Followers

24 Jan 2011

Puas dapat makan sushi.

Bebetul kehabisan idea dan tenaga nak update blog. Sekarang musim tak hujan di Lumut dan aku pulak memang selalu aje rasa panas. Menjelang tengahari, kalau kuar rumah mata sure berair. Apakah? KAlau nak sidai kain tu, samada kuar sebelum matahari suluh balkoni , atau pun sudahnye ko sidai le kain petang-petang je. UWAAARGGHH!!!


Ini bukan main-main ok.


Skang aku belum tido. Jam sudah tunjuk nombor 3 di waktu pagi. Ekceli, dah tido dah tadi tapi bangun sebab perut lapa. So, skang ni tengah tunggu nasik hadam, sambil BW. Kejap lagi aku tido.


Test semalam memang cam hampeh especially paper kedua, CEILLI. Yang memula tu. PCE ok je. HAih, lupa lak aku nak khabor kat cikgu yang aku ni omputih. So, sediakan kertas soklan berbahasa London untuk aku. Smalam, bukak kertas soklan nengok Bahasa Melayu. Uihhhh... hapekah. Study segala term dan istilah suma dalam bahasa Inggeris, pehtu jawab soklan guna Bahasa Melayu? Siyes, nak nangeh. NAsib baik aku ada gak buat revision guna note bahasa. I am dead, fullstop!


 Bagaiamanapun, Makbed konpiden paper 1 buleh lulus. Paper 2, kalau tak lulus, sumpah aku tetap akan repeat paper tu, but kali ni dalam English okeh. 29 hb ni cikgu akan buat kelas tambahan untuk product knowledge dan sebagai prep untuk paper nombor 3 yang dijadualkan pada 12 Feb.

Lepas abih exam smlm, aku ajak Inche Kitchi menjoyah kat Jusco Kinta City. Ado la gambo sikit-sikit. Aku teringin nak makan sushi sebenonye. MAsa jawab exam tu, asik dok nampak sushi je. Jalan kat food court kat situ nampak lak DONASHI yang kiut-kiut. Big Apple Donut pun wat sushi ke?? Sangat cute meh.. Aku nak beli awalnya tapi aku takleh makan menda manis buat sementara waktu. So, aku kanselkan dulu.

BUkan ape..... esok adalah hari check up. Memandangkan aku ni selalu dilanda sakit kepala, lebih baik aku kurangkan makan menda yang membawa penyakit ni dulu. Tapi, aku tetap beli sushi 4 bijik, habuan nak redakan rasa ngidam ni dan juga aiskrim BAskin Robbin perisa The World BEsh Cekelat!! Weeehuuuu~ Sedap wo. AKu makan sorang je sebab orang tu taknak. Apelah... tak reti enjoy keseronokan makan betui suami saya itu.


HOkelahh, sambung esok la ek. Esok i cuti lagi. BUleh le lipat kain ke dulu pagi tu. NAk pegi cium rambut Oni neh. Daaa~




makbed: makan sushi saje buleh kurus ke? Orang jepong kurus jek makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram