Followers

24 Feb 2011

Ada orang kata....

Ada orang kata blog ni untuk orang takde life

Makbed kata :
Lagi takde life kalau asik bukak web cari gambo bogel, video lucah pehtu donlod. Pehtu, ko pepaham je la sniri. Sian kan? Nak kawin takde duit pulak. Duit ada, orang pulak taknak. Kesiannn.....~

So, blog ni memang untuk orang yang takde life sebenonya. Cuba tulih pasla keboringan hidup korang, then baca balik. Kalau korang terus tak lalu nak baca tu, maknanya memang life korang boring la. Alahai~




Ada gak yang kata buat blog ni takde masa depan, buang masa... 

Makbed kata :
Betul. Kalau ko berblog pasal menda yang tak sepatutnya. BUkan setakat takde masa depan, jahanam terus life ko. BUat apa pun kena pakai otak.



Ada gak yang kata orang yg ada blog ni gila glamer. Suka citer hal peribadi sendiri bagi orang baca..

Makbed kata:
Ye laa... Kalau cam haku, nak masuk Akademi Fantasia tak buley kot sebab suara tak sedap. Bukan semua blogger buat blog nak citer pasal hal sniri. Cuba rajin-rajinkan sikit terjah blog orang. Tengpk apa isinya. Tapi,  citer pasal diri sendiri pun sebab nak share pengalaman. Ada masa, kita perlukan pengalaman orang lain gak untuk dijadikan panduan. Buleh tak takyah nak kerek sangat? 


  
Ada yang kata,dia nak buat blog tapi bukan untuk duit,so dia sanggup tak register nuffnang.

Makbed kata:
Inilah yang dikatakan ego tak berilmu. Memang le berblog ni kena ikhlas , takyah pikir duit. Tapi, aku tak suruh ko JANGAN tak cari duit. Orang dah bagi cara senang nak dapat duit, ko isi je la form nuffnang ke, innity ke atau ape menda iklan yang patut. Pehtu, ko blog je la macam biasa. Tak yah risau la pasal iklan tu dah. Kalau ada, amek. KAlau takde, buleh la ko kata 'oh, aku berblogging dengan ikhlas..." Cam tu baru nampak cerdik. 



Ada yang kata,dia berblog saja suka-suka untuk kepuasan diri,so dia tak give a damn about jalan-jalan gi blog orang lain

Makbed kata:
Tu namanya blog siok sniri. Bek gi tulih diari je. Takyah susah-susah design blog cantik-cantik, takyah register nuffnang. Tak yah gi jalan selak diari orang len.

Ko dah buat blog, tulih, taruk gambo cantik-cantik, musti la nak apa yg ko usahakan tu dibaca orang. Tapi, camana nak bagi orang baca kalau ko sniri tak gi jalan gi blog orang lain dan baca entri dioang? Gi ziarah blog orang lain, tinggalkan jejak kat shoutbox ataupun komen. Bagi komen yang cantik-cantik sikit. Kalau tak, orang datang skali je, pehtu mampus tak jejak dah!




Korang ada pape nak kata?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram