Followers

22 Dec 2010

Boleh Baling Baby Pulak? Ko ingat tu roti canai ke?

MasyaAllah..

Apa ni?
Boleh baling-baling camtu je?
Aku cubit Oni pun aku peluk dia balik , pujuk. 
Baling? 
Standard la budak nangih.
Kalau dapat anak bisu camne?
Tak bersyukur ko ni.
Bapak apa la...
Sesuka ati je ko baling dia atas katil.
Owwhh... tidak. 
Sungguh insaf. 
Kesian nya baby tu.
Kenapa lah manusia boleh hilang pertimbangan sampai macam tu sekali. 

Wahai baby yang koma,
Ibu Auni doakan kamu segera pulih.
Dan andainya kamu pulih, semoga kamu sihat tanpa apa-apa komplikasi. 
Namun, Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk kamu.


Semoga Allah memelihara hati kita dengan rasa mawadah wa rahmah.
Jauhkanlah dari hati yang hitam dan amarah yang merosakkan


Sila KLIK untuk berita

21 Dec 2010

Mi Rebus Terhangat Di Pasaran







Saya sangat suka dengan angka tertera di atas. Kalau tak nampak, buleh klik gambar yang penuh kedamaian itu ye.


Hari ni teringin nak makan mi. Tetiba teringat mi hailam masakan mak. My mom is the best cook. Cara mak masak mi hailam memang tak sama macam orang lain masak. Kalau cari kat tenet pun, tak jumpa. Biasanya, mak akan guna cara yang paling simple, ingredient yang tak renyah dan susah nak cari. But, hasilnya sungguh lumayan menyelerakan.


Lalu, dengan adanya teknologi terkini, aku sms Mak minta resepi mi hailam beliau. MAk dah bagi dah dulu. Tahun lepas kot. Malangnya, masa tu aku nulih resepi tu atas kad raya sape ntah. Aku ngan peknen kan Oni masa tu. Dah lama pastu, ntah mana terbangnya kad raya tu. Maka ilangla resepi mi hailam mak.


Lama sgt tunggu Mak balas mesej anak dia yang gelojoh sbenonye aku pun telepon la Mak. Mak bebel... Dia kata dia dok tengah taip mesej bagi menjawab soalan aku tu. HAHA... Cuba la bersabar sikit wahai Makbed.

JAdi.. Mak pun cakap dalam telepon aje sementara aku salin dalam buku nota. Pengajian jarak jauh ni. Heee...


 Dah selesai bagi resepi mi hailam, mak tetiba datang idea nak bagi resepi lain pulak.


 "Mak baru belajaq resepi baru dari Tok. Mi rebus. Yang ni senang ja...Gerenti sedap."


 Tengok, Mak pun BARU blajaq masak dari Tok. HAHHAA.. Lawak lak dengo. Aku tak berapa gemar sangat ngan mi rebus ni. Mi bandung pun aku tak suka. Kalau gi kedai makan, jangan harap le nak order menu tu. Sebab, aku penah order mi camtu turned out ntah pape ntah rasanya.

Tapi sebab Mak kata GERENTI SEDAP, dan MUDAH, aku pun amik je ilmu yang diperturunkan kat aku. Lepas habih salin resepi, memang nampak mudah dan macam sedap je. Terus teringin nak makan mi rebus. Pe lagi... terus gi Giant la beli bebarangnya.


 Balik keja, aku terus masak. Ni aku share kat sini. Memang senang aje cara nak masaknya.


 Bahan-bahan:



  •  Mee kuning (sebungkus), celur dan toskan.
  •  *1 sudu besar udang kering
  •  *4 biji bawang merah 
  •  *10 batang cili kering


(blender yang bertanda * dan asingkan)


  • 2 biji ubi keledek
  • 3 batang carrot

(rebus kedua-duanya sampai empuk dan blender sampai hancur dengan air secukupnya)


  • 20 ekor udang ..nak lebih pun buleh. lagi sedap.



cara-cara...

Cili kering yang dah diblender dengan udang kering dan bawang tu ditumis daam minyak panas, sampai la naik minyak. Tutup api. Alihkan sambal tu masuk periuk, campur sekali dengan ubi keledek dan carrot yang direbus tadi. Kacau-kacau sampai sebati. Pastikan bahan blender tu semuanya hancur betui yek. Masa nak blend ubi ngan carrot tu, air lebih pun takpe. Itu untuk kuahnya. Ok, pastu, rebuslah campuran cili kering ngan ubi tadi. KAcau-kacau.. kendian, masukkan udang. Biarkan mendidih. Then, jangan lupa masukkan garan dam gula secukup rasa.


 Bahan hiasannya ialah:

  • Tauhu yang digoreng dan dihiris nipis.
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Telur rebus
  • Sawi yang sudah dicelur
  • Taugeh yang sudah dicelur


 Cara makan:
 Boh mi, boh sayur2 suma, boh le kuah. Boh dalam mulut.



Hasil percubaan pertama aku, buleh le kata menjadi. Cuma, aku terlebih letak cili kering. Ada la dalam 20 bijik lebih kot. Aku kan peminat pedas yang ekstrim. Terlebih pedas la pulok mi rebus aku. Hahaha.. berpeluh aku ngabihkan sepinggan mi. Pastu tambah lagi. Elok abih makan je rasa mcm baru balik jogging.

Gambo takde. Tak cun sebab sayur tak cukup. Inche Kitchi ka anti taugeh, bawang goreng dan sawi. JAdi, tak cantik le mi tu.

Kalau dah semua setuju....

Beberapa hari ini akhbar memaparkan perancangan pernikahan pemain bola sepak sensasi negara Zaquan Adha Abdul Razak dengan pelakon Ayu Raudhah Che Wan. Apatah lagi keluarga Zaquan juga bersuara menyatakan persetujuan mereka terhadap hubungan cinta pasangan muda itu.

Bila cakap pasal Zaquan pasti kita teringat kisah kembarnya Aidil Zafuan yang pernah mencetuskan kemelut keluarga apabila berkahwin secara senyap-senyap dengan pelakon Rita Rudaini dua tahun lalu. Mereka kini sudah memiliki seorang anak comel. Hubungan dengan keluarga juga dingin gara-gara pernikahan itu.

Ayu dan Rita, dia wanita dari Utara tanah air itu lalui nasib yang berbeza bila memilih kembar kacak itu sebagai pasangan hidup.




Ayu nampaknya lebih bertuah kerana awal-awal lagi keluarga Zaquan menyatakan persetujuan. Berbeza dengan nasib Rita yang masih belum dapat memulihkan hubungan sepenuhnya dengan keluarga yang sama. Semoga hubungan Rita dan keluarga mertua juga bakal pulih.

Zaquan membuat pengakuan kepada majalah URTV pasal perancangan keluarganya merisik Ayu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti serta perancangan keluarga kedua-dua belah pihak untuk menyatukan mereka Januari depan. Jadi sahlah cerita pasal hubungan mereka bukan gosip semata.

"Insya-Allah mengikut perbincangan dengan keluarga, jadualnya (nikah) Januari nanti. Bagaimanapun kami masih berbincang dan mencari tarikh yang sesuai dalam bulan itu.

"Saya tak mahu bertunang lama-lama. Majlis merisik pula insya-Allah... selepas Hari Raya Aidilfitri nanti keluarga saya ke rumah Ayu. Buat masa ini kedua-dua belah pihak sudah pun berkenalan dari dekat," kata Zaquan.

Zaquan juga mengaku tertarik dengan Ayu kerana tutur kata dan bahasa adik kepada Rozita Che Wan itu yang lembut dan sopan.




"Paling penting dia menghormati keluarga dan kawan-kawan saya," sambung Zaquan lagi.

Ayu dalam kenyataannya kepada akhbar kompak sensasi, Kosmo meluahkan rasa gembira apabila kehadirannya diterima oleh keluarga Zaquan. Pastinya Ayu tidak mahu melalui apa yang dilalui oleh Rita dulu. Apabila keluarga itu membuat kenyataan terbuka menerima hubungan mereka, pastinya dia sangat gembira.

"Saya bersyukur hubungan kami direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak, tetapi tentang tarikh perkahwinan, masih belum ditetapkan lagi kerana belum ada sebarang perbincangan.

"Keluarga pihak lelaki pun kata akan datang (merisik) tidak lama lagi, jadi kita tunggu sajalah. Keputusan bukan di tangan saya, tetapi pada keluarga kami," kata Ayu yang menjalin hubungan mesra dengan Zaquan sejak setahun lalu.

Rita bagaimanapun enggan mengulas perkembangan adik iparnya itu.

""Saya tak ada kena mengena (dengan hubungan mereka)... saya tak nak campur," kata Rita ringkas dan penuh makna melalui khidmat pesanan ringkas SMS.



sumber: Manga Online



makbed: Nampak perbezaannya kalau menikah KENA cara dengan yang menikah tak KENA cara...Biar takde majlis besar asalkan mendapat restu dan redha semua terutama sekali ibu bapa kedua pihak. DOA itu penting. Kepada yang sudah bertemu jodoh, yang baru melansungkan pernikahan , Makbed ucapkan tahniah. Anda maju setapak lagi.

15 Dec 2010

Perlu ke add pakwe lama dalam fesbuk?

Sedang gatal lubang telinga sampai ke tekak ketika menulis entry..


Aku jarang sangat check msg dalam inbox fesbuk. Sampai beratus-ratus yang belum check. Kalau msg dari Ben Ashaari, peniaga-peniaga yang memang aku berurusan dengannya dan kengkawan yang biasa ngan aku memang aku check le. Kalau yg tak kenal, malas nak buang kederat.


TAdi, baru perasan ada msg dari sesorang. Dia suruh aku add dia jadi kawan dalam fesbuk. Huahauhuahua.. Ekceli, ramai je orang nak add dlm friend list tu, tapi, kena tapis gak la. Maklumlah, artis kan. Tapi yang ni spesel sket. Ngape?


Sebab dia ialah X-man.


Siapa X-Man?


X-Man ialah lelaki yang telah dipangkah dalam menyertai apa-apa laman sosial yang ada kena mengena ngan Makbed. Kerana, dulu dia ialah ex-pakwe aku. Dulu dan dulu... Dulu. Dulu. Dulu. Sebut manyak kali macam nama rakyat Papua New Guinea lak. 


Soalan:
Perlu ke menjalinkan hubungan persahabatan dengan pakwe lama?

Kalau tanya Makbed, aku jawab TAK PERLU. Kalau setakat terserempak tengah jalan, tengah shopping ke tengah makan-makan ke, cukup lah dengan say hi. Tak delah aku benci. Takkan pulak aku nak lari lintang-pukang bila nampak pakwe lama. Tapi, nak tegur tu tidaklah. Kalau dia yang tegur, aku jawab. Nak cakap aku sombong ke, serombong ke, terpulang. TAk luka pun. HAHAHAHAAA..


Aku ada reason sendiri. Sesetengahnya menjawab takde salahnya berkawan dengan kekasih lama. Terpulang. Aku rasa selamat dengan cara gini. Kepala pun tak sakit.

Pertama, menjalinkan persahabatan dengan pakwe lama adalah tak perlu dan tidak pulak menjadi dosa sebab dia bukan mahram. Apatah lagi kalau si dia sudah berumahtangga dan kita sniri pun sudah ada keluarga. Jadi, atas urusan apakah aku nak bersahabat dengan dia. Atas dasar 'dulu, kita pernah couple'?

Melainkan pakwe lama aku ada buat bisnes tudung ke, bisnes apa-apa yang best-best, pastinya ada pekdah aku bersahabat ngan dia kan? Leh la mintak diskaun... NGEHEHEHEE...~


Kedua, bersahabat dengan pakwe lama berkemungkinan besar menimbulkan fitnah. Fitnah dari bermacam aspek. Lebih mudah terdedah kalau add dalam fesbuk. Susah nak explain. Tapi, aku dah tgk manyak dah jadi. Setan di mana-mana.


Ketiga, yang lama itu biarlah lepas. Personally, aku malu mengenangkan zaman jahiliyah tu, dating-dating ngam pakwe-pakwe lama yang sudahnya tak kemana. Pastu mengenangkannya pun cam menyakitkan hati je.
Wakpe nak buat sahabat kan?

Keempat, aku yang meninggalkan pakwe tersebut. Oh..pastinya bersebab. Aku tak perlu tunggu sampai hati aku ni koyak-rabak kerana lelaki. Tinggalkan. Cari yang lebih baik. Jadi, apakah perlunya aku add dia dalam fesbuk kan? Kalau dia ok ok aje, takpelah. Dia mungkin maafkan aku. Kalau dia nak balas dendam camne? HAAA.. tak ke dasyat tu? Ngeri..Ngeri..


Kelima, tak semua orang sporting. Kang kalau bini dia salah paham camne? Haaa.. Kan Kan.. Ntah-ntah yang cakap nak add tu bukan X-Man, tapi bini dia. Mana tau kot-kot bini dia tau password fesbuk laki dia ka. Haaa.. habehh.


Kesimpulan, tak perlu menjalinkan persahabatan dengan pakwe lama. Kalau dia bagus untuk, takkan lak dia jadi BEKAS KEKASIH kan? Percayalah, kesudahannya akan menyakitkan hati kita gak, si perempuan. Kerana kita memang lemah segala. Lelaki ni bukan bukan boleh percaya semua. Ada je bohong dan auta.

10 Dec 2010

A Brief Tale About My New Part Time Job

This is just a beginning of my new life. As new year is approaching, as well as my new age (Ohh yeahh I am no much younger), I've decided to carry on my plan to become an insurance agent.


Why so sudden?


I love sharing experience with friends. *See.. I am doing it now. I choose 'this policy' as I found it suitable and works for me. I am all covered-up. Beshh..beshh... 
Flexible and no hassle.
Besides, I never meet an agent then became good friends after that before this. 
Yes... Agen yang jual policy tu kat aku skang masih lagi menjadi bes fren even though aku skang dah tercampak kat Lumut. 
Dia yang uruskan segala keperluan aku andai diperlukan.


Mengikut experience, sesetengah insurans biasanya cover kematian akibat kemalangan, kecederaan akibat kemalangan dan kecacatan kekal akibat kemalangan.
But, 'this policy' ... which I found it awesome provides coverage for 36 types of critical illnesess like sakit jantung, kencing manis, blindness... oh... 36 jenis penyakit tu aku rasa macam dah cover segalanya! 
There's a lot more benefits as well to be explained about. 
And.. I am explaining this as a policy holder - with experience.

Berapa orang yang ada insurans, made payment each months and knows everything about what they are paying for? Some of us bayar semurah mungkin, berpadanan dengan gaji mereka untuk insurans kesihatan.. Tapi, adakah ia benar-benar mencukupi? 
Adakah agen insurans tu sudah explain sejelasn-jelasnya kepada korang? 
kalau dia explain sejelasnya pun, korang jelas ke? 
Ke korang hangguk je? Hee..hee..

 Ada jugak yang banyak duit, beli bermacam-macam polisi insurans dari pelbagai syarikat insurans. 
In the end, diorang pun tatau how much they have already paid for the entire year. 
And problem starts to appear when you suddenly hospitalized sebab kanser, but end up you still need to pay for hospital bills sebab insurans yang ko bayar tu tak cover medical bill untuk kanser
Just cover accident je.. 
Sakit lain takleh. 
kena pakai gedik kredit card lak. Ada pulak yang berhutang pastu.

Persoalannya...
Adakah hidup kita ni kemalangan seburuk-buruknya diterjemah dalam bentuk
  • kemalangan kenderaan..jatuh moto, kena langgor kereta, lori, bas, basikal..
  • kemalangan naik pengangkutan awam eg: kapal terbang, bas, ketapi, lrt
  • kemalangan di tempat kerja.. eg: tersepit mesin, terkepit pintu, terlanggar dinding (hingga menimbulkan kecederaan yang sungguh kesian)
  • kemalangan yang berlaku dengan tak semena-menanya eg: ditimpa pokok tumbang, ditimpa buah durian yg gugut, disengat tebuan etc..

Itu semua pun dikira kemalangan kan?
Tapi camana lak kalu tetiba anda disahkan menghidap menyakit paru-paru berair, sakit jantung, strok, buah pinggang? Adakah itu dikira BUKAN KEMALANGAN? 


 Ada polisi yang tak cover tau semua ni.
Jadi, bagi yang concern about having an insurance policy, pastikan semuanya cover supaya pembayaran anda berbaloi-baloi Ok.


Ohh.. there's more.

Kalau sakit-sakit yang camtu akhirnya menyebabkan kamu takleh kerja, then sapa yang nak bagi duit beli beras kat family kamu?
oh yeah.. kalau bayar insurans, of course le ada pampasan. 
Mati pun ada pampasan. 
Cedera pun ada pampasan.
Hilang kaki tangan , diberi pampasan. 
Then, what will happen next? 
Apa jadi lepas suma pampasan tu diberikan? 
What will happen to the family that was left behind?


So, this policy that I am sharing is not just some insurance. To me, it is like future planner. 
It LISTENS to your needs every now and then.
Kalau ada pape nak claim, pun tak susah. Just HALO je agen aku tu, main email-email jek. 


Terkini, aku peknen kali kedua ni, dapat saguhati beb! HAHAH.. 
Rm Rm gak la. Masyuk sikit bulan ni.


 Dah 3 tahun dah Makbed sign up utk policy ni.
Daripada pengalaman yang menarik ni, aku memang strongly suggest, silalah lah ada insurans. 
Then my agen tu suggest aku jadi agen gak.
Sebab dia kata aku cakap ape pun, orang caye je. 
Eh..camtu plak? 
Masa tu, aku memang dah nekad dah..
Dah register untuk exam but suddenly terpikir... aku nak pindah Lumut nanti, what if kat Lumut nanti takde cawangan insurans tu? 
Haa.. camne..? Sapa nak guide aku.


Maka impian aku ke laut je...


Akan tetapi, recently aku dipertemukan dengan seseorang ini. Yang merupakan manager di jajahan Lumut, Manjung, Sitiawan. 
HAHAHAa... Ciwi kot. 
Terus aku gi cakap kat dia, aku nak jadi agen. Tihihhiiii...
 Maka, yesterday night aku dah dapat training.
Dah diajar serba sedikit pasal ni. 
What I need to day next is to prepare some $$$ to sit for an exam. Kena gi amik lesen dulu la pulak. 
Mana leh serbu je tak pakai helmet ye  dak? 

if there is no aral, I'll become an insurance agent in a month. 
Wish me luck bebehs.


Ohh.. no worries. Aku masih lagi seorang receptionist. Aku cuma cam bosan gila dok kat meja ni tanpa buat pape.
And , I will always blogging. 
Bloggy In My Heart kan?



makbed: explaination aku tentang insurance tu dibuat menggunakan term sendiri aje supaya korang tak muntah bila baca.

3 Dec 2010

TEKANAN YANG MENEKAN

AMARAN: Entry berbaur tekanan jiwa



Ketensenan melanda membuatkan aku amat teringin nak let it out!!!! 
Hep me! Hep me! Rasa mcm stuck dalam kotak kasut jek. Saya nak kotak besar sikit buley???



PENGASUH BELUM BALIK LAGI TAU. 
Hadoiyai. 
Dia amik cuti balik kampung dia di Labuan sebelum raya haji hari tu. 4 Nov. 
Ok, cube tengok kalender ye kawan-kawan. HAri ni brape haribulan? Aku bukannya nak kutuk beliau atau pun bebal ngan apa yg berlaku, cuma kot kalu aku luah kat sini, aku rasa lega sikit.
Kang cakap aku tak bersyukur lak. 


Kata cuti sampai 22 haribulan je. Then, sampai 22 haribulan, dia cakap tiket takde lagi.
Transit kat Lok Kawi. Standard la askar ni kan suma tunggu teket free. So, menda free memang la lagu ni gayanya. Apa ko ingat ko sorang je suka fre-free ni? Pakat la tunggu turn. Sapa naseb bek, dapat la balik cepat. Sementara nak dpt teket tu, diorang 3 beranak ni diberi bilik penginapan. 


Memula kata tunggu sampai 30 haribulan. 30 haribulan paling lewat katenye. 

Then, semalam sms aku lak. Kata teket sampai Jumaat ni takde. Jumaat ye..iaitu hari ni. Minggu depan tak sure lagi. 


 ZA ESK X ADA FLIGHT LA ABG DAH PENING DAH NI KAT TRANSIT NI DAH PENUH SESAK 1 BILIK 2 KELUARGA KONGSI
*sms tanpa sebarang tanda bacaan. Sila letak tanda bacaan mengikut kesukaan sniri.

pastu ada lagi sms nye...

 ABG MT ARI ISNIN KLU ADA DUIT AKAK DAH BELI TEKIT SENDIRI DAH AKAK RISAU PSL AUNI JE SKRG DAH LA MKN KAT LOK KAWI NI X CUKUP KLU LMBT JE  AMIK MAKANAN HABIS TERPKSA LA BELI
*lawak la ejaan tekit tu. Tiket sebenrnye.


 then aku pun balas , cakap Oni aku nak tinggalkan kat nursery je. Sebulan ni. Niatnya, aku nak test dulu sebulan Oni camne. Kalau ok, aku proceed. Kalau tak, sempat la sampai pengasuh ni balik sampai Lumut. Cube tgk ayat sms dia bebetul 'Kalau ada duit'... hahahahaha..  bijak sifir sungguh pengasuh aku ni. Semua msg di atas memberi aku kesiimpulan bahawa dia AKAN minta duit dari aku. Bukan tak penah dia wat camtuh. Tapi kali ni aku takkan mengalah. *chewah! Banyak le sangat duit aku nak bagi sponsor. Mau aku tak bagi gaji 4 bulan kang kat dia pasni.


Ohh.. dia balas lak.


 X PA LA KLU MCAM TU TP KALU AKAK DAH BLK HTR AUNI DGN AKAK BYR LA NUSRY  BERAPA ARI JAGA X BG AKAK BLN NI PUN TAK PE


 Wahh.. demand ko yek. Haa.. Tengok le camne sebulan ni. Banyak sangat songeh ko. 
Kalau ikut hati kejam dan tak berterima kasih atas budi baik dia menjaga Oni selama ni, aku memang nak hantar Oni terus gi nursery. Tapi, pikirkan selama hari ni pengasuh tu cuma jaga Oni seorang je. Dah le jaga macam anak sendiri lak tu. Hmm... kalau dia gila untuung, takkan le sanggup nak jaga Oni je. Musti dia amik anak orang lalin lagi ramai-ramai. Betul tak kengkawan?


 Aku tau dia sayang anak aku. Jadi, aku rasa aku patut bagi chance kat pengasuh ni. 
Lagipun, aku rasa Oni ni kecik lagi nak hantar gi nursery yang ramai budak tu. Risau kalau dia takleh sesuaikan diri. 


 TApikan, Oni ni pelik sikit. AKu expect menda lain, lain pulak yang jadi. 
Tadi, aku bawak dia sekali masa survey nursery kat Manjung. Haih, ok la pulak dia berborak-borak ngan bahasa dia ngan kengkawan sebaya dia kat situ. KONPIUS lak aku. 
Dengan anak Epi, Ameenah yang tembun, Oni siap tepuk-tepuk bontot lagi konon nak kasi tido la. 
Oni kalau ngan baby, wahhh... Kalah aku kot. PAndai je dia dodoikan baby, tepuk momtot pelan-pelan. Nampak sangat le sifat kekakakkan dia tu. 
Pasni blajo tuko pampes lak ekk Oni ekk.


Tadi Epi rekemenkan satu lagi pengasuh kat Teluk Muruh. musim cuti sekulah ni, budak tak ramai duduk nursery. So, bagus lah untuk Oni kot?
Esok aku nak gi umah akak tu nak tgk. Kalau ok, aku tinggal je kat situ. 







Wahh..

Lagi satu tensi.


 Bambam Bee dah kuar wad. Tapi, aku still takleh drive lagi. Kabel plug koyak pulok. 
HAIH!!! HAIAH!! WACHAA!!! 
Aku tetiba rasa cam lapar gila sampai buleh telan orang sebaik sahaja mendengar berita tersebut. 
Nih sampai bila nak suruh Gemok antar aku gi keje ni? 


 RASA NAK MAKAN SESUATU YANG SANGAT SEDAP, tapi takto apa dia. 
Disebabkan bambam bee takde, aku takleh nak drive gi tempat tu. HARI NI INCHE KITCHI duty pulok! HAAAHHHH.... nak marah nak marah ni. 
LAPAAAARRRkan sesuatu. 



Untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan di atas yang berlaku, aku cepat-cepat muhasabah diri.




 Aku bernaseb baik sebenarnya. 

  •  Tengah-tengah kecoh Oni tak de pengasuh, Faz Kinchi leh jaga Oni untuk Minggu Pertama. 
  • MInggu KEDUA dan KETIGA ketiadaan pengasuh, Oni diambil-alih hak penjagaannya oleh Mak aku. 
  • MINGGU KEEMPAT ketiadaan pengasuh, tetiba Gumox and the gang pulok datang atas sebab-sebab bisnes dan amat berbesar hati nak menjaga Oni sepanjang tempoh mereka di Lumut. LEGA!!!!
  • Ketika ketiadaan Bambam Bee, kehadiran Gumox amat membantu sebab Unser beliau digunakan untuk menghantar dan menjemput aku di tempat kerja. Driver? Gumox and Kering la.. 
  • Ketika aku serabut dengan kekalutan hidup sepanjang bulan ni, ada pulak Miza dan Hamsiah di rumah yang tolong aku masak siang dan malam selain menjaga Oni secara bergilir.
  • Ketika takde sapa nak bawak aku gi pasar utk beli barang dapo yang habih, Fiza pulak wujud kat situ untuk jadi runner beli barang dapo dengan menggunakan moto je.Hah.. dia kan minah rempit. Aku takleh nek moto kot. Ngeee...
  • Aku tak sakit pinggang sangat bila Oni merengek nak dokong sebab tukang dokong ada ramai. 7 orang semuanya termasuk laki aku. Leh rilek. 
  • Ketika aku resah nak cari nursery, ada gak kawan yang tolong aku temankan gi cari. Thanks Epi. 
  •  KEtika segala permasalahan ni terjadi, Inche Kitchi tetap cool dengan kawan-kawan aku yang datang ni. HAAH... Kalau takde izin beliau, camana lah bebudak ni nak bertapak kat umah aku sampai seminggu ye dak? Naseb bek laaa laki aku ngam ngan diorang ni. Walaupun terpaksa berkorban tak main game , sbb pc dia dikonker Fiza yang sibuk men game dan berkorban remote tv sebab kena beralah ngan Miza Miza ni suka citer melayu jek, laki aku tetap maintain slamber. Aku lak yang rimas tengok si Fiza men game sampai bergado dek berebut ngan Gumox ngan Kering.





makbed: apa kah menu yang paling best kat Secret Recipe, selain dari kek?

1 Dec 2010

Semalam yang Memenatkan

Hari ni Gumox, Fiza dan Miza antar aku gi keje bersama Oni. Bambam Bee kuar wad petang ni. Esok leh drive sniri gi opis dah. So long car pooling!

Gumox call aku cakap nenek dia nazak dah. nak kena balik segera. Jadi, Fiza, Miza, Hamsiah dan Kering ditinggalkan dan dia dijangka kembalik pada hari Jumaat ni. Oni still dijaga diorg. Pengasuh gitau aku smlm tiket flight dia hari Jumaat ni. harap-harap berlakulah seperti yang dikatakan. Kalau dia tak balik lagi withiin this week, aku kena say bye bye la kat dia. Hantar Oni gi nursery suda. Menyampah.


Semalam, aku gi balik kampung. Kampung dekat je dan kampung itu pun bukan kampung aku. HAAA.... Selepas selesai segala urusan, aku bergerak gi umah Mak Miza di Ayer Tawar. Miza dah lama tak jengok mak dia sejak-sejak dah kaye ni ecewah.. so aku mengingatkan beliau jangan jadi anak derhaka. TApi sbenonye, tetiap kali Miza datang umah aku kat Lumut, dia sure gi jengok mak dia punye. Ngehehehe...


Sedap nya makanan mak dia masak. Lauk-lauk kampung aje. Takde banyak pun. Mak dia hepi sngguh bila kami ramai-ramai serbu rumah dia. Kalli terakhir aku jumpa Mak dia aku rasa 6 bulan lepas kot. Heee... Tapi tu singgah kejap je. Ini memang pegi stok nak selongkar dapur umah dia. Fiza lak sesampai nye terus capai basikal, gi ronda satu kampung. KEsian..dok kl tak penah buleh nek basikal. 

Sebelah umah ada pokok mangga. Aku soh Fiza kaitkan mangga muda untuk aku makan. Lepas makan nasik, aku kerat cabai burung kecil-kecil, then gaulkan bersama gula dan kicap. MAKAN SENGSORANG je sebab yang lain suma tak sanggup nak tahan masam. Ehh..habih pulak sebijik mangga. Nyuumm..nyum..








Kalu gambo Kering ni musti time tido. Nih la akibatnya tido tidak mengikut jadual. Main game sampai ke pagi tak tido-tido, pastu gi sana sini. Boleh tahan la 26 jam, lepas tu ko nampak tanah pun ko rasa macam tilam. Ni la buktinya. Letak kepala je, terus hanyut. 



Sempat gak gi tengok Bambam Bee kat bengkel. Dah siap dah sembur cat. Seksi nye beliau kan kan kan. Dalam nih tak nampak clear sangat. Kalau terer, tekalah apa warna baru Bambam Bee?





 Besok leh bawak dah... SONOK!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram