Followers

16 Jan 2011

Laksa Utara yang Vava-Voom!

Ari tu janji nak bagi resepi Laksa kan? 
Bersempena ngan GA yang aku anjurkan bermula semalam, aku pun sibuk-sibuk gak la nak joinkan diri. Eceehh....


moh join reramai!


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  •  Laksa beras 
  • ikan sardin dan ikan kembong *aku pakai sekilo serba satu jenih
  • 10 tangkai cili kering kalau suka pedas buleh letak lebih. Tapi ni sbb wat utk mak buyung, kadar kepedasan dikurangkan bagi mengelakkan buasir. Maceh!
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang kecil
  • 2 cam belacan
  • 12 keping asam keping
  • 2 tangkai bunga kantan
  • daun kesum secukup perasaan

Bahan hiasan:

  • timun -hiris panjang-panjang , halus.
  • bawang besar - hiris bulat-bulat , halus gak
  • salad - hiris halus
  • telur rebus - takyah hiris halus. 
  • limau nipis - potong agak-agak senang nak picit kang
  • cili api - hiris ikut kadar senang nak masut mulut. 

Cara-cara pembikinannya:



Potong cili kering, rebus atau rendam dalam air panas, kendian blend dengan bawang-bawang dan belacan. 
 Ketepikan.






Siang ikan yang banyak-banyak tu. Just buang perut n sisik aje. Takyah buang sayap dia, ekor dan sebagainya. Basuh bersih-bersih, dan rebuslah ikan tu macam dalam gambo kat atas ni. 
MAsukkan garam dan asam keping dalam 4 keping gitu.


Patu, bila ikan tu dah siap rebus (dah mendidih dah air nye), tutup api. 
Sejukkan sikit, kang melecur lak tangan masa nak perisi ikan tu. Aku tak tanggung! 
Bila dah sejuk sikit, agak-agak boleh pegang ikan tu, tanggalkan tulang ikan dan asingkan isinya.
Buat 2 bekas. 
1 bekas untuk campakkan tulang, kepala, sirip, ekor dsb dan 1 bekas lagi untuk isi ikan sahaja.


Kemudian, blend isi ikan tu. Tambah sikit air rebusan ikan tadi. JAngan banyak sangat ok. Pehtu, masukkan isi ikan yg dah diblend tu dalam periuk. Biarkan.
Jangan pasang api lagi.


Tulang-temulang ikan yg dalam bekas lagi satu pun kena blend jugak.
Ini lah rahsia penting untuk laksa yang sedap . 
Blend tulang ikan sampai hancur, then letakkan suma tu atas tapis. 
Tapis dan amik airnya sahaja. Pepandai le ko camana nak tapis.
Perah-perah sikit tulang tu.
Buleh blend tulang tu banyak kali sampai dah takde air dah tulang tu nanti.


kene gigih dan sabar ok buat menda ni


ini ialah bunga kantan.




Lepas tu, masukkan air tulang yg diblend tadi ke dalam periuk berisi isi ikan.
Satukan juga dengan cili kering yg diblend. 
Buleh nyalakan api. 
Tambah air jika mahu. Sesuaikanlah ikut taste memasing. 
Masukkan bunga kantan dan 8 keping asam keping. Ikut suka sebenonye. Kalau suka banyak boh le asam keping tu banyak. 
Biar mendidih. Akhirnya sekali perasakan dengan garam.




kacau-kacau sebati. ni pekat lagi. buley tambah air.

Untuk laksa pulak, rendam dulu pastu rebus dalam air panas sampai lembut. Jangan lama-lama sangat rebusnya, kang lembik.


Kuah dah siap. Masa untuk hiris-hiris bahan ulam. Boh dalam bekas. Dah leh ready untuk makan!





Laksa Utara


See... cantik tak? 
Syarat utama Makbed makan laksa, musti kena ada bawang, timun dan cili hapi. Limau pun ada. 
Tapi kalau kuah dah masam, takyah le perah limau. 
Selalunya aku perah jugak sebab dah jadi habit. 





Laksa for deliberi

Epi datang petang tu untuk merasmikan laksa buatan aku. Datang ngan asben beliau dan 2 anak nye. Aku taktau le sedap ke tak, tapi asben dia tambah 2 kali kot. Harap-harap depa tak sakit perot la makan hasil air tangan aku especially time perah tulang ikan tadi tu. Hok..hok...hok.....


Dalam jam 6ptg aku dah siap pack laksa untuk Akak Semut Merah pulak. Alang-alang nak kuar gi pasar malam, aku terus gi umah dia hantar. Sengaja bagi banyak-banyak biar dia termonyeh-monyeh (makan dgn bersungguh-sungguh sampai penat) makannye. 
Makan puas-puas ye kak. Harap baby tak meleleh air liur nanti. Makcik dah watkan laksa untuk mak ko dah. Siap jampi bagi senang beranak lagi tau. 
Kena cas lebey ni. 


 Alhamdulillah... Lega sangat sebab dapat tunaikan hajat orang. 


Sapa nak watkan aku puding caramel? 
Taknak yg pasar malam punyo. Kedekut! Nak kawan-kawan buatkan. Heeee~  Sebab kawan-kawan masak ni penuh ngan kasih-sayang.




Semalam Mak tepon cakap Angah nak tunang bulan 3.
Errr..... Oih, kata nak kawin umo 40?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram