Followers

9 Feb 2011

Hubungan putus sebab tak de masa????

Bukan tak sayang atau sudah membenci sebaliknya jelas aktor popular Farid Kamil ketiadaan masa punca terlerai cintanya bersama pelakon jelita, Diana Danielle.


Enggan menyalahkan Diana mahupun dirinya, kata lelaki berusia 30 tahun ini, apa yang berlaku diterimanya dengan hati yang terbuka.



"Memang hubungan kami dah putus dan punca kami putus ialah masa. Saya tak dapat luangkan banyak masa untuknya. Masa itu emas, ramai orang terkejar-kejar masa, jadi nyata masa tak berpihak kepada kami berdua. Itulah konfliknya dan masa mencemburui kami," katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas kisah cintanya yang telah pun terlerai.



Menyambung perbualan tutur anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini masanya sebagai anak seni amat terhad dan setiap waktu yang terluang pula digunakan untuk menjalani latihan bermain polo sebagai persiapannya untuk bergelar pemain polo selepas ini.



"Saya memang bercita-cita menjadi pemain polo dalam masa terdekat ini. Itu antara sebabnya masa yang ada saya gunakan untuk berlatih. Apa yang boleh saya katakan punca utama kami putus memang kerana masa. Bukan kerana isu-isu lain dan saya harap sangat selepas ini tak timbul pula spekulasi-spekulasi lain mengenai punca perpisahan kami," katanya tenang.



Mengakui masih lagi berkawan baik dengan Diana, kata Farid, persahabatan yang pernah terjalin tidak mungkin akan terlerai. Malah ucapnya, perhubungan sebagai kawan lebih mudah namun dia tidak menafikan antara mereka masih lagi dalam proses pemulihan.



"Memang sedang dalam proses pemulihan, jadi kita tunggu dan lihatlah hasilnya. Biarlah masa untuk menentukan segalanya," katanya sambil ketawa.



Dalam pada itu, Farid turut menafikan punca perpisahan mereka disebabkan faktor kehadiran pengarah muda Syamsul Yusof yang telah pun kembali berbaik dengan Diana serta sikap pelakon berusia 20 tahun itu yang dikatakan bersikap keanak-anakkan.



"Kalau mereka dah berbaik semula, bagi saya satu tindakan yang positif kerana antara mereka berdua pernah berlaku kes tumbuk menumbuk. Maknanya segala masalah itu sudah dapat diselesaikan. Berbaik lebih baik daripada bermasam muka. Di pihak saya, hal itu bukan satu masalah.


"Kalau nak cakap pasal sikap keanak-anakan Diana sebagai faktor kami putus cinta pula, saya rasa itu tidak benar kerana bagi saya , dia dah pun berumur 20 tahun dan sudah boleh jadi wanita normal," katanya yang telah pun menyulam cinta selama dua tahun bersama Diana dan telah pun berkawan dengannya hampir lima tahun.




Bukan lak nak puji si Farid Kamil ni Makbed tak minat dia pon, tapi just nak cakap yang mamat sungguh matured. Dalam menyatakan kekecewaan, dia masih boleh lagi menjaga nama baik Diana. Anyway, kita sendiri pun tahu Diana ni memang cam bebudak. Umur pun muda lagi. Kalau depa ni couple, Encik Farid kena bimbing dan ajar dia macam-macam.


BAnyak menda buleh diajar, tapi nak ajar manusia jadi matang ni susah. Sebab, HANYA PENGALAMAN aje yang boleh mematangkan seseorang. Ilmu kematangan tidak ada di sekolah-sekolah, universiti atau pun kelas Qiraati dan KAFA.

Advice dari Makbed, bila nak berpasangan tu, terimalah diri pasangan seadanya. Kalau sebelah pihak aje menerima seadanya, yang sebelah lagi asyik pot-pet-pot-pet tak buleh jugak. Setiap manusia ada keinginan masing-masing.  Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat, undang-undang dan prinsip diri, sokonglah selagi buleh. KAlau dah org tu suka main polo, support la. Kalau orang tu busy dengan kerja, means dia busy. Orang busy ni bukannya tak sayang kita. Besok-besok manalah tau dia jadi pemain polo terhebat, kita pun leh tumpang glamer skali...kuikuikui.... 


Menjadi kawan memang lebih senang dari bercouple. Aku paham tu Apatah lagi bila dah kahwin. Sebab dah jadi norma asal bila dah jadi  jadi suami isteri, tetiba je jadi payah NAK BERTERUS-TERANG, berlaku jujur dan nak citer segala-gala sesama sendiri. MAsa bercinta dulu, segala ape menda pun nak citer, sampai semut gigi peha pun nak cakap.






makbed: Anggap Inche Kitchi sebagai bopren sampai skang.








Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram