Followers

19 Jan 2011

Hak Layanan Samarata? Mari kita lihat .... kita memang berbeza.





Lelaki -
Mandi sekejap. Berak lama. 
Perempuan
Mandi lama. Berak sekejap. 


Lelaki
Kalau cari sesuatu barang tu, barang tu aje dia cari. Dah jumpa yang dikehendaki, terus beli. Then balik.
Perempuan -
Kalau cakap nak cari sesuatu barang, dia cari jugak barang tu. Tapi, sambil-sambil tu dia tengok barang lain. Barang yang awalnya dia nak beli tu, kalau jumpa pun, dia buat inspection dulu. Tak beli terus. Check itu dan ini. Check harga. Check kaler. Cuba dulu. Last-last tak bekenan. Gi lagi kedai lain. Buat menda yang sama jugak. LAst-last, tak beli pun. 


 Lelaki -
Kalau terlupa zip seluar, takde sapa nak tengok pun. 
Perempuan -
Kalau butang baju terbukak, suma orang sibuk nak tengok apa ada di sebalik baju tu.


Lelaki
Malu nak pakai spender polka dot. Penah nampak spender laki ada polka dot pink, biru, kuning ber;latar belakangkan warna putih?
Perempuan -
Buleh pakai spender hape jenis pun hatta yang ada tulisan "I am GORGEOUS" kat buntut dan buleh pakai dengan bangganya kat tepi pantai. 

 Lelaki
Bila ke dapor , pegang senduk , pisau suma nampak sungguh seksi. (Tak termasuk yang lemah-lembut). Especially bila masak tak pakai baju.
Perempuan
Bila ke bengkel, main minyak itam, muka sememeh, pegang spanar, angkat tayar, nampak seksi jugak pe. 


 Lelaki -
Ada kata nampak cam janggal bila bawak beg tangan perempuan, tapi kebanyakkan orang kata dia adalah lelaki yang gentleman sebab tolong pegangkan beg tangan wanitanya ketika wanita itu sibuk dengan agenda tersendiri. 
Perempuan - 
Bila perempuan kena bawak lelaki, tak kisah la briefcase ke hape, orang kata dia kena dera ngan lelaki tu! 
 Lelaki
Malu nak cakap dia kena gangguan seksual ngan perempuan atau lelaki. Tak berani wat laporan.
Perempuan -
Tak kena gangguan seksual pun dia cakap lelaki tu ganggu dia - DAN ORANG PERCAYA LAK TU!



 Lelaki
Kejadian alami seperti mimpi basah, bad mood sebab tak dapat nafkah batin, atau yang seumpama dengannya tidak buleh dinyatakan kepada umum seperti dalam blog, facebook atau twitter.
Perempuan
Slamber je tulis status kat fb "Hari ni senggugut. Please do not disturb!" ataupun "PMS -takde mood nak kerja."


 Lelaki -
Sentiasa terdedah kepada gangguan seksual sekarang.
Perempuan
Agak terlindung sebab skang dah ada coach wanita dalam LRT dan bas khas untuk wanita.


 Lelaki
Tak boleh nak ceritakan kesakitan semasa bersunat kepada rakan-rakan sebaya. Kat anak-anak pun tak buleh nak describe. PAdahal sakit tu! Tapi sbb nak bagi anak tu tak takut, kena la cakap "TAK SAKIT." Takpe, berkhatan sekali SEUMUR HIDUP. Tipu je. Janji lepas.
 Perempuan
Boleh elaborate cerita masa nak beranak , dari pecah air ketuban, sampai dah dilate berapa cm, kena seluk, kena gunting, jahit bagai, bla bla bla.... dan kesudahannya semua orang tau beranak tu sakit even budak kecik pun paham nak dapat baby tu sakit. Tapi, perempuan still beranak setahun skali walaupun dah gtau awal-awal, beranak ni sakit! Berani kan? 



 Ini hanyalah pengamatan kasar Makbed je. Tak serius pun. Kesimpulannya, kita tak memang tak boleh fight tentang HAK KESAMARATAAN between man and woman, sebab kita memang berbeza sejak azali lagi. Ciptaan Allah itu ada kelebihan. Jika ada kekurangan, pastinya dapat diatasi dengan kelebihan yang ada pada orang lain. 


Esok cuti! Yey~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram