Followers

27 Nov 2010

BERITA MAKBED

BERITA TERKINI



LUMUT 27 Nov - Telah dimaklumkan bahawa Pengasuh Oni masih lagi ditransit dan belum mendapat tiket pulang.Tarikh penerbangan akan diberitahu semula apda hari Isnin ini. Memang lembab sikit bila cakap soal transit ni. Siyes lemau! Oleh itu, Makbed didapati telah menggaru kepalanya sekali lagi. Walaupun Ibu MErtua Makbed telah menawarkan diri untuk menjaga Oni buat beberapa hari ternyata tepat jangkaan beliau, namun adalah mustahil bagi Makbed untuk berpisah dengan Oni lagi.

Sejak berpisah dengan ibu beliau selama beberapa hari, Oni didapati telah berubah menjadi ultraman budak yang baik , sangat baik dan berbudi bahasa. Apalah agaknya Atok dia kat umah ye? Tiada lagi tangisan mengada-ngada tanpa sebab. Buktinya, Makbed boleh memasak beberapa jenis lauk di dapur tanpa rasa bersalah. Cuma, kegemaran Oni menyepahkan rumah dengan gilang-gemilang bertambah apabila Atoknya menghadiahkan set pinggan-mangkuk dan periuk belanga baru baru-baru ini. Mujurlah Oni tidak membuat permintaan melampau dengan mengarahkan ibu beliau memasang alat penyaman udara seperti di rumah Atoknya. Oni kembali tidur di depan tv , di atas tilam yang tersedia sama seperti rutin hariannya sebelum ini. Cuma, pastikan kipas tambahan dihalakan ke arah beliau untuk memastikan tidur yang berpanjangan sepanjang malam. 


Berita ini mungkin boleh dikira berita baik memandangkan isu yang MAkbed hadapi ketika ini. Secara tidak semena-menanya Wan Gumox dan rakan-rakan menghubungi MAkbed mengatakan mereka akan datang hari ini dan bermastautin di rumah selama beberapa hari untuk kerja-kerja kempen bisnes mereka di sekitar Lumut, Manjung dan Sitiawan. Bersyukur ke hadrat Allah kerana urusan Makbed dipermudahkan. PENGASUH SEMENTARA DATANG LAGI. YYEYYY!!!!!


BERITA TAMBAHAN:
Deria bau Makbed bertambah hebat apabila aku berjaya menghidu menda yang sepatutnya terbau 3 hari selepas kejadian. Aku saspek ada cicak mati dalam umah ni tapi aku dah selongkar semua tempat yang berkaitan namun gagal menemui mayat saspek. TApi, baunya Allah je yang tau. Menjadi lebih mistik apabila Inche Kitchi kata dia lansung tak bau pape. Tu la..bulu idung tebal sangat sampai terkeluar carta beb! Tapi memang aku terbau sesuatu yang busuk. Kenapa orang lain tak bau ni? Sila jangan salahkan ibu mengandung. Inche Kitchi mengandaikan bahawa kemungkinan besar mayat itu berada di dalam suis kipas kerana terdapat semut-semut beratur dengan taatnya menuju ke dalam rekahan di sebalik suis tersebut. Memula rasa cam tak logik tapi lepas dah cari tak jumpa-jumpa aku rasa betul la kot menda tu dalam tu. 

HAIH cicak.. tak de tempat lain ke nak mati pun....... Camana nak bukak menda suis tu. MAk ko tak ajar ke jangan main karan nanti kena kejutan letrik?



Sekian berita untuk kali ini. Salam Satu Malaysia.

oni balik dah

YEYYY!!!

ONI sudah balik rumah.
Sekarang beliau sedang menyepah-nyepahkan rumah.
Jadi Makbed takleh blogging skang.
Kena kemas rumah

26 Nov 2010

KSR Safety Drive aka Treasure Hunt

LPP-Kg BAru-Ayer Tawar-Batu Hampar-Pantai Remis-LPP


Opih aku wat event best la pulak besok. Hukhukhuk.. 
Cam jeles je bila dengar hadiah-hadiah lumayan yang disediakan.



Kenapa Makbed tak join KSR LPP Safety Drive aka Treasure Hunt?




Alasan TERUTAMA











InsyaAllah, Sabtu ni siaplah kot Bambam Bee punya make over. 






Alasan seterusnya....






Nak gi amik Oni kat Ipoh malam ni....







Alasan lain-lain


Inche Kitchi duty la pulak besok!



Itulah saja alasan saya. Sekian.

23 Nov 2010

Second Pregnancy - The Second Check Up

Aku gi A10 seawal jam 7.45 pagi hari ini.
Dapat angka giliran bernombor 2012. 
YES.... kejap je la.
Cuma 12 orang je.

Cam biasa..
rutinnya ialah
gi wat UPT
then timbang berat
pastu gi buat ujian tekanan darah


UPT - positif
berat terkini - 60 kg
tekanan darah - 110 / 70


 OK 
LULUS


 Sila ke kaunter menunggu di depan



Misi panggil untuk consultation. 
Disebabkan semalam aku demam, aku disuruh jumpa doctor pada hari ini. 


Doctor belum datang lagi.
Kena dengar Ceramah Penyusuan Susu Ibu la pulak
Start jam 9 pagi.
Boring..Boring..

Pehtu, tengah-tengah dok ceramah tu, nombor aku dipanggil
Oh, bukan nak jumpa Doc
tapi nak jumpa Sister untuk upacara scan baby


Baby sihat
Dah ada degupan jantung
Nampak denyut-denyut 
Tapi baby still kecik lagi


 ...Kena sound ngan Sister bila nak bangun dari katil scan tu...

 Nak bangun dari pembaringan tu jangan le terus bangun. Orang mengandung kena bangun pelan-pelan. Mengiring dulu, pastu baru bangun. Jangan bangun dari posisi baring. Terkejut pinggang tu kang.

oo.. camtu ke? Patut le asyik la salu sakit pinggang. 
Siyes jahil pasal ni. 
Ha.. Mak buyung sekelian. Take note OK.

Lepas scan, duduk balik kat tempat ceramah. 
Sambung dengar ceramah,
Jam 10am, ceramah dah habih.
Doctor tak mai lagi ni.
Mana lak doc ni....?


Dah tunggu lama sangat, gi makan dulu.
LAPAR
pagi tadi aku makan Coco Crunch je 
dah gigil-gigil dah ni
Ajak Inche Kitchi makan


Jam 11 am
dah abih makan
Doc tak sampai lagi!
Haiyahh!!
Mane ni.. Org nak gi keje laa

Mak Buyung dah bosan dah ni





Mak buyung yang lain mula keresahan. 
Ada yang cakap nak balik
nak postpone check up
Yelah..
banyak yg datang bawak asben
asben pulak ado yg duty 
time keje kan skang ni
Inche Kitchi cool je
tunggu kat luar
awal-awal tadi dia dengar gak ceramah penyusuan susu ibu tu

Aku tanya Misi
Misi cakap Doctor lewat sikit hari ni
ada 16 kes kat HATL
kes orang nak beranak la kot
Doc ada sorang je
hmm
memang la
kat sini Doc tak cukup
dah makin pupus dah doctor skang

Ada mak buyung lain dah siap balik
meja konsultasi pun dah kosong
 


Ala..alang-alang dah lewat, biar la lewat
Takde masa dah aku nak tangguh check up gi hari lain
buang masa lak
Aku minta time slip la kang
Sapo suh bagi aku dok lama-lama kat sini


jam 12.00 baru Doc sampai
LEGA..
NAk check tu kejap je


Sampai giliran aku,
dia check napas suma
Owhh.. aku ada sedikit semput lagi
But since ubat suma dah ada, so dia suruh aku makan je ikut jadual
Then dia bagi ubat tahan muntah lagi
tak sure la tu ubat tahan muntah atau ubat angin
Then dia bagi time slip
Kol 8am sampai 12.15pm
wa..kemutnye
tulih la sampai pukul 12.30pm

Pesanan penaja
jangan makan jajan berupa keropok Cheezel sebab banyak garam
dan jangan makan jeruk asam sebab air jeruk tu manis dan berasid
kalau lapar, sila makan makanan ringan berupa
BURGER DAGING, NUGGET, pedal goreng, hati goreng
waaahhaaa.. ade ke jajan camtu?
maksudnya
makanan berat bagi orang normal adalah jajan bagi orang pregnant
camtu ek?
Leh la makan Spicy chicken McDeluxe la pasni
wat jajan sambil tgk tv
pop corn adalah jajan yang tak digalakkan sebab manis
iskkk
aku ni nak makan pun susah
ada keinginan baru makan
Berat tak naik
Should I worry?




 Hari ni Makbed dihantar oleh Inche Kitchi
naik Wira Kurau
sebab
Bambam Bee kena hantar gi make over

Bambam Bee nak transform lagi.



Secara rasminya Makbed sampai opih jam 1.15 pm hari ni. Memang tidak disengajakan. Harap maklum.

19 Nov 2010

Makbed BERTUKAR menjadi MAK MENTUA SARIAH pada hari ini ye kengkawan

Di petang yang hening...





Aku:  LPP, Selamat petang..

Dia:  Hello.... (suara tak clear)

Aku : Hello...

Dia:  Hello... NI rumah mak mentua Sariah kee??

Aku:  HAA? BUkan. Ini LPP.

Dia: TAk berapa dengar la. BUkan rumah Mak Mentua Sariah ke?

Aku: Bukan.....






makbed: Nak wat spekulasi ni. Agak-agak la kan, apsal la makcik ni cari MAK MENTUA SARIAH ??

Memerlukan Idea Fesyen 'Orang Gemuk' terkini.. kerana diriku begitu berharga

Rindu Oni. 








Tengok kanan....








Tengok kiri.....









"



"


"










TADA!!!!!! Senyuman DARLIE.




Makbed mem'beruk'kan diri
Beruk cute pe kan?
Setengah orang suka letak gambar comel dalam blog....
Aku pun suka gak
Tapi..
semua orang tau dah aku comel
HUAHUAHHAUA
kan kan kan
So takyah letak salu
nanti orang boring
Lain la kalu aku bujang 
leh promote diri
Skang ni, kalu aku boh gambo lawa pun,
laki aku gak dapat kredit
Bertuah laki dia dapat bini lawa tapi pemalas ni..
Haa... gitu la lebih kurangnye..





Hari ni Jumaatun
Hari selekeh di tempat kerja
haruskah Makbed beli baju baru?
sebab baju macam membosankan
tak nak pakai baju lah
tudung dah vogue
baju lak selekeh
tapi
lately memang sangat malas nak bersiap 
gi keje kekadang baju haram tak iron
kalo iron pun secara tak ikhlas
kedut pun tak hilang
baju sendiri tak iron
baju Inche Kitchi lagi la tak
dia iron sniri
nasib baik la dia tak mementingkan kehenseman
heee....
SAYA BERAZAM MAHU JADI LEBIH RAJIN SELEPAS INI
KORANG, SILA BAGI SOKONGAN!
~zzzzzZZZZzzzzzZZZzzz~

Gi keje..
calit sikit Safi Rania 
tu pun sebab takut itam kan
kena sun burn
 pastu boh bedak Pixie Lott
Eye Liner itam
kekadang eye liner itam semalam pun masih melekat kat mata
MAkbed malas nak cuci muka
 mana la ada pencuci muka pun
Bebaru ni Inche Kitchi belikan MC Ocean punye produk
Bau cam limau mandarin
sedap pulak
semangat sikit nak pakai 
tapi kejap je
on off..
MALAS
Kalau sempat boh lipstik
kalau malas, dah buleh jalan dah...
Pakai tudung, pakai baju
terus blah


Kat opis,
lepas solat selalu kan mekap balik
aku tak de dah
kalau ada baby powder kat situ
itu je la yang aku tempek
biar la putih selepong cam tepung gomak
ahahhahaa
Orang sekeliling pun perasan
aku tak begitu menjaga penampilan
ye ahh,,
pakai le pape pun,
 nampak gemok gak
eii... 
perasaan hampeh kembali lagi

Camne ni?
Hari ni rasa nak demam
selsema je
Bila rasa nak demam
mata kan panas-panas
Makbed tak pakai contact lense
pakai spek je
skali ada lak pengulas fesyen lalu-lalang
"Eh, buleh tak jangan pakai spek. Nampak cam orang tua la.."
Haih.. aku sengeh je.
Hoi HALLO... aku mmg tua kot. Ko expect umo aku berapa daa?
Owh..selama ni adakah aku nampak muda?
Kalau aku nampak muda, silalah tengok Inche Kitchi...
dia lagi NAMPAK muda dari aku


Apa yang kita NAMPAK, tak akan sama dengan apa yang kita DAPAT
hape aku membebel ni?



tua ek? Sapa nak sponsor aku wat lasik?




Ada idea tak tentang fesyen ibu pregnant yang menawan sikit? Kasi link kalu ade ek.



Sekian saja dari Meja Nenek Kebayan Makbed






 


Harry Potter and The Deathly Hollows Part 1








Citer ni bagi aku besh la jugak walaupun ramai yang cakap boring. Maybe sebab ado Part 1 kan? But , aku rasa memang perlu ada PArt 1 sebab kalau tak citer tu akan jadi sampai 5 jam. Atau pun jalan ceritanya pendek dan tak lengkap sebab nak pendekkan masa. Banyak gak la scene comel-comel lawak diorang tiga orang ni. Lawan-lawan tak banyak sangat lagi sebab this part was more on the journey finding the Horcrux. Ahhh.. Sedey sebab Dumbledore dah mati. Cam tak caya je. Boleh hidup balik kot nanti. Ke dia buat-buat mati je kan?


Tak sabar nk tunggu part 2 keluar pulak. Yeeahh! Korang yang tak tengok lagi, please keep your expectation a bit lower. Nanti frust lak.

7 stars for this one. Ngehehe...


Sebelum gi tgk Harry Potter, aku ajak Inche Kitchi cari Spagetti Carbonara dulu. Tang mana lagi, kalau bukan Pizza Hut. Pekena spageti ngan Manggo Lassi, pergghh... Memang kenyang tak hengat pastu.


Cam selalu lak makan pizza kan? Wahh...selera besar sungguh kali ni.

Lelaki 'Seksi' di Jalan Raya? Kekeke...

KUALA LUMPUR: Gelagat seorang lelaki kurang siuman berpakaian seperti wanita seksi yang sering mundar-mandir di sekitar kawasan Taman Samudera di sini menimbulkan keresahan penduduk setempat.
Bukan itu saja, aksinya sebagai ‘polis trafik’ di jalan utama di situ turut mencuri tumpuan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro mendapati lelaki berkenaan menjadikan ruang bawah jejambat berhampiran susur masuk ke Taman Samudera itu sebagai tempat tinggalnya dengan menjadikan kotak dan akhbar sebagai alas tidur.
Menurut seorang penduduk, Md Kassim Abdul Aziz, 50, kehadiran lelaki berkenaan dikesan di kawasan itu sejak tiga tahun lalu.

Katanya, lelaki itu akan kelihatan pada waktu petang ketika dia pulang ke ruang di bawah jejambat terbabit untuk berehat.

“Dia akan keluar dari bawah jejambat itu pada waktu pagi dan mundar-mandir di sekitar kawasan itu. Ada masanya dia akan memberikan isyarat lalu lintas kepada orang ramai yang lalu di situ.

“Ada aduan daripada orang ramai mengatakan dia mengotorkan kawasan sekitar, tetapi setakat ini dia tidak mengganggu ketenteraman awam walaupun ada pejalan kaki yang lalu berhampiran,” katanya.

Abdul Aziz berkata, kerana simpati melihat keadaannya yang tidak terurus, dia pernah memberikan wang kepada lelaki berkenaan untuk membeli makanan, tetapi ditolak dengan cara baik.



makbed:  haaa... ni sapo ni? Baik mengaku lekas. Kot ye teringin nak jadi polih traffik pun, pilih la dresscode yang menepati citarasa. Dia ni musti mamat mata-mata gelap ni. Sedang buat penyamaran kat situ. HApe? Kome ingat orang gila kat Malaysia ni suma bebetol gila ke? Tett!

18 Nov 2010

Nak gi dating!!

Bagi menghilangkan kekosongan jiwa, Makbed posing ngan tudung baru lagi.
Epi, tengok, aku dah promote tudung ko dah. 
Ngehehheee~






Ala... tak nampak sangat bijiks nye. Tapi Makbed sangat suka dengan kaler dan material tudung ni. 
Jatuh cinta kepadanya. 
Bijiks tu kan, ari tu Oni boh dalam mulut je.
BUdak tu kan, ape je la yang tak dimasukkan dalam mulut? 




Ni nampak cam clear sikit. Ekceli ado lagi bijiks-bijirin-bijan kat belakang tu ha.... 
Epi bagi suma tudung-tudung kat aku untuk dijual. Sebab aku kan rajin.
Haa.. sape nak beli tudung camni, harganya murah aje. Cantik la tu. RM 20 sehelai. Kang kalu sempat, Makbed upload gambo-gambo kaler yang ado. 
Kalau dok sekitar Lumut, Manjung, Sitiawan, tak yah la pakai pos.
Makbed antar je. Kalau yang nak kena pos tu, bagi la alamat dan duit tambang skali ek. 
Tambang untuk tudung tu sampai je. 
BUkan tambang untuk Makbed gi kat tempat korang. 



Besok, ada lagi satu jenih tudung lagi. Hmm.. Aku pakai esok. Promote. Siap ado nama lagi tudung tu. Confirm korang takkan beli kalau dengar nama tudung tu, tapi lepas pakai, memang lawa. Inche Kitchi kata lawa...


Malam ni nak gi dating. Memola, nak ajak Inche Kitchi gi Giant. Nak pau dia sket. 
Beli barang umah. 
Nak organize bilik kain aku yang dah macam pusat pelupusan sampah dah. 
Hishh...~ Rimas. 

Pastu, nak gi candle light dinner kat mane ntah. Char koteaw blakang stadium kot?
BUleh naaa.. Bagi chance kami dating. 
Pehtu, baru nak gi tengok Harry Potter. 
Yippiee...!
Dah lama tak tgk wayang neh. 


Best kan, tak suka je boleh cerai.





Entry emosi...


HOi lelaki-lelaki~


Kamu ingat kamu kekal hensem dan gagah sepanjang usia ke?

Kajian ni memang bukan boleh dibuat main-main. Masa kawin tu nak je. Masa 'nak' pon, slamber je. Tapi, bila si isteri tu dah tak cantik, gendut, gelebeh, boleh lak kamu ceraikan dia? Agak-agak la kan, sapo punya keje la menggelebehkan dan menggendutkan isteri kamu tu? 


Nak yang solid-molid, bak la duit. Ini tak.. dah le ko kawin ngan dia mintak diskaun. Mintak harga patut je.  Orang tua letak hantaran tinggi-tinggi, pandai la argue. Dalam Islam kata mas kahwin paling baik di sisi Islam ialah yang terrendah. Hah, tetiba pandai di situ. 
Tapi, bila masuk bab nafkah isteri dan anak, main lepas tangan pulak. 
Bila bini sakit, tak cantik, tak menarik, gemok , ditinggalkan. 
Ni ikut sunnah nabi mana lak ni?


Wahai lelaki,

Harap-harap korang sedar la yang bakal isteri korang yang nak kawin ngan korang tu bakal menghadapi kesukaran di masa depan.
Sudah lah kamu asyik 'nak' aje setiap malam..Lepas dilayan, kamu tido aje. Khabar isteri di sebelah memang lansung tak tanya dah.
KAmu sedap sendiri, isteri kamu lak tak lama pastu menanggung muntah, tak lalu makan, sakit pinggang, gemok, dan akhirnya sakit nak beranak. 
Kamu ada cakap ke nak share sikit.
Takde kan? Buat tatau je.
Siap cakap bini lembab berjalan. Sebab gemok.
Bila dah beranak, nak kena berpantang. 
Cakap nak pantang 100 hari je dah buat bunyi cam lembu nak kena sembelih. 
Suruh wat 44 hari je. Ikut basic. 
Tapi pastu, bini kamu gemok, tak fit, kamu marah. 
Nak ceraikan dia. 
Time pantang tu ada tak kamu beli dia set bersalin Sendayu Tinggi? Nona Roguy ke? 
TAk kan... 
Suruh pakai yang murah-murah je. jimat kos.


Kalau yang merokok tu lagi la teruk.
Degil nauzubillah. Berlagak giloh.
Tak de rasa timbang rasa langsung kat bini ngan anak yang dok bau asap rokok dia. 
Kahwin ngan dia dah le dapat sakit, dapat kanser plak. Nak tanggung tu punya la azab. Kan bagus kalu dia sorang je rasa azab tu. 
Apsal lak laki ko isap rokok sedap2, bini ko kena penyakit kanser? 
Senang-senang je pastu ko ceraikan dia. Kalau tak nak cerai, sanggup tak hantar bini gi treatment, Bio cepat mampos. Buleh kawin baru.




BAru tadi ni, Makbed dikhabarkan yang mak kepada sahabat aku disahkan menghidap lung cancer. Stage 4. Tak de sejarah kanser dalam family. Tapi, suami merokok. Kena lunch cancer sebab jadi secondary smoker. Haa... so skang ni salahkan sape? Salahkan bini jugak? sapa suruh kamu gi sedut asap rokok tu? Nak tanya gitu ke?



Kalau isteri curang dengan lelaki lain sebab tak cukup layanan batin, dikatakan jijik.
Hina
. Tak sama hinakah kalau suami bermain cinta ngan orang lain tanpa nikah? 
Ye laaa... nak nikah takde duit, 
Yang dok ada ni pun tak larat tanggung. 
Menyalahkan isteri je kejenya. "Bini saya asyik beraaaaaanak je", katanya. 
Dia tak tau yang besok-besok ni anak yg berderet tu la yang nak bawak dia gi syurga atau neraka. 
Suami lagi redha tengok tv, tengok bola, main fesbuk dari ajar anak-anak mengaji. 
Suami lagi suka gi lepak ngan kengkawan dari teman isteri baca Quran. jadi imam pun tak penah. 
Sori... Nak imam, gi smayang mesjid la. 
Pastu, bila anak-anak jadi half-breed, separuh manusia separuh iblis, bijak je diri menyalahkan isteri, tak pandai jaga anak. 
Yang dia tu wat ape kat umah tu? 


Tak suka denga lelaki yang sungguh ego dan sangat bijak serbi-serbi padahal bila hulur surat khabar tulisan jawi, merangkak-rangkak bacaanya. Jangan taktau, surat nikah yang ditulih jawi pun belum tentu dia tau baca. Silap-silap , nama dia eja salah pun dia tak perasaan. 
Tau-tau je, bini dia bersuamikan orang lain *rekaan semata-mata 
. So, to ladies, beware. Jangan pandang remeh. 
Nak cari suami berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang ni payah. 
Biar lah tak hensem, tak berduit banyak pun takpe, asalkan jujur dan bertanggungjawab dan mengamalkan ilmu agama dalam kehidupan.
BUkan hanya TAU je, tapi tak buat. 


Akhir kalam... Makbed nak cakap....

Mau yang lawa-lawa, sediakan lah ongkosnya. Jangan main cakap saja. Tak de menda free kat donia ni. [KLIK]







Best kan, tak suka je boleh cerai.





Entry emosi...


HOi lelaki-lelaki~


Kamu ingat kamu kekal hensem dan gagah sepanjang usia ke?

Kajian ni memang bukan boleh dibuat main-main. Masa kawin tu nak je. Masa 'nak' pon, slamber je. Tapi, bila si isteri tu dah tak cantik, gendut, gelebeh, boleh lak kamu ceraikan dia? Agak-agak la kan, sapo punya keje la menggelebehkan dan menggendutkan isteri kamu tu? 


Nak yang solid-molid, bak la duit. Ini tak.. dah le ko kawin ngan dia mintak diskaun. Mintak harga patut je.  Orang tua letak hantaran tinggi-tinggi, pandai la argue. Dalam Islam kata mas kahwin paling baik di sisi Islam ialah yang terrendah. Hah, tetiba pandai di situ. 
Tapi, bila masuk bab nafkah isteri dan anak, main lepas tangan pulak. 
Bila bini sakit, tak cantik, tak menarik, gemok , ditinggalkan. 
Ni ikut sunnah nabi mana lak ni?


Wahai lelaki,

Harap-harap korang sedar la yang bakal isteri korang yang nak kawin ngan korang tu bakal menghadapi kesukaran di masa depan.
Sudah lah kamu asyik 'nak' aje setiap malam..Lepas dilayan, kamu tido aje. Khabar isteri di sebelah memang lansung tak tanya dah.
KAmu sedap sendiri, isteri kamu lak tak lama pastu menanggung muntah, tak lalu makan, sakit pinggang, gemok, dan akhirnya sakit nak beranak. 
Kamu ada cakap ke nak share sikit.
Takde kan? Buat tatau je.
Siap cakap bini lembab berjalan. Sebab gemok.
Bila dah beranak, nak kena berpantang. 
Cakap nak pantang 100 hari je dah buat bunyi cam lembu nak kena sembelih. 
Suruh wat 44 hari je. Ikut basic. 
Tapi pastu, bini kamu gemok, tak fit, kamu marah. 
Nak ceraikan dia. 
Time pantang tu ada tak kamu beli dia set bersalin Sendayu Tinggi? Nona Roguy ke? 
TAk kan... 
Suruh pakai yang murah-murah je. jimat kos.


Kalau yang merokok tu lagi la teruk.
Degil nauzubillah. Berlagak giloh.
Tak de rasa timbang rasa langsung kat bini ngan anak yang dok bau asap rokok dia. 
Kahwin ngan dia dah le dapat sakit, dapat kanser plak. Nak tanggung tu punya la azab. Kan bagus kalu dia sorang je rasa azab tu. 
Apsal lak laki ko isap rokok sedap2, bini ko kena penyakit kanser? 
Senang-senang je pastu ko ceraikan dia. Kalau tak nak cerai, sanggup tak hantar bini gi treatment, Bio cepat mampos. Buleh kawin baru.




BAru tadi ni, Makbed dikhabarkan yang mak kepada sahabat aku disahkan menghidap lung cancer. Stage 4. Tak de sejarah kanser dalam family. Tapi, suami merokok. Kena lunch cancer sebab jadi secondary smoker. Haa... so skang ni salahkan sape? Salahkan bini jugak? sapa suruh kamu gi sedut asap rokok tu? Nak tanya gitu ke?



Kalau isteri curang dengan lelaki lain sebab tak cukup layanan batin, dikatakan jijik.
Hina
. Tak sama hinakah kalau suami bermain cinta ngan orang lain tanpa nikah? 
Ye laaa... nak nikah takde duit, 
Yang dok ada ni pun tak larat tanggung. 
Menyalahkan isteri je kejenya. "Bini saya asyik beraaaaaanak je", katanya. 
Dia tak tau yang besok-besok ni anak yg berderet tu la yang nak bawak dia gi syurga atau neraka. 
Suami lagi redha tengok tv, tengok bola, main fesbuk dari ajar anak-anak mengaji. 
Suami lagi suka gi lepak ngan kengkawan dari teman isteri baca Quran. jadi imam pun tak penah. 
Sori... Nak imam, gi smayang mesjid la. 
Pastu, bila anak-anak jadi half-breed, separuh manusia separuh iblis, bijak je diri menyalahkan isteri, tak pandai jaga anak. 
Yang dia tu wat ape kat umah tu? 


Tak suka denga lelaki yang sungguh ego dan sangat bijak serbi-serbi padahal bila hulur surat khabar tulisan jawi, merangkak-rangkak bacaanya. Jangan taktau, surat nikah yang ditulih jawi pun belum tentu dia tau baca. Silap-silap , nama dia eja salah pun dia tak perasaan. 
Tau-tau je, bini dia bersuamikan orang lain *rekaan semata-mata 
. So, to ladies, beware. Jangan pandang remeh. 
Nak cari suami berkualiti, cemerlang, gemilang dan terbilang ni payah. 
Biar lah tak hensem, tak berduit banyak pun takpe, asalkan jujur dan bertanggungjawab dan mengamalkan ilmu agama dalam kehidupan.
BUkan hanya TAU je, tapi tak buat. 


Akhir kalam... Makbed nak cakap....

Mau yang lawa-lawa, sediakan lah ongkosnya. Jangan main cakap saja. Tak de menda free kat donia ni. [KLIK]







Oni dah tinggal ngan Atok

Aku dah sampai umah......




tanpa Oni.




Sunyi rumah ni. 


Sepanjang jalan balik, hujan lebat sangat. Biasanya aku suka hujan. Dalam kereta bleh peluk Oni. 


Tapi tadi, tahan sejuk je la sengsorang sementara Inche Kitchi drive. 

MAkbed kuar umah jam 9 malam. 
MAsa aku kuar, Atok dia tengah main buai dengan Oni. Atok baru buat buaian tu untuk dia. Happy kemain lagi si Oni.

Semalam masa sampai-sampai, nangeh. HAHAHA.. Biasala. Mula-mula jumpa orang memang camtu. Tapi setengah jam pastu dia ok la. 

 MEmang aku tak cium dia pun masa nak keluar *Sebak. Sebab kang dia nampak, dia bleh rasa aku nak kuar tinggal dia pulak. Tapi, sebelum-sebelum tu memang aku dah muah-muah dia banyak-banyak. Aku salinkan pampers dan buatkan susu untuk dia. 

Masa tu dia sebok lagi main ngan Atok. 

Haih...suka sungguh la Atok dapat jaga cucu dia. 


Kol 10.30 malam aku call MAk tanya Oni caner. MAk kate Oni ada gak cari aku , tapi Abah tutup lampu dah sebab dia dah merengek nak tido, dah start tenyeh-tenyeh mata. Haa..betul la signal nak tido dah kuar tu. Aku sedih, tapi lega gak la dia tak nangeh lama. But, leh bayangkan kot perasaan Oni kan?

Tak lama pastu, Mak SMS lagi, cakap Oni dah lena dalam buaian yg Atok buat. Kang baru nak alihkan dia gi ke tilam. 


Leganya.... Dia dah tido.



Errmm... Ibu lak camne nak tido ni??



Tak pela... At least aku rasa lega sebab ada pakcik-pakcik dan makcik Oni ramai kat umah Sik tu nak menjaga Oni. 





 Pengasuh balik hujung bulan ni paling lewat.



Emosi tak stabil.
Esok la Makbed citer...
2 hari bersama Oni
version tak sedey punyo.
Kalau tulih time ni, kang suma orang nangeh lak bace. 












16 Nov 2010

Sedih ni aaaaa......

Allah je la tau perasaan aku yang mellow sekarang ni. Uhuuhhu...~

Please... gembirakan aku. Korang, i need your strength. Pinjam..Pinjam..


  Pagi ni Oni nangeh lagi. Semalam, masa aku amik dia hujan lebat. Bila sampai je depan pintu umah Isha, Oni terus nangeh bila nampak aku. Lari-lari then peluk. Macam tak jumpa lama. Alahaii... ngape la wat Ibu jadi serba salah ni. Tapi, kejap je nangeh. Then dia patah balik kat Isha. Aku suruh dia muah Isha dulu sebelum balik. Dia pun akur dengan arahan lisan aku. 


On the way ke rumah, dia bebel panjang. Ntah hape la yang dia ceritakan. Aku pasang lagu yang baru aku upload dari lappy ke pendrive.. Written In The Stars. Oni cepat tangkap bila dengar lagu-lagu yang selalu dia dgr. Dia hangguk-hangguk , tandanya dia tengah menikmati lagu tu. Cam lawak lak tgk kepala kecik tu head-banging. Kalau malam-malam pasang Channel Oasis, dgr matsuroh, dia akan goyang badan kiri kanan macam org tgh berwirid. Tu la bezanya.


Aku perasan badan ONi panas sikit. Temperature went up tu 38 degrees as I put the forehead thermometer on her head. Alah.. ni demam sbb nangeh kuat tadi ke? Cepat2 aku kasi dia makan ubat demam. Nangeh je macam baby bila aku masuk dapo. *Biasa la tu. Tapi kali ni dia nangeh macam tak kasi aku gi memana pun. Cemana lak tak gi memana? Nak kena masak nasik. Lapar la....  Ayah dia keluar jam 8.30 malam tu, ada dinner. Tinggal aku berdua je ngan dia. Aku masak bubur nasik. Makan ngan Oni sama-sama. Oni makan banyak jugak. Lepas dia makan, aku buatkan susu dan tak cemana ntah, kitorang dua-dua tertidor. Sedar-sedar Inche Kitchi dah ado kat sebelah dah. 


Pagi ni bila aku dah siap pakai tudung sume, aku kuar tengok Oni tido sebelah Ayah. Kaki beliau atas leher ayah dia. HAHAHAH.. apa style tido camni? Aku panggil Oni 3 kali, then dia pun bangun. Tenyeh-tenyeh mata. Pastu ngeliat sambil menguap. Ehh..ado air liur basi lak kat mulut sampai ke pipi. Oni sengeh-sengeh je pagi tu. Aku suruh dia amik bantal busuk ngan Koko masuk beg. Dia pun ikut je apa aku suruh. 

7.30am, kami da dalam kereta. Oni ok lagi. Dok head-banging dengar lagi Written In the Stars. Aku pun sama gak layan dia. Gelak-gelak budak tu tengok perangai gila Ibu dia. HArap-harap tak dela Oni nangeh teruk macam smlm. 


 Harapan tinggal harapan. 


 Bila sampai je depan pintu umah Faz, Oni dah wat muka resah. Dia tak pandang pintu pun. Dia tengok tangga. Aku tekan lak loceng, lagi dia meronta-ronta tak nak aku lepas kan dia. Bila Faz bukak pintu, dia dah mula nangeh. Isha dah bangun. Buat muka cute kat ruang tamu. Aku masuk ngan Oni, duduk bersila atas kapet. ONi peluk aku, tersangkut kat bahu sampai ke sudah. Sikit pun tak turun. Nangeh je.... Camanelah ni... 

Kalau ikut, aku memang tak nak tinggalkan dia cam tu. Tapi apakan daya ku. Sementara nak diam tu, aku borak-borak ngan Faz. Lama-lama Oni pun dah ok sket. Dia turun, dan boleh jalan sniri ke depan tv. Pastu, ntah apsal ntah tetiba nangeh balik. Aihh..macam drama la pulak. Cepat2 Faz pujuk dia. Dan aku pun mula melangkah keluar dengan diiringi tangisan Oni yang makin nyaring. 


Pelan-pelan aku turun tangga. Hati ni nak menangih dah ni. Camanalah pulak dengan besok? Besok Oni dah kena tinggal ngan Atok. Tu je yang terbaik. Daripada Oni nangih tiap2 kali hantar kat umah orang, baik aku tinggal terus kat umah Atok. Takyah amik-amik. Oni pun tak terganggu emosi. Aku rasa la kan.. Aku pun tak terasa berat setiap kali nak meninggalkan nya


Tapi, camana nak berhadapan dengan situasi meninggalkan Oni ni? Lama tau... HUaaaa....


Esok tinggal. 
Khamis keje.
Jumaat keje. Petang tu balik Sik balik.
Duduk sampai Ahad kat Sik.
PAstu tinggal lagi ONi. 
Sampai la hujung bulan.








Herannya...

Camanalah orang lain boleh tinggal anak kat parents jauh-jauh, jengok anak sebulan skali je? Camana boleh tinggal anak kasi orang tua bela sampai besar? Tak rindu ke? Tak terasa kosong ke? 


Skang ni pun aku dah terasa kosong....



Setakat la ni, Oni penah tinggal kat orang paling hebat pun sehari semalam je... Tu pun pasal nak gi KL, tgk premiere. HAHaa.. Sanggup balik tengah malam, demi nak peluk Oni cepat-cepat. Tapi, tu tinggal kat pengasuh dia. Takde la aku risau sangat. Sebab Oni memang dah biasa sejak kecik-kecik lagi. Kalau dok ngan pengasuh tak balik-balik pun dia ok je.... 


Apa beza dok ngan pengasuh dengan dok ngan atok ek??

Sama-sama la kita saksikan kesudahannya...






 

15 Nov 2010

resah mengenang tibanya detik itu

Pastinya bila tiba saat itu aku akan menitiskan air mata.
Owhh.. tabahkan lah hati ku.



Berapa hari je lagi aku nak duduk ngan Oni. Lepas raya haji ni, Oni duduk ngan Atuk dia sampai hujung bulan. Tak sure la aku boleh bertahan ke tak selama tu. 

Apa nak buat... Dah pengasuh dia cuti. 



Sunyi la aku nanti...
Nak ngadap muka Inche Kitchi je
tak besh..
Tak lengkap.
tak dapat nak dengar gelak ketawa Oni
takleh bau masam dia


Harap-harap Oni tak merajuk ngan aku sebab aku tinggalkan dia kat umah Atok.
Ibu takda choice yang besh. 




 Pagi ni, dia mengamuk di umah Faz Kinchi.
Nangih sungguh.
Taknak lepaskan aku.
Kesian sangat.
Isha lak usha di kejauhan.
Bila Oni dah reda sikit, baru Isha datang dekat-dekat.
 Oni merajuk. 
Kalau ikut , Ibu lansung taknak tinggalkan Oni dalam keadaan nangeh-nangeh camtu. 
 Dia pegang aku kuat-kuat.
Kaki dia melingkar je kat pinggang.
memang tak nak lepas. 
Muka dia sembamkan kat bahu.
Leher aku macam nak tercabut dah kena sangkut ngan Oni. 
 Camne laa.. 



Harap-harap dia tak majuk sampai la balik kang.


 


13 Nov 2010

Makbed Teruja!

*BUnyi TROMPET



Dengan rasa terujanya nak gitau, Makbed tengah bersiap nak gi KL untuk to re-unite dengan The Yibba's, HUREEUYYYUUUUY!!! 


Inche Kitchi ado function besok kat Hotel Istana. Memula dia nak pegi sendiri. Tapi, Makbed macam tak harap je. Sebab dia kata dia nak drive. Tau jalan ke? Jalan gi KL tau la..Jalan nak gi Hotel Istana tu tau ka? HUHAHAHUAHUHA.. 

Jadi, Makbed meroger Ximako dan PAtenko. Kebetulan, diorang ada Majlis Makan Bersukaria kat rumah Roku di Puncak Alam. Hureeyy!! 
Aku pun cakap la nak tumpang join. 
Wah, kemain tergedik-gedik lagi diorang bila aku cakap aku nak datang menyebok.
Tak sangka sikap kepenyebokkan aku ni menjadi kesukaaan ramai. *PANG!


Lalu Makbed pun mengusulkan cadangan kepada Pak Bed Inche Kitchi. 

"B na ikot. Leh lepak umah Patenko. Dio ada wat makan-makan hari Sabtu. Leh lepak skali ngan diorang..."


Seperti yang diduga, Inche Kitchi pun memberi respon sebegini..


"Ok gak tu. I also need a place to crash.." Oohh.. cakap London. Suami Makbed asalnya dari Perth Australia. *Pang lagi


Ape lagi.... Makbed terkinja-kinja sendirian ketika itu. Wowweee..sonok nye nak jumpa Yibbas.
Katenya ada kambing golek-golek tengahari ni. 
Lepas aktiviti makan-makan, maybe kitorang suma lepak umah Cikinot kot.
Sana ada swimming pool.
Berkubang time!!!




Ok la.. nak gi tengok nasik Oni. Masak siap-siap untuk bekal dia. Sambung lagi nanti. Doakan Makbed sekeluarga selamat sampai ya!!

12 Nov 2010

Kenapa Berpoligami Tidak Digemari Di Kalangan Wanita di Malaysia....

Sebab laki suka tipu.



Ini bukan pendapat doktor mana-mana lah ye. Just terpikir di kepala hotak Makbed. Aku kan suka observe perkara-perkara duniawi ni. 

Honestly, Makbed tak against lansung sunnah berpoligami ni. Nama pun sunnah Nabi. Dituntut agama. Jika dihayati betul-betul, berpoligami ini ada manisnya. Ia melibatkan kasih sayang dan pengorbanan. rumahtangga.



Kisah ini adalah kisah benar. Bebaru ni Abah dikejutkan dengan kisah rakan anggotanya yang tidak disangka-sangka telah berkahwin lagi satu kat Siam. Aku kenal sangat dengan keluarga ni. Dah macam saudara-sendiri. Adatlah bila duduk merantau. Adik-beradik orang, adik-beradik kita juga, 

Kalau dilihat, Mak Bunga (bukan nama sebenar) dengan Pakcik Bob ni bukannya senang mana pun. Pakcik Bob keje polis, pangkat sarjan kalau tak salah aku. Anak-anak dah besar dah. BAru je timang cucu sulung bebaru ni. Berapa sangat lah gaji polis lepas tolak duit sekolah anak, duit blanja dapur ngan duit utang?


Abah ada kebun getah kat Sik. Dia amanahkan Pakcik Bob suruh jaga. Sesekali dia gi la motong getah menambah pendapatan keluarga. Pakcik Bob ni baik. Suka menolong orang. Dia ngan abah dan beberapa kawan lain selalu masuk utan gi berburu. 

Lepas Abah pindah ke Kuantan la yang jadi citer ni. Satu hari, Mak Bunga gitau Abah aku yang Pakcik Bob buat hal. Memang tak sangka sungguh la Pakcik Bob leh terpikir nak kahwin dua. Memang nampak cam tak larat je - dari segi financial la kan. Dah tu plak, kawin kat Siam. sah-sah kawin tanpa kebenaran. Kalau dah nama kerja beruniform dengan kerajaan, mana boleh kahwin dua tiga selambe je pastu kahwin kat Siam lak tu. Tu kira kahwin tanpa kebenaran. Boleh kena buang kelija wooo!!!

 Orang kampung dok citer, Mak Bunga dengan laki dia berperang besar. Kalau dipikir logik, memang patut la perang. Sapa soh gi kawin lari? KAlau aku pun memang aku marah la. Jadi Abah pun terpanggil la untuk mendengar cerita kedua pihak. Yela..masalah anak buah. Abah ni berpengaruh sikit kat kampung. Orang dengar cakap dio. Yg tak suka dgr cakap dia , anak-anak dia je. Ngeggee.. cam ketua kampung lak Abah aku neh. 


Ni citer Pak Cik Bob,

Dia kawin ni pun janda. Janda ni bini nombor dua kawan dia gak. Ex-hubby pompuan ni pun polis gak. Tapi, tak tau le ngape cerai. Si pmpuan ni selalu dok citer pasal masalah rumahtangga dia kat pakcik Bob, jadi timbullah rasa kesian. So, itula pasal Pakcik Bob menikah ngan dia. Nak kata Pakcik Bob ni gatal, tak tau le sbb dia ni menurut Abah, dia ni memang peramah orangnye........... 



Kisah Mak Bunga lak,

 Mak Bunga citer kat Abah, dia tak ada mengamuk-ngamuk pun. Orang kampung tu bohong je. Memang la dia frust, sbb Pakcik Bob tu menipu. Tapi, dia boleh terima. Lagipun, dia kenal si perempuan yang skang dah jadi madu dia tu. Dulu masa kecik-kecik dok main sama-sama. 

Cuma, dia risau. Dia tau suami dia tak kaya. Badan pun tak kuat mana. Bukan dia risau suami dia tu tak larat bagi nafkah batin secara adil. MEMANG BUKAN. Tu bukan soalnya. Pakcik Bob pun bukannya muda dah. 

Tapi, sebagai isteri yang dah lama hidup ngan dia, tido sebantal, berkongsi susah senang, dia tau kemampuan kewangan suami dia. Dia BIMBANG, suami dia tidak mampu berlaku adil. Dia tau, camana pun suami dia akan tetap sayangkan dia. Tu la yg dia takut. Takut suami dia tak mampu sayang bini muda sama macam sayang kat dia. 

And then, lagi satu reason Mak BUnga cakap....

Dia risau nanti Pakcik Bob berhutang sana sini sebab tak cukup duit. BErbini satu pun duit tak cukup. Bini dua lagi la... Mak Bunga pun selama ni tambah duit keluarga dengan jaga anak orang. Camanalah laki dia boleh tergamak nak kahwin ramai?Lagi dia risau... Kalau kena tindakan oleh jabatan dek kawin tanpa kebenaran, silap2 kena berhenti keja, dah keluarga besar ni nak makan apa??  






 So, skang...Korang boleh nampak tak kepincangan sistem berpoligami yang diamalkan oleh suami-suami di Malaysia? Poligami tu sebenarnya memang cantik. Tapi, kita lah yang buat dia jadi buruk dan huduh. Bila sebab kawin lagi satu, suma orang bagi feedback negatif. Ada yang sampai berdiri atas kerusi demi menegakkan ideologi masing-masing. 


 Kesimpulannya...

Sebagai suami yang dilantik Allah menjadi khalifah keluarga, kalian diberi kuasa memimpin. Kuasa kahwin lebih. Kuasa talak. Jadi, gunalah selayaknya. Perlu ke menipu jika mahu berkahwin lebih? Perlu ke takut pada isteri? Sampai bila akan bertahan penipunan sebegitu. Boleh bahagiakah hidup menipu begitu? Kalian kata kalian mencintai mereka sepenuh hati, tapi begini kah cinta yang kalian janjikan pada si isteri? Tanya diri sendiri. Berpikir jauh sikit. 

Kenapa perlu takut sedangkan kamu memang sudah berhak berkahwin lebih dari satu?
Hujahkan sebab anda. Kenapa saya mau kahwin lagi
Beranikan diri. Jika anda tidak berani sekarang, anda tidak akan berani sampai bila-bila?
Paham tak maksud Makbed? 
Kalau nak gtau niat di hati pun tak boleh, camana nak memimpin keluarga yang bakal nak jadi banyak cawangan tu? 
JAWAB SKET.....

 Takut bini tak bagi? 
Apa saja yang boleh dia buat? 
Nangeh? 
Minta cerai? 
Jika dia mintak cerai? Kenapa tak bagi je? 
Bagi je...... Kamu kan ada kuasa tu. 


 Jangan senyap seribu bahasa, dan tau-tau je si isteri sudah punya 'kawan'. 
Kecik hati perempuan ni payah nak dicakap. Susah dihurai. 
Pernah tak tengok Discovery Channel buat kajian tentang emosi perempuan secara mendalam?
Takde kan....
Emosi kanak-kanak ade la.
Sebab kalau dia wat kajian, banyak file nak kena bukak. 
File emosi je ada berbelas-belas. 
Belum  masuk file menopos, file PMS, file post natal depression lagi... 
Siyes, banyak! 
Kesian si isteri bila dia marah sekalipun, dia tetap tidak boleh bertindak keterlaluan. 
Dia takleh sepak laki dia. Sebab kang masuk neraka free. 
Semua kena tahan.
Kena kawal. Kena simpan. 
Boleh bayangkan tak keadaan si isteri yang kena tipu cam tu ngan laki tersayang? 


 berbincanglah elok-elok.
"Ling..Ling... Kalau abang kahwin lagi satu, apa pendapat Ling..?" 
Bincang secara serius. Ceritakan yang anda sudah ada calonnya. 
Reaksinya mmg sudah dijangka. 
NANGEH sudah mesti. 
Tapi, biarlah nangeh skang dari nangeh selamanya di kemudian hari.  
Sekurang-kurangnya, si isteri tu sudah tahu dan boleh ambil masa untuk redha. 
Isteri ni memula memang la tak bagi, tak suka. 
Tapi lama-lama, bila dia tau yang SUAMI DIA NAK SANGAT, dia akan bagi jugaaa........ 
Sebab, dia sayang laki dia. 


Kalau isteri tak bagi, mintaklah alasanya. Dengarlah baik-baik pendapatnya. Jangan bangkang. Kalau dia nak emo pun, layankan jela. Tapi, anda MESTI DENGAR. 
Jika alasan dan kerisauannya berasas, apa salahnya jika anda pertimbangkan semula idea nak kahwin lagi satu tu?
Maybe boleh ditangguhkan ke......?



Cuba tengok alasan Mak Bunga bagi tadi.
Walaupun suami dia menipu dia bulat-bulat, dia redha dan tetap risaukan keadaan suami dia. 
Dia mengaku dia kecik ati. 
Tapi kecik ati dia tu dia simpan jauh dan dia lebih risaukan suami. Tak touching ke? 
Betapa dia berkorban selama hari ni bersusah-senang membina keluarga dari takde papa, sehinggalah ada sebidang kebun untuk diusahakan bersama. 
Belum pun boleh senang, suami lak wat cam ni. 


Buat para suami khasnya yang nak berpoligami,
JANGAN SESEKALI pikir kahwin dua, tiga atau empat itu adalah urusan kamu seorang.
Harus diingat, kahwin la berapa pun, isteri pertama tetap berperanan penting dalam menguruskan layar bahtera KESEMUA rumahtangga tambahan anda. 
Kenapa Makbed cakap camtu? 


Isteri pertama la yang bakal mengawal isteri-isteri anda yang lain. 
Sebab dia isteri yang veteran. Dia lebih lama bersama anda dan dia lebih KENAL anda bagaimana.
Jadi, bila isteri2 muda buat perangai, demand lelebih, isteri tua lah yang akan menasihati, memujuk dan memarah jika perlu serta mengingatkan mereka-mereka supaya behave elok-elok, jangan jadi cam bebudak. Isteri anda yang tua itulah yang akan mengeratkan hubungan anda dengan isteri-isteri yang lain. 
Anda apa tau? Anda cuma tau sedap jek! 
Isteri tua tu la yang nak lap balik kotor-kotor yang anda buat tu.
Gado ngan bini muda, anda lari rumah bini tua. 
Bila gado ngan bini tua, anda nangeh.
Kan Kan kAn... 
Rasa dunia gelap seketika kann?? 

Jangan tipulaaa... Makbed dah tgk dah...




 Selagi namanya RUMAHTANGGA, apa je kuputusan hatta ke BERPLOGAMI sekalipun wajar diuruskan bersama. 
Sebagai wanita, kami paham...
Yang kami ni tak kan 'gebu' selamanya
Masanya akan tiba juga untuk kami expired
kami dah tahu tu
cuma
berlaku ikhlas
dan jujur
TAK PERLU MENIPU
dapat dosa je
pastu dapat semak kepala otak... 




makbed: this is a random observation. Entri ni pun ditulis tanpa sebarang perjudis apatah lagi bias. Bukan bersifat peribadi. TAkde kena mengena ngan kehidupan Makbed, Inche Kitchi dan Oni. Inche Kitchi dah tau dah MAkbed memang tak bangkang idea berpoligami. Cuma, Kalau DIA berpoligami , mmg Makbed bangkang la. Especially kalau dalam 28 tahun yang terdekat ni. 
HAUHAAUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHUAHAUHAUHAUA


 

10 Nov 2010

Pesanan Ringkas dari Meja Penyambut Tetamu

  1. Sila perkenalkan diri anda ketika membuat panggilan kerana even anda berpangkat DATO' atau Ketua Polis Negara sekalipun, orang tak kenal anda. 
  2. Sila jangan bajet diri anda ARTIS ketika bercakap dengan receptionist
  3. Sila jangan panggil receptionist dengan panggilan yang tidak berhemah walaupun anda rasa anda kamceng ngan beliau. Ingat: Receptionist takkan boleh approve apa-apa tender pun. Takyah nak puji melangit. Kutuk jangan sekali.
  4. Sila dengar nasihat receptionist jika mahu appointment korang berjalan lancar. 
  5. Kalau nak buat appoinment, buat betul-betul. Receptionist tidak boleh dipersalahkan sekiranya appoinment yang anda buat gagal. Call dulu sebelum datang. Pastikan orang tu betul-betul available dan ready nak berjumpa dengan anda, BARU DATANG! Bukannya datang dahulu, then panggil pegawai tu untuk entertain anda. 
  6. Jika anda gagal berbuat demikian, bersedialah untuk membazir duit minyak dan tenaga sebab kena jalan jauh untuk sampai ke opis ini. 
  7. Tak kira company kecil atau besar, adalah penting kita buat appoinment sebelum datang. Ini menunjukkan yang kita professional dan tidak kelam-kabut.
  8. Kalau anda ada appoinment dengan sesorang yang telah diaturkan temujanjinya, bila selesai temujanji silalah balik. Tak payah la nak serbu pegawai lain yang lalu-lalang berkejaran di pintu hanya kerana nak mempromosikan syarikat anda. Kira nasib la pegawai tu layan. KAlau dia penyepak camne?
  9. Jika anda datang tanpa membuat temujanji, jangan paksa pegawai tu datang jumpa anda. Jangan paksa receptionist pujuk pegawai tu untuk layan anda. 
  10. Jangan buat receptionist macam bulu telepon. Receptionist tidak boleh mendedahkan nombor peribadi staff. 
  11. Jangan memandang rendah keupayaan receptionist dalam bidang beliau. Bila dia kata TAKDE means orang tu TAKDE. Jangan accuse receptionist menipu. Buruk padahnya!
  12. Sila jangan melakukan harasmen telinga ke atas receptionist.
  13. Soklan berbunyi "Bila agaknya orang tu nak habih cakap telepon?" tidak akan dilayan. Kalau agak-agak tak dapat call, try call balik esok!
  14. Hormatilah masa dan etika kerja orang lain. 


Entri khas untuk Pushpa.... HAHAHAHAHHAHAH

Dia ni marketing exec syarikat TUUUUUUUUUUTTTTT. Aku tak suka dia yang banyak mulut. Setiap kali dia telepon, aku mmg menyampah gila. Dia panggil aku 'budak arab saudi'. Suka-suka je. Walaupun mungkin niat dia mahu memuji, tapi pujian dia lebih bersifat bodek. DAN SANGAT ANNOYING! Memang le marketing personnel ni kena banyak mulut, ramah tapi haruslah kena ada ilmu berkomunikasi jugak. Kalau cakap banyak sangat, orang boleh bosan. Buktinya, orang procurement tanak cakap ngan dia dah. Asal dia tepon je, pegawai tu ckp dia BUSY. HAaaa... tu tandanya ape tu?




SAYA SEORANG RECEPTIONIST YANG CERIA. TAPI KALAU DAH CAMNI, TANDANYA SAYA SEDANG MENYAMPAH DENGAN SESUATU.

Entri Khas dari Makbed yang Kedekut!

H.U.T.A.N.G




Biasanya aku lebih suka halalkan aje hutang orang kat aku. Kalau aku ni bank, mesti aku dah gulung tikar awal lagi. MUFLIS. 

Takda sapa yang tak pernah berhutang. Hutang dengan PTPTN, hutang bank, hutang dengan kawan-kawan. Orang berhutang kerana banyak sebab. Biasanya, sebab terpaksa la kan. 

Tapi, korang penah dengar tak orang berhutang sebab HOBI?
I mean, bukan berhutang sebab nak habihkan duit tu ke hobi dia. No.NO.. 
HOBI DIA IALAH BERHUTANG. 


 Citernya..

 Nih masa haku keje kat Nasir Maju, company pertama yang berbakti kepada aku masa aku memula bertapak di Lumut. Dalam sebulan pas aku kijo, ado la staff akaun ni baru masuk. Bos Chantek la interview. Nampak cam hoke je. Orgnye lembut-lembut saja.

 Aku ni jenis cepat rapat ngan orang. BUkan la rapat macam besfren tu, tapi dah nama bekerja sama-sama, mestilah rapat kan. Bukannya ramai bnor staf kat situ pong.
Keje aku ada kena mengena ngan akaun gak tapi lebih kepada sales, receive payment, invoicing ... 
Keje staff tu lak, wat akaun every month-end.
Sesekali dia cover tolong amik payment. 


 Satu ari tu, dia cakap kat aku dia nak kuar lunch tapi tak bawak purse. NAk pinjam kat aku RM30. 
So, aku pun bagi la. Cakap nak return duit tu esoknya. 
Tapi, takde pun. Minggu depan nya, dia sms aku nak pinjam duit lagi. Rm50 sebab kereta dia rosak. 
Nak gi repair. Dia ni dah tunang tau. Aku tanya dia tunang dia takde duit ke?
Dia cakap tunang dia pun takde duit jugak. 
Aku suruh dia try tanya Bos Chantek. 
Dia cakap dah tanye dah..Tapi Bos Chantek kata 'takde duit' . 


Yang beshnya, budak ni datang keje. Elok je keje sebelah aku, tapi bila minta nak pinjam duit, dia SMS. 


Kesian kat dia, aku ikhtiarkan. Pinjamkan juga la Rm50. 
Ekceli, aku memang tengah tak da duit. 
Sebab duit yang aku ada tu, aku cover duit kaunter yang tetiba je HILANG. Duit tu payment name card dari customer. Hilang dari dalam laci di tempat yang selalu duit-duit payment customer diletakkan.
Aku tak ingat berapa total yang hilang tu dah. Tapi takdelah sampai seratus pon. 
Cuma, yang menjadi kemoskelan, sebelum-sebelum ni, mmg tak penah ada duit hilang pun kat meja tu.
Aku citer kat Bos Chantek, dia mmg sangat terkejut dan heran kerana ada stafnya yang bertangan panjang. Aku nak citer pun takut. Kang dia kata aku curi duit lak. 
Tapi, aku bukannya miskin sgt nak curi duit banyak tu. Tengok muka la weeii!!
HAHAHAHA.. *dibenarkan muntah.


dia cakap hujung bulan ni dia bayar, semua skali termasuk yang dia pinjam awal-awal tu. 
Then, dia ni ada satu perangai la. BAru masuk keje, dia buat opis ni cam opis tokwan dia.
Suka-suka pakai telepon. Nak stay-back kat opis pun ikut suka dia jgak. 
Kekadang stay-back kat opis hanya sbb nak guna internet. And dia lak dok kat opis tu hanya ditemani tunang dia je.
Memula tu, aku senyap  je la, tapi bila makin kronik, aku repot la kat Bos Chantek. 
Macam mana lak aku tak kepoh, sbb company tu kira macam sedara-mara aku punya gak la.
Aku kenal bos nye. Bos lak dengan tak semena-menanya melantik aku jadi 2nd Man selepas Bos Chantek. Jadi, aku takleh la nak diam-diam tengok je kot.


Setelah mendapat perkhabaran dari aku, maka Bos Chantek memulakan penyisatan beliau *tobat gelak Bos Chantek kalau baca blog aku ni. Tetiba, nak jadi satu cerita la kan.. aku gi menjoyah ngan Bos Chantek. Aku citer la kat dia yang staff ni telah meminjam wang sebanyak beberapa rm kerana mahu memperbetulkan kereta beliau. Tetiba.....
 Bos Chantek berkata:


 Laaaaaa.... yeke. Ari tu ada gak dia msg pada akak. Dia cakap nak pinjam Rm100. Nak repair kereta. Akak dah bagi dah kat dia. 


 HApe lagi. Aku yang mendengarnya ketika itu agak terhangen jugak.
Aku mencik betui orang menipu neh.
Lebih menterkejutkan, tak sampai sebulan staff tu bekerja bersama kami, dia telah membuat beberapa kali advance. Kesemuanya bertotal RM250 plus plus...  
Sungguh mengkagumkan!

 Setelah saya dan Bos Chantek berbincang, dengan kata putus Bos Chantek, beliau tidak mahu itu staff bekerja di situ lagi. Kerana masalah attitude dan yang paling nyata, dia tidak AMANAH. 
Sudahlah tidak amanah dengan tugas, dengan kawan-kawan pun tak amanah. 
Oo..itu kesimpulannya.
Bagus. 
Kalau aku lak jadi bos, aku mmg takkan cakap bab amanah dah.
Aku cuma berhentikan beliau kerana beliau sangat kuat KENCING!


 skang kami sudah tau siapa yang mencuri duit tempoh hari. 
Wahh..aku menjadi semakin menyampah bila si perempuan ini buat muka suci dan tak bersalah.
Tu pun, kami tak tuduh dia pun bab curi-muri ni tau.
Bos Chantek mintak jelaskan duit pinjaman yang dibuat dengan kengkawan. 
Kendian, dia disuruh berhenti kerja. Staff itu tidak mahu membayar lagi hutang pinjaman.
Dia buat muka kesian lagi. Katanya, dia nak pakai duit sangat.
Janji nak bayar bulan seterusnya.


 Skang, dah lebih 6 bulan dah, orang tu masih lagi sepi tanpa berita. Sebelum raya dulu, dia cakap dia nak bayar. Bila tetiap kali mintak je, dia akan cakap 

  • dia baru lepas kawin. Duit takde lagi
  • ayah mentua dia sakit. Nak pakai duit
  • ada orang meninggal kat Baling (ni memang selalu gunala)
  • takde duit. Skang tgh plan nak niaga kat Pasar Ramadhan. 
  • takde duit, tak keje lagi.

Begitula antara alasan beliau. Aku bukannya kedekut taknak halalkan duit pinjaman dia.
Ramai je orang berhutang , lagi banyak dari tu aku leh berlebih kurang lagi. 
Tapi, minah ni memang aku lansung takleh blah.
KAlau aku jumpa dia tepi jalan time aku dok drive pun, mmg aku boleh berhenti serta-merta, lari-lari kat dia, dan MINTAK DUIT TU BALIK!
Sebab, cara berhutang memang menipu siut. 
Dan aku telah memulakan penyisatann sniri. Tanya kawan-kawan lama dia masa kat company dia berhenti sebelum masuk keje ngan aku dulu. Hahaaa...


Dulu dia cakap dia berhenti sebab company tu taknak renew contract dia.
And then dia ckp jugak, yang dia ada masalah keje kat situ sebab TUNANG DIA SELALU JELES. 
Kat situ ramai lelaki.
MAsa dia ckp alasan ni aku memang nak gelak gilo *nauzubillah jahat sungguh aku sebab dia bukannya lawa mana pun. Siti Saerah lawa lagi weh!


Rupanya, dia memang ada kes kat sana. Sama gak, pinjam duit orang, taknak bayar
. Bagi banyak alasan. 
Masa dia blah dari company lama tu, dia masih lagi berhutang dengan orang-orang kat situ. 


 Ini adalah komen kakak yang secara kebetulannya terserempak ngan aku masa dia datang kedai nak jumpa si minah tu


LAaa.. dah berhenti? Dia ada pinjam duit you tak? Saya datang ni nak mintak duit. Dia janji nak bayar saya lepas gaji.



Semalam, aku antar lagi satu sms...


 Salam.. E**. Saya masih menantikan duit saya. 
Harap bersegeralah bayar sebab liza memang takda niat nak halalkan duit yang E** pinjam tu. 
Cuma RM80. 


Rasanya memang dia belum dapat kerja lagi sekitar Manjung ni. Memang takkan dapat la kalau dah perangai camtu. Ramai orang tau dah.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram