Followers

31 Oct 2010

Menu Oni Hari Ini : Nasik Hangit

ARGHHHH~!


Malas dah le nak masak dah. Balik-balik hangit. Balik-balik hangit. 
Kalau masa anak dara ni confirm gagal ujian pemilihan menantu.

Masak bubur anak pun hangit.
Eiii..

Apsal la ek?
Otak aku ni dah dipenuhi semut ke?
Kesian Oni..


Tengahari tadi aku masak bubur nasik campur ngan kentang and ayam.
Dah le kentang tu cikit je lagi tinggal. 
Masa masak tu, Oni lak merengek-rengek
Protes.. 
Bila aku tak layan, dia tuang susu atas lantai.
Nak bagi aku naik angin
Sebenarnya dia nak tido je pun. 
Alaaa.. cakap je la nak tido.
Takyah le tuang susu atas lantai.
Terus aku bawak dia atas tilam
Tepok bontot
Inche Kitchi gi dapo
aku pesan suh tengokkan nasik Oni jap.
Dia tengok la kot
Tapi tak cakap pe pun
Ok la tu
Sambung balik tepok bontot
Tetiba..
Dah ada bau 
Allahh.. Hangit nasik anak aku
Kira terer gak lalu aku berlari pecut ke dapo
siap lompat berpagar lagi
sebab kat dapo tu ada pagar tak nak bagi Oni masuk

Frust....

Nasib baik Oni nak makan nasik putih. Gaul sikit ngan kuah kari ikan. Pastu boh kicap. 
Tambah lagi serunding ayam.


Petang pulak
aku keluarkan daging cincang dari dlm freezer
Kang masak nasik Oni taruk daging sikit
Sebelum tu kitorang gi jejalan kat taman permainan


 Kiri! Kanan! Kiri! Kanan!




"Tanak pegang-pegang. Orang dah terer OK!" kata Cik Oni kepada Inche Kitchi.


 Balik tu, terus le aku masak. Kesian...anak nak makan nasik.
Then, bila aku masak, Oni wat hal lagi.
Sambil-sambil aku masak, aku gi la check blog ngan fesbuk.
Dah tu mula la Oni wat muka sedey.
Berlakon cam dia anak terbiar
Mak ayah tak pedulikan dia
Nangeh..Nangeh..
Tenyeh mata
Takde sebab nangeh pun dia cari sebab
Botol susu tergolek atas lantai pun nak nangeh gak..
Kalo dengar bunyi suara tu memang tak bersungguh pun nak nangih
Memang attention seeker budak sorang ni taw...
Nak manja-manja ngan Inche Kitchi pun tak bleh.

Tapi aku wat derk je...
Gi dapo check nasik
Ok gi
Tambah air sikit
 Pastu gi depan balik..
Oni dah sua botol suruh wat nenen
Gi balik wat nenen
Pastu aku hulur kat dia
TAKNAK AMIK PULAK
dia pandang je aku, pastu pandang tilam kat depan tv
Haa.. makcik sorang ni memang demand
Kalu time angin timun dia datang dia memang takkan amik botol susu tu
Dia akan lari ke tilam dengan harapan ko ikut bontot dia terjun sama atas tilam tu
Signal nak tido la tu
Kalau aku ingkar, maka dia akan nangeh sampai aku ikut landing sama atas tilam

Nak taknak, kena la join
Tepok bontot dia
Pastu Inche Kitchi kate dia nak kuar kejap
Aku pon angguk-angguk je
Dia nak gi tgk umah kat Tronoh
Aku sambung balik tepok montot Oni
Tetiba
dengar bunyi krok-krekk
Aku dgr bebetul
Macam bnyi burung main plastik sampah je
Burung memang salu masuk dapo main sampah
 Tapi, tetiba ada bau rentung
 Omaigod!
Nasik gua hanget lagi!!!!
Aku pun lari laju-laju
Huaawaaaaa... sedey..
Takde rezeki kamu nak.
Nak wat camne


Last skali
aku call INche Kitchi
"kang balik singgah mekdi sat.. Beli bubur nasik."
Kalau dah 2 kali hangit ni aku memang takleh nak masak dah.


Kena terima hakikat yang aku absent-minded buat beberapa ketika.





28 Oct 2010

Oni dan Gelang Kling Kling!

Dah pandai dah...


Pepagi bila nak naik ke umah Pengasuh, dia akan sebut "TETT!" sambil jari telunjuknya yang halus comel tu ke arah button lif. 


Kalau tak layan, maka sampai ke sudah la dia sebut TeTt tu.... 


Kalau petang lak. dia akan sebut TETT sambil jari tunjuk kat suis lampu blok. Tu keje si Ayah le selalu tu. Ayah le melayan Oni menge'tet' suis lampu. 

Memola dulu tak dapat 'TETT'. Buleh sentuh je. Sebab jari tak berapa kuat. 

 Skang.... dah terer dah. Bila dia TETT dan lampu menyala atau tutup, atau pun button lif tu menghasilkan lampu, Oni akan senyum BANGGA. Heeee... comey. (puji anak sendiri lak!)




Disebabkan Oni rajin sepahkan kemaskan rumah, Oni dihadiahkan seutas gelang kaki berloceng. Kaching! KAching! 
Tetiap kali bergerak je ada bunyi Kaching KAching. 
Pasni takyah dah pakai GPS ke hape. Gerak sikit je, Ibu dah leh detact kat mana Oni berada. HAHAHAHAHA.. 
Dia suka main hide and seek dalam umah tanpa warning aku dulu. 
Ada satu masa tu, tengah-tengah malam, aku kat dapo wat susu dia. Bila dah siap, goncang-goncang dan aku pun tutup lampu dapo tetiba ada satu lembaga 'pendek' tercegat kat sebelah pintu dapur. 
NAsib baik aku tak tertomoih tertonggeng langgar bendul. Terkejut punya pasal. Uwaa! 

Bila tengah tido, kalau dia dah mula memberi tanda-tanda nak bangun tu, of course la dia ngeliat-ngeliat dulu kan... haaa... sure ada bunyi kan?
JAdi, Ibu akan terus celapak pegi sebelah sambil tepuk-tepuk bontot atau buat-buat tido sebelah Oni.
Bila Oni jaga, nampak Ibu ada sebelah, nampak cam Ibu tido nyenyak lama dah.
Padahal, Ibu baru tengah main fesbuk sebelum tu. 


..masalah menda ni ialah, bunyi dia agak bising. 


Ini Oni dengan rambut barunya. HEhee.. potong sikit jek. Sebab rambut depan dah tutup mata. Tengok muka terkini aku. Agak lemau kan? Kecian...

Alahan Semasa Hamil




Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.


Cara mengatasi alahan

Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun. *aci tak makan kuih siput bijik?
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. * saya mahu makan bihun sup hari-hari
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak. *Inche Kitchi, sila masak plis!
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya. *ni pun bleh membantu ke? kena try la pasni.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa. *kalau makan limau nipis?
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok. *kopi o bleh?
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual. *ginger beer satu!
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk. *betui..betui..betuii!
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat. *buleh tak kalau tak kemas lansung?
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
  •  
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah. *dah gi dah. Tapi doc kate terkawal lagi sebab aku minum banyak air kot (?)
  • Berat badan anda menurun dengan banyak. *berat badan? ahahahahahah...dush dush dush
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat. *muntah kaler pink. lawak tak beretika.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda. *sangat risau. Tapi ok dah kot.


Sumber :  Google Search. lupa kat mana copy menda ni tadi. 

    26 Oct 2010

    Kepala Ringan, Kaki Pun Ringan?

    UNSTOPPABLE bergerak dan menampakkan hasil. Yehh.. my pasif income nampaknya berjalan. Hahaa.. malas-malas pun dapat la jugak Dapat sikit! Padan muke aku.


    Patutnya, aku kena rajin online untuk coaching dan dapatkan prospek baru. Adapaun ramai je orang yang bertanyakan itu dan ini, tapi kerana aku memang sangat tak sempat dan tak mampu nak 'menyala' lama-lama depan lappy, bila ONi tido, aku pun amik kesempatan untuk merehatkan diri. Semoga minggu depan aku tidaklah seteruk ini lagi. Takpelah... baby kali ni menyebabkan Ibu manja sikit.


    Citer semalam...

    Cadangnya balik kerja nak terus ke Klinik Saadiah. Malangnya, Doc takde plak. Jadi kena pegi on the next day lorr... Seriously kepala Makbed sakit cam tak berpijak di alam nyata. Inche Kitchi soh balik tapi aku nak drive pun takleh. So, jam 3.30 aku dah mintak permission tido kat surau. Bajet nak lelapkan mata je. Skali bangun dah jam 5ptg!! NGAAA~ Aku rasa cam aku tido sekejap je. Bila aku baring tu pun, aku dapat rasa kepala aku berdenyut-denyut, kembang lain macam. Rasa mual tu memang tak hilang.

     Aku rasa, darah aku masih bertekanan rendah.


     Jam 5.30 aku pun jalan kaki ke parking lot since Kak Anne tak bawak kereta. Dia pun tumpang aku sekerat nak kuar gi jalan besar. Hah, jalan2 ni memang aku lemah especially time camni. AKu tunggu check-up ni je, lepas dapat surat, leh le aku minta pas masuk. Tak gamak rasa nak jalan dari gate masuk ke opis lagi.


    Slamber je jalan... Terasa macam ringan lak kaki tu. Aku tengok bawah....




    Ahh.. aku pakai slipar jamban pink je balik umah. Lupa nak sarungkan kasut keje balik tadi. Hadohh... Gila slamber, lansung tak mementingkan imej. Tu pun aku tak dulik dah. Yang penting aku sampai umah dengan slamat.

    25 Oct 2010

    teruja dalam kepeningan





    Inilah yang dinamakan keterujaan melampau. Sila wat UPT pakai brand nih bila anda confirm sebulan tak datang piyed. Sebab, menda ni mahal. Rm25++ 


    Yang ni, boleh simpan lama mana nak. Kalau yang 'pendrive' tu, lama-lama luntur. Aku rasa menda ni akan still display selagi betri masih ada. Aku taruk kat sini sebagai peringatan bahawasanya ketika aku skang ni sedang berasa tidak bermaya lagi nak pitam, aku sebenarnya sedang hamil. Jadi, janganlah pressure diri berlebihan. 


     Tak pernah lagi la lembik sampai camni. Ni musti sebab low blood preasure lagi. Huwaaa~ Kenapa rasa pening teramat? Adakah sebab saya terlalu kerap mual dan muntah? Aku makan macam biasa. Minum banyak air sebab takut dehydrated. Walau takde selera skalipun, aku tetp paksa diri untuk makan. Folic acid, makan mengikut jadual. Tapi, kenapa tangan ni asyik menggeletar je? Kaki terasa cam takde. Kepala pusing2. Kekadang, aku rasa cam aku dah terlelap sekejap. 

    Kena gedik-gedikkan kaki selalu dengan laju so that aku tak terus tido. supaya aku sedar aku masih di alam nyata. Semua rasa ini adalah sungguh unpleasant. Satu je rasa yang menyeronokkan ketika ini, ialah aku sedar yang semua ketiksehatan ini adalah disebabkan oleh baby yang sedang aku kandungkan. Tu je la yang buat aku leh sengeh. Kejap je la. Pastu sambung merengek balik. 


    Oh.. janganlah bagi aku ngengada begini.
    Saya mau diri saya yang dulu, tapi version preggy la...

    Bila The Yibbas ke PARAMORE

    Last week the Yibba's gi menjoyah kat konsert tau kecuali aku. Sedey... But, walaupun aku tak pegi, aku dapat membayangkan betapa ciwi dan terujanya mereka itu kerana dapat berjimba bersama kengkawan setelah penat bekerja seharian. 

     Xima lak skang ni tengah training kat Pasir Gudang. Patenko cam biasa, sibuk ngan life dia yang agak full of MISERY  sebab aku dapat baca status Gtalk beliau hari ni berbunyi 'I NEED A HOLIDAY FROM REAL'. Cikin lak pada hari artikel ni ditulis beliau sedang demam but aku pasti dia masih teringat-ingat konsert tu sebab tiket gi konsert telah ditaja oleh kengkawan bersempena dengan hari kelahiran beliau yang ke-40. *RUN FOR YOUR LIFE!!!


    Tanpa melupakan aku, mereka ada gak la snap few pictures. Pastu  lepas konsert besoknya Patenko Gtalk aku dengan rasa terujanya *jeles dan mengulang-tayang semula dialog-dialog dan juga video yang sempat diorang rakam tanpa pengetahun Hayley Williams. Gosh!!! Mereka sangat comel. I mean the Paramore. 


     Ahli-ahli yang mengambil bahagian ialah

    Ekin Cikin Cikinot


     Patenko Kh-Alice Cullen



     Xima








    dan mula beraksi !!








    Dari kiri: Rocku-san, Khalis, cikin, Patenko, Xima, Irah (Khalis's baby sister) dan Aishah









    Dan mula melalak-headbanging dan berkaroke tanpa mempedulikan orang sekeliling.




    Besh kan? Hayley tomeyy.... I like! I like!



    Tak cukup dengan 'kebasahan' yang sedia ada, dia menambah lagi kadar kebasahan sehingga 8 kali basahan.


     Ahli-ahli kongres the Yibba's. Yang tengah tu presiden.








    Sambung balik tengok gambo






      Pose gila kuasa Ximako



      Saya suka edit gambo ni. Ngehehehehhe...








    Inilah dia ahli kumpulan yang buat konsert malam tu!





    Kate Patenko, Cik Guard kat situ berBULU je ngan diorang. MAybe sebab diorg ni bising terlebih dari orang lain. Sama gak la macam gi premiere dulu. Diorang ni tau je camana nak jadi gila kuasa, lebey dari orang lain. Hmm..pasni ntah le leh join ke tak Breaking Dawn Premiere coz Makbed masih dalam pantang agaknya time tuh. Uwaa~

    Rindu nak bergulak kutawa ngan mereka ini. 







    Cara Nak Boh Labels kat Blog.

     

    Tutorial caner nak boh labels kat blog.

    Memula....

    Kena tahu dulu apakah itu LABELS. Labels ni adalah macam ni ekk..

     
    Tengok kotak berwarna merah tu. Label ni bertujuan untuk memudahkan aku dan pembaca blog lain menyemak semula entry lama-lama. Antara LABELS yang paling feymes ditekan banyak-banyak kali ialah LABEL berjudul RESEPI RAHSIA MAKBED. Sebab: Kekadang, aku pun terlupa amende yang aku tulis sebagai rencah bahan masakan.

    Cara nak bubuhnya senang aje. Tapi nak explain ni mungkin cam lemau-lemau berikutan tukang explain ni plak weng sket kepala hotaknya. Hormon tak stabil. Tengah makan asam... TETT! Tapi, aku wat gak la sebaik yang boleh. Kalau tak paham, sila telepon saya ye. U have the nambah!!

     Nampak tak menda ni kat bawah new post entry kita?

     

    Katelah entry pada hari itu berkisar tentang MAKANAN, (kasi contoh makanan la senang sket) jadi letaklah label yang mudah dan senang diingat. Contoh, hari ni masak IKAN SINGGANG. Sangat sedap masakan saya hari ni. Saya sungguh hepi... Nak tau resepi? Saya letakkan kat sini ek.. bla bla bla...

     Jadi... taruk le label kat situ SINGGANG. Ataupun Ikan. Atau 'masakan Ikan' atau pun resepi Ikan. PERHATIAN: BOLEH TARUK BANYAK-BANYAK LABEL UNTUK SATU ENTRY. Suka ati mu. Caranya, taip je perkataan untuk dijadikan Label tu dalam kotak yang Makbed tunjuk ni. 

    Untuk memasukkan LABEL ke dalam BLOG, perlulah anda ke "DESIGN" dan seterusnya sampai ke page cam ni..


     

    Klik je kat ADD A GADGET dan kendian pilih la menda ni pulak..

     

    Haa... senang je. Pastu, dia akan suruh korang tentukan LABELs ape nak didisplaykan. Ikut suka la nak display semua ke taknak. Haa.. camne korang nak mendisplaykannye pun ada gak. Aku dah melalut dah ni. Cube awat dulu wahai Semut Merah. semalam saya sudah bagi laksa mi. Sedap tak laksa mi tersebut?


     Untuk entry lelama, buleh gak nak boh Label. Tapi, kena edit post satu persatu la. Leceh sikit. Tapi, kamu kan rajin....

    Interesting Blog Award from Lulu

    Hai korang,,, Makbed terasa sangat tak sihat dan hujung minggu kali ni Makbed busy. Besok ada further check-up. Maybe kena scan lagi skali untuk sahkan berapa usia sebenar kandungan aku. Hee... sonok! Untuk mengurangkan rasa loya, Murni dah belikan aku 3 peket asam untuk aku nyonyot bila-bila perlu.
    Lebih best bila aku jenjalan kat Pernama semalam ada lak kuih siput. 
    Hureey!!
    Dah lama sangat nak makan menda ni. 


    Aku nak mintak maaf sangat kat Lulu since dia dah bagi aku award. Aku tak berkesempatan nak membuatnya. Hari ni, aku maybe nak letak beberapa entry baru but memula skali aku buat award Lulu dulu. Ngeee~





    Lulu-pages di mata Makbed.
    • tenang sebab kaler dia biru
    • banyak menjimatkan duit beli surat khabar
    • banyak gambo seksi-seksa
    • peramah sebab suka bagi komen kat blog Makbed


    Nama blog Makbed ialah BLOGGY IN MY HEART. Blogging ni  tetap di hati aku meskipun aku busy camne pun. KAlau buleh, semua menda nak citer dalam blog dan share ngan suma orang. Kisah-kisah ni Makbed paparkan agar readers suma boleh hayati dan imagine Makbed ni camana, dan mengingati Makbed seadanya di hati korang.  
    Patutnya tulis tajuk dia cam ni kan "MAKBED in my heart..." 
    HAHAHHAHA


    Nama URL Makbed ialah http://BLEKROS.blogspot.com. Sebelum ni Makbed guna SIMAWARHITAM.blogspot,com tapi aku tukar sebab aku ada stalker baek punyo dok sibuk-sibuk antar message bebukan since aku dah rejek dia dari frenlist fesbuk aku.
    Dia cakap aku sombong, bodoh sebab wat blog citer pasal ntah pape ntah. Pastu kutuk-kutuk nama blog aku yang ala-ala gothic gitu. Ngeee~ Aku pun tuko nama blog , masih kekalkan imej black-black tapi tukar ejaan sikit kasi nampak cam aku ni manusia bodoh tak reti mengeja ataupun suka wat typo error. 
    HEEHE...  I love acting stupid. 


    Method penulisan dalam BLEKROS ni lebih menjurus ke arah personal life aku dan koleksi-koleksi kisah, artikel atau berita menarik yang Makbed kongsi beserta komen peribadi berkenaan sesusatu artikel yang dipaparkan. Well.. kalau baca surat khabar, korang just boleh membazir air liur komplen-komplen atau bagi pendapat tentang berita tu. Tapi MAkbed la suka paste kan berita tu, then letakkan skali onion opinion aku kat bawah. Best gak leh share cam tu. 

    Apa perasaan aku bila tengok blog orang len cantik tapi blog sendiri rasa cam tah pape? HAaa... Aku rasa blog aku tak cantik pun. Yang penting isi-isinya mantap. TAPI, blog tu mestilah yang menenangkan mata aku sekaligus memberi aku idea untuk menulis dan merepek-repek. Tak perlu banyak-banyak sangat bling-bling nanti pening lak orang lain nak baca. Anyway, Makbed suka kaler hijau. Lepas beberapa kali tukar template, MAkbed dah jumpa kaler yng Makbed suka. *pembawakan budak agaknya. 


    Bila BLEKROS diwujudkan? BLEKROS diwujudkan dengan nama SIMAWARHITAM pada awal nya pada June 2008, 2 bulan sebelum Makbed berumahtangga. Nama ditukar menjadi BLEKROS pada awal tahun 2010. *dah lupa lak bila.


    Follower BLEKROS pertama ialah Puan Semut Merah. Ngehehheee...

    Saya nak tag 5 orang? Wahh.. sungguh tamaknya Lulu ni.


    Saya tag rakan-rakan saya iaitu...





    dan korang juga dikehendaki menulis berkenaan perkara di bawah

    1. BLEKROS.blogspot.com di mata kalian..(belum tengok sila blogwalking..)

    2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu?

    3. nama URL blog dan dari mana datangnya idea tu..

    4. apakah method dalam penulisan blog anda..

    5. apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan kreatif sedangkan blog anda  tidak (kdg-kdg tu blog sendiri cantik, tapi rendah diri..)

    6. bila blog anda diwujudkan?

    7. siapa orang pertama yang tahu, dan menjadi follower blog anda

    8. sila tag 5 orang untuk award ni dan forward sekali syarat diatas..




    22 Oct 2010

    ..Oni boh ape dalam beg ibu????

    AUNI! 


    Ape kamu bubuh dalam beg lektop Ibu aaaarr?

    Patut la bau hanceng je. 
    Eiii... takkan le nak suh Ibu ingat kat awak selalu, awak bubuh menda ni dalam beg??






    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    "
    '
    "
    "
    """"""""




    21 Oct 2010

    Adoiyai Baked Beans

    Baru ada niat nak menderma darah ari tu. Tak caya cuba klik sini [Starve a Vampire, DONATE BLOOD] . Makbed hanya mampu merancang. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat Makbed.


    I noticed that I craved for baked beans for quite a while. Asyik suruh Inche Kitchi singgah kedai beli baked beans. Pastu, I saw BEN ASHAARI's entry about eating baked beans with egg as one of the ways to lose some kilos and have a flat belly. HEhee...  Terus berkobar nak makan baked beans.

    Aku dah makan dah semalam. Hee.. since aku makan bukan untuk kurus apatah lagi untuk mendapat flat i belly, aku masak cara lain la. Memula, aku masukkan sikit planta ke dalam kuali kecik, then tumiskan sekeping bawang. Bawangkan leh kopek-kopek isinya kan? Takyah boh sebiji bawang..amik sekeping je dari isinya (panggil isi ke ha?) . Agak-agak dah layu , baru aku masukkan kacang panggang tu. Biarkan sekejap then tutup api.

     Pastu, aku buat telur hancur lak. Dalam telur tu, aku masukkan lada hitam dan garam sikit. Kacau-kacau sampai kembang. Then goreng. PAstu, aku makan la ngan roti. Kalau Inche Kitchi pulak, dia suka tambah sos cili. Haa... setin kecik tu boleh makan banyak kali as aku masak semua tanpa simpan-simpan lagi. Jadi , semalam Makbed makan roti je cam tu. Taknak makan nasik, takleh masuk sebab teruk sangat loyanya.

     Skang Makbed mengamalkan minum madu lebah asli. Abah selalu bekalkan setiap kali datang ke umah aku. Boleh kurangkan semput dan tangan ketar-ketar ni.

    18 Oct 2010

    Oni Nak Dapat Adik!!




    Pada tarikh ini 18 Oktober 2010, Makbed telah L.U.L.U.S ujian MUET UPT. Alhamdulillah. Benarlah telahanku. Aku memang buleh rasa badan aku berubah. Last few days, ada spot sikit. Aku ingat piyed. Tapi, besok tu cam takde ape lak. Kering je. 


    Perot asik krem je. Pinggang pon lain macam sakit. Memalam takleh tido. Kaki selalu cam kebas. Apsal laa... 


    Petang tadi aku gi beli lagi UPT. Balik-balik je keje, aku terus gi tandas. Pas buat apa yg patut, menda tu slow-slow je gerak. Memula kat T tu takde pe. Aku frust la. Kosong lagi.... Aku letak menda tu atas sinki. Aku mandi cam biasa.


    Bila aku nak gosok gigi, aku gi kat sinki. Mata aku terarah kat 'pen-drive' tu rupa cam pendrive kan? Skali ada 2 line laa!!!! Samar-samar jek line tu. Maknanya aku PREGNANT!! Cuma masih diperingkat awal. 


     Syukur tak terkira aku rasa. Petang tadi masa solat Asar jenuh aku berdoa. Selain daripada mintak doa bagi murah rezeki, aku minta diberi petunjuk sbb aku rasa badan aku ni tak sedap je. Mudahkanlah urusan aku. Sekali gi kencing, ada lak rezekinya. Allah Maha Mendengar. 


     Reaksi Inhce Kitchi tadi? HAHAHA.. Mata dia BOLAT tengok 'pendrive' tu. PAstu  dia tanya, "ape ni?"

     Aku pun cakap... "Ini lah hasil kerja awak... Oni nak dapat adik..."


     Inche Kitchi senyum lebar gituuuuuuuuuu... Terus publish kat fesbuk. NGEEE~ Bangga lak rasanya. 




    Ni baru lepas nangih ni...

    16 Oct 2010

    Kari Ikan Nyok-Nyok satu!!!!

    Masa dok bujang-bujang, masalah paling utama bila teringin nak makan sesuatu ialah, makanan yang aku teringin tu memerlukan kehadiran blender sbg antara alat wajib dalam proses penyediaannya. Dengan tak malunya aku kabor kat korang, aku memang takde blender sejak mula aku dok membujang.


    Tapi, aku memang rajin masak dan mereka-cipta lauk. Lauk-lauk tu wajiblah versi tak pakai blender punya dan bahan-bahannya tak sukar untuk didapati di kedai runcit berdekatan dengan rumah. Dan semesgtinya, tak mahal!







    Kalau nak makan masak lemak, aku guna lesung batu je tumbuk suma rencahnya. Selalunya aku buat kari / gulai sebab lauk tu memang tak pakai blender. Tapiii... bila teringin nak makan sambal tumis, aku memang menderita sebab sapa nak giling cabai kering tu sampai lumat? Ekskus mi... batu gilin pun tadak OK!


     HAHAHAAA.. itu lah dia konflik biasa yang dialami aku ketika bujang dan jangan bohonglah, ada antara orang bujang yang takde blender kat umah kan? Buktinya, aku ada blender bila aku berusia 24 tahun. Masa tu aku dah dekat-dekat nak kawin. Dan blender tu pun aku rembat Mak punya. MAk rimas sebab dah 10 tahun ckp nak beli blender, tapi tak beli-beli sampai ke sudah. Jadi, Mak pun berkata.. amikla blender mak. Nanti MAk suruh Abah beli baru.

     Tu kisah blender la kan. Alhamdulillah..walaupun dah lama blender MAk tu, masih elok lagi aku guna. Ari tu masa kat KL, anak-anak dara sebelah umah aku rajin sungguh pinjam blender dari aku. Sanggup tu ketuk2 pintu nak pinjam. Naseb bek la depa tu pelatih nurse dan aku lak masa tu ngan peknen. Aku bagi je. Mana lah tau kot2 aku nak bersalin dalam umah sok kan, senang la depa bagi pertolongan!

     Hari ni, aku nak ajar korang masak lauk yang takyah pakai blender.Tajuknya : Kari Ikan. Ni versi sangat simple dan aku dah perturunkan ilmu kat Yibba Zima ari tu and aku tak sure dia dah buat ke belum. Rasanya belom.

     Ok..let's go check the ingredients, shall we?



    Ikan .. sebut pasai ikan, boleh pakai apa jenis ikan. Aku suka ikan nyok-nyok atau ikan merah. Tapi sebab aku dok 2 orang je, aku pilih potongan yang beso sekali. Takde lah semak sangat dalam periuk tu.
    1 biji bawang besar (kalau nak pakai bawang merah, gunalah dalam 5-6 biji) - hiris
    2 ulas bawang putih
    1 sudu -lebih pun takpe harba campur (seperti dalam gambo sbb ada yg tatau amende harba campur)
    2 tangkai daun kari
    1 bungkus rempah kari ikan
    Minyak untuk menumis
    semangkuk santan tak pekat sangat tak cair sangat
    bendi dan tomato ikut suka korang nak boh banyak mana


    Cara-caranya:


    Tumis bawang-bawang. harba dan daun kari sampai naik bau.
    Masukkan rempah yang sudah dicampur sedikit air
    Tunggu sampai naik minyak

     
    Lebih kurang cam nilah rupa naik minyak ye...




    cam biasa, budak ni pun belum naik minyak lagi... HAHAHAHAA


    sambung lek..

    dah naik minyak dah rempah tu, masukkan ikan. Tambahkan air asam jawa. 
    Pastu, biarkan mendidih. Kalau macam pekat sangat, tambah air sikit. Agak-agak ikan dah masak isinya, masukkan santan. Kacau-kacau bagi sebati. Tunggu mendidih sedikit dan kemudian masukkan bendi. Boh garam. Last sekali baru taruk tomato. 




     Kelihatannya Ayah Oni terpaksa entertain Oni dengan mengajaknya bermain bubbles. Kecian... suma tunggu Ibu habih masak. Sangat cute kan mereka berdua ini?





    TADA.....!!!!Finally siap juga kari ikan Ibu Oni. Tak lama pun nak masak ni. Ada la 45 menet. 


    Bila dah selesai masak, aku pun gi depan. Nak layan Oni pulak. Alangkah terkejutnya bila



     

    ......... rumahku telah disepahkan oleh beliau dengan jayanya. HUWAARRGGHHH!!!!

    14 Oct 2010

    Ayam Goreng Masak Kicap versi Baloq Liat

    Hari ni Makbed nak ajaq masak lauk yang kompem boleh buat laki hangpa tambah dua tiga kali punya.

     Bahan-bahan yang diperlukan ialah:



    Ayam (dipotong kecil dan digoreng dengan gram kunyit)
    Bawang putih 3 ulas
    Bawang besar 1 biji (setengah potong bulat, setengah lagi hiris)
    1 biji kentang (hiris macam dalam gambar)
    Cabai hidup (belah tengah)
    Kicap mee 1 setengah sudu
    Kicap manis (secukup rasa)
    1 sudu lada hitam
    Air
    Tepung jagung



    Cara-caranya

    Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar sampai wangi. PEhtu, masukkan kicap mee dan kicap manis. Tambah ayaq. Biarkan mendidih sikit then masukkan ubi kentang. Biar sampai kentang lembut. Kalo kering, boh ayaq. Tak cukup kicap? Tambah kicap. Pehtu, boh ayam yang digoreng tadi. Tambah lada hita,. Pehtu boh la garam. Last skali, masukkan bancuhan tepung jagung. Bagi pekat sikit kuah dia. Then taburkan bawang yang dipotong bulat tadi. KAlau ada daun bawang, leh gak boh. Ohh..lupa. Cahai boh masa bila plak? Boh la masa tumis. Kalau nak boh last pun buleh. Tu hiasan je tu. HAHAHAHAHA.


     Cedap woo! Silalah cuba. 




    Dengan kehebatan henpon Makbed, lauk nampak lebih menyelerakan. HEE..

    12 Oct 2010

    BamBam Bee ku Cayang...

    Kesian BamBam Bee saya.

    Dah lobos wehh!! Uwwaa... lobos la juge kocek laki haku. 



    Cita-cita terulung Makbed untuk BamBam Bee ialah nak taruk adjustable absorber. Jalan nk gi opis tu penuh dengan noda, onak dan duri.. Sangat tak bagos untuk kereta aku.  Barai isi perut dia kang. Sedih tau bile dengar bunyi bawah kereta tu kena sagat, Ngilu hatiku bagai ditusuk sembilu!
    Memang la mahal itu stuff tapi sayangkan kereta, belanja-belanjakan. Ye dak? 
    Jangan tiru perumpaan ini.  
    Terima kasih kat my FIL yang sudi menyerahkan kereta 'sport' beliau kepada anaknya. Nostalgia nih.
    Kalau tak, sampai 9 bulan aku ngandung pun still jadi minah rempit KL kot!
    Ko ingat ni Lumut ke bleh bawak moto time perut memboyot?



     Rupa dah ganas dah. Biarpun orang kate dia buruk, selalu wat hal... tapi kami anak beranak tetap sayang sama dia. Dinamakannya BamBam Bee kerana pemiliknya tembam. Konon nak jadi Bumble Bee asalnya. Heee... Hmm.. Kalau Inche Kitchi nak beli kereta baru, belilah. 
    Tapi aku tetap nak BamBam Bee. Biarlah buruk sekali pong, Makbed tak kishaaahhh. 
    Tapi, Inche Kitchi pun tak minat ngan kereta baru. Asyik bukak mudah.com je. 
    Ehemm.. cari Celica ke???



    Yang ni la bocor paling maveles skali! Nak wat camno, keta ngengada lowered nak mampos tapi bawaknya takde skill. Jenuh kitorang maintain berat badan untuk naik Bambam Bee tau. Kalau sesapa nampak kereta itu bergerak dai parkir opis tapi bukan aku drebarnya, just to inform yang Cik Sani yang bawak BamBam Bee gi jumpa doktot tadi. Tukang bawak pun sama 'cute' ngan tuan punya keta. HAHAHAHAH... Apsal orang kecik-kecik selalu dapat bawak kereta beso ek? Nampak kepala je. Tengkuk tak nampak. Jangan tanya ngape safety boot Sani masuk mulut haku besok. Ngeee~




    Nampaknya dia menjalankan tugasanya dengan cemerlang. Siap tolong amikkan gambo kawasan-kawasan yang didapati telah bocor. Aku nak kena bagi laporan kat Inche Kitchi pastu sebab skang ni tgh cari bengkel mana yg buleh buat menda ni semurah yang mungkin. Dekat Manjung blom jumpa lagi rasanya.



    Dipendekkan citer, tak payah tukar satu set. Just tukar mana yang bocor je. Tapi, kalau nak tukar semua LAGI BAGUS. Kalau tukar yang mana bocor je pun dah 4 rat., tuko suma mau tak dekat-dekat 8 latut?? 



    Atoyaiii..... Tampal plaster hello kitty je lah!


    Thanks a lot Cik Sani. Nyusahkan ko jek.

    10 Oct 2010

    Cucur Udang


    Bangun pagi, check dapo. Roti dah tinggal 2 keping je.
    Nak makan apa untuk breakfast?


    Check freezer lak.
    Ada udang putih sikit. Ida Kurau kasi minggu lepas.
    Boleh buat cucur udang.
    Cam biasa...
    kalau versi Makbed, sumanya serba simple dan mudah.



    Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

     Seketul bawang merah besar tu. Tumbuk kasar. Nih sebab Inche Kitchi anti-bawang. Kalau nak lagi beraroma, cukup hanya potong dadu.
     Udang putih.. Udang kecik pun buleh. Secukup rasa nak banyak mana. 
     Tepung gandum dalam 2 cawan. Ini untuk 2 orang makan neh. 
    Serbuk kunyit sikit. NAk bagi wangi.
     Serbuk bikarbonat. Tak boh pun tak pe. 
     Lada hitam satu sudu kecik.
    Garam halus setengah sudu kecik.
    Gula satu sudu kecik


    Caranya:

    Lambakkan sumanya







    Tambahkan air secukupnya.


     Panaskan api. Jemput-jemputkan ikut saiz yang korang suka.
     Makbed pakai tangan je. Ada orang pakai sudu.
    Boleh je...
     Bila dah coklat-coklat tu, buleh la angkat.
     Makan ngan sos.
     Shedap....





    Sempat gi aku sembelih ayam, rebus, cabut bulu ayam tu suma, then siaplah nugget aku ni. Terer tak?
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Instagram

    Instagram