Followers

13 Feb 2011

Bubur Lambuk Malas VS Bubur Lambuk Rajin

Mari belajar buat bubur lambuk.

Actually, ada banyak bersion masak bubur lambuk. Sebelum ni, aku buat bubur lambuk versi tak tumis. Kononnya jaga kesihatan, tak nak minyak-minyak ni. Bubur lambuk simple ni merupakan resepi Mak. bahan-bahan pun simple je. Ini cara yang salu aku buat tu...

 Bahan-bahan;

  • Beras 2 pot
  • 1 inci setengah halia (ketuk)
  • 2 batang serai
  • beberapa biji lada hitam 
  • setengah mangkuk udang putih (buang kulit)
  • sedikit isi ayam yang diracik (tak boh pun takpe ebab setengah org tak campur seafood ngan 'land' food)
  • air yang banyak
  • satu biji kiub pati ayam. 
  • semangkuk santan pekat.
Carannya:
Rebus beras dalam air, masukkan santan sekali. Campak je semua bahan dalam beras yang tengah direbus tu. Tunggu sampai siap. Kalau suka cair, tambah air. Air banyak pun takpe. Dah siap, boh le daun sup daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa boh garam ekk.


 OK..


Hari ni, Makbed rajin sikit. Nak cuba version tumis.Senang je masak bubur lambuk ni. Masak camana pun, ia tetap akan jadi sedap sebab nasi tu menjadi bubur so... tak de isu nasi mentah ke, nasi keras atau nasik hangit. Kalau ko tak kacau bubur tu, memang hangit la ye.

Mari kita terus ke bahan-bahan bubur lambuk versi tumis.

  •  2 pot beras 
  • setengah mangkuk udang putih yg dibuang kulitnye
  • 1/2 biji kelapa (perah jadi santan) atau setengah kotak santan (kalau pakai kotak la..)
  • 1 setengah inci halia (tumbuk)
  • 4 biji bawang merah (tumbuk)
  • 2 bawang putih (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh lada putih ( tak boh pun takpe)
  • sedikit ikan bilis
  • daun bawang (hiasan)
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
 


Cara-cara:

  1. Tumbuk suma bahan tumbuk
  2. Blend kering lada hitam, jintan putih, ketumbar, lada sulah dengan ikan bilis. Pakai blend kacang tuh. Kalau takde blend, tumbuk jela.
  3. Tuangkan 3 sudu minyak masak, tumis kan bahan tumbuk yakni bawang-bawang tu suma bagi wangi, pehtu masukkan kulit kayu manis,  cengkih, bunga lawang dan pelaga. 
  4. Then, masukkan rempah yang diblend dengan ikan bilis tadi.
  5. Lepas naik minyak, masukkan beras. Huu.. time ni bau memang sedap. Boh serai ok.
  6. MAsukkan santan pekat dan air. Aku pakai santan kotak. Kalau pakai brand MS, setengah kotak ok. Kalau paka KARA, pakai le dalam suku je sbb santan tu pekat giloh. Anyway, kalau terlebih santan pun takpe, buleh alter dengan air. 
  7. Air dibenarkan pakai sebanyak mana yang boleh ikut kecairan yang anda suka. Kalau aku, boh semangkuk - semangkuk. Nampak cam pekat lagi, aku tambah lagi air. 
  8. Masukkan udang.
  9. Sesuaikan rasa dengan gara. Sesi bubuh garam banyak kali. Hehehe.. takut termasin.
  10. Dah masak, taburkan bahan hiasan. 

semangkuk bubur untuk Oni


Oni sangat suka bubur ni. Heee.. Brtambah-tambah. Rasanya Inche Kitchi lebih suka version ni sebab takde 'sampah-sarap' dalam nya. Takde nampak halia, takde tergigit lada hitam... Semuanya suda di blend. Cuma, dah nampak bunga lawang ngan pelaga tu, pepandai le ye.



Oni dok salin resepi masa aku dok masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram