Followers

27 Jan 2011

Ini bukan entri perkauman. Mekasey!

Sampai opih tadi, perut tetiba berkeroncong pulak. Aih, tadi udah makan nasik goreng kot. 
Lapar balik?  
Letak je beg , aku jalan dengan lajunya ke club cari bekfes. 
Ari ni ada megi goreng ngan roti canai.
Humm.. dua-dua tak menarik tapi sebab lapar sangat, aku bungkus je megi goreng tu bawak balik. 
on the way nak balik, terserempak ngan Kak As pulak. 
Kak As kata dia ada nasik lemak lebih sebungkus. 
Woow, rezeki! Ada la kuih sikit musti belen-belen dia kunyah dalam kereta tadi. 
Takpe, aku amik je. 

Sampai-sampai nye aku kat pantry, Cik Pia tu pulak masuk.
Haa... ni kaki pau ni. Bangsa kedekut lagi bakhil. 
Bukan nak ngate bangsa lain tau. Tapi, kawan-kawan yang berbangsa sama macam dia ni takde le kaki pau dalam masa yang sama kedekut nak mampos. 
Haii.. ini orang gaji banyak sampai dah tak cukup bank nak letak, bonos 8 bulan gaji pon pau nasik lemak staff yang gaji dia beza 3k dari dia, lagi takda bonos tahunan pulak tu.
Aku yg ngandung ni sah-sah tak cukup makan, dia pau lagi! 
KEJAMZI. 

Tau-tau je aku masuk dalam pantry, dia terus belek plastik-plastik yang aku bawak. 
Dan skrip biasa dia..
"Apa u bawak hari ni?"

 Aku pun jawab je le soklan tu.
Aku mmg nak makan dah sebab aku dah lambat. 
Abg Shahril ada berpesan kepada aku, sekiranya mahu makan, jangan makan di hadapan Cik Pia tersebut apatah lagi tunjuk pape jenis makanan pun kat depan dia. 
KANG DIA MINTAK! 
Tapi, aku tak leh nak tunggu dia berambos dari situ sebab aku nak keje ni. LAmbat kang! 
PApepun, slagi aku tak makan, mmg aku tak kan keje la. 
INI UNDANG-UNDANG SEMULAJADI IBU HAMIL YANG KEBULOR. 

Seperti yang diduga, dia cakap..

"Nak rasa sikit.."

Tanpa sempat memberi respon, dia dah amik sudu dan pinggan kecik dan menerjah nasik lemak tersebut. GIyahhhh!!!! Sabau aje la. 

Pas dia makan nasik lemak sikit, dia amik lak megi goreng. 
Haiya.. ini olang arr.
PAstu baru dia blah. Dapat le aku makan ngan aman. 
TAk lama pastu, Abg Shahril lak masuk. Dia tanya soklan ...

"Ade dia mintak makanan ko Dik?" sambil pandang depan tengok Cik Pia ade ke tak de. 

 "Harus le ade bangg... Dia pau nasik lemak sikit ngan megi..." laporku. 

 Abg Shahril geleng-geleng aje kepala. Nak wat camno kan. Kitorang leh kata ape. J
adi mangsa bulian Cik Phia sebegini. Tertindas rasanya. 
Kitorang cuma leh ngumpat je dia kot belakang. 

 Nama dia ni nak jamu kengkawan makan, takpun pelawa makanan dia ke... tak penah! Kita pun paham le dia Cina, tapi iu tidak boleh menjadi alasan dia tak boleh berbudi bahasa dan berbuat baik ngan rakan-rakan sekerja. Skang ni isunya bukan aku ni kedekut, atau sapa-sapa kat opis tu kedekut. 
Masalahnya, sikap dia yang tak beradab masa amik makanan orang DAN IA SANGAT ANNOYING.

Antaranya...

  • Bila rasa makanan orang, dia ceduk lagi skali makanan tu pakai sudu yang sama. Tak pasal orang tu kena kongsi air liur ngan ko. 
  • Bila buat air, dia rasa air dia tak manis, dia ceduk lagi gula guna sudu air yang dia rasa tadi tu. 
  • Dia akan mintak rasa semua makanan yang ada kat pantry sebab dia tau bebudak opis ni baik belaka-belaka. 
  • KAdang tu, tuan punya makanan tak de bagi izin pun , dia ceduk jugak. 

Aku rasa sikap camni, melayu sama melayu pun tak buat. Ini bukan soal perbezaan bangsa, ini soal courtesy, sopan santun sesama manusia. Suma orang tau basic menda ni. 
Apa lah salahnya kalau, ko tau takleh nak masak makanan kat umah sebab ko ada makan Bak Kut Teh ke hape.. but instead as the act of friendship and courtesy, masa nak gi keje tu ko tapau le kuih ke, nasik lemak lebih ke..jamu kawan-kawan ko yang tak seberapa ramai ni, especially orang-orang yang ko salu pau makanannya. 
Takpun, sekali sekali, ajak le makan kat luar ke, takpun beli je kat club tu bagi sorang sikit. MAkanan kat club ni sekali hadap RM2 je pun. 
Tu pun tak penah sekali kuar duit poket bagi anak buah dia makan. 
Bayangkanlah! Camana orang tak bercakap?

Dulu masa haku kat HQ, selalu je aku makan-makan dibelanja-belanja oleh sekretari CEO yang berbangsa Cina. 
Yang tu pulak, pantang ada je makanan sedap, suma nya dia promot dan tak cukup dengan promot, dia beli lagi kasi kitorang makan.
Sampai kena warning lak ngan kawan-kawan lain supaya beware dengan apa dia beli sebab takut dia beli makanan yang tak halal. 
But, kawan aku ni cakap pe -  dia dah lama dok Malaysia, lahir kat Malaysia and ramai kawan Melayu...
Takde la dia bongok sangat nak pegi beli makanan  yang kawan-kawan Melayu dia takleh makan untuk buat juadah makan free beliau.  
Kekadang... dia berkerja sama ngan Kak Ropi, tealady kat opis buat muffin, kek, masak kat pantry.... dia masak tau.. and bagi sikit aku.
Aku pun kalau cam tu la keadaan, besar hati kot nak masak dari umah bawak bagi semua orang makan. Rasa hepi jek.
Poh Cing, I miss u. 


Yang ni, sebijik kuaci pun takde offer. 
Skang ni nak raya cina kan, mane limau pun tarak bagi. Orang lain bagi je. 
Lek Chai bagi. Sekotak lagi! Yang ni pulak, raya melayu pun kasi duit raya kat aku. 
Ini bukan berkenaan racist, ini berkenaan sikap manusia ke atas manusia yang lain.



Tetiba teringat satu kisah lama dahulu... Aku ngan budak CIna bernama Chong. 
Lupa dah nama penuh dia. Tapi still ingat rupa dia. 
Pakai spek, tinggi. Selalu jaga floor. Keje TGV 1 Utama sekitar tahun 2002 gitu. 
Masa tu besday aku. Aku tak sambut sebab ada pakwe masa tu memang macam hampehs dan memang tak teringin lansung nak sambut. So, aku lepak keje OT kat TGV. 
Homesick yang amat sebab selalunya family yang sibuk-sibuk sambut besday ni.

Chong ngan sorang budak nama Fairul, ntah hape plan dema buat... 
Tetiba Chong panggil aku pegi floor counter, tempat dema koyak-koyak tiket tu. Aku masa tu budak yang lurus bendul lagi kan.. pegi jelah. 
Chong nyanyikan aku lagu hepi besday... sambil kat tangan dia ada pinggang kecik berisi Double Cheese Bedebah Burger.
Siap ado lilin sebatang kat atas tu. 

Aku bantai gelak, sambil tak sedar aku menangis. Tatau sebab ape.....


Sebab tu dorang lekat di hati aku. Walaupun telah lama berlalu kenangan tu....


Tapi yang macam Cik PIa ni, aku pun konpius, nak anggap dia kawan ke atau nak hidup takde perasaan pape je kat minah ni.
Iskkk~ Apakah aku yang bersalah? 
Kesian dia...




Skang kena pakai gagang telepon kerana earphone sudah jahanam.


Bagaimanapun, hari aku makan free.. Kak Ina bagi laksa kat aku. 


makbed: kalau nak berbuat baik tu, pasti ada caranya. Nak ngan taknak je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram