Followers

28 Jan 2011

The Skodeng Girl




Ini adalah kisah Oni dan apaknya, Inche Kitchi. 
Dalam satu hari, nama apaklah yang paling banyak disebut. 
"AYAH YAH YAH YAH YAH....." camtu la dia sebut, sampai boring.
Masalahnya, dia tak penah mengenal erti boring. 
Nama Ibu paling jarang dia sebut, tapi senang je nak panggil Ibu.
NANGEH je ibu pun datang....


Oni sungguh hepi bila dapat main ngan Apak. KAlau tetiba Apak cakap 'nak mandi', Oni akan mula mencetuskan suasana panik - nak ikut Apak mandi. Tak pun, tak bagi Apak mandi. Masa tu le dia mula merengek, sebek, nangeh seterusnya berlakulah pemberontakan.




 Jadi, untuk  mententeramkan beliau, Apak pun layan je la - tapi dari dalam bilik air. 
Apak hulurkan ubat gigi yang dah habih dah tu ikut bawah lubang pintu. Maka hepilah budak ini kerana ada orang layan dia.



Errmm... mana pulak Ayah ni? Tadi elok je main-main, terus senyap dah..... 
Isk, takleh jadi ni. Aku harus bertindak!




 "Ayaaaaaahh!!!!! Ayaaaahhhhh!!!!" Oni panggil Apak dia. 


Ginilah gayanya bila bawak berjalan pun. Nampak je fitting room atau pun dalam tandas supomaket, sibuk je dia nak tengok apa ada si sebalik tu. 
Buat naya ibu je. 
Tak pasal aku lak kena menjawab kang. 



 Dah.... Oni dah jadi kaki skodeng. 

Buat le selalu. Kang naik ketumbit kang!








 Satu lagi kegemaran tidak terbatas Oni ialah MAIN TANGGA. Ini ialah matapelajaran rasmi Apak. 
Dia la sibuk ngajo anak panjat tangga ni, tapi dengan pengawasan la. 
Malangnya, disebabkan umah aku tak de tangga, jadi Oni aplikasikan rumah orang sebagai tempat mengulangkaji. 

Gambarajah di atas ialah tangga rumah Epi. 
Nampak tak Oni? 
Tak nampak?
Oni ada atas riba Inche Kitchi. Budak lelaki sebelah tu ialah Aqil, anak teruna si Epi. 
Wah.. kecik-kecik pandai dah ko bodek ayah mertua ekk....





Oni pandai naik tangga laju-laju. Tapi, belum pandai turun sendiri lagi. Nama aku nak jadi chief de mission tulun tgk dia naik turun tangga, memang tak lah! TAk larat kot. Jadi, ini ialah tugasan Apak. Bila lagi nak bersenam kan Apak kan? Kalau ikut fitrah rumahtangga Inche Kitchi ngan Makbed, Inche Kitchi adalah lebih penyabar dan bertolak-ansur. BEliau merupakan seorang guru yang baik. Oni cepat aje belajar ngan dia. Kalau ngan aku lak, agak-agak tak larat aku suruh berenti je. Hoh, manyak menda nak kena wat ni. Kalau suruh aku nyanyi lagu lompat si katak lompat, buleh...... 


Honestly, kalau takde Apak, Ibu memang tak larat. Tak terkejar! 



Ini entry ketika mengantuk dan lapar. 


Sila senyum jika suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram