Followers

21 Jan 2011

Konflik Makbed dan Oni

Dah kol 4 pagi.

Huh.. Tak paham apsal malam ni takde Bachelorette 6. Patutnya malam ni finale dah. Tensi.

Apsal tak tido lagi?

Ape lagi, study la. Aku baru selesai chapter 23, topik CLAIM. Nasib baik le 5 chapter terakhir dalam kategory C ni takde la susah sangat. Tapi yang sebelum-sebelum tu ada yang takpaham. Siap tanda pangkah lagi kat tajuk beso untuk buat ulangkaji semula. Aku ni jenis MENULIS untuk paham dan ingat. KAlau takat baca je, mmg tido je la kat atas buku tu. Banguun-bangun je dah ado peta kat buku. So, cara aku study ialah satu buku nota, dan sebatang pen. Kalau dah ada timbul awan-awan atau pokok kelapa tu tandanya MASA UNTUK BEREHAT ler... Boring.


Besok sambung lagi. Masuk paper last iaitu CEILLI. aku dah baca sekali lalu - nampak nye memang susah la sebab itu bab investment. Huhhuhuahahahauhuh.... Camana nak bagi terbukak minda dan jiwa kalau bab cam ni? Aku bab duit-duit, nombor-nombor, statistik ke memang tetiba je iblis menjalar ke seluruh tubuh badan aku. Adoiyaiii.. Besok aku kompem kena pasang azan ke, ayat Quran ke kasi halau suma setan bila time aku nak study bab ni. Tolonn laaa.. Ada tak orang buleh simplify kan untuk aku?

Biasanya kalau stay-up macam ni, aku memerlukan neskepe. Tapi, neskepe sangat tidak bagos untuk aku ketika ini. Jangan HALIZA. Nanti baby kamu menendang sampai besok. Lansung hape tak dapat. It's good thinking that tomoro saya cuti. Yey! Oni akan dihantar ke rumah pengasuh dan insyallah pagi nanti saya buleh bangun lewat sikit. Tu pasal la malam ni aku terbeliak lagi.

Susah nak study masa siang-siang ni. Hari ni Oni macam tetau je aku nak study jadi dia tido pun sekejap aje. Selalu tido siang dalam 3 jam camtu. TAdi tido jam 2, pukul 3 dah celik. Pehtu tido balik kol 8 malam, kol 9 malam jaga! Camana la nak study? Aku tatau la hari ni dia makan apa. Punya la buas! LAri sana sini. Kacau suma orang. Pehtu, bila time mata tu dah layu, sedaya upaya menahan tak nak tido. Sakit pinggang aku nak kepung dia sana sini. Sekejap aku baring, sekejap duduk nama nak menepuk dia bagi tido. Menguji kesabaran gak la.

Dia pulak sekejap baring, sekajap bangun. Bila mata nak lelap, dia cepat-cepat duduk. Letih la! Tadi je berapa kali aku kena rasukan ablasa sebab aku dha letih sangat. Pinggang pun sakit. Pusing kiri lenguh, kanan pula. Dah perut beso ni mana la buleh pusing laju-laju. Kena slow-slow je. Oni pulak bila aku buat-buat merajuk ngan dia, dia gi cium pipi aku pehtu panjat belakang aku pulak. Waaaa! Buleh tak aku nk gigit budak ni sampai nangih? GERAAAMMM tau!


Last skali aku jerit panggil apak dia suruh selamatkan Oni ni. Sebelum aku bertukar jadi Power Rangers ke hape kan, elok le budak ni dok jejauh. Aku halau Oni kuar bilik.. "Dah, pi main ngan Ayah kat luar.."

Ape lagi... berdesup la budak tu lari gi hall cari apak dia. Hahahaa.. biar Apak le layan. Dah kejang perut dah ni. Aku tido kejap dalam bilik. Tak lama pastu aku rasa Inche Kitchi masuk bilik bawak Oni letak Oni atas katil. Konon nak kasi Oni tido la tu. HAaah! Camana anak tu nak tido kalau Apaknye baring atas katil dia manakala si kecik tu bebas berlarian dalam bilik? Hmmm... last sekali, aku gak la yang tido kan Oni. Tu pun lepas aku jadi mak singa. Nak jerkah-jerkah budak beso tu memang tak makan saman. Aku je penat. Bila dia buat-buat dalih tak nak tido, aku tampo kaki dia kasi dia terkejut. Dia ingat aku tutup mata tu maknanya aku tido la. HEHEHHEE... rupanya ibu hanya berpura-pura. Terkejut ngan pukulan aku, dia nangeh. Yaaa.. itulah bunyi yang ditunggu-tunggu. KAdar kemengantukan Oni buleh dikesan melalui jenih tangisan beliau. Dan ternyata, Oni memang sangat mengantuk ketika itu. Sebab dia nangih suara lembut je, pehtu mata tutup. HAHAHAHAHAH.

Dah dia nangeh, aku haruslah pujuk kan. Sapa suruh pukul tadi. HEHE.. aku bukannya sesaja mendera ok. Pukul pun manja-manja je. Oni pukul aku lagi kejam kot. Dia pakai penampo lalat pukul aku. Sadis. Tapi, gitulah aku ngan si Oni hari-hari bila nak tidokan dia. Bergadoh-gadoh. Yang annoying tu, Apak dia slamber je gelak-gelak tengok aku membebelkan ONi, gegado ngan anak dia. Kalau kitorang guling-guling tarik rambut, lagi dia suka. Ape ke style dia ni? Lepas 3 minit Oni nangih, aku peluk-peluk, muah-muah sikit. MAsa tu baru dia diam da dengar apa aku cakap sebab dah letih agaknya. Mana taknye, lari memanjang. Budak ni tak takut gelap. KO tutup la lampu ke hape, cakap le ada hantu Mak Limah balik umah ke kan, memang tak de kesan kat Oni. Then, aku pun nyanyila lagu tema.... selawat atas nabi. Cakap-cakap sikit ngan dia. Oni pulak sebelum tido biasanya dia akan cium satu muka aku. Ada la 10 kali kot dia cium. Murah ciuman dia ni. Jenuh lap air liur dia kat muka aku. Aku dah le tak larat dah nak layan tapi, takpelahh.. Tadi aku dah marah dia, so bagi muka la kejap kan. Kesian Oni.

Aku letak bantal busuk kat perut dia. Oni taruk kat muka. Dia kan tido suka tutup muka sniri. Tu tanda dah ready nak tido dah. Masa tu aku tak tepuk dah buntut dia. Aku biar je. Tak lama pastu dia pun tido.


JAm 1 baru dia lelap hoke. Bayangkan lah!


Sungguh, pinggang aku lenguh sangat.



Oni, Ibu sayang kamu tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram