Followers

2 Feb 2011

10 Cara Jadi Pasangan Yang Cool

1) JADI PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT

Terimalah kenyataan bahawa pasangan anda adalah manusia biasa - bukan Edward Cullen. Manusia biasa sentiasa ada kekurangan dan kelebihan. Jangan samakan pasangan anda dengan orang lain hanya kerana nak amik hati diorang. Contoh : Menyamakan suami anda hensem seperti Brad Pitt. Nampak sangat puji tak ikhlas tu. BUkan ke hipokrit?


2) BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN

Jangan suka-suka siok sendiri menafsir pemikiran pasangan anda. Jangan juga pikir, DIAM TANDA SETUJU. Seeloknya, berbincanglah secara telus supaya tidak ada maslaah berbangkit di kemudian hari. Amalkan sikap berterus-terang. Kita nak bersama bukan 2 hari je.


3) LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA

Biasakan diri anda untuk join skali aktiviti pasangan anda. Kalau taknak join pun , amik le tau serba sikit. Dengan cara ni, anda boleh menyelami hati pasangan anda. Tidak salah bagi sokongan kepada pasangan.


4) FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR

Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri. Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya.


5) TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA

Jangan le kedekut nak tunjukkan rasa cinta anda kepada pasangan. Anda akan lebih disayangi. Tidak perlu belikan segala harta menda yang mahal. Cukup le sekadar luangkan masa bersama, dinner... ataupun suami masakkan makanan kegemaran isteri. Kalau tak reti masak, beger pun buleh je la! Tapi, kalau dapat rantai seutas beso rel ketapi tu, ok gak. I amik je.


6) HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

Pastinya ada sesuatu yang tidak disukai pasangan dalam norma kehidupannya. Jadi, belajar hormati perkara-perkara yang munkin anda tak paham, tapi si dia suka perkara tu. Walau tak bekenan sangat di mata, terima je lah. Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.


7) LUPAKAN PERISTIWA LALU

Kisah percintaan yang lama, lupakan aje. Takyah le mention banyak kali. Tak besh pun. Boleh mejahanamkan mood je.


8) BUANG SIKAP CEMBURU

Cemburu perlu ada tapi pastikan anda tahu limit untuk cemburu. Jangan sampai merosakkan rumah tangga. Sila guna otak anda sebelum buat sesuatu. Perbuatan menyelongkar hak peribadi pasangan , almari, laci spender, baca diari, check henpon sampai 3 minit sekali... tu semua adalah tidak wajar. Hidup berpasangan mesti ada sikap saling percaya. Kalau tak, nak buat apa pun tak boleh. Beri ruang kepada pasangan untuk buat aktivitinya sendiri. Takkan nak berkepit aje 24 jam?


9) TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN

Sentiasa bersedia tatkala pasangan memerlukan anda. Tunjukkan yang anda serius mahu membantu. Jangan biar pasangan melalui saat genting berseorangan tanpa sokongan.


10) JUJUR

Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar leibh baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya. Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda.





Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram