Followers

16 Jan 2011

TAKNAK KEMAS UMAH DAH!

Pepagi semalam bangun tido, aku kemas hall. Penuh segala menan, baju apaknya, serpihan biskut , bedak dan memacam lah. Rasa cam nak nak nangeh je. Bila nak abeh ngemas ntah? Umah berhabuk , nak kena lap-lap. Tapi, aku alah sungguh ngan habuk. Baru lap TV je aku dah bersin 100 kilometer. Kalau setakat sapu-sapu tu takpe lagi. 



Masa ni aku rasa cam memerlukan tukang cuci rumah. Sebulan skali tolong lap habuk pun jadi la. Oh please...!~ Hep me. 



 Pagi ni aku bangun , kemas lagi. Malam tadi suma orang tido depan tv. Sebab cadang nak bangun lewat. kalau tido dalam bilik, tingkap banyak, so Oni akan bangun sebaik aje cahaya pertama suluh bijik mata dia. Kalau tido hall, banyak langsir. Pukul 9 pun rasa cam pukul 7 pagi. Lagipun semalam aku ngan Inche Kitchi layan movie sampai kol 4. 


 Bangun-bangun... cam biasa kemas suma-suma. Bantal-bantal kompem ahh selerak. Takpe, susun satu-satu. Oni bangun. Bau busuk semacam je. Berak pepagi la pulak. Aku gi mandikan dia dulu. Dah pakai baju suma,  m dia erengek suruh turunkan toybox dia dari atas meja. Braaaaannngg!!!! Habih dia tunggang suma isi perut kotak tu. Dah sepah balik. Main je la nak oii.... Ibu nak masak kat dapo.


 Aku gi dapo pun dia ikut gak. Menan yg bersepah kat hall tu idak pun dia sentuh. Dia sepahkan dapo pulak. Tapawe-tapawe plastik aku suma dia kuarkan satu-satu. Dia mintak senduk la, sudip laa... Kalau main diam-diam takpe gak. Ni tak. Sibuk dukung minyak 2 kilo tu keliling umah. Oii nak oii.... Minyak dah le takde skang. KAng ko tersungkur kat situ, minyak bersepah tumpah kang... Kompem Ibu selamatkan minyak dulu dari kamu. WAhahahahahahah~  Pasni Ibu suruh apak beli minyak 5 kilo je. Bio lansung takleh angkat. Padan muko. 


 Kol 11 pagi Oni dah mintak nasik. Aku dah masak dah awal-awal. Semalam dia asyik berak-berak aje. Aku tatau le apa menda dia makan sampai asyik berak. Banyak lak tu. Tapi tak cirit, takpe. So, aku kasi dia minum susu Dugro perisa coklat. Kasi sembelit sikit. HAaahhaha.... Dah dia mintak makan nasik tu, kira ok dah tu. Lepas suap dia, aku gi sidai kain pulak kat luar. Then, aku kemas balik hall yg penuh ngan menan dan sampah-sarap. 

Hadoh..letih dah. 

 Kol 2pm, Oni dah merengek histeria. Apa je aku nak wat tergendala sebab dia nak aku duduk ngan dia je. Dah mula genyeh-genyeh mata tanda nak tido. Okeh la.. aku pun dukung le dia. tetiba bau busuk pulak. Berak lagi skali ka? Aku check montot. Sahih! Gi cuci dulu. Dah pakai pampers balik...suar takyah pakai la. Aku tepuk-tepuk sikit sambil tgk CSI, pehtu dia pun tido. Aku amik minyak angin, sapu perut dia. Pehtu..aku lak ngantuk. Kemas sikit lagi menan-menan yg Oni sepahkan balik lepas kemas tu. Rasa cam amah lak. 



Kol 5.. aku bangun. Oni pun bangun. Inche Kitchi takde. Aku call. Dia kata dia pi bengkel. Ok.. ajak Oni mandi. Dah pakaikan baju tido, siap suar panjang. Tak lama pastu Inche Kitchi balik. Tetiba.....


BRANNNNGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!


Oni turunkan sendiri toy box dia. Habeh sepah balik.













 Tak larat kemas dah .








Ni kain seminggu tak berlipat ni. Oni sibuk-sibuk nak tolong lipat. 



Sabo je la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram