Followers

31 Jan 2011

Ciri-Ciri Perempuan yang Memboringkan

Ciri-ciri perempuan yang memboringkan


Jiwa tak kental.
Takleh kena usik sikit, dah merajuk. Pantang kawan usik sikit, kutuk sikit, terus ngadu kat pakwe. Kononnya nak mintak kesian la tu. Nak suruh pakwe tu pujuk-pujuk dan legakan hati yang sedih.


Skema
Hidup tu terlampau teratur. Takleh nak usik lansung jadual harian. Tak penah buat sesuatu yang spontan. Apatah lagi mencuba perkara baru. Pompuan cam ni, boring! Kawan pun malas nak ajak jalan-jalan.


TErlalu memandang kehadapan 
KEkadang pemikiran dan imaginasi sampai ke tahap infiniti. Hubungan belum rasmi lagi tapi dah membayangkan sampai anak dah masuk 8. Laki ni otak dia sempit. Takleh pergi jauh dalam satu-satu masa. Kena bagi masa. Tapi, kalau perempuan tu asyik berotak futuristik sangat, lelaki tu leh kena tekanan jiwa. Orang berkawan nak hepi, bukan nak panik. 


Menjadikan menda remeh sebagai isu besar.
Ni kadang-kadang kita orang perempuan tak perasan. Tapi, kalau setakat kentut dalam kereta bau telur tu, takyah le nak sentap sampai seminggu! Baju tak bergosok pun nak bebel. Biarkan je la pakwe tu pakai baju tak serika. Badan dia kan? Datang lambat pun nak gado. Kalau pakwe datang lambat, rasa takleh tunggu, balik je. Biar dia pulak bersoal jawab lepas tu.


 Tak reti melawak. Serius!
 Lelaki suka perempuan yang pandai bergurau dan tahan bergurau. Tapi ada pompuan yang sanggup tahan senyum sebab kalau senyum terlorek di bibir kang jatuh ego. HAHAA.. ade gak ke? Ada gak yang jahil dalam bab gurau ni. Orang tu wat lawak, 2 jam lepas tu baru dia gelak. Hampeh.


Tak berapa cerdik
Terlampau lurus bendul. Tak pandai jaga diri. Perempuan camni selalu dipermainkan lelaki. Kalau dapat yang baik hati, bagus la.


Mengawal
Abeh ditanya mana pergi pakwe tu. Dari A sampai Z, patah balik gi A kawan tu kena cerita. Masuk jamban lama sikit pun kena soal-siasat. PAkwe baru nak kencing, pun dah hantar sms. Kesian mamat tu, nk bukak zip pun kena gtau makwe.


Mencari salah orang lain dan menuding jari
Tak kisah la salah siapa tapi seeloknya jangan fokuskan kepada salah siapa. Lupakan aje. Cuba fix menda tu jadi elok. Kan lebih bijak.


Terlampau garang
JAngan ingat lelaki takut dengan perempuan garang. Di hadapan kita maybe dia tak menjawab. Tapi, bila jadi sesuatu yang kita tak tau, mungkin kita yang garang tu pun akan menangis terduduk satu hari nanti. Lelaki ni ibarat api dalam sekam. Tetau je, I dah ada orang lain. Gud bai!


Mengada-ngada
Buat ini tak boleh. Itu tak boleh. Terlampau banyak excuse. Semua nak mintak tolong orang. NAk asah pensel pun, suruh orang jugak.



Tidak pandai berkomunikasi dengan bijak
Lelaki ni biasanya berat mulut. So, sebagai perempuan atau awek, anda kena bijak mengenalpasti apakah topik yang boleh membuatkan pakwe ada diajak berbual. Dan, kena bijak membawa diri semasa bertemu rakan-rakan dan keluarga beliau. Senang nak bawak gi majlis.


Yang suka bermusuh-musuh, mencemuh dan memaki hamun
Pantang orang komen sikit, terus declare war ngan orang. Wah, rilek-rilek sudah. Agak-agak tak tahan, gi repot polis. Laki tu cool jek. Orang camni suka tengok perkara negatif lebih dahulu dari yang positif. Biasanya sangat tak ngam ngan mak mentua kalau orang cenggini.


Tak yakin pada diri
Takut orang gelak kat dia. Macam la kalau kena gelak ngan orang buleh mati. Tengok kawan-kawan ke, orang lain pakai lawa, dia teringin nak pakai camtu, tapi tak berani. Pastu jeles ngan orang tak sudah. Dah tak berani pakai sudah la. Pehtu dia kutuk pulak orang yang pakai pakaian tu. Selagi tidak mendedahkan aurat dan menganggu pemandangan serta keselesaan, apa salahnya cuba. Cuba dulu baru tau.


Lemau
Meleweh je. Jalan pun dah macam walking dead. Rambut tak sikat. Baju selekeh. Anda memang memboringkan.


Terlampau smart sangat. Beradon mak aku kata
Ni selang doblas menet je tengok cermin. Asal jalan-jalan kat supomarket je, gi cari toilet betulkan tudung. Lelaki suka yang simple. Kalau nak melawa pun, pastikan tidak membahayakan orang sekeliling.


Penakut
Takleh tinggal sengsorang. Takut hantu mak limah la... Juon la. Takleh tido sengsorang la. Kena pelempang buleh yang jenis camni. I mean, perempuan ni penakut. Takut ditinggalkan. Sanggup buat apa saja asalkan laki tu tak bertindak meninggalkan dia. Dia selalu je menangis bila membayangkan diri tu ditinggalkan sepi tanpa berita, takpun sampai ke peringkat "camana kalau si polan tu tinggalkan aku kerana perempuan lain?" Hey come on la... Cuba ulang 44 kali soklan yang sama nescaya laki tu pun bosan dan bangun mencari pengganti lain.


Ego tinggi
Terlalu bersungguh mempertahankan pendapatnya. Tapi, lelaki juga tak suka perempuan yang terlampau akur. Kompleks kan? Nasihat MAkbed, berpada-padalah mahu ego. Gunakan ego tu untuk menjaga kehormatan diri dan maruah keluarga ok.


Control Ayu
Jalan kepit-kepit. Gelak tutup mulut...  Makan slow-slow. Tapi semua tu PLASTIK. Depan pakwe je wat camtu. Balik umah, NAH!! Makan nasik berdiri. Makan sampai tumpah-tumpah lak tu. Jalan kengkang pulak. 


Cerewet
Aku rasa yang ni la kot yang paling boring. Cerewet segala. Nak beli baju , belek 32 kali dulu tu pun tak beli. KAlau beli, pastu komplen pulak. Takleh wat decision. Tak cukup itu , tak cukup ini. Ini salah, itu salah. Orang cerewet ni sila jangan rekemen urusniaga secara online. Sakit pala hotak korang. Dia memegang motto kastemer always right tapi kalau dah 7 hari 7 malam dok tanya menda yang sama pasal sesuatu barang yang nak dibeli tu, tak berbaloi kalau layan. Blah je. Pakwe dia pun blah.




Aku rasa takat tu je kot kajian aku. Bila dibaca balik, aku rasa aku pun ada gak termasuk dalam kategori membosankan. Aku salu marah dia kentut dalam kereta. Kalau kentut bau limau kasturi takpe gak. Op kos la aku bengang kan. Heee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram