Followers

9 Jan 2011

Ohh Jennifer Lopes... Come To Me!

sambung balik entri kuih lopes.


Sekembalinya kami ke rumah, Ma pun bersiap sedia ngan pulut yang dah dikeluarkan dari periuk nasi dan diletakkan atas dapo untuk disejukkan. Pengukus telah disediakan. Tunggu air mendidih aje. Daun pisang yang telah dirembat dari pokok jiran mana ntah telah siap dilayur dan dipotong.


mari kita belajar ORIGAMI

Okeh... mari ikat pulut tu ngan daun pisang. Boh pulut secukup rasa, gulung, penyet-penyet sikit, jangan lupa titik air sket kat daun pisang kalau tak kang lepas kukus melekat pulak pulut kat daun pisang tu. Pehtu, ikat bagi ketat. Then, kukuslah... Tujuannya, kasi jennifer lopes tu wangi , bau daun pisang OK. Old School! Kalau ko beli kat kedai, memang takde bau pape. Makan je tanpa nikmat. 


Jennifer Lopes masuk bersauna di dalamnya.

Lepas dah siap kukus, kena sejukkan dulu di luar. Dah agak tak panas sgt, masukkan dalam peti es. Kasi pulut tu solid sikit masa potong. Baru la montok, sesuai ngan nama dia - Jennifer Lopes.





Inilah hasilnya selepas dipotong.
Golekkan Cik Jennifer Lopes ke dalam kelapa putih yang dah digaul garam. 
Pehtu buleh la hidang.


 


~meleleh... wa cakap lu~


Dah siap dah Jennifer Lopes yang diidamkan. Seronok! Terus makan tanpa menoleh kiri dan kanan. Pam mentua pun lupa jemput makan sekali. Ihh...Ih..IHh..
Sedapnye Ma....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram