Followers

18 Jan 2011

BEZA ZAMAN DULU DENGAN ZAMAN SEKARANG.

Zaman Aku Dulu:
Sekolah ada sesi pagi ngan petang. Kalau Darjah 1 sekolah pagi. Darjah 2,3,4 sesi petang. Darjah 5 ngan 6, sekolah pagi balik.

Kalau sekolah pagi, balik kol 2.00ptg. Balik umah dah study. Pukul 6 kuar main. Pukul 8malam, gi ngaji umah Pakcik Shukor. Balik ngaji, study lagi.


Zaman Budak Skang:
Kalau sekolah pagi, balik sekolah, mandi laju-laju, makan pehtu ada kelas petang. Tak tau le kelas agama ke, kelas tuisyen kat sekolah ke. Tu tak masuk ngan KO-ko lagi tu. BAlik umah tu mmg tak sempat bercakap dah. Berdengkur terus. Kecian.




Zaman Aku Dulu:
Wajib gi keluar main kat luar hari-hari, keluar peluh. BAlik haruslah sebelum Maghrib.


Zaman Budak Skang:
Mak tak bagi keluar main. Main game kat umah lagi bagus sbb takut anak kena culik.



Zaman Aku Dulu:
Dapat makan KFC bila periksa dapat nombor 1, atau pun sambut besday aje.


Zaman Budak Skang:
Boleh mintak makan KFC bila nampak muka mak macam lemau taknak masak. MAk pun cakap HOREYY..takyah masak ari ni!



Zaman Aku Dulu:
Harus kena hapal dan tahu cara-cara padi ditanam. Dari mula sampai habih.Secara manual. Nanti masuk soklan peksa kerta karangan.


 Zaman budak skang:
Sabit pun taktau hapa menda  tu.



Zaman Aku Dulu:
Nak pegang telepon umah pun takleh. Siap ada kunci mangga lagi. Kalau teringin nak tekan, ko dail je la nombor 9, masuk celah jari kot lubang tu. Kalau jantan tepon umah, kaki dah gigil, nyorok bawah meja telepon. KAng kalu mak nampak kang, kena soal-siasat lak.



 Zaman Budak Skang:
Suruh beli telepon macam beli biskut. Pehtu pandai demand lak tu! Taktau le boleh pantau ke tak sapa yg dok telepon hari-hari. Cakap telepon depan mak bapak pun slamber je mencarut-carut. Siap silang kaki, goyang-goyang lagi. Waaaa~




 Zaman Aku Dulu:
Budak terjal merokok dalam jamban skolah.



Zaman Budak Skang:
Budak terjal dah mampu bunuh budak lain. Astaghfirullah.




Zaman Aku Dulu:
Takut cikgu. Cikgu datang dari jauh . nampak bawak beg, kertas, beg plastik , buku banyak-banyak, tak lokek lansung tenaga nak tolong cikgu. Rasa bangga dapat tolong cikgu angkat beg.


Zaman Budak Skang:
Cikgu lalu sebelah dia pun dia suruh cikgu tolong bawak beg dia. Berat , katenye. HAHAHAHAHH.



Zaman Aku Dulu:
Kalau ditakdirkan gatal awal, nak kuar dating pun sorok-sorok. Padahal nak pi kedai buku je pun.


Zaman Budak Skang:
Darjah 4 pun dah pandai comolot depan orang , kat bus stop lak tu. Deehh!~




Zaman AKu dulu:
Tak penah memberi respon kalau kena marah ngan abah. KAlau menjawab , dikatakan melawan. Walau betui camne pun, tunduk je. Dia tanya , baru jawab.


 Zaman Budak Skang:
Tegur sikit pun menjawab macam kena tanya kat mahkamah sivil. Kebebasan bersuara la katakan.



Zaman Aku Dulu:
Kena rotan tangan sebab kuku panjang.

Zaman Budak Skang:
kena rotan tangan sebab kuku kaler merah, biru, pink siap bintang-bintang.



Zaman Aku Dulu:
Tak cerdik sangat.




Zaman Budak Skang:
Sangat cerdik tak kena gaya.




ADA LAGI NAK TAMBAH?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram