Followers

24 Jan 2011

Udang Masak Lemak Cili Api plus Tempoyak.

Okeh... citer pasal masakan untuk lunch buat suami tercinta.

Owhh.. sebelum tu aku nak ucap tengkiu beserta cium-peluk-cium untuk beliau kerana teman aku gi exam kat Ipoh walaupun sesat semedang cari dewan exam tak jumpa.
Cool aje laki aku ni. I likee!!! 
Pehtu, mekasih sebab sanggup jalan cari sushi pulak. Heee.. dah lama rasanya tak jalan berduaan sambil menghirup bau shopping complex. 
Waahhaaa.. tau apa bau shopping complex?


 Bau mekdi, kepsi, pizza, the Johnny's, paling penting Famos Amos, Auntie Anne's, eskrim-eskrim mahal... Lovely Lace, bau food court..... tu la dia bau shopping complex. 
Lagi semerbak kalu ada Big Apple Donut. Pergghh! 


adakah saya kelihatan seperti remaja di bawah umur?


Ini pun bawah umur gak ni.



BErbalik kepada citer masak lauk untuk tengahari.

Semalam ado beli udang setengah kilo. Udang pun tak besar mana. Susah skang ni nak cari udang besar tapak tangan. Besh kalau udang tu ada, puas le sikit buat gulai. Tapi dah takde nak wat camno kan. 


 Memula nak buat gulai udang je ngan udang sederhana beso yang dibeli tu. Kacang buncis pun dah beli. Tapi, tetiba rasa muak lak makan gulai aje. Semalam dah makan pajeri nanas. Aku pulak sepatutnya dah masuk 4 bulan setengah ni dah takde la morning sickness, tapi tadi muntah lagi. Kuar hape je ntah. Sadis! Maybe muntah sebab lapar. 

Ketika entri ini ditulis, helikopter asik lalu-lalang je atas umah aku. Ni sahih laki si Epi ngendap aku dari atas nih. HUAHUAHUAHUHAUAHU. Perasan tahap kicap tamin!


 Lalu, aku pun bukak peti es. Cili api ado sikit lagi. Kira-kira ada dalam 10 bijik gitu. Buat masak lemak cili api besh gak ni. Aku tunduk sikit lagi, ado baki tempoyak dalam sesudu dalam bekas. 
HAaa... menarik! Ape kata buat masak lemak tempoyak je? 
Weehuu!


Ni bahan-bahan penting untuk buat masak lemak cili api


Bahan-bahan:


  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 1- - 15 biji cili api bergantung kepada ketereran korang tahan pedas
  • sebijik bawang merah yang beso tu / 5 biji bawang kecik
  • 1 sudu tempoyak atau lebih. 
  • 2 inci halia 
  • 2 inci kunyit hidup / 2 sudu serbuk kunyit
  • sebatang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit
  • satu mangkuk santan cair
  • setengah mangkuk santan pekat
  • 2 keping asam keping

Cara-caranya...

  1. Basuh udang dulu. Suka ati anda jika nak buang kulit dan kepala. Aku suka kepala udang tu dalam kuah sebab tambah manis. Kulit pun tak buang. Nampak exotic sikit lauk tu. 
  2. Blend bawang, halia, kunyit hidup, cili api , tenmpoyak dengan air. Agak-agak le banyak mana nak boh air tu. 
  3. Masukkan hasil blenderan ada ke dalam kuali. Pasangkan api.
  4. Masukkan serai, asam keping dan daun kunyit. BIar seketika.
  5. Sterusnya, masukkan santan cair. Biar mendidih sedikit. Kacau-kacau, jangan sampai santan tu meruap atau pecah minyak. 
  6. Masukkan udang. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali baru masukkan santan pekat. Kacau sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Tunggu mendidih sikit then buleh tutup api. 

Kalau suka, buleh taruk nanas. Tapi my Kitchi tak suka nanas la. Pajeri nanas dia makan la. 



lupa keluarkan itu 'props' laaaa....


Ada orang tak blend tempoyak sekali ngan bawang. Dia masukkan tempoyak kemudian, selepas masukkan santan cair. Tapi, aku suka blend sebab kalu tak nanti dia ketul-ketul dan tak meresap sepenuhnye ke jiwa aku bila makan. 

Aku dah wat food testing dah tadi. Memang mabeles. Malangnya, jiran aku tak makan tempoyak, jadi rugilah beliau. Aku kan jiran yang baik. Asal masak je bagi orang. Tu adalah salah satu cara untuk kurus jugak tau. 


 Penah dah wat entri pasal masak lemak cili api tempoyak ni... buleh rujuk sini. [KLIK]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram