Followers

24 Jan 2011

Puding Roti Caramel lagi... Kali ni dengan gambo.

With full determination and perseverance, cheeewwwaahh!!!


Aku buat lagi sekali Puding Roti Caremel itu.

Sebab ari tu takde minyak esen esen vanilla. Jadi, tak cukup syarat. Roti pun tak cukup. Hari ni, pepagi aku free. Kang je nak gi klinik-klinik untuk ujian kesihatan. Aku masak siap-siap lunch sebab dapo aku ni menjelang tengahari aje cerah kemain. Mata sakit wooo! Dah le panas. Mak tak tahan.... Aku kan vampire.



Memola, masak gula terlebih dahulu ye.


hah, tetiba siap dah!


Cantik tak? Cantik kann? Cik Yana, Makbed dah boh gambo. Pehni buleh buat yek. Tunjuk kan ketereran anda.

 Meh kita refresh resepi.

  •  7 sudu gula pasir (untuk caramel)
  • 4 biji telur gred A. Kalau gred tak A punye lebih kan sebiji atau 2. (Telur dikacau sikit dan tapis)
  • Satu cawan susu Ideal
  • Satu cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 3 keping roti (dikoyak-koyak kecik)

Cecaranya...

  1.  Masak gula dalam kuali macam dalam gambo tu. Jaga-jaga jangan sampai hangus. Masak sampai cair dan bewarna keperangan.
  2. Kendian, tuang gula cair tu dalam loyang. Bebaik sebab gula tu panas ye. Ratakan seluruh loyang. 
  3. Panaskan itu kuali kukus. Didihkan air. 
  4. Telur tadi dipecahkan dan dikacau-kacau sikit, kendian tapis untuk hilangkan ketul-ketul yang likat tu. Hape ntah menda tu. Tapi, tu la yang bagi telur ada bau tak besh tuh.
  5. Blend roti, air,  susu Ideal, susu pekat, esen vanilla dan telur sekali gus. Senang kerja. Blend sampai sebati dan roti hancur.
  6. Kendian, tuangkan hasil blenderan anda ke dalam loyang yang berisi gula tadi. 
  7. Masukkan loyang ke dalam periuk kukus. Kukus lah dalam 40 minit ke sejam. 
  8. Bila dah masak, sejukkan sikit. Kendian, terbalikkan lah loyang tu ke dalam pinggan. So, gula perang tu dok atas, dan adunan telur tu dok bawah.

kalau suka gula banyak, buleh tambah gula masak masak tu. tapi, banyak adalah tak bagus untuk kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram