Followers

31 Jan 2011

Jangan Bawak Keta Laju-laju cam Makbed.

Ari ni Makbed wat Segari-Drift sepanjang jalan nak gi opis.
Tetiba terasa annoying ngan satu van berjenama Pos Laju yang sesuka hati je cucuk-cucuk bontot Bambam Bee and then potong ikut sebelah kiri.
Wah, sila jangan petik picu sebab aku memang nampak cam suwiittt tapi saya tidak dumb OKEH. 
Sudah la ko cuma seketul van berjenama Pos Laju, tidak payah la ko cuba mendesak semua orang agar laju seperti kau. 
MySpace

Kalau nak laju, lajulah sendiri. 
Kesian kepada pengguna jalan raya lain yang terkejut beruk tetiba je kau potong ikut kiri jalan. 
Apa jalan kanan tu tak cukup luas ke untuk kau potong? 
Ke kau seorang pemandu kidal?
Reti pusing stereng ke sebelah kiri je?



Untuk menguji tahap kepakaran si pemandu tersebut aku saje je potong van tu.
Memula kat depan ada sebijik van, iaitu van beliau, dan di depan van itu ada 2 biji lori besau. 
Lori pasir. Okeh.. apsal pulak ko tak potong aje lori pasir tu?
Tadi macam terer je titik suma kereta kenit kan? Haa.. lembab! 
Aku press minyak, turunkan gear dan besit laju-laju. Hah, terkejut pulak si van ni bila aku buleh potong semua skali hanya dengan sekelip mata.
Ala... ini Bambam Bee maa.. 
140km adalah biasa saja. 
MySpace

Sila jangan cuba-cuba berlaku kurang asam di jalan raya.
Jentik kang...


Eh..tetiba itu van potong juga lori itu dengan gigihnya dan cuba mengejar Makbed dan Bambam Bee. Kompem jenuh gak la dia pijak pedal minyak van tu, maybe sampai tembus lantai. HAHAAHUAHUAUAHUAHUa... 
MySpace

Ahh.. takpe..takpe. Jalan Manjung-Segari-Pantai Remis ni tak memerlukan kita bawak laju-laju sebab banyak kenderaan berat. Nak cepat sampai kena ada skill memotong je.
Papepun keselamatan harus diutamakan. 


Aku biarkan aje la van tu terus kejar dan cucuk bontot Bambam Bee. 
Kang dia letih kang, dia berenti la. 
Nasib baik pagi tu jalan clear. So, bawak cam biasa 110 km/j. TETT! 
Bukak tingkap, enjoy angin pagi yang besh sebab cuaca mendung aje. 
Van tu masih lagi mencucuk-cucuk. Aku kasi chance potong pun dia cam taknak je. 
Agaknya dia nak ngorat aku kot? 
Takpun dia kagum tengok aku bawak keta sebelah tangan je. 
Ye la..keta otometik lak kan.


Pehtu aku tengok dia cam cuba nak potong lagi. Okeh la..
Daripada eksiden tak pepasal, aku ke kirikan sikit keta aku tu bagi peluang dia memotong. 
Tapi dia memotong kat garisan berkembar pulak!
MySpace

Sesia betul.
Pehtu, siap lori depan tu hon lagi sebab sikit lagi nak bertembung ngan kancil yang datang dari arah bertentangan. Lerr... pekajadahnya la van ni. Drebar baru agaknya.
Nak tunjuk terer, tapi jahil.
Musti si drebar lori yg hon tu membebel dalam bahasa Tamil akan ketidaksiuman drebar van Pos Laju tersebut.


Tapi, dia memang bawak laju betui. Aku potong dia lagi sekali pastu besit la laju-laju nak sampai opis. 
Takde pun niat nak race ke nak tunjuk terer ke kan. 
Tapi, tak lama pastu tetiba van tu ado lagi ooo kat belakang. 
Wahahahhaa... apekah maknanya itu? 
Aku sempat la amik nombor plet van tu. 
Kot-kot kang dengar berita ado van eksiden ke hape... leh la tikam ekor besok.


Akhirnya aku slamat sampai ke opis. 
Hari ni, aku pakai kaler kuning bagi menambah mood dan menghilangkan Monday Blues. So, sapa yang tengok aku hari ni haruslah CERIA okeh.

MySpace


Tudung 5 hengget dari butik feymes Islamico Paradise.

Nak gitau bahawasanya aku ada peminat setia Inner Islamico Paradise. Sila beli..beli beli beli.


Keceriaan adalah hak milik setiap insan, tapi tak semua mampu memiliki keceriaan tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram