Followers

18 Feb 2011

Bambam Bee gi servis baek punyo.

Patut laaa...




Bila langgar bonggol,  naik bump sikit je pun tersagat perut Bambam Bee. 
Berat sangat ke aku ni? Selalu kalau aku sorang je drive tak de tersagat pun.
Kebelakangan ni je, aku naik sengsorang tersagat perut kereta, naik 3 beranak, lagi le berbunyi baek punya kat bawah tu. 
Tercalar hati aku tau bila dgr bunyi camtu. Dah le sentap sebab tetiap kali bunyi cam tu, orang lain dlm kereta tu tengok aku cam akulah punca kereta tu tersagat. 
Ye laa.. aku tau la aku gemok! 
TApi takyah le memandang 'serong' sampai camtu. 
Bambam Bee memang dah sedia lowered lah! 
Yakdish!


TApi, sebagai pemandu Bambam Bee yang tegar, aku dapat merasakan perubahan kondisi absorber dia. MAybe dah haus , kena tukar. Tengok le 'trek perlumbaan' Bambam Bee hari-hari.... 
Lumut-Manjung-Pantai Remis- Segari. 5 hari seminggu ko! Ulang-alik lak. 
Mau tak ranap absorber sama spring beliau. Kecian Bambam Bee. Walaupun begitu, beliau tetap memberikan perfomance terbaik untuk tuan kesayangannya.


Samada Bambam Bee memberi signal bahawa tuan nya sudah berlebihan berat badan, ataupun memang absorber tu dah rosak sebenonya, aku tak kisah. 
Ada satu ari bebaru ni aku gitau gak la Inche Kitchi yang absorber maybe kena tukar. Kebetulan, tayar pun nak kena tukar gak empat-empat. Dah abeh bunga dah. 

"Bukan sebab absorber kot. Absorber baru je tukar. Tayar tu dah makin nipis. Keta jadi rendah sikit. Tu pasal laaa tersagat perut keta tu." Begitulah respon tuan besar empunya Bambam Bee. 


"Ooooo..." Aku pun hangguk je. Dia tak sebut pasal aku gemok tu kira ok la kan. HAHAHAAH.
Berat badan bukan punca absorber haus okeh. *TET!!


Ahad lepas, dia bawak Bambam Bee gi bengkel. Lama gilo dia pi. Dari pukul 10 pagi, sampai aku dah siap masak lunch, dia tak balik gi. Alih-alih malam baru sampai. Moskel lak aku. Tapi sebagai isteri yang solehah, aku tak tanya la banyak-banyak. Lepas Maghrib aku call le tanya khabar. Salu gi bengkel idak le lama sampai cenggitu pun. 
Ada pape hal ke? 

Tapi masa aku call tu, dia dah on the way nak balik dah. Dia cakap baru gerak dari Michelin. Michelin Manjung memang panel 'hospital' untuk Bambam Bee. 


Sesampainya suamiku, dia duduk jap melepaskan lelah. Then dia gitau yang memang betul kata aku , absorber kena tukar. Siap tunjuk gambo lagi absorber Bambam Bee yang dah macam hape dah. Nak kata barai, tak barai sangat. Tapi huduh gak la. HAHAHAHAH. Ape kah bawak keta cam tu. Aku ni layak kereta Horatio Hummer je kot kan?

Absorber tukar 2 biji, yang depan je.
Pehtu, tukar tayar pulak. BUkan satu, tatapi EMPAT!  Dapat diskaun seploh hengget!
Pehtu, dia servis minyak itam lagi. 
Pehtu dengan adonye servis-servis lain, total keseluruhannya ialah.......


lagi singgit je nak cecah RM 2500. 




Tapi, yang bawak BAmbam Bee tu sape?



AKu yang bawak.


Dia naik KBM je.

Receptionist bawak kereta sport gi pejabat, tapi tuan Leftenan bawak kapchai EX5 gi opis.

Sayang sungguh Inche Kitchi kat bini dia.




Besok ni nak gi tukar absorber belakang pulok. Giyaaahhhh!!! Kesian laki aku. 
Seb  bek la keta sebijik je.







Kisah Bambam Bee boleh diketahui secara detail di lama web berikut
BAMBAM BEE THE GREAT
(jemput la folo skali ye)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram