Followers

27 Jan 2011

Bertabahlah wahai Ayah Auni The Triplets.

Sebak bila baca kisah rakan seblogger aku ni. Aku follow dia, sebab jarang aku baca blog bapak-bapak yang bercerita kisah anak-anak. Pastu, anak dia pulak nama Auni, sama cam Auni. Dan lagi best, Auni dia ada TIGA! Yee... inilah dia Ayah Auni Kuasa 3 atau bapak Auni the Triplets.

Selalu entri-entri dia hepi-hepi belaka.

Kali ni dia diuji. Adiknya disahkan ada tumor di kepala selepas kemalangan kecil bebaru ni. Sapa tau, kemalangan kecik macam jatuh basikal tu boleh bagi keputusan yang semacam ini. Benarlah.... kita hanya manusia yang tahu merancang tetapi Allah sudah lebih awal merancangnya.


 Aku quote satu ayat dalam entri terkininya yang betul-betul buat hati aku kembang dengan kesebakkan.


...Dalam perjalanan, aku dan mak terfikir, patutlah adik aku cepat lupa apa yang kita pesan pada dia, kadang-kadang dia tak fokus pada sesuatu yang dia tak minat... Mungkin tumor ini penyebabnya... Aku rasa bersalah bila aku marah adik aku sebab dia tak ingat apa aku pesan... tapi ada kisah disebaliknya.... aku tak tahu.. Allah lebih tahu... - Amrafarhan

Aku selalu gak marah adik aku bila terlupa macam-macam. Ye la suruh hapal itu dan ini , pastu sesekali tak ingat. Mula la baran je. Hee... Pastinya rasa bersalah sebab kita tak tau apa yang menyebabkan dia lupa semedang. Insaf aku.

Pada kengkawan lain yang mengenali, sama-samalah kita doakan semoga Adik Deedam, adik kepada Ayah Auni Kuasa Tiga ni berjaya mengharungi ujian ni. Semoga selamat semuanya.

Untuk membaca kisah lebih detail, boleh klik sini : AMRAFARHAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram