagi nak jumpa doktor. Ni suma puak-puak yang bajet diri berpangkat besar , tanpa rasa bersalah dan ragu-ragu barge in masuk bilik doktor buat macam doktor tu sahabat baik dia je. HEey, meluat la pulak.

Dengan hati yang bernanah, aku menapak balik gi parking. Terus gi Klinik Saadiah. Naisb la tak ramai sangat. Aku terus-terang je cakap kat Doc kata aku datang ni nak amik MC sebab tadi maternity check aku punya HB 9.8. Doc sengih je. Pehtu dia check tekanan darah and timbang berat aku. Sekali lagi aku dibebel dek berat aku yang naik sampai 65 kilo. Dush! Dush! Dush!

 "Nak kena masuk wad ke doc?" tanya ku inginkan kepastian.

"Tak payah. Kecuali kalau awak ada rasa pelik-pelik like nak pitam ke, terus pegi ye. Hari ni MC je. Pastu balik gi makan ubat.."


Ada la ubat kaler coklat tu, tapi aku malas nak amik sebab lepas makan aku sure sembelit. Wah, melangut tunggu dulu jamban sampai selesai taw. Seksa batin aku! But Doc, memang saya selalu rasa nak pitam.

"Tu sebab HB awak la. Tekanan darah pun rendah. Elakkan buat kerja berat, bangun mengejut, keluar time panas-panas, baring lama-lama... Makan le kerang, daging merah, ikan, bla bla blaa... Bayam... Haa, lagi satu. Makan ikan bilis. Janagn le beli ikan bilis yang dah siang tu. Beli ikan bilis kecik. Sebaiknya, ikan bilis diamik yang tak dikupas. Makan dengan kepala, taik, tulang, bontot dia suma. Tu la ubat penyakit darah rendah dan tak cukup darah. "


 Uikkkk... kang kalau aku beli ikan bilis tak siang kang, kata aku bini pemalas pulak? OO.. bukan ke? Hehhee..bagus ek makan ikan bilis tak siang? BUkan najis ek? HEEeee.. siyes tatau.


Dah tu, aku gi scan lak. Tadi kat A10 wat ujian sonogram je. Dengar bunyi jantung baby. Alahai, kuciknye bunyi jantung. HEHEE... Hmm, tak nampak lagi la gender nye kengkawan. *Frust. Bilalah buleh tau dia. Tak sabarnye.

Alhamdulillah, baby sihat. Beso haa dalam perut. Air ketuban, uri suma mantap. Cuma, HB perlu dititikberatkan sebab tu pun leh jadi punca baby lemas atau pun bantut. UU.. so, demi baby ku, Ibu sanggup wat ape je termasuk makan kerang. Ok..sori sayangku.


Tapi, kena kurangkan makan nasik pulak. Sebab taknak gemok sangat kan? So, camana nak buat ni? Nak makan lauk-lauk je , nasik takyah makan? GItu? HAaaaaa...~ buleh keeeee~



Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Apa itu Anemia

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.

Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :
  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :
  • {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.
Gejala berikut juga boleh berlaku :
  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa
Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :
  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :
  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

  • Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
  • Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
  • Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.
Sumber: Anemia Semasa Kehamilan, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, infosihat.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram