Followers

29 Jan 2011

Seronokkah menjadi seorang Ibu?

Best ke jadi IBU?

Soklan camni memang jarang dijawab secara negatif. Tapi, tak pulak seseorang tu akan terus jawab 'SERONOKKKK!!!'

Cuba la tanya.

Sure orang yang ditanya tu akan diam panjang..... sebelum bagi jawapannya.


Kenapa?


Jadi IBU ni mulanya dengan TAK SERONOK, PENUH KESAKITAN, BANYAK CUBAAN.... segalanya terbatas. Emosi tu terbendung je. TAkleh nak jadi diri sendiri. Banyak yang cakap, bila dah jadi Ibu ni, seorang wanita tu perlu menapis segala tindak-tanduk dan mula behave elok-elok supaya boleh dijadikan telada untuk si anak tu ikut.


Perasaan untuk menjadi isteri dengan perasaan untuk menjadi Ibu ni tidak sama kekdahnya. Perasaan mahu menjadi isteri lebih menjurus kepada rasa GATAI NAK MENIKAH, dah lebih terdorong kepada rasa cinta dan sayang kepada pasangan kekasih ditambah plak dengan dorongan keinginan atau pun orang tua-tua kata 'seru'. Sebab tu le bila tetiba kita habaq kat mak pak kata kita nak menikah... orang tua kata "HA... dah sampai seru dah tu.."

Cuba dok tak duduk ko gi cakap kat mak pak " Maaakk... ceq teringin la nak jadi Ibu, nak ada baby..." tapi ko tak kawin lagi. MEmang ko mintak penampo jepun je la jawabnye. Ye ahh.. kawin dak gi, tetiba nak jadi Ibu. Pekajadahnya?

Walaubagaimanapun, 'seru' itu tetap tak sesuai diberikan kepada isteri yang mahu menjadi Ibu. 

"Bang.... saya teringin la nak anak..." contoh ayat la kan..

"Rilek la Cayang. Seru tak sampai lagi. Camana nak dapat baby..." balas suami, contohnya.

Rasa-rasa, sesuai tak?


aku sebelum menjadi isteri dan ibu



Penah tak korang dengar ada perempuan dan lelaki yang tak mahu jadi parents? TAk suka budak-budak? Siap setkan undang-undang lagi, kalau kawin lepas beberapa tahun baru nak ada baby. Ataupun, they are not planning about it at all - or maybe start planning to NOT TO HAVE ONE. Selalu kan? PAstinya diorang ada alasan tersendiri. Dah, aku malas nak olah pasal tu la. Korang pun sure dah bueh agak kan? Aku pun ada gak kawan yang bila tengok kawan-kawan lain ada baby, dia pulak heran dan cakap kat aku 'nilah masalahnya kalau ada budak kecik ni... BISING!' Kalau ada yang cakap camtu, jelas menunjukkan dia memang takleh dibiarkan dengan budak kecik lama-lama. Sila amik perhatian ok.



Tapi, kenapa seorang perempuan tu mahu menjadi seorang Ibu?



Perasaan mahu menjadi seorang Ibu ni adalah satu anugerah. Bila timbulnya keinginan ni, secara serta merta sikap perempuan tu akan berubah dari brutal menjadi lemah-lembut. PAndangan mata pun mula ternampak kasih-sayang dan penuh rasa keibuan. Nampak budak kecik lalu-lalang depan dia , tetiba dia jadi ntah pape. KAlau sebelum ni, dia rimas dengar suara baby, tapi bila anugerah itu sampai, dia ternanti-nanti suara baby nangih. Siap taruk ringtone baby nangeh, baby gelak lagi kat henpon. Sesapa yang dah mula ada perasaan nak jadi Ibu ni, maka bertuahlah dia.

Tapi, itu tak bermakna dia sudah buleh menjadi Ibu.

Ada sesetengah orang, tak mau sangat-sangat nak jadi Ibu. Tak mau ngandung lagi. Takut, tak ready atas macam-macam sebab... But, tetiba disahkan pregnant. Memula tak suka. Tapi, lama-lama Allah anugerahkan perasaan nak jadi Ibu tu pada dia. Kesedaran mula timbul, dan masa tu baru la dia sayangkan anak yang dikandung tu.

Lain orang..lain rezekinya. Rezeki hamil dan menjadi Ibu tu merupakan anugerah yang paling SUSAH NAK DESCRIBE. Lagi pulak di zaman orang buang baby tak tentu hala ni. Ada orang nak jadi Ibu, tak boleh jadi Ibu. Tunggu lama , sampai berbelas tahum, cuba memacam cara nak peknen, tapi tak buleh-buleh. Ada yang, sekali 'jalan' je, melekat tros! Haa.... Susah nak cakap kan?

Semasa kali pertama menjawat jawatan Mak Buyung



Best ke jadi Ibu?

Dari pengalaman aku sendiri yang baru bergelar Ibu selama setahun lima bulan, dan campur jugak dengan tempoh peknen 9 bulan tu, pengalamannya sukar digambarkan. Bagaimanapun, aku explain sikit kat sini mengikut cara aku... Ada la sikit campur-campur ngan pengalaman orang lain..


  • BEST - bila ko diucapkan 'TAHNIAH' oleh doktor dan rakan-rakan yang mengetahui perkhabaran gembira. Terasa macam cukup segala sifat kewanitaan ko. Kalau ko di antara kawan-kawan ko yang tak kawin lagi, ko akan cukup dicemburui kerana akhirnya ko dah capai misi kewujudan ko kat dunia ni - menghasilkan zuriat untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Oh, aku tidak mandul. Alhamdulillah....
  • MENYAMPAH - bila ko asyik mc atau terpaksa amik leave je disebabkan kesan-kesan peknen yang bunyinya macam remeh bagi orang lain yang tak penah peknen, tapi satu perkara yang serius bagi orang yang menanggungnya contohnya morning sickness yang teruk, pitam, pening, sakit pinggang, kejang kaki, kaki bengkak, low blood pressure, high blood pressure dsb...  Kalau buleh taknak lah terikut sangat dengan sakit tu tapi, kalau dah takleh handle sangat, mak buyung ni slamber je tak bangun dari katil.
  • BEST - bila keinginan ko dilayan. Nak makan apa suma dapat. Layanan dari semua orang memang tip-top especially dari mak mertua. Kawan-kawan sekerja pun asal makan je ingat kat mak buyung. Silap-silap, hari-hari dapat makanan free apatah lagi kalu ko sorang ke peknen dalam company tu. Ngaaa~ 
  • BEST - bila time scan perut tu nampak baby dah mula gerak-gerak. Masa tu ko rasa macam nak bawak balik je mesin scan tu so that ko buleh tengok baby selalu sampai lebam!
  • TAK BEST - ada menda yang ko takleh nak makan. Gaya pemakanan berubah. Tak leh makan durian banyak-banyak. Bagi yang badan banyak angin tu, lagi la kena pantang macam-macam. Makan banyak sangat pun takleh, kang datang penyakit. 
  • BEST - orang cepat kesian kat mak buyung. Lagi kalau asyik buat muka kebajikan je. Gi bank ke, tandas awam ke... gi pejabat pos ke, orang selalu bagi chance potong line. Tapi, itu bukan alasan untuk berlaku kurang asam dengan slamber je memotong barisan!
  • BEST - suami akan sentiasa bagi kemenangan percuma bila tetiba wujud nya argument between anda dan dia. Yeehhaa! Bebel la ape pun, asben dengar aje. Suruh buat apa pun, dia buat. Urut belakang? Urut kaki? Potong kuku kaki? Cabut bulu ketiak? Ahh.. buleh buleh!~ 
  • TAK BEST - bila saat ko dah dekat-dekat nak meletop. Segala sendi dah mula sakit. Tido tak pernah cukup. Tak penah rasa selesa. Satu-satunya posisi yang selesa ialah mengiring dengan si suami peluk isteri dari belakang. Kehangatan badan suami tu sajalah ubat segala penyakit walaupun si mak buyung tu berpeluh-peluh sebab panas.
  • BEST - bila suami kasi duit. "NAh, gi la spa ke hape bagi lega sikit badan awak tu." Weehuu!
  • MEMANG TAK BEST - hidup dengan rasa tertanya-tanya. Apakah anak aku ok di dalam perut? Cacat ke dia? Emosi tak stabil ketika ini. Apatah lagi bila tengok badan yang dah beso macam badak berendam. Dah ada stretch mark. Lemak menari-nari je setiap kali berjalan. Nak bogel pun segan. 
  • SANGAT TAK BEST dan MENYAKITKAN!!!! - Bila saat bersalin. Hoh, nak kena cerita ke? Takyah laa... 
  • BEST lak tetiba - saat anak anda yang segar dari 'ketuhar' berada di pangkuan anda sambil bibirnya mencari-cari puting susu anda. Lapar la mak! Masa tu lah rasa nak nangeh sambil gelak berdekah-dekah. Yeyy.... anak aku dah sampai! Lihatlah doniaaa!!
  • SYUKUR - bila suami cium dahi cakap terima kasih sebab bagi baby kat dia dan pastu tros dia hantar kita balik umah Mak untuk pantang... ceh!
  • TAK BEST - bila tido tak cukup sebab anak asyik nangeh mintak susu.
  • TAK BEST - bila ko tak selesa nak buat apa pun, kena kepit sebab kat 'bawah nun' ada simpulan buku sila pulak (sikit punya beso ke) hasil daripada jahitan masa bersalin ari tu. Amik masa 2 minggu paling lama nak tanggal tu tau! Ikut nasib. Kalau operate lak aku tatau sebab tak penah lagi. Sakit gak tu!
  • TAK BERAPA BEST - kena pantang. Tapi, untuk kebaikan masa depan, telan je la ubat-ubat segala tu ye. 
  • MEMANG PSIKO - bila habih pantang, berat turun ciput je. Kalau turun pun, ada lak stretch mark tertinggal kat bontot, perut...  Wah, tekanan siot!
  • TERHARU - bila anak dah mula pusing-pusing badan, pastu blajar menyulor.. angkat bontot... buat aksi stunt...dan tetau je dah mula panjat kusi dan menyepahkan bebarang.
  • TEKANAN PERASAAN - bila anak sakit dan kita taktau dia sakit apa atau apa kah rasa sakitnya tu. Rasa tersiat-siat je jiwa bila anak tu nangeh. KAdang tu, kita pun nangeh skali sebelah dia. 
  • TAK BEST - tido tak cukup. Anak selalu terjaga malam.
  • BEST BEST BEST - balik kerja je, dapat tengok anak. Dapat cium, dapat peluk... 
  • TAK BEST - anak tu tak tido-tido, takmau tido, sibuk main di kala kita sangat letih dan nak tido sangat-sangat.
  • HAMPEH - bila time nak 'mukadimah' aje dengan suami, si kecik tu bangun pulakkk. Adehhhsss... 
  • BERBELAH BAGI - nak layan anak lebih ke suami lebih. Suami selalunya agak terabai bila anak ni makin nakal. Ibu selalu penat..MAsuk bilik je, letak kepala kat bantal, 2 saat je terus dengar bunyi bini berdengkur. LAst skali, suami angkat bantal tido kat hall je. HEHEHE... 
  • BEST - bila si anak dah buleh berjalan, lari-lari keliling umah.
  • TAK BEST - bila si anak tu berjalan tak tentu hala, capai apa saja menda, cuba gagau menda atas meja.. kutip itu dan ini bubuh mulut, punggah menan, tumpahkan susu seterusnya menyepahkan rumah. Letihnya nak kemas balik! 
  • MENYAMPAH - bila si anak tu dah pandai merengek, meraung untuk perhatian mak ayah dia. Uuuuu... Belajar dari rakan-rakan sebaya la ni. 
  • BEST balik - bila si anak tu lepas nangih-nangis pastu peluk lak kita ni, muah muah pipi kononnya nak mintak maap le tu. Bila anak peluk tu, hilang segala rasa marah, menyampah dan segala rasa yang tak elok tadi. 
  • TAK BEST - bila suami komplen cakap kita selekeh, serabai, bengis, macam mak tiri... especially bila anak tu asyik meragam je. Ngagaghahahahaha.. 
  • SUSAH HATI - anak taknak makan nasik. Nak makan jajan je...
  • BEST - Dia dah mula bercakap. Dah tau mana ayah , mana ibu.. Dan kenal orang-orang terdekat. Dah pandai sebut nama benda-benda sekeliling. Comel.
  • TAK BEST - bila dia sebut menda yang tak elok, berpunca dari kesilapan kita..termencarut ke terlatah ke depan dia. Hmmm... hati-hati. Anak tu cepat belajar. KAdang, belajar dari pengasuh atau anak pengasuh ke. Ohh..tidaakk!!
  • RISAU - adakah dia akan tiru mak bapak dia punya perangai.... Bulehka kita jadi parents yang elok .. Adakah kita buleh jadi contoh yang baik. Tengok anak dah semakin besar tu, dah buleh nampak dah yang apa yang dia buat tu, mencerminkan diri kita. Buleh malu sendiri kot. 
  • LETIH - nak urus rumahtangga campur ngan si anak yang dah pantas berlari ke sana kemari. KEmas sekejap, pastu semak balik. 
  • TENSION - bila suami tak membantu. Lama-lama buleh gadoh laki bini kalau tak de komunikasi yang betul.
  • EMOSI TAK STABIL - kalau gagal kawal emosi, buleh jadi murung. So, kena belajar hepikan diri sendiri, dan jangan simpan dalam hati. Bincang dengan suami tentang ketidakmampuan anda. Tu yg aku buat la.
  • BEST GILA - anak dah boleh sebut 'ALLAH' dan tiru kita solat.
  • BEST - tetiba leh menari cam iklan 'pLaSma cLusTer hAnyA dArI SHARP'. HAHAHA.. 
  • BEST - dah boleh tolong angkat stokin ayah boh dalam laundry box. Dah mula nak tolong-tolong wat keje umah. 
  • GUILTY - bila anak sakit, kita antara mahu ngan tak, terpaksa amik cuti. 
  • BEST - bila ada orang paham.
  • TAK BEST - bila orang tak paham-paham.
  • BEST - orang cakap anak kita cute.
  • TAK BEST - bila orang cakap kita gemok! GRrrrRRRrrrr... 
  • OK LAA - gemuk pun bersebab kan.
  • TAPI, lagi besh kalau dah ada anak ramai pun, tapi badan still cam anak dara. BONOS tuh! 

Saya yang ketika ini bercuti dari menjadi mak buyung.

Saya yang terkini, memegang jawatan Mak Buyung semula. Dush!~




Wah, panjang gila siot. So.. tu la setakat skang ni. Aku pun baru aje jadi Ibu. Ni le senarai perasaan yang aku ada sepanjang jadi Ibu. Korang rumuskan sendiri. Mana ada menda best aje dalam dunia ni, kan?



Dah jadi ibu... Lubang idung didapati besar sedikit selepas bersalin. Apsal ek?






makbed: Semut Merah ajak gi manicure pedicure besok. Inche Kitchi lak tanya..." laki buleh pegi tak? saya nak join buleh..." Haaa... kalau dia join esok, aku siyes amik gambo wat entri. Keheheee..


Best Ke Peknen?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram