Followers

10 Jan 2011

Berpada-padalah bila menegur...

Apa ke tujuan korang berblog ni? 

Adapun bagi aku secara personalnya buat blog sbb aku dah tak larat nak bercakap sengsorang kat cermin. Nak cakap ngan kawan-kawan, kawan-kawan pun boring dah nak cakap ngan aku. 
Nak cakap ngan laki, laki pulak asyik ajak tutup lampu awal-awal aje. 
Jadi, sapa nak dengar luahan hati aku? 

So.. dengan konsep berblog ni, aku still boleh bercakap dalam hati sengsorang, tangan laju menaip apa yang terkarang dalam otak dan hati aku dan dalam masa sama kawan-kawan lain takyah guna telinga untuk dengar apa yang aku cakapkan, tapi buleh paham setiap butirannya. 


Yang menjadi ketidakfahaman aku, bagaimana seseorang blogger tergamak berkarya dengan niat mahu menjatuhkan orang lain kendian ada pulak bangsa blogger lain yang menyokong tindakan golongan ini? Sesiapa pun paham, manusia yang ada niat dan kudrat mahu menegur sememangnya digalakkan berbuat demikian sekiranya perlu.
Yelah, dah terang lagi bersuluh sesuatu perbuatan itu kurang cantik atau salah  , jadi memang perlu lah ditegur. Mana buleh lihat-lihat sahaja. 
Menjaga tepi kain orang ni kadang-kadang perlu juga.
BUkan apa... ada seorang penceramah pernah cakap kat aku... kalau tak jaga tepi kain orang, tetiba tepi kain orang tetiba ada ular kat tepi kain orang tu camana? Ko nak cakap tak? Kalau ko cakap sah-sah orang tu tau ko dok jaga tepi kain dia pulak?  
Dah tu, what to do?


 Tapi, macam mana jalan terbaik untuk menegur sesuatu perbuatan yang salah?


Allah bagi akal. Gunalah dengan cara yang betul. 
Dengan mengaibkan orang lain dalam blog atau laman web sosial lain seumpamanya memang sangat tidak beretika. TIDAK KIRA APA PUN NIAT KITA. 
Janganlah simply menhentam keromo, serbu tak pakai helmet. 
Lagi pulak ko amik gambo orang tu tempek kat artikel yang ko tulih, nyata ko memang BERNIAT mengaib kan seorang hamba Allah lain. 

Bayangkan, kalau orang lain buat begitu kepada kita atau pun saudara-mara kita sendiri? 
Mungkin sekarang, kita akan cakap biaq pi la kat depa nak kata apa, aku sikit pun tak emo.
Tapi betulkan tak de sekelumit perasaan terasa di hati? Tidak ada kah rasa bersalah di jiwa? 
Jika anda sedikit pun tak terasa, anda memang manusia yang telah dihukum Allah dengan mempunyai hati yang keras.

 Jangan lupa siapa diri kita ketika kita baru je bukak akaun blog. Dahulu, kita sangat jahil. 
Merayap ke serata blog orang lain, belajar dan belajar cari tulisan orang, even cara buat template dan background sekalipun. Masa tu, Nuffnang pun taktau apa kemenda. 
Sekarang, bila sudah tau apa itu traffic, follower pun melonjak naik, duit pun dah kaching-kaching dalam akaun Nuffnang atau yang sama jenis dengannya, kita lupa diri. 
Mula mengondem, mencari khilaf dan cuba menjatuhkan air muka orang lain.
Tak pastilah sama ada perkara itu dibuat dengan niat atau pun tidak. Tapi, yang pastinya si blogger itu tentunya mengejar traffic dan ribuan komen balas dari orang lain yang membaca seterusnya berasa BANGGA kerana tulisannya itu dibaca orang. Ohh dunia.. luahan hati aku akhirnya dipahami juga akhirnya!


 Ingat, tulisan yang kita abadikan di blog akan kekal selagi tidak berdelete. Belum campur lagi orang kopipes masuk dalam blog diorang. 
Konsepnya sama macam pompuan tangkap gambo dan gambonye mendedahkan aurat, dan kendian letak dalam fesbuk. Suma gambonye ditonton orang ramai. 
Nak calculate dosa? Haa.. ada mesin kallukator tak? Ada kalkulator scientific untuk kira dosa?
Tapi suma orang tau bahana gambo tak tutup aurat ni. Natijahnya boleh sampai ke kubur dan ke padang masyar nanti. 

Apakah berkarya di internet itu tidak sama taranya dengan konsep kat atas tu? Sama je... selagi ada orang baca karya kita - karya yang mengaibkan orang lain , kita pun akan turut sama diselinap di kubur, sama agaknya balasan macam makan daging saudara sendiri sehinggalah di Padang Masyar kelak, selagi karya kita itu dibaca orang. 
Mungkin lebey teruk kot. Sebab kita bukan cari pasal dengan diri sendiri, tapi kita cari pasal ngan orang lain. Berdoa sahaja orang yang kita aibkan tu tak sumpah-seranah kita balik. 
Kalu tak jenuh nak mintak maap kot. 

Aku selalu minta dijauhkan dari mempunya hati yang hitam dan berhasad-dengki. 


Kepada yang tersedar, Makbed mintak maaf jika bebelan ini buat kalian terasa. Aku pun mengingatkan diri. Dunia blog ini jika dimanfaat dengan betul, pastinya akan jadi lebih indah. Usahlah ada benci apatah lagi mencipta BENCI dalam hati setiap orang. Jika tidak suka, tegurlah dengan berhemah. Mak bapak kita ajar cara bersopan santun dalam berbahasa, bukan? 
Kalau kita wat menda tak kena pun, orang lain akan tegur kita. Sementelah sudah tahu diri bersalah, jangan egokan diri untuk mengaku. Mengaku sahaja, mintak maaf. 
Tak de terlondeh telur pun kalau mintak maaf pada orang. 
Takde kendurnya buntut , berkedut muka, lendut segala jika memohon maaf dan mengaku salah.
Dunia akan lebih baik dan gembira jika suma orang hidup dengan penuh kasih dan sayang serta hormat-menghormati antara satu sama lain.


Aku yakin kalian suma paham apa yang cuba aku sampaikan. Maaf sekali lagi kalau bunyi cam poyo je. GAGAGAGAGAGGAGAGAGAGA.
I lebiu all. 


Sekian, Makbed melaporkan dari meja pengarang sambil makan karipap sadin. Thanks Kak Ann.



makbed: tetap suka melihat setiap ciptaan Allah yang cantik-cantik. Syukur..... 

 ....woi, cam penceramah bebas lak aku kan?...



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram