Followers

28 Jan 2011

Semalam bersama jiran-jiran...

Rupa-rupanya...



Penyakit  'takleh tengok rumah semak dan habuk yang bersepahan' adalah salah satu urge atau desakan kesan daripada kehamilan. Lagi dekat masa nak bersalin, lagi sakan la ko punya perasaan nak mengemas rumas. Tengok kerusi senget sikit pun ko akan annoying. Aku ingat, aku ni memang pembersih atau pengemas . Tapi sebenornya, mmg pantang sungguh tengok rumah bersepah. Tetiba boleh jadi pening!

Buleh check sini kalau nak info - Babycenter

Patutla......


Seminggu sebelum aku bersalin (masa Oni dulu) aku beria cuci kipas. Masa tu aku nampak kipas tu dah macam kicap dah itam nye. Walaupun pinggang sakit takleh berdiri lama, aku cuci jugak kipas tu. Kalau pecah air ketuban time tu pun aku tak heran sebab aku mmg nak beranak sangat dah pun. Malangnya, tak pecah pun seperti yang diimpikan. HEHEHE... 


Masa kandungan kedua ni masuk 3 bulan, aku membebel kat Inche Kitchi mintak tolong cucikan kipas. Tapi macam angin lalu je suruhan tu. Aku bukannye diktator bebenor nak suruh cuci segala menda, tapi ntah ngape aku cam rimas tol kalau kipas tu kaler selain dari putih. Aku cuci je lah sniri. Takde la bersih mana , asalkan takde habuk hitam berkarat kat kipas tu. Kat hall tu ada 2 kipas tau. Cirit gak la nak cuci kalau dengan bladder yang macam hape ntah ni kan. Kesian mak buyung.

Yang Oni pula, sejak nak ada adik ni, buleh la gunakan excuse 'pembawakan adik' tu untuk menjerit dan mengaum serata rumah dan supermarket. 
Asyik nak teriak aje. Nak kena ikut cakap dia.
Tantrum..Tantrum. 
Dia pulak kena sindrom punggah menan dan suka dengan permainan
' MARI SAKITKAN PINGGANG IBU'.
Semalam kitorang bawak gi jalan TESCO lagi, cam tu gak la melalak nye. 
Dari mula sampai habih shopping dok 'berpantun'.





Jiran aku, Ida Kurau tetiba muncul lak minggu ni katenya nak wat spot-check asben dia.
HAHAA.. biasalah kalau jadi isteri-mingguan / bulanan ni kan. 
Disebabkan umah beliau tidak ada dapo, jadi dia naik umah aku la guna dapo. 
Umah aku selalu jadi balai raya dan dapo tu memang selalu diwakafkan kepada umum
untuk aktiviti memasak isteri-isteri mingguan. 

Beshnye kalau si Ida ni guna dapo aku, ia akan bertukar dari bersepah kepada berkilat-kilat! 
HAHAHA.. Yang bersepah tu kerja aku, yang berkilat tu kerja dia. 
Rajin bebeno le ngemas. 
Rasa sayang sangat nak guna dapo lepas ni. Takut kotor. 
Pas ni kita makan luar je la Cayang. Ahaks!

 Balik dari TESCO, sampai je kat depan umah , Illa bini Seman menyambut aku kat tangga sambil memanggil-manggil Oni. 
Disusuli Ida Kurau kemudiannya.
Oowhh.. mereka berdua melepak bersama ketika aku tiada. 
Aku gi Tesco, shopping barang burger.
Tetiba Inche Kitchi mengidam nak makan burger la pulok! Versi masak sniri.
Sebagai isteri yang solehah, aku yang terpengaruh dengan kehadiran Ida Kurau yang datangnya sekali sekala tu terus berlari ke rumah jiran depan , meninggalkan suami ku yang membawa beg plastik yang berbondong-bondong. 


"Yang, awak masak le burger tu sniri ekk... B nak gi umah Illa ni..." kata isteri yang solehah tersebut. PAstu ZAASSSS, hilang dari pandangan. BAwak Oni skali. 


Ida Kurau nak urut aku. Katanya, dia kesian kat aku sebab aku selalu bising dalam fesbuk asyik sakit bahu ngan belakang lately. 
Aku kenal dia dah dekat 4 tahun dah kot (ke lebih?) tapi baru la ni aku tau dia panda ngurut.
Selama ni dia tak cakap pun.
Siap offer nak urut aku lagi masa berpantang esok. 
Waahh! Aku memang suka perkhidmatan rakan-rakan sendiri ni. Bayar lebih pun aku sanggup. 
Promot sket.

Jadi, semalam tu dia wat urutan demo kat aku.
Konon le demo kan. Sakitnye sama gak. 
Masa memulo dia pegang leher tu, aku dah berasa sakit dah tapi takdelah sakit macam orang lain biasa urut tu. Memang kena la kot tangan dia ngan aku ni.

Memula, urut leher je dulu. 
Sekali dia kata...


"Hang pi balik umah, amik kain batik. Aku nak urut belakang hang skali. Payah la urut pakai baju.." 

Aku yang menurut perintah. Terus aku lari-lari padahal umah depan je, takyah pakai kasut pun balik umah , masuk bilik, amik kain batik. 
Aku jengok dapo, Inche Kitchi sedang menggoreng daging beger. 
Hehehehe.. Satu pemandangan yang jarang dilihat. 
Suka I tau. 

"Cayang, B kat umah Illa tau. Dengan bini Kurau. Nak berurut.." Aku gitau camtu je. 

"Ok.. Bawak le Oni tu skali.." pesan Inche Kitchi. 
Ah.. dia memang. Kalau aku nak pi mana pun buleh, janji aku bawak Oni skali. 

Oni tu takyah ajak pun..awal-awal lagi dah lari gi umah depan da. Hape la. 


Bermulalah sesi urutan demo. Wahh.. memang le sakit tapi sedap. 
Terjawab le segala kemoskelan aku, apasal aku asyik sakit bahu je. 
Memang urat kembang. Banyak buat kerja berat, angkat berat, tanggung menda berat. 
Orang tu sendiri pun berat,
Yang belah kanan bawah ketiak ni, keras je. 
Banyak sungguh angin. Sakit woo... tapi aku ni kan tahan sakit punya orang. 

Bila tang kepala tu dia urut, tarik rambut bagai, org tu tarik macam marah je kat aku.
Kuat betoi! 
TApi, sudahnya, rasa darah berderau je. HAA... darah berjalan cam biasa la kot kan? Normal. 
Tapi Ida kata maybe aku ada marjerin migrain sebab tu aku asik sakit kepala, tak leh kena panas dan mata berair. 
Ehh..siyes aku taktau camana rasa marjerin migrain tu. 
Tak sama macam pening kepala ke? Dulu-dulu takde pun sakit kepala camni baik masa ngandung atau tak ngandung. 


Banyak dosa aku ni, tu pasai le sakit je. 


Bagaimanapun, Ida tak urut bahagian pinggang ke bawah. Kaki pun dia tak urut. 
Tapi dia check je kaki aku cari sendi hapentah. Lama betui nak jumpa. Ye ahh.. kaki big foot kot? Besau!

 

Oni wakpe sepanjang masa tu? 

Oni terang-terang tunjuk kat auntie-auntie nya yang beliau memang pembuli ibu yang  sejati. HAHHAHAHA... Ade ka patot tengah-tengah aku dok meniarap, sambil urut tu dia leh panjat sekali belakang haku?
Ibu gemok.. besh menjatuhkan badan atas Ibu. 
Kalau buat camtu kat Apak, memang kepala dia la benjol. Apak tak de isi..tulang ado. 


 Selesai je sesi urut, Ida pun balik. Aku pun balik gak. Makan jap. Daging burger yang suamiku masak tadi. Haa...pandai nye beliau masak. HEHHHEE.. Sedap. PAstu, aku tidokan Oni pulak. Sedar-sedar dah jam 3 pagi. Lerr.. aku tido tak mandi rupanya. Hmm.. malas dah le nak mandi. Mandi besok je la. TArik selimut, tido....  Bes wooo.


To my fren, Ida Kurau, thanks for the whole thing. The dapo cleaning and the urut. Kalau ang buleh urut aku pas beranak ni, lagi cun. Hehee.. Tapi, kalau takleh pun takpe. AKu tetap nak suruh ang urut jugak bila dah abeh pantang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram