Followers

25 Aug 2010

Oni Cucuk , BamBAm Bee wat hal.

Tetiba ...

 Semut Merah ajak gi umah Epi selepas melihat-lihat aku pose ngan tudung baru tadi. Sori kak. Hari ni balik awal bawak Oni cucuk. Pastu Inche Kitchi nak bawak Bambam Bee gi check sound-pitch sebab dah berapa minggu asyik karoke kat traffic light je. Belting  problem la.

 Memula tu cam ok je, leh sabar lagi Bambam Bee wat hal. Setakat bunyi sikit-sikit tu, aku buleh la handle. Sampai ke satu peringkat, start enjin je bunyinya sampai 3 minit. Dah la nyaring. Aku tau la keta tu macam aku gak - attention seeker, kan? Tapi takyah la enterprem sampai gitu. PAstu, takleh pasang ekon. Kalau on ekon je , dia pun bunyik. Maka terpaksa le aku bukak tingkap je. Kalu pepagi buleh la nak bukak tingkap, sejuk. Kalau tengahri rembang camne? Dah le balik jam 4.30pm bsepanjang Ramadhan AL-Mubarak ni. Mau tak menangis ketiak aku sementara nak sampai umah?


JAdi. Inche Kitchi telah mengorbankan gaji beliau bulan ini untuk gi repair. AKu dok umah lepas cucuk Oni. Tido berduet dengan si kecik tu. Nangih tak kena cucuk? Nangih la kejap. Ala... mana de sakit pun. Dia terkejut je. Nangih 2 saat pastu sengih2 gelak kan si misi yg cucuk dia tadi. Aku pun tak sure kenapa Oni wat cam tu. Tapi, yang paling tak bleh blah bila orang-orang kat A-10 tu puji-puji kening Oni. Ehemm.. memang le kening dia tu lebat sokmo *ikut kening sapa ntah jadi aku paham le kalau suma cam geram nak pegang muka dia.
Tapi sekali nurse yang cucuk Oni tu cakap

"muka comel budak ni. Tapi nangih cam jantan.." 


Aku cam.... AHhh... nurse ni dengki ke hape kat aku ni?  HAHAHAHAHHAHAHA


Berat terkini Oni ialah 8.7 kilo. Berat terkini Ibu Oni ialah 57 kilo. HAAh? Gemok lagi ni. Nak turun lagi 3 kilo lagi. Tapi, Kak Barirah kata aku kurus dah compared to 'the days' before. Good to hear that. Aku cuma lambat kurus. Kalau nak gemok senang aja.


makbed: apsal ngan webbie GENGBLOGGER? Takleh nak masuk la... Camne ni?




Evolusi Ku. Yibba!



Evolusiku bermulaa! GIyaahh~ Nak tau hapekah ia?


~ Check this out bebeh ~

MySpace






aku jumpa budak ni kat mane ntah. ajak dia dtg opis. skali dia pose lak. tak malu betoi!


nampak? gedik gilos posing kat tempat aku. WOI BALIK LA WOI!!!


Semalam kan aku citer pasal kemarahan aku yang bernilai 30 hengget tu? Haa... nilah dia salah satu daripada hasilnya. Ehh.. bukan implan taik lalat ye. Taik lalat tu memang dah ada kat situ sekian lama. Sila jangan pandang lama-lama. Jenuh semalam Makbed gi kursus ngan si penjual tudung yang tengah dalam pantang Puan Epi. Mekasih Puan Epi. Nanti aku pi terjah lagi umah hang no.

Berapa helai ntah aku rembat beli dari Epi. Siap ada free gift lagi. Wakakakaa.... Syiookk. Jangan riso, kali ni aku jadi model untuk beliau. Selamat tinggal Apple Merah Collection. Kontrak kita sudah tamat memandangkan tokey kedai nak tutup sebab dia kata tak dan nak handle kedai dia.SEKARANG DIA TGH WAT JUALAN LELONG. HARGA KERUNTUHAN! SILA KLIK SINI.

 OK tak pakai camni? Ke salah pakai? Ada cara lain lagi ke? Cik Yana Cullen kate senang je nak pakai - lilit-lilit gitu je. Tapi jangan ketat-ketat sangat nanti arwah katenye. Hmm.. Buleh la ni. Tak le secantik Cik Yana Cullen, Cik Fatin Fatihah ngan Cik Sherah. Tu la 3 org blogger faveret aku yang aku suka belek bijik mata dema satu persatu. BESAU GILER! Korang wat senaman apa mata beso cenggitu aaa?


Ok... Tuka Mode.

 Mode : Annoying


MySpace

 Aduhai *****,

 Ko memang kurang asam kan. Takde tempat lain ke nak merayap? Nak raba? Aku tau la aku chantek berseri-seri ari ni. Getik ko ye. Tora ni pun satu, datang opis je tanya aku pakai baju kaler ape. Masuk je , tgk baju aku kaler ape. Kalau aku pakai warna hitam mulalah dia ckp aku Black Dog Bone la, Bat Girl la, Metalicca laa.. Ehh , aku MakBed la. Bukan Bad Girl cam ko cakap tuh. *lari tajuk lak.


 Ha, berbalik kepada ko *****. Sape la punya kerja jemput sanak-sedara ko datang masuk opis ni. ada la manusia yg tak reti tutup pintu semalam. Satu kerja lak aku nak halau satu-satu. Argghhh! Pasni aku dah tak de toleransi lagi. Bulan posa ke bulan tak posa ke ko tetap sama. Tak berubah. Lagi teruk ada lah. Aku ye-yelah pasang lagu raya, kot nak insaf. Jangan kata lagu raya, surah Yassin pun aku dah pasangkan untuk halwa telinga ko, tapi ko tetap cam tu gak. Ko ni benak ke ape ni?

 Kalau ko taknak posa, tu ko punye pasal. Jangan nak batalkan posa aku. Berani ko masuk dalam lubang idung aku ekk. Tadi sedara ko berapa ekor dah mampos kena penampo jepun Pak Hamid. Tu la, sapo soh kaco misai dia.MySpace

 Siap ko. Hari ni aku kerja kan korang suma. BERUSAHA!


I am SO ready


20 Aug 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MAKBED




Orang pertama yang wish kat Makbed ialah Roku, adik Patenko. AHAHHAA... sebab besday dia one day earlier.



tuo dah wei~

I turned 27 today. Yeeaahuu. I like my age and everything comes along with it. Love my life. Sangat bersyukur dgn apa yg aku ada. Walaupun tahun ni tak dapat raikan dengan family macam last year, tapi aku sambut cara lain pulak tahun ni. Zima and Patenko nak datang!


 Well, age is something that doesn’t matter, unless you are a cheese. 


 Dan,

 Hari ni adalah ulangtahun kedua perkahwinan aku ngan Inche Kitchi. HAHA.. hari menikah.



Dear family ana friends,

Thank you for the lovely wishes. Love it! XOXO



-bedbed-

14 Aug 2010

Gulai Lemak Tempoyak ... berjaye!

Hari tu teringin sangat nak makan gulai lemak tempoyak. Semalam, aku gi PARAM kat stadium, aku terserempak terjumpak dengan tempoyak. Uiii... sonok sungguh! RM5 sebekas. Bekas kecik je.... Tapi takpe la. Janji lepas teringin nak makan.


So, hari ni aku tak mahu beli-beli makanan. Sabtu - maknanya masa ada banyak untuk menyediakan juadah berbuka untuk Inche Kitchi tersayang. Jadi inilah lauk yang berjaya aku sediakan...


Udang goreng kunyit, ikan goreng, sambal minang kak ropi dann... gulai ikan masak lemak tempoyak!


Seingat aku, aku tak penah buat masak lemak tempoyak lagi. Aku anggap hari ini ialah kali pertama aku menchoba-jaya resepi masak lemak ni. TAkde susah. Sama macam masak lemak lain, cuma boh tempoyak je.


Jangan buang masa. Lets's check on the how-to.

 Bahan-bahan:
  • cili api 15 biji 
  • halia 1 inci
  •  bawang merah beso 1 biji
  •  serbuk kunyit 2 sudu kecik. (nak lebih pun takpo)
  •  ikan kembong 2 ekor
  • serai sebatang (ketuk)
  • daun kunyit (simpul)
  •  asam keping 2 keping
  •  santan cair setengah mangkuk
  •  santan pekat setengah mangkuk
  • tempoyak 4 sudu

Cara-caranya:

  1. Blender cili api, bawang, halia dan serbuk kunyit. Kemudian panaskan api dan rebuskannya dalam periuk. Tak payah minyak yee...
  2.  Masukkan serai dan daun kunyit.
  3.  Masukkan santan cair, tempoyak dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih sedikit.
  4.  Masukkan ikan.
  5. Pastu masukkan santan pekat. KAcau-kacau jangan sampai mendidih. 
  6.  GAram secukupnya.
tips: tempoyak tu bancuh dengan air pun boleh kalau taknak pekat. Makbed suka pekat-pekat gitu...


 Tak sangka jadi pulak masakanku. Inche Kitchi kata SEDAP! Haahhaa.. berjaya. Tapi, cam biasa. Dia tak tambah. AKu yang tambah lebih dari sekali.

 
makbed : Auni jatuh hari ni. Kerusi tertimpa beliau. Natijah terlalu rakus berjalan keliling meja makan sambil berpaut kat kerusi.




Blogger Templates
Blogger Templates

11 Aug 2010

Gulai Ikan Tempoyak

Abah...

 Saya nak tempoyak. 

 Abah selalu simpan temopyak lama-lama dalam peti ais. 

 Ada lagi tak?

 Tetiba nak makan gulai masak lemak tempoyak.

 Sebab tadi blog-walking.... terjumpa ni 

 Gulai Ikan Tempoyak

 Nak tau resepi?

 Sila gi blog HANA






Blogger Templates
Blogger Templates

9 Aug 2010

Nasi Goreng Ala-Ala Kak Ropi


Resepi seterusnya ini memang menjadi pilihan aku kerana aku memang sgt suka PEDAS. Dah lama aku amalkan buat sejak duduk rumah bujang lagi. Khasiat nasik goreng ni, boleh menggalakkan si pemakannya kurus dan dalam masa yang sama boleh menggemokkan kalau makan terlampau banyak. Makanan pape pun camtu kan? Keburukan resepi ni ialah..... Bila start makan, susah nak berhenti pulak!


 Cam biasa, rato untuk 2 orang.

 Bahan-bahan:

 Cili api 12 biji
 Bawang putih 8 - 10 ulas
 Halia - beso ibu jari
 Lada hitan - satu sudu kecik
 garam secukupnya
Nasi 2 dimasak sebanyak 2 pot




Cara-cara masak...  Tumbuk semua halia, bawang putih, cili api dan lada hitam sampai lumat. Kemudian, tumiskan. Pastu, masukkan le nasi. Pastu, boh garam.


Kali ni, nasik goreng aku makan ngan ikan goreng.   

Buleh makan dengan ayam goreng, ikan goreng , pedal goreng... Ataupun kalu rajin boleh masak daging masak kicap. Tu la pasangan terbaek utk nasi goreng ni.

Assistant saya yang sgt suka main tong sampah

  Gambar di atas tidak termasuk dalam bahan resepi. Saja je aku snap sebab dia sgt teruja bila boleh berjalan di dapur. Al-maklumlah, baru ada skill berjalan. Semua tempat dia nak pegi. Ce tgk wajah beliau~


Camni le rupa nasik goreng tu





Blogger Templates
Blogger Templates

6 Aug 2010

Lauk Sardin Tidak Lagi Boring jika.......

Tak pernah gagal sehari pun G-Talk ngan bebudak nih : Xima dan Patenko. Tapi, hari ni aku tak nampak Patenko online. Busy ngan kijo agaknya. So, aku continue borak ngan Xima. Biasa.. Girl Talk... Macam citer Lipstick Jungle tu.MySpaceDah tengahari, gi makan pulak. Habih waktu lunch kang, sambung balik.

HAri ni aku tak gi lunch. Kak Ann nak kuar makan nasik ayam kat Pantai Remis dengan Kak Yati. Muka cam teringin sangat nak makan nasik ayam tu. Ada 'pape' ke Kak Ann??  HEHHEEHE.... manalah tau tetiba 'mengandungi' lak kang. So, aku tak gi Club House menikmati nasi minyak RM 2 seperti kebiasaan. Try to cut the incoming fat sehabis boleh. Yeahhhaa. Akan tetapi, aku suruh beliau tapaukan untuk aku nasi ayam sebungkus.

 Nasi ayam lagi rendah kalori daripada Nasi Minyak , OK~MySpace

Semalam, Xima sibuk-sibuk pening kepala nak makan apa untuk berbuka. Tetiba dia cakap nak makan sardin. Ayat penyata beliau membayangkan yang makan sardin itu sungguh bosan dan biasa saja. So, I thought her how to make the best sardine ever considering yesterday was the LAST day dia bayar posa ganti dia. KIKIKII... oppss.. terbocor rasia lakk..

The result turned out good as I found an acknowledgement in her FB status thanking for the recipe I gave earlier. Waa... siap dedicate satu page dalam blog beliau lagi. HAHAHA... Timaseh. Nak baca? Sila picit - PICIT SINI KALAU ANDA SUKA MAKBED . Kawan saya ni baik orangnya. Sangat cute. Belom kawin lagi. Tengah mencari. Berminat? Sila hubungi saya. Patenko? Owhh.. dia dah ada orang yang punya. Jadi, takleh le promot kat sini.

Di bawah, aku paparkan resepi rahsia seterusnya untuk tatapan Xima, manalah tau kot-kot ko nak masak lagi and resepi yang ko tulis tu ilang ke kan? Kawan-kawan lain nak cilok pun boleh. Resepi Makbed ini mudah diaplikasi sebab aku berpengalaman menjadi orang malas tapi selera hebat je sepanjang masa. Sebab tu la ia Mudah, Senang dan Menyelerakan.

 Bahan:

 1 tin kecik sardin. (ini ratio untuk 1 tin kecik ye. Sbb aku ni 'bujang' lagi) Asingkan ikan dan kuahnya
 10 biji cili kering (blender)
 1 biji bawang merah besar (blender) 
 Air asam jawa setengah mangkuk
 1 biji bawang merah besar (lagi skali) ini untuk ditumis

Cara-cara:

Blender cili kering sama itu bawang merah sebijik. Kendian, panaskan minyak.Tumiskan bawang yang dihiris tadi sampai wangi dan seterusnya masukkan ikan sardin yang diasingkan. Goreng sikit. ini bertujuan untuk menghilangkan hanyir ikan sardin tu. Lepas tu, masukkan le cili yang diblender tadi. Masak sampai naik minyak. Kalau nak lagi cantik, minyak tumisan tu kasi lebih. Masukkan air asam jawa. Lepas dah naik minyak tu, baru lah boh kuah sardin. Masak sekejap. Jangan lupa garam dan sedikit gula.  Daaannnnnn.... siapppp!~

Klik untuk lihat gambar.




Blogger Templates
Blogger Templates

1 Aug 2010

The Choba Jaya Saga : Daging Masak Kicap Pedas

Sambil2 tengok Madagascar 2, blog ini aku hapdet. Takde apa nak tulih pun. Just nak share resepi yang aku masak tadi. Hari tu aku 'perturunkan' ilmu resepi ni kat Kak Farz. Tetiba je dia teringin nak makan daging masak kicap resepi orang lain , selain dari resepi dia. So, aku bagi resepi aku. Dia cakap sedap plak. Bagos..bagos... Disebabkan telah dipuji kesedapannya, maka aku abadikan di sini untuk tatapan aku bila terasa nak masak resepi ni sekali lagi nanti.

 ~sakit gigi ni..~


Cam biasa.. Ratio untuk 2-3 orang (bukan 23 orang tau!)

Tajuk Resepi : Daging Masak Kicap Pedas

Bahan2nya:

400gm daging tanpa tulang. Batang pinang pun boleh. Hiris nipis.
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis (makbed tak suka boh menda ni kalau masak sikit-sikit. bau kuat)
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar) untuk hiasan


Cara-cara
Blender bawang merah, bawang putih dan halia sampai hancur. Kendian, tumis bersama cili kering yang diblender tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang. Tunggu sampai garing. Lepas tu, masukkan kicap manis dan kicap pekat. Biarkan sampai mendidih sikit, pastu boh daging dan air. PAstikan daging tenggelam. kalau tak tenggelam tambah air. (Makbed suka tambah air asam jawa sikit bagi tambah rasa) Masak sampai kuah kering. Nak kuah lebih, tambah air la ye. Lepas tu boh garam dan gula secukup rasa. LAst sekali, baru boh bawang yang dihiris kasar tu. Biasa pakai bawang kuning. Kalau tak nak bawang, boh daun bawang pun buleh...

 Dah siap. Leh makan ngan nasik panas2.

Daging Masak Kicap Pedas

Hmm.. aku suka bawang, but Inche Kitchi tak suka bawang. Nak wat camno ye dak. TApi, masakan ni tak gagal. Sedap katenye. Cube la. Senang aje.


Blogger Templates
Blogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram