Followers

26 Feb 2011

Perubahan Tubuh Ibu Hamik Trimester Kedua

Sedar tak yang sekarang ni aku dah masuk trimester kedua? Tak berapa minggu ke kalau nak kira... BEsok-besok aku dah wat announcement AKU DAH SAKIT NAK BERSALIN!!! Kan..Kan... Kan..  Cepatnya masa. 


Kat sini aku kongsi sikit info kehamilan. Saje siok-siok bagi korang baca.

Perubahan Tubuh Pada Trimester Kedua Kehamilan (Minggu 13 ke 28)


 Di trimester kedua ni, orang sekeliling akan perasan yang anda sebenarnya tengah pregnant - bukan gemok! So, bersedialah. Mungkin ada kengkawan sekeliling akan mintak maap ngan anda sbb kutuk anda gemok tak pasal. Heee.. PErut akan mula nampak jelas kebuncitannya, and there are still more exciting things to come...



PERUT SEMAKIN BESAR
After 12 weeks, rahim akan membesar dengan kadar 1cm setiap minggu. Biasanya , perempuan yang hamil akan NAMPAK HAMIL bila mencecah 16 minggu kehamilan.


SENDAWA DAN KENTUT
Errmm.. Ini lumrah kehidupan la kan. Cuma keadaan ini berlaku sangat kerap kepada mak buyung. Memang takleh kontrol. Kekadang, tengah siok-siok buat kerja kat opis, dengan tak semene-menenya rasa nak membuang angin. Bajet nak keluar slow je, tapi hakikatnya ada bunyi jugak.. Weaarghh! Tapi, biasanya kentut mak buyung tak busuk. Elakkan makan telur banyak. Kalau nak kasi kentut wangi, minum air mawar la kot kan so that kentut tu bau semerbak cam bunga ros. *LEMPANG!


PELUPA
Banyak sangat menda nak pikir apatah lagi seorang perempuan ni kehidupannya memang sinonim dengan multi-tasking. Selama tempoh kehamilan, memang anda akan lupa semedang. KAlau cam aku, hari ni hari apa pun aku lupa. Tau-tau je dah Jumaat. TErdapat teori saintifik pasal ni. AKu ada terbaca dulu. Tapi, salah satu sebabnya adalah keraa tubuh badan dan otak si ibu bekerja keras untuk perkembangan bayi yang dikandungnya sampai kekadang fikirannya terblok. Aku tak sure la camana tu, tapi memang ada masa aku kekadang terduduk je kat kusi , lama pulak tu sebab dok pikir tadi aku nak buat apa.


 HATI PANAS / HEART BURN
 Rasa ngilu kat hati atau maybe rasa cam nak sendawa tak lepas selalu jadi bila perut semakin besar. Elakkan makan pedas, berlemak dan berminyak. Selalu aku amik GAviscon atau pun teguk le sikit air bergas untuk kasi sendawa. SIKIT JE TAWWWW! Bukan setin hoke.


PERTUMBUHAN KUKU DAN RAMBUT
Kuku akan tumbuh lebih kuar, dan cepat. Rambut lak buleh jadi lebat sangat walaupun ada masa bila kita sikat tu terlekat gak rambut selai dua. Normal la kalu gugur sikit tapi, rambut buleh tumbuh balik.


 RASA SAKIT KAT BAWAH PERUT
Ni selalu gak aku rasa. Rasa cam ditarik-tarik kiri dan kanan. Ini terjadi sebab otot untuk menahan rahim semakin membesar. Baring boleh melegakan kesakitan ini.


PENING KEPALA
Bila duduk terlalu laju, bangun cepat-cepat dari pembaringan buleh menyebabkan kepala kita wengggg sekejap. Atasi nya dengan pergerakan berperingkat. Slow-motion je. Ada skali tu, aku terjaga dari tido terus berdiri korang taw! HAHAHAH.. sebab aku dengar ado menda jatuh kat dapo. Walaweh, dia punya pusing kepala tu rasa cam gempa bumi jek. Ya RAbbi....


BERDENGKUR
Ada sesetengah Mak Buyung akan berdengkur tapi Makbed yang buyung ni tak dapat dipastikan pulak. Rasanya tak kot atau maybe not yet! Inche Kitchi tak repot pape pun.


HIDUNG DAN GUSI BERDARAH
Terjadi kerana perubahan hormon dan suhu badan. Skang Lumut musim LURUH agaknya. Panas betui.



PERUBAHAN KULIT
Stretch mark? Kulit gatal? Ada jerawat? Bintik-bintik itam kat muka? Ketiak atau celahan pelipat badan jadi itam? Itu adalah sangat normal ketika ini. Alhamdulillah, Makbed cuma ada yang memula je. Yang lain, okeh.



PAYUDARA
Akan didapati cairan kaler coklat-coklat sudah pun keluar. Itu dinamakan colostrum. Selain tu, sekitar puting juga akan bertukar menjadi gelap dan berbintik-bintik kecil. Saiz? Need I say more?


KEJANG KAKI
Terjadi disebabkan blood circulation yang lambat di kalangan ibu hamil, tak sama dengan orang biasa. Kurang kalsium boleh menyebabkan terjadinya kejang. Bila jadi kekejangan, cuba gerakkan jari-jari kaki ke atas. Sakit? Memang pon!!!


 SEMBELIT
Miahahahhaa... Ubat tambah darah yang diberi boleh menyebabkan sembelit. Selain tu, pemakanan yang tak baik pun boleh jadi punca. JAdi, kalau biasa minum 8 gelas air, ia tidak berhasil kepada ibu hamil. Kena minum 8 botol air ye mak-mak sekelian. Baru tak duduk berejam dalam jamban. Aku sembelit sangat bebaru ni, sampai berak darah. Buasir kah?


BABY BERGERAK
Bagi yang pernah hamil akan dapat merasa gerakan bayi lebih awal. Biasanya pergerakan bayi boleh dirasai sekitar 18 minggu kehamilan. Baby MAkbed sangat aktif ketika tengahari dan malam. Perasaan ketika keadaan ni sangat susah digambarkan. Beshnyee.... Kalau korang jalan-jalan pehtu nampak ibu hamil tu  duduk sambil sengih sengsorang tu tanda baby dia tengah menendang la tu. Camana la orang buleh tergamak buang baby ye?




Peha Cik Oni bengkak lepas kena cucuk ari tu. Tapi, tetap tidak mengurangkan kadar kebuasan beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram