Followers

31 Jan 2011

Ahad Yang Penuh Warna-Warni

Sudah masuk hari terakhir di bulan Januari.



Hari Ahad kali ini aku abihkan masa berkualiti bersama pakwe kesayangan ku nan satu, Inche Kitchi.

Gi mano?





Ado laa... kang aku citer.




Besh la. Kasi otak rehat. memperbaiki hubungan suami isteri yang terpeleot gegara isteri yang agak disfuctional ahahah..termengaku pulak sebab terlampau letih. 
Letih tenaga, letih otak...Letih segala.MySpace



Oni ngan Mak Njang beliau. Sudah bersedia untuk dibawa pergi. Kemain excited lagi ni haa. Hadehh....





Semua orang babai aku. Oni pun babai jugak. Oni.... tinggal Ibu ekk? Huuu.. Ibu nangeh kang. 
Nangeh dalam ati aje la.

Pagi tadi aku call Mak tanya keadaan Oni. Dia tido lewat gila semalam. Terlampau asyik main. Taknak tido. Asal letak atas katil je, Oni monyok. Merengek... 
TAk sure la dia mrengek tak mau tido, atau dia rindu kat Ibu dia. 
Alahai anak Ibu ni. selalu tu, kalau degil sangat taknak tido, Ibu garu je belakang sampai lalok. 
Takpun, Ibu sendiri tido... Lama-lama Oni pun tido kat sebelah.



Hari ni, aku ngan Inche Kitchi berdua-duaan gi Jusco Kinta City nak tengok movie. 
Wahaa.. kitorang wat movie marathon lagi tau. Dah lama dah tak wat keje camni. 
Kalau kat KL dulu selalu la. Memula gi tengok Shaolin, pehtu terus sambung Green Hornet pulak
. Sebelum tu, kitorang gi lunch dulu kat Food Court Arena tu. Makan western food. 
Aku lak gi usha Big Apple Donut.




Abaikan lengan yang tidak menutup aurat tu. Definately not mine.


Donashi. Sangat cute kan?

 Rambang mata tengok menda ni. Tak pernah rasa lagi tapi terdorong untuk beli sebab terlampau cute. MySpace 9 biji RM11.00. Aku pun taktau samada aku buleh ke nak abihkan 9 biji Donashi ni tapi tak kisah la. Janji hajat nak rasa tu tercapai. Habih ke tak, blakang kira. 





Aku suruh adik cashier tu pilih je mana-mana yang sedap. So, dia pick lain-lain flavour. SIOK! Rasanya ok. ada cream kat dalamnya. The good thing is, donashi ni tak manis sangat macam donutnya. BUleh la makan tanpa rasa ngilu bagi yang ada gigi berlubang tu. HEE...

Then, dapat SMS dari Semut Merah tanya aku kat ne. Patutnya kitorang gi manicure ari ni tapi dibatalkan di saat akhir. Maybe gi esok ke lusa ke kalau Semut Merah tak bersalin lagi. 
Dia kirim Famos Amos. 300 gm lak tu. Bila ntah dia nak makan. 
Tapi aku beli je. Hajat mak buyung tidak baik tidak ditunaikan.

Movie-movie yang ditonton pada hari ini sangat menarik. 
Green Hornet, menarik la jugak. Sesuai ditonton bersama keluarga. Actionnya tak delah melampau sangat. Nasib baik aku tergerak ati nak pakai contact lense. Movie ni 3D oke. So, buleh la pakai spek 3D tu. Kalau dah aku pakai spek aku, mana pulak aku nak letak spek 3D kang? Tak ke potong stim nanti.

Habih movie dalam jam 9.30pm. Then, kitorang terus balik. 
Jusco Kinta City memang ramai gila orang sampai parking pun penuh. Malas aku nak citer etika parking kereta orang-orang kat Ipoh ni. 
Aku bajet diorang ni suma orang kaya yang tak kisah keta dema kemek atau calar dilanggar orang.

Sempat gak aku tapau CAramel Macchiato kat Coffee Bean, since takde Satrbucks kat situ.

KAlau le kat situ ada Nando's, sudah tentu aku dan Inche Kitchi gumbira. Sebab kitorang kalau dating-dating ni selalu kat Nando's je. Ibarat makan kat restoren mewah dah la tu. Ngehehhe... Ohh..rindunya nak makan Peri-Peri Chicken.


Sebelum balik umah, aku singgah umah Semut Merah dulu untuk menghantar pesanan.
Donashi ada lebih 6 bijik lagi. Aku makan 3 jek. 
Haziq blom tido lagi. Semut Merah cakap dia dah rasa sakit-sakit belakang dan perut, tapi takde pulak turun tanda pape. 
Aihh... Nasib baik sempat antar biskut. AKu bagi skali baki Donashi. 
Mana la tau, makan-makan tu kang terus pecah air ketuban ke. 
Wahahaha.... Semoga akak aku tu tak sakit lama-lama.
Aku pesan, kalau baby tu dah kurang gerak, perut keras semacam tu maka segeralah hangkut beg gi spital. Jangan tunggu sampai tanda-tanda besar datang. 
Sebab, aku pun cam tu gak dulu. Beria check spender selang 5 menet... Itu tidak sepatutnya berlaku. Bila tengok jam, baru aku perasan yang sakit perut tu datang selang 10 minit.  Oo.. contraction rupanya.
HAHA.. anak sulung masa tu. Mana la tau kan. Pegi-pegi spital je, doc kata dah bukak 3 cm. 
Hamek kau! 
Memang takde turun tanda lansung. 
Tetau je bersalin sudaaa.


Kesimpulannya, aku melalui hari yang besh. Esok keje. Insyaallah, tak de Monday Blues.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram