Followers

3 Feb 2011

Perlu ke tayang kemesraan, beromantikan diamor di khalayak?

Selalu gak aku dengar suara-suara di belakang kekadang menegur sikap suami isteri especially yang baru kawin tu, terover sangat tunjukkan kasih-sayang kat depan orang. Kasih sayang camana tu aku tak sure la, tapi kalau setakat pegang-tangan, peluk-peluk bahu sambil jenjalan, cium pipi ke masa kat konter beli barang... korang rasa keterlaluan tak?


Ohh.. yes. KETERLALUAN .... bagi yang menengoknye tu masih belum kawin.


Bagi yang dah kahwin, ada jugak yang mengatakan keterlaluan.

Sebab? JELES gak la kot. Maybe dia dah kawin lama, kemanisan tu sedikit kurang. Ego pun makin melangit. Si suami atau si isteri pun dah malu nak tunjukkan kasih sayang sesama sendiri, jangan kata depan orang ramai, depan anak pun malu.


Tapi, kalau yang bebaru kawin , tunjukkan kemesraan berlebihan tu dicemburui orang, bagaimana pulak kalau warga emas?

Diorang dah lama kawin, cucu berderet kat belakang, anak-anak pun ramai dok usha... tapi pasangan veteren ni selambe je pegang tangan. Si suami cium pipi isteri sambil teman isterinya makan aiskrim. Duduk sebentar kat kerusi yang disediakan supermarket sebab letih jalan, sambil perhatikan cucu-cucu berlari ke sana kemari. Korang rasa geli tak?


Kenapa bila kita yang buat, dikatakan 'JANGAN IKUT SANGAT MAT SALEH tu' sebab mat saleh memang suka-suki je display cinta mereka di khalayak?


Salah kat mana cium dahi isteri semasa menghantar dia ke tempat kerja? Kat mana jijiknya melihat si isteri mengucup pipi suami kiri dan kanan sebelum cium tangan... tu baru cium pipi, belum cium mulut lagi tu. Ngaaaa~


Inilah dia mentaliti tak normal. Masa bercinta, mahu pula berkepit-kepit. Tangan dipegang tak mahu lepas. Kalau buleh, nak pi tandas pun nak bawak skali. Tak mau berenggang. Melihat kemesraan pasangan kekasih tak yah gitau pun yang mereka itu sedang mabuk asmara. Tapi, kenapa pulak bila pasangan yang sudah berkahwin berkelakuan sedemikian ditegur, diperli dan diperingatkan. "Aih kak.. Tau la dah kawin. Tapi, cover-cover la sikit..." 

Bagi aku, perlu sebenarnya tunjukkan kemesraan kasih-sayang antara kita dan pasangan di mana-mana pun. Di rumah sudah semestinya lah.


  • Memang kita nak tayang kat orang sebab nak kasi orang yang belum kahwin tu, cepat-cepat kahwin.
  • Membuatkan orang-orang yang belum berkahwin termalu sendiri dan membandingkan diri mereka yang belum kawin tu dengan pasangan mesra yang sudah berkahwin. Kasi kesedaran sikit pada si perempuan - siapakah yang sedang menyentuh kamu tu? Dan kepada si lelaki pulak, siapa yang sedang kamu sentuh haaaa?
  • sebagai satu amaran kepada orang lain bahawasanya pasangan kamu itu sudah dimiliki orang. Dan kamu juga sudah dimiliki. Jadi, jangan choba-choba ya!
  • Menjadi contoh kepada anak-anak agar mereka juga suatu hari nanti melayan pasangan mereka dengan baik selepas berkahwin. 
  • Mengeratkan kasih-sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. 
  • Ketahuilah setiap perbuatan menjurus kepada kecintaan kita terhadap pasangan akan dibalas pahala dan diberkati Allah. Jadi kenapa perlu malu?
  • Pegangan tangan erat dari suami boleh menenangkan isteri dari membeli-belah macam orang gila. Pelukan suami tu boleh mententeramkan jiwa bergelora isteri. JAdi, kalau nak jimat duit time jalan kat supomaket, silalah amalkan tips yang aku bagi ni. HahHAHAHAhHAHa~ 

Itu adalah sebahagian benefit menunjukkan kemesraan suami isteri di khalayak. Semestinya ia merupakan pemandangan yang jauh lebih indah daripada melihat budak-budak berbaju sekolah dan remaja-remaja yang baru nak idup berpegang tangan, tangan melorot ke bontot, comolot sementara tunggu LRT sampai...bla bla bla. Kemesraan mereka jauh lebih hebat dari orang yang dah kawin! Yang tu memang patut korang tegur. Bukan setakat tegur, nak cepuk pun buleh.

Dan bagi sesiapa yang tetiba berbulu tengok orang dah kawin jalan peluk-peluk, sondol-sondol , manja-manja tu maybe...

  • dia cemburu sebab tak penah berpeluang merasa perkara sedemikian kerana pasangannya pun sama beridea seperti beliau - tau la dah kawin, tak yah le tunjuk depan orang.
  • pasangan dia jauh, yakni diorang ni weekend husband and wife. Dulu aku pun camni aahhh! Jeles semedang tgk orang jalan ngan pasangan. 
  • kalau dia perempuan, maybe sebab dia dah tak cun, so asben dia malu nak jalan ngan dia. Jalan jauh sebatu.
  • kalau dia sedang hamil, maybe tu cuma lah hormon ibu mengandung yang memang cepat berbulu tengok menda apa pun. 
  • kalau dia lelaki pulak, maybe dia jeles yang bini orang tu lagi bergetah dari bini dia. Tapi, dalam berbulu-bulu tu, dia tengok jugak - sambil berangan.
  • tak yakin pada diri dan cinta.


Tunjukkan kasih sayang anda pada pasangan selagi masih berkesempatan. Jangan bila dah takde besok baru dok terbayang-bayang dan menyesal atas perkara yang anda tak sempat buat. Kita hidup tak lama. Selagi boleh, cium je la pipi , dahi , siku, lutut, atau kat mana je selagi tak melampaui batas ..bila-bila dan di mana pun.

Tapi, risiko tanggung sendiri la. Jangan gi cium tempat-tempat tak sepatutnya kat depan orang pulak. Ada akai , pikiaq no. Toksah dok betui bendui sangat. Risiko tanggung sendiri. HAHAHAHHAHAAHH! Sekian bebelan Makbed malam ni.


Bosan ahh!













Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram