Followers

20 Jan 2011

Puding Karamel

Entry sebelum sambung study...


 Lama dah teringin nak makan puding caramel. Dulu Mak selalu buat untuk tea time. Teringat kat Mak pulak. Bebaru ni tanya Mak camana nak buat sebab kalau version Mak sure senang nak masak punya. Tapi, Mak kata dia dah lupa sebab dah lama tak buat since Abah ada kencin maneh dgn darah tinggi. Tapi.. aku rasa Mak dah lama tak buat since anak-anak suma dah tak lekat kat umah sebab pakat gi blajo. 


 So.. aku usha resipi Kak Hana ni. Cam mudah dan simple. KAlau nak blaja buleh klik sini - Puding roti Karamel


Bahan-bahan yang aku pakai ialah...

 5 biji telur - dipukul sikit pehtu tapis untuk hilangkan ketul-ketul. Tu le punca telur ada bau-bau sikit. 
7 sudu gula - buat gula hangus. 
 1 keping roti - koyak-koyak (patut pakai 3 tapi balik umah tengok roti dah tinggal sekepin. Sapa punyo keje la kan?)
 1 tin susu Ideal


Memula, aku masak gula atas kuali sampai dah coklat-coklat cair gitu. Then tutup api. Cepat-cepat tuang gula dalam loyang. Jangan terhegeh-hegeh sebab gula tu cepat beku. Pehtu, masukkan telur yg dah ditapis bersama roti dan susu. Blender sampai sebati. Kalau suka buleh tambah setengah cawan susu pekat cam Kak Hana buat tapi aku tak boh sebab aku penakut menda manis. HUHUHUhuuhuu. Pehtu, kalau ada esen vanilla, boh le sikit dalam satu sudu kecik. 

Jangan risau kalau tak de esen vanilla. Berikut ialah conversation aku ngan Mak aku dalam telepon semalam, na tanya dia pasal keperluan taruk esen vanilla dalam puding tu. 

Aku  :  Kalau tak dak esen vanilla tak pa ka?
Mak  :  Laaa... awat tak dak? Esen tu nak bagi telur tu tak bau. Puding tu nanti pun tak bau hanyir sebab boh telur kan.
Aku  :  Lupa nak tengok dalam peti es tadi. 
Mak  :  Esen lain takdak?
Aku  :  Hmmm........... Minyak esen ada la. Buleh ka? (Gelak kuat-kuat!)
Mak  :  Haaa.. buleh la tu. Hang ngan laki hang kan nak makan. (Gelak jugak.)


*minyak esen = minyak wangi


 LAst skali, aku tak boh pun esen vanilla tu. Aku masukkan je hasil blender tadi kedalam loyang yg dah ada gula hangus. Kukus dalam pengukus yang dah siap dipanaskan. Kukus dalam 40 minit ok kot. Dah siap kukus, keluarkan. Pepandai la kome nak tebalikkan puding tu bagi gula hangus nye dok atas. Aku pun tak terer sangat. Kena buat 20 kali baru pandai kot. Peh ni aku nak buat dalam bekas kecik-kecik je. Senang nak tonggeng kan. 

Biarkan sejuk kejap. Then, masukkan dalam peti ais. Sedap makan bila sejuk. 

Maap... gambo takde. 
Sebab puding aku terbelah dua masa aku nak terbalik kan dalam pinggan. Kan aku dah cakap aku tak terer tadi?


Keputusan choba jaya Puding Roti Caramel : 4 bintang. 


Info: Inche Kitchi tak makan puding telur tu. Aku makan sorang-sorang, bagi kat baby sitter sikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram