Followers

22 Jan 2011

Oii Oiii Nini D....

Haih... baru je nak start blogging, terbaca berita baby tercekik bubur nasik pulak. Comel budak tu. Nak tau citer, klik SINI k.


Pada bakal ibu atau pun pengasuh budak , please... Jangan tinggal budak kecik bawah setahun minum atau makan tanpa pengawasan. Especially kalau budak tu consume food dalam posisi baring. Cuba bayangkan kalau kita makan dalam keadaan baring? Memang le buleh makan, tapi ada masa kita pun tersedak mintak nyawa gak. Walaupun Oni skang dah beso, setahun lima bulan dah , buleh minum susu sendiri bila dah habih susu dia baling je botol tu ke tepi, tapi aku still tengok dia minum susu sampai habih terutama sekali bila dia bangun minum tengah malam. Ngantuk camana pun aku ni, aku tengok jugak anak aku minum susu sampai habih. Budak kecik ni selalunya tertido sambil makan. Tu pasal la cekik.


Harapan aku semoga pengasuh aku tu dapat terus jaga Oni dengan elok. Aku ni jenis tak cerewet. Kalau setakat anak kena gigit nyamuk ke, semut ke, lebam sikit kat dahi ke aku tak heran. Lagipun aku tau anak aku ni camne. Sebab tu la pengasuh aku tu berat nak mengasuh anak orang lain kot. Sebab dia kata susah nak dapat bos cam haku. HAHHA... TU PUN kan, ada masa aku check gak private part Oni, just in case. Orang skang ni bukannya buleh kira gila dema. Budak kecik pun selamba je dia balun. Minta dijauhkan la.


 Kang jam 12 tengahri aku akan gerak ke Ipoh ditemani Inche Kitchi. Exam jam 2 ptg. Semalam study cam nak pecah pale hotak. Dengan nak melayan Oni pulak lagi sebab tetiba dia terbangun jam 3 pagi. Aku tatau le dapat jawab ke tak exam ni tapi aku akan buat sehabih baik. Kalau tak baik , aku akan buat lagi sampai lulus. HAHAHAHHAA.... Takda hal!

Ingat nak study lagi tapi kesian lak Inche Kitchi sure lapar. Tak pe lah. Semoga keikhlasan aku melayan suami ada balasannya masa nak exam nanti. Kang aku cium le tangan dia sampai basah, manalah tau kot-kot terang hati masa nak exam tu kan. Ngeee~

Ooo.. Nini D. Semalam aku dah demo dah daging rebus ko tu. Makan ngan nasik putih. Cadang nak wat air asam tapi tangan aku luka lak...takleh nak tenyeh. Aku blender je sambal belacan. Selalu tu, sambal belacan aku tumbuk. Ko tau, memula Inche Kitchi cam eksen-eksen je nak makan. HAHAHAH.. NAmpak lauk cam dull je. Agak kuciwa gak sebab dia bajet nak makan daging tu ngan air asam kan. Pehtu, aku suruh gak dia rasa dulu. Lastnya, dia lak tanya "dah habih ke daging tadi?"

Aku buat sikit je. Tak sangka lak dia suka. Habih nasib 2 pot ko tau semalam? HUAHUAHUAHUA.. Besh la. Mekasih ye macik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram