Followers

9 Jan 2011

Jalan-jalan cari minyak

Aku maseh tertanya-tanya mengapakan blog beliau dinamakan sedemikian rupa. Naseb bek dia ada taruk nama sebenar, kalau tak jenuh aku panggil nama dia. Selalu panggil ikut nama blog la kan. HEHE....

Entri khas untuk beliau kerana menjadi follower yang dinanti-nantikan Makbed sejak semalam. Alhamdulillah... pada tarikh ini follower Makbed secara rasminya menjadi 111 orang.


Jom kita menziarah blog Cikin. Kalau suka boleh follow skali.

NAMA BLOG : 6 September



Pepagi, Ma dah ilang dah. Rupanya dia gi turun bawah amik daun pandan. Banyak lak tu. Proses buat kuih lopes dah bermula. Memula, blender dulu daun pandan tu. Pastu, perah dan amik airnya. Pulut lak Ma guna sekilo. Basuh-basuh. Air pandan tu rebus dulu dalam periuk nasik kendian baru masukkan beras pulut tu. Biar la sampai masak....


 Sementara tu, rebus gula merah dalam periuk. Bau daun pandan dalam gula tu aje dah buat aku rasa nak mandi air gula. Weee~


 Pastu.....

Ma ajak gi pasar beli nyoq putih.


Ni citer kat pasar tadi.

Ma borong segala bawang sebab kat Penang takde bawang kot. HAri ni harga bawang dah mencecah RM10 sekilo ok. Bek makan megi aje la. ~gagagagagag~ Pastu dia beli kicap mee. Aku lak gi cari nyoq putih. Then cari sayur-sayur lak nak goreng bihun kang wat makan lunch. Dia nampak pulak paku pakis. Terus sambar 2 ikat. AKu hanya mampu melihat sahaja tindakan beliau kerana aku memang tidak bleh makan sayur tu walaupun aku suka banget. SEDIH! Pastu, apela lagi dia beli, suma dia kata nak bawak balik Penang. HUAHAHAUHUAH...

Pehtu aku ajak lak dia gi tengok ikan masin kat depan sikit. Lepas borak 3 saat dengan tokey ikan masin tu, Ma mendapati tokey itu asalnya dari Hutan Kampung berdasarkan loghat Kedah yang dispeakingnya. Wa.. jumpa orang senegeri nampak. Maka, beramah-mesra mereka seketika.


 "Ini kakak ke mak ni?" tanya tokey kedai tu kat aku. Aku gelak aje dengan hatinya yang kadar bulunya sama macam bulu gorila kot. Iskk..pakcik ni. Besok aku taknak dah datang kedai ko. Huh! Tapi aku tau pakcik tu memang camtu. Suka gurau kasar ngan aku. Yakdish kang!

 "Mak mertua..." kata Ma.

Yeye..ini Ma saya ok. Soklan tadi tu ada 2 kemungkinan.

-mungkin Ma nampak cam muda sebaya cam aku.
-mungkin aku nampak tua sebaya macam Ma.


 Yang pastinya, Ma aku je yg senyum semedang. HAHAHAHAAHA... cihss~


 Nasib baik pakcik tu bagi harga murah. Pakcik tu memang baik pon. Selalu kasi diskaun. Pandai Ma ngorat. Ada isi ikan todak, dibuat ikan masin. kami sepakat, nak cuba ikan tu. Tak pernah try pun sebelum ni. Ma beli ikan talang masin untuk dibawak balik ke Penang.

Pehtu, singgah Pernama lak. Semalam tengok ada minyak lagi. Yang 5 kilo tu kitorang amik sorang satu. Takleh amik lebih. Harga minyak tak naik pulak. Megik kan?


Hah, ni dah balik umah ni. Kang sambung pulak. Tak siap lagi buat kuih lopes.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram