Followers

28 Jul 2010

Zaman Kini Yang Mengelirukan

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

Ayat ni sangatlah sesuai untuk kehidupan moden dekad ini. Meskipun aku cuma insan biasa, kerja pun biasa-biasa bukan seorang peguam, doktor, usahawan, ahli perniagaan atau pun wanita-wanita elite yang berpakaian mahal atau berkasut tinggi berbeg tangan LV, aku masih memegang teguh nilai-nilai Islam yang diajar sejak dari kecil.Aku terpanggil untuk menyeru rakan-rakan wanitaku supaya tidak terlalu alpa dan bongkak dengan kejayaan bersifat duniawi kerana ia cuma sementara.


Tidak salah menggunakan kelulusan dan kejayaan untuk menuju ke jalan Allah. Berkelulusan tinggi biasanya menjanjikan upah gaji yang lumayan serta urusan hidup menjadi lebih mudah dengan adanya wang tanpa putus.Norma-norma kewanitaan Muslimah telah hilang. Wanita kini sebilangan besarnya telah lupa tujuan mereka diciptakan di muka bumi ini. Perasankah kita bahawa bilangan penceraian yang semakin tinggi kini berpunca dari kesilapan wanita sendiri secara umumnya?

 Mengapa saya berpendapat begitu?Di zaman perang Jepun dulu, anak gadis selalu sahaja diperkotak-katikkan. Tidak dibenarkan ke sekolah. Belajar sampai darjah 3 sahaja. Bila sampai umur baligh, si dara sunti ini dikahwinkan. Walaupun kahwin awal, jarang ada yang bercerai berai. Pejabat Mahkamah Syariah pun tidak penuh dengan fail-fail tuntutan fasakh atau tuntutan nafkah anak.Kini, makin tinggi si anak-anak belajar sampai ke luar negara, tapi bilangan kes penceraian boleh dikatakan sama hebat dengan bilangan pelajar yang graduate dan juga bilangan pelajar yg menganggur. Betul? Di manakah silap? Adakah sistem pendidikan kita menjadi penyumbang meningkatnya kes-kes keruntuhan rumahtangga di kalangan golongan muda? Atau adakah kerana cuma kejahilan diri masing-masing?

Kerana Kaum Hawa kini merupakan penyumbang besar kepada ekonomi negara, dan gaji kaum ini hebat-hebat belaka (berkat usaha dan penat lelah belajar sehingga tamat) maka Kaum Adam pula yang sejak-sejak diperkenalkan Persatuan Mat Rempit yang cawangannya penuh di merata-rata mukim, kurang memberangsangkan prestasinya. Justeru, si lelaki lebih suka 'bersyukur dengan apa yang ada' dan si perempuan 'berusaha selagi terdaya'. Terbalik sudah kan?
 .
Kemudian, akan muncul isu Hantaran Tinggi. Kata si ibu dan bapa yang penat membesarkan anak dari tali pusat belum kering, layaklah meminta wang belanja, mas kawin dan hantaran setingga puluhan ribu kerana anak perempuan dia belajar sehingga Amerika Syarikat! Takkan nak minta 2 ribu sahaja? Apa kata orang kampung?Bila ditegur dikatakan INI ZAMAN MODEN. Belanja nikah kahwin kini semakin mahal maka wajarlah meminta hantara setinggi itu dari pihak lelaki. Dulu-dulu bolehlah maskahwin senaskah Al-Quran dan sepasang baju besi. Nak bagi makan dengan menda tu ke? Kata si waris dan wali.

Wah, bukan main hebat mempersoalkan sunah Nabi sedangkan diri itu tidaklah setinggi mana ilmunya. Kasihan si bujang itu, terpaksa telan air liur saja melihat gadis pujaannya disambar Pak Datuk berambut putih yang memandu kereta mewah, dan sudah beristeri pula! Atau, si bujang enggan berputus asa, dia yang gajinya tidak seberapa cuba meminjam bank atau Along. Nah......... Bukankah ini sudah menunjukkan bibit-bibit masalah sosial yang seterusnya?
 
Maka, katalah si Bujang berjaya menikahi si gadis berkelulusan tinggi hasil duit pinjaman bank, kenduri dibuat besar-besar. Pinjaman ribuan ringgit jadi tidak berbaki sehingga mahu memulakan hidup baru pun menggagau mencari wang. Ambil masa setahun dua lah mahu stabilkan istitusi kewangan keluarga. Mujurlah si Isteri bekerja dan gajinya pun boleh tahan. Tiba rezeki Allah nak bagi, pasangan itu dikurniakan cahayamata. Masa ini barulah si Isteri terasa terbeban. Mana nak cekau masa menguruskan rumahtangga, dengan anak yang masih kecil dan kerjaya yang menuntut fokus yang jitu. Kalau tidak ada persefahaman, memang boleh bergaduh dibuatnya. Apa tidaknya, Isteri baring di katil, Suami baru gentel telinga si Isteri dah berdengkur. Letih.....

 Hakikatnya, walaupun anak boleh diambil alih oleh TASKA atau pengasuh, tiada siapa boleh nafikan yang kasih sayang Ibu sendiri lebih afdhal bagi membesarkan anak yang baik.

 Bab aurat jangan ditegur. Bila disuruh bertudung dan berpakaian sopan, si Isteri tarik muka. Tidak moden dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai Pengurus di bironya. Dia perlu kelihatan anggun dan menarik di pejabat.Si Suami cuma diam. Tidak mahu mencetuskan huru-hara. Dalam hati dia bukannya mahu Isteri berpurdah. Sedikit pun tidak dihalang mahu bercantik-cantik, dia pun tumpang suka melihat isterinya cantik begitu, tapi menutup aurat kini bukannya susah. Sudah banyak tudung berfesyen terkini yang cantik dan anggun. Malah lebih anggun dan ayu daripada berskirt paras lutut dan berbaju kemeja singkat menampakkan punggung dan berbutanag tak habis menampakkan dada. Susah betul kalau nak menyeru ke arah kebaikan ni.

Hm... suami sudah semakin stabil kewangannya. Sudah naik pangkat. Meskipun tidak mampu melawan gaji si Isteri yang berkelulusan luar negara itu, tetapi dengan jumlah anak yang semakin meningkat jumlahnya, si suami lebih suka jika Isteri sendiri yang menguruskan anak-anak hasil perkahwinan mereka. Lagipun dia kasihan melihat Isteri yang keletihan. Anak-anak pun tidak terurus. Maka, Suami pun menyuarakan permintaan agar Isteri berhenti kerja.Wah, bertegang-urat! Habih semua zaman silam punya diungkit. Mana datangnya duit belanja kahwin dulu kalau tidak dari wang hasil kerja si Isteri. Benar-benar tidak mahu kehilangan jawatan dan bimbang dilabel 'surirumah sepenuh masa' yang mana kerjaya itu memang tidak profesional lansung. Tidak boleh lagi berhias cantik dan terpaksa duduk di rumah sahaja. TIDAK MAHULAH, kata si Isteri. Biar sahaja anak dijaga pembantu rumah. Padahal, anak tu sekarang sudah berbahasa Indonesia bila bercakap dengan ibu bapanya!

Si Suami pening. Si ISteri berkeras tidak mahu berhenti. Tak cukup dengan bertegang-urat sesama sendiri, si Isteri me'roger' mak bapak dia pula sebagai back-up. Si Emak pula menambah, bukan mahu menolong menyelesaikan masalah."Jangan berhenti. Sia-sia sahaja belajar tinggi-tinggi sampai ke US, kamu nak duduk di rumah sahaja? Mengabihkan duit aku ja hantar kamu belajar jauh-jauh. Nanti apa kata saudara-mara? Ada PHD tapi duduk di rumah. Kamu kena jadi contoh kepada adik-adik, sepupu-sepupu, anak makcik tu dan makcik ni.... Kamu bukannya lepasan SPM nak oiii.................! Cuba fikir. Bekerja ni bukan untuk suka-suka. Bayangkanlah kamu kalau kena tinggal dengan laki besok2, sekurang-kurangnya kamu ada kerja. Tidaklah kamu jadi ibu tunggal tanpa kerja. BErani kamu mahu berhenti?" bebel si Emak, padat dan tepat.

 Bila si Suami mempertahankan pendapatnya, mahu si Isteri duduk di rumah dan menjalankan tugasnya sebagai isteri solehah, si Emak menjawab lagi. "Orang dulu-dulu bolehlah macam tu! Sekarang ni zaman dah moden."Kesudahannya, si Isteri tetap dengan keputusannya mahu teruskan bekerja. Patuh kepada si Emak. Si Suami rasa terhina kerana isteri sendiri tidak mahu menurut kata. Maruahnya sebagai suami tercalar kerana tidak berdaya menyuruh isteri menutup aurat. Si Isteri terus-terusan bangga diri dengan dirinya yang 'moden' tanpa menyedari saat-saat kehidupannya makin menghampiri neraka.Kenapa si Emak lebih mementingkan masa depan 'yg kalau kau diceraikan suami nanti macam mana?' sedangkan sepatutnya si Emak berpesan agar si anak mematuhi suruhan suami selagi tidak bertentangan dengan Hukum Allah.Inilah yang berlaku di zaman serba moden ini. Sama-samalah kita renungkan agar kita tidak berjalan di bumi Allah sebagai hamba yang bongkak dan sombong.

Sila refer ayat di atas semula.


Blogger Templates
Blogger Templates

24 Jul 2010

CONGRATULATIONS!




Good News !!!

 but

 too early to say now.

 Anyway....

 congrats to my dear lovely friend

 Zafira 


Semoga rezeki melimpah ruah

 dan sentiasa gembira

 Jangan stress-stress

Tahniah sebab dapat makan durian..

 Ngidam ek?
  
 Awal-awal ni ngidam dah....

  
Ini katak peliharaan Makbed. Cute tak? Please name me. . .
 

Bersiap sedia. Makan besar malam ni.

23 Jul 2010

Nasi Minyak Rm2

Semalam aku telah berjaya merialisasikan impian nak makan kuah durian cicah roti. Haa... Senang je nak masaknya.

 Bahan: 
  
 Durian -15 ulas
 Santan kotak - 1 setengah kotak + 4 kotak air  (lebih pun boleh)
 Gula secukupnya
Garam secukupnya (kurang sikit dari gula)

 Cara-caranya :
 Satukan semua dan rebus sampai masak. Anda akan tau dia masak bila kuahnya semakin pekat dan bau nya semakin sedap. Nyummy.....

Dah siap dah ni...  
 Tetiba je , Inche Kitchi kata dia tak makan kuah durian version ni. Dia nak makan yang ada kacang hijau tu. Huuu.... Awat la tak habaq awai-awai? Ni sapa nak makan banyak-banyak ni?

#
 #

 #

 Jangan risau..... Akan ada je orang yang nak. 

Sedia untuk diedarkan kepada 'kumpulan suami-suami terbiar c14-101" dan juga kepada baby sitter Auni.   

Sedap wooo... Pagi tadi aku bawak bakinya ke opis. Kak Yati kata, aku punya kuah manis melecas. HAHAHAAA... first trial la kak. Nanti saya cuba lagi. Jangan risau, durian banyak lagi ni!

 Menu hari ni di Clubhouse : Nasi minya. YUMMY!

Nasik minyak RM2  

My lunch team members for today are Kak As, Kak Ann, Kak Yati dan Rozie. Hari ni lak Jumaat yang riang. Guys takde suma gi solat. Boleh la gelak deras-deras!
 

22 Jul 2010

Do We Need CHANGES?

Sesungguhnya sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang sanggup berubah ke arah kebaikan. There is no point of saying "I want this to change" yet you yourself, do not start to change.

 I have seen some of my friends do few changes in their lives. Speaker, from bareheaded girl, to the most beautiful lady on earth when she started to cover her head. Niat yang suci dan murni, and her sincerity on taking the decision was visible (to my eyes). Tatau la kalau orang lain camne. *Beb, nasib ko dapat asben tak makan deroyan LOL! Suka kacau minah nih.

 And, my dear friend Zimako who is trying to lose weight just to be healthy. To feel comfortable in her own skin. Me too. And, suprisingly she managed to lose few kilos without suppressing herself. Yibba!!!

 Lagi sapa lagi? Hmm...

Petenko. Pun Tengah mempersiapkan diri untuk menukar status tak lama lagi. Ehh.... tak lama lagi ke??


 Aku pun. I am trying to shake off some kilos just to feel good about myself and for the sake of my health. Sakit kaki la bila badan terlebih kilo nih. I just hate the situation where people started to question and compare my before-marriage weight with after-birth weight. Rasa nak siku je. People do change OK! HAHAHHA.... *emo sket.

 But my dear friend that I am going to story about also had some changes done. The huge one is......

 Embracing Islam in his heart and soul. YAaaaa~ Tak sangka dengan perubahan beliau ini. Cuba tengok wajah dia yang berseri tu. Tenang aje.

 Tak sangka yang dia ni pernah mengamuk , sampai putus telinga orang digigit beliau. Ohhh... is this really you Mikey???

 Nak tau sapa kawan Makbed yang dah buat perubahan besar tu sila klik >>>> Let's Go Bebeh!

 Errmm...

 There some of my friends who did made changes in life, but to the worst.

 Like, from having a shoulder-to-cry on friends to a-pillow-to-cry-on PILLOW.
Well..... friends are not somebody you can simply yell at to OK. Especially when your life is not that good, and you rely on them to trigger you move-on mood. And you also come to them for advice and moral support. Well, since you do not need any now, we just step out and wait until you want us back. Papepun, dah kuar statement dah dari ko dah. Walaupun ko kata "seribu juta kali tak kisah" but I seriously doubt it.

 Semoga berjaya cari kawan yang lebih berhemah dari yang sedia ada. Buleh je cari. Berlambak kat Malaysia. . Ko nak orang yang tak kondem ko, nak yang cakap elok ngan ko kan? Nak yang layan ko 247? Sorry, banyak lagi kijo len nak buat.







Notakaki: Baru nak belajar smatch orang kat blog. Aku belajar dari yang pakar..... Giyaaahhhhh~


21 Jul 2010

Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari



Menarik gak idea Encik Ben - berkongsi cerita tentang kenangan di bulan puasa. Oleh kerana aku ialah pengikut tegar blog beliau, mana boleh tak share. Kengkawan, this is my story...

Dalam banyak Ramadhan, Ramadhan tahun 2009 iaitu tahun lepas merupakan Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup aku. Ramadhan yang lain dari yang lain. Ramadhan yang penuh ujian.

Ujian bermula seja hari pertama puasa lagi. Aku yang masa tu hamil anak pertama punyalah berkobar-kobar mahu berpuasa dengan kondisi keadaan aku yang dah nak due date tu. Teringin nak rasa bagaimana berpuasa ketika hamil. Kebetulan, keluarga aku dari Kedah datang menziarah aku di Lumut dan Abah bawakan aku udang besar tapak tangan aku, penuh satu kotak aiskrim! Kata Abah, boleh la makan untuk berbuka nanti. Lagipun Abah aku bimbang aku terbersalin awal, tak sempat nak makan udang besar.

 Aku gelakkan Abah sebab kebimbangannya tu. Due date lambat lagi. 4 September. Sempat la puasa penuh 2 minggu tu. Aku gembira bangat, sebab hari pertama puasa disambut dengan keluarga. Sahur pulak Mak sediakan. Nasi panas-panas, bersama kari udang. Sedap baunya.... Berselera sungguh aku makan. Walaupun perut aku yang buncit tu terasa keras sikit, pinggang rasa macam nak patah dua, aku makan jugak dengan rakus.

 Lepas solat Subuh, aku baring. Sakit pulak pinggang. Aku wat derk je. Sampai jam 10am, aku masih kompius-konpius dengan kesakitan yang aku alami. Tu pun, takde rasa nak berbuka. Mak cakap muka aku merah padam. "Nak beranak ke?" dia tanya.

 Ntah... tak rasa pape pun. Rasa sakit je. TAkde pun air ketuban atau darah keluar. Aku duduk je menahan sakit sambil main facebook. Kendian, sesaja je aku chatting ngan satu akak ni, gitau simptom-simptom yang aku sedang alami ketika itu. Terus je aku kena marah! Dia suruh aku pi spital.


Aku still tak caya yang aku dah nak bersalin. Tapi, suami bawak je aku gi hospital. Sesampainya kat sana, misi tu tanya aku puasa ke tak. Dengan bangganya aku cakap aku puasa. Dan dengan segala hormatnya aku dipersilakan untuk berbuka.

"Satgi nak 'seluk', kompem batal dik," kata misi.

 Aku frust. Cita-cita aku nak puasa terkantoi di tengah jalan. Sekali, dah bukak 3 cm. Terus tak boley balik. HAaa.... Aku masih tak caye aku nak bersalin. Cepat la pulak.

Jam 5pm, aku dah kat bilik bersalin. Jam 6pm, dah ready nak meneran. Siap diberi pesanan penaja oleh MA.. "kak, teran dengan penuh semangat tau. Kitorang nak bukak posa. Belum pegi pasar ramadhan lagi nih..." katanya sambil sengih.

 Aku yang tak mampu nak cakap lagi cuma bagi respon ibu jari je, tandanya OK!

 Huh.... sungguh 'lazat' sekali penangan bersalin di bulan puasa. Dah le tak makan banyak sebelum tu. NAsib baik aku sempat bedal telur ayam kampung + madu sebelum ke bilik bersalin. Ada la sikit sumber tenaga.

 Alhamdulillah.... tepat jam 6.30pm, Auni Alwani pun lahir. Dan, dengan itu bermulalah kenangan ter'manis' dalam hidup aku.... berpantang di bulan Ramadhan. Yaa... best sbb buleh makan time orang lain takleh makan, tapi tak best sebab boring gila..... Yang pasti, aku dah jadi tukang rahsia kuih mak aku dah time tu.

 Dan, sekarang aku dengan gigihnya sedang mengqada puasa tu balik.


haaa...gambar kenang-kenangan ni.




Glitterfy.com - Twilight Glitter Graphics

Nak kurangkan kalori? Meh Meh...

Memandangkan aku sedang bertungkus-lumus mahu menguruskan badan, jadi sambil-sambil aku bergurau-senda secara online dengan Patenko dan Zimako, aku buat sedikit research berkenaan kalori. Adalah penting untuk kita mengenali apakah kalori itu dan bagaimana ia boleh menjadi PENTING dalam usaha mendapatkan berat badan ideal.

 Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Tenaga penting dalam kehidupan seharian dan sumber-sumber tenaga boleh didapati dalam semua jenis makanan berbentuk karbohidrat, protein dan lemak.

 Tok sah cakap pasal makanan yang mengandungi kalori. Semua makanan ada bilangan kalori tertentu. Kalau anda memilih untuk makan nasik beriyani ayam sepinggan, anda sudah mendapat lebih kurang 880 kalori. Tu belum masuk acar timun, atau begedil dan air sirap. Dalam satu hari kita memerlukan hanya 1600 kalori (ikut keperluan penulis yang tidak begitu aktif ni) sahaja. Belum lagi dinner. Kalau aku sibuk-sibuk ceritakan tentang jumlah kalori untuk setiap makanan, maka lepas ni semua orang tak nak makan. Takpun, lepas makan semua orang pakat dok pegang kalkulator, busy counting how much calories taken after the meal.

 Jadi, aku just nak tulis benda yang positif dan tak menakutkan aje. Macam mana nak hilangkan kalori dengan mudah? Yeah... semua orang tau kalau nak hilangkan kalori cepat , kena rajin-rajinkan diri bergerak ke sana ke mari. Berlari adalah penghilang kalori terbanyak. Lari sampai semput boleh menghilang paling sikit 700 kalori. Atau kalu tak suka lari, belilah skipping rope. Lompat-lompat. Bagi yang nak menurunkan berat badan, pembakaran kalori mestilah lebih daripada pengambilan.

 Ada tak cara lain nak hilangkan kalori?

Semestinya ada... Tak semestinya kena bersenam je baru hilang kalori. Kalori boleh dihilangkan tanpa sedar bila kita mengemas rumah, menyental lantai, mengutip bebarang mainan anak yang bersepah, memasak... dan suprisingly sleeping also burns calories. Membaca pun buleh jugak.

 Tidur dalam keadaan lapar. Biasanya kita makan malam seawal yang boleh, dan bila menjelang malam kita dah lapar. Daripada anda makan makan berat di malam hari, ataupun makan jajan sebelum tidur kononnya nak lapik perut, lebih baik biarkan je perut tu kosong. Bagi rehat. Sebab masa tidur, sistem penghadaman kita kurang bekerja, tapi masih menjalankan proses pembakaran kalori. Bila makanan tak ada untuk diproses, kalori daripada lemak-lemak lak akan diproses. Jadi, bila bangun esok, lemak pasti akan berkurangan sedikit.

 Minum banyak air pada siang hari. Ia membantu membakar kalori lebih cepat.

 Gedik-gedik Tuzki Bunny EmoticonSapa yang ada tabiat gedik-gedikkan kaki, bergendang kat meja ataupun kunyah singgam (gula-gula getah) , BOLEH JUGA MENGHILANGKAN KALORI. Gedik-gedik ye adik-adik. Bukan GEDIK. Gedik tu takleh hilang kalori. Menda lain yg hilang kang~


 GELAK. Boleh hilang kalori jugak. FYI, tengok cerita komedi boleh hilangkan kalori 20% lebih banyak daripada tengok drama sedih-sedih *tak sure kalau tengok horror movie mendapat kesan yang sama atau tak. Zimako kata dia dah kurus sebab sebulan ni asyik gelak je.
MySpace

 Makan makanan pedas. Makanan pedas boleh membakar kalori lebih cepat dari makanan tak pedas 

 Tambahkan protein dalam makanan. Protein membina otot. Lebih banyak otot terbina, lebih banyak pembakaran kalori berlaku.

















Tuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny Emoticon semua gerakan berikut boleh menghilangkan kalori.

19 Jul 2010

Makbed vs Oni-chan : 1st Attempt

Oleh kerana aku dah semakin bingung dengan kegemaran Auni yang suka kutip barang atas lantai dan kemudiannya memasukkan ke dalam mulut beliau, aku pun bertanyakan kepada seorang rakan yang berpengalaman serupa. Bukan apa, aku rasa macam dah kronik kot sampaikan stokin ayah dia pun dia mamah selamba je. Bukan itu saja ye murid-murid, tikar lap kaki pun dia cuba nak rasa sedap ke tak. Aku rasa aku dah bagi makan secukupnya dah.

 Ada yang suruh bagi dia makan cili api. Sebab budak kecik ni biasanya cepat serik. Kemudian, ada yang mengusulkan idea yang lebih ringan. Antaranya: bagi je kulit kayu manis, cengkih atau pun letak je cili sos atas tangan dia, bagi dia jamah sendiri. Hmm... it makes sense jugak.

 Dengan semangat aku yang berkobar-kobar , mahu menghentikan tabiat Auni tang ntah hape-hape tu, maka aku pun bawak kereta laju-laju supaya segera sampai ke rumah.Tuzki Bunny Emoticon
My first attempt:: Kulit Kayu Manis

 Aku letakkan sebatang kulit kayu manis atas tikar kat hall, buat-buat macam tertinggal la kan. Nampak-nampak je ada sesuatu dia atas lantai, berdesup Auni mendapatkan 'menda' tu. Terus letak dalam mulut beliau.

 Kali pertama, dia buat muka tak sedap. Berkerut-kerut kening dia. Aku pun daalam hati rasa "haaa.... best tak kulit kayu manis tu? padan muko kamu...." sambil tersenyum bangga.Tuzki Bunny Emoticon

 Rupa-rupanya sangkaan aku salah.

 Auni buleh pulak suka nyonyot kulit kayu manis tu. Slamber je dia buat menda tu cam curut. Siap tayang kat aku lagi. Mak aihhh~ Sedap ke Auni?Tuzki Bunny Emoticon
 Camne la....

 Nampaknya ibu tewas 0-1. Auni menang.

 Pastu, aku try dengan cengkih lak. Cubaan kedua.

 Sama jugak. Auni gigit-gigit, buat muka herot... tapi kendian dia tersenyum gembira sambil mengunyah cengkih terbabit. Atoyaaaiiiii...~

Auni menang lagi.... 2-0.
Tuzki Bunny Emoticon

Inche Kitchi dah gelak-gelak dah.

Takpe..takpe... Nanti Ibu pikirkan cara lain lak. Sesapa .... ada idea tak? Tolonnnn......



Glitterfy.com - Twilight Glitter Graphics

18 Jul 2010

First Steps, Finally

MySpace



Auni made her first steps today!!


Pada hari ini beliau berusia 10 bulan 3 minggu 5 hari

 ~TAHNIAH~
Tuzki Bunny Emoticon


Blogger Templates
Blogger Templates

Sabtuday Datang Lagi

Hi peeps,

 Those who always come and leave their 'finger prints' in my bloggy, thank you so much. So good to know that somebody actually read my endless nags. Mesti ada orang yang keliru ngan identiti blog aku ni. Sekejap cakap omputih, sekejap cakap bahasa melayu. HAHAH... Don't give a damn at all. It's my originality and honesty in here that counts. Kan?MySpace

 Inche Kithci pernah berkata kepada Auni pada suatu hari ketika itu Auni sangat nakal dan tidak jemu-jemu mengganggu Ibu menonton telibisyen - "Auni, jangan kacau Ibu. Kalau Ibu marah, dia speaking. Kang kamu tak paham..."

 Aku terus sengih. Tak pasti la tu perli ke hape, tapi memang sejak azali lagi aku kalau rasa cam nak memaki hamun atau menghamburkan kata-kata sinis, aku lebih suka memilih untuk bercakap bahasa yang lain dari bahasa melayu. Dah aku cuma reti English je, so aku carutkan jelah dalam bahasa tu. Sebab pertama - kalau cakap bahasa selain dari melayu ni , takde kedengaran kurang ajar sangat. Sebab kedua - Kalau cakap omputih, tak ramai yang paham pun sebab Makbed bukannya pandai cakap omputihMySpace

 I did some enhancement here. Jeles tengok blog orang lain yang ceria. Jeles ke arah kebaikan tak pe , ye dak? Thanks to Budak Nakal kerana blognya banyak membantu aku. Sapa-sapa yang baru nak belajar buat blog, atau nak buat few enhancement cam aku, boleh la gi blog beliau.Arahan-arahannya sangat simple dan mudah difahami. Dan kalau ada apa-apa problem, boleh terus tinggalkan pesanan ringkas kat ruangan komen beliau. Tapi, setakat sekarang, aku takde masalah lagi.

Sabtu yang tenang, likewise. No phone calls, no disturbances, no headache. I began my morning with 10 minutes warming-up and 15 minutes jogging around the house later then. I jogged alone at 6.15am,MySpace wearing the VOLTURI COVEN hoodie and a reminder dalam kepala otak aku that since my body has grown spectacularly big since my marriage (due to my post pregnancy weight as well), I really need to work extra hard to make myself FEEL better. Skang ni, betis asyik sakit je sebab berat kot. Ngeh ngeh ngeh....  Dah lama tak berpeluh la. Asyik kerja je.

 Nasib baik ada hoodie. Nasib baik gelap... Tak da orang... Me and the world. Sejuk, nyaman, tenang... Bau nya mmmmmm..... BAU PAGI-PAGI. Tau bau pagi camne tak? Sapa yang tak bangun pagi sure tatau. *ceh aku pun baru je kot bangun subuh-subuh masa hari minggu. dah kereks...

Dalam jam 10am, kami 3 beranak gi NANA Tanjung. Capati sardin, as usual. Then, aku ziarah Nasirmaju sekejap kendian gi Giant untuk beli pampers Auni.

Sedang cuba melepaskan diri. Tak reti dok diam-diam.


Ni bukan Ibu ajar. Taktau camana buleh pandai. Hmm...
Ayah Auni sedang berkira-kira mahu menghantar Ibu Auni ke spa. *rekaan semata-mata
Pastu balik tengahari masak pulak. Lepas masak, sure nak kena makan. Kalau tak makan, sapa pulak nak makan? Hmm.. camne nak diet tak yah makan nasik ni? Nampaknya kena diet masa weekdays je la. Tapi, tetiap hari Rabu ada puding jagung. Aiyakkk!!!~

 Salah satu cara senang nak maintain berat badan, jangan makan benda manis. Bukan buleh maintain je, boleh kurangkan berat kalau orang tu memang tengah berniat nak kuruskan badan. Hah, padan le dengan harga gula yang telah meningkat naik dengan jayanya sekarang ni. Kebanyakkan orang yang aku kenal, bising-bisingMySpace sebab gula naik. Tapi, aku lak rasa macam biasa ja. Sebab? Aku bukan buat kuih pun kat rumah. *Tak pandai pun. Aku boleh buat cekodok aje pun. Tak de lah pakai banyak gula. Plus, Inche Kitchi pun tak begitu pemakan sangat *tak macam bini dia yang pantang nampak. Kuih raya? Hmmm... tak reti buat juga.MySpace Bila nak pandai ni? Tunggu dah beli oven nanti la. Untuk tahun ni, samada aku rembat kuih raya Mak atau pun beli kat kedai aje.

Kalau minum pun, jarang. Maksud aku, jarang bancuh air kat umah. Bancuh seminggu sekali je pun. Air teh 'o' ke neskepe 'o' ke... Tapi, ada la aku simpan stok guka sebab sekali beli kena beli 2 kilo punya peket. 2 kilo tu sama dengan sebulan setengah kot baru habih. NGaaaa....~

Pasni, Gula pun leh jadi makanan eksotik, setanding rempah-rempah yang diimport dari tanah Arab. Sama mahal macam vanilla. Atau, sama mahal macam ROKOK.

Sebelum aku tido, aku nak ucapkan "Selamat Tak Makan Gula" kepada semua rakyah Malaysia.
 Blogger Templates
Blogger Templates

17 Jul 2010

Upacara gegelak sampai balik

It was Friday. Jumaat yang tenang. Some of us can't wait for the next day , Saturday. Ada yang nak gi dating, ada yang dah plan macam-macam. Hang-out ngan kengkawan, ada yang nak terjun swimming pool, ada yang nak buat movie marathon, ada yang taknak gi memana, dok umah -nganga.
 
For 3 of us (Zima, Paten and myself), yesterday went  SO WELL right after we discovered about GTalk conference a day before. HAHA..MAcam org gila aku pastu melayan diorg. Ruang lobi tempat aku kerja tu sunyi sepi je. Sesekali orang keluar masuk. Nothing entertaining. No one wished to be left alone , or to work there alone, but ME!Aku rasa depa pun heran apsal la aku boleh duduk kat meja aku dengan tenang , riang sentiasa tersenyum sepanjang masa.

 Sapa kata kijo receptionist tak best?

 It is the greatest job ever - if you know how to occupy yourself. Kan Zima kannn.....

 This is what happened yesterday evening...

Klik gambar untuk pembesaran

Klik Klik



Blogger Templates
Blogger Templates

16 Jul 2010

Rumah Semak Woooo...!


Depa 2 orang ni kalu tido musti sama pose. *moshkel!

Camnilah kalau dah jadi ibu kepada baby yang berusia 10 bulan lebih. Auni ngan Ayah Auni dah selamat 'belayar' tapi Ibu Auni takleh tido lagi. Aku tengok je dua-dua beranak ni tido. Alalalala... Tadi kemain agresif lagi tapi skang dah jadi innocent lak.

 Rumah aku nak macam Petaling Street dah ni. Baju sangkut-sangkut je atas sofa, thanks to Ayah Auni yang sangat 'rajin'. Hmm.. Tadi pi shopping barang dapur, plastik just longgok kat tepi dapur je. Tak kemas pun lagi. Aduhai... Aku baru nak ngemas rumah, mai la pulak sorang lagi - si kenit mula mencapai itu dan ini, punggah suma barang yang aku kemas. Skang dah makin mengada-ngada si Auni ni. Kalau dia rasa nak nangih, dia bantai nangih slamber je macam kena rotan padahal takde pape pun yang berlaku kat dia. Dia ni mmg pandai berlakon! Nanti ada audition , Ibu heret ko gi sana OK? Ibu kata nangih, ko nangih.PAHAM?

 Harap-harap Jumaat petang esok aku buleh la ngemas apa yang patut. Harap-harap Inche Kitchi aka Ayah Auni pun boleh bekerjasama. Dapat mop lantai pun dah ok dah *sebab Makbed malas mop.Pepagi subuh , aku bangun sahur boleh basuh baju sekali. Sebelum gi kijo dah bleh sidai.

 Ruang tamu jangan cakap ape dah. Jangan le ada orang nak datang minggu ni. Dah semak! Auni lak skang dah ada talent baru. Dah boleh panjat dan turun kerusi. So, she'll try to do anything ( I mean anything) to grab things. Dulu, aku boh kasut dalam umah, dia dah makan kasut. Skang, kasut dah taruk luar. Dah tu, main kotak kasut pulak. Habih dia longgok-longgok kotak kasut aku atas lantai. Adehh.... Ibu letih daaa.

Nak lipat baju, iron baju... Kemas rumah (dah le banyak ruang nak kemas), masak ... semua tu kena buat sambil entertain Auni. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... Sapa nk tolong kemas rumah saya?

"SAYEEE!!!" kata Auni.


Blogger Templates
Blogger Templates

14 Jul 2010

SUP SUHUN & FUCUK (bace betui2.)

Mode : Bersedia untuk mentekedarah.

 Susah juga aku nak puasa especially bila aku ni jenis orang yang mencari kopi di pagi hari. Pepagi tadi punya la aku ni ngantuk rasa nak tido berirama je kat situ. Tapi, aku bernasib baik kerana mulai hari ini aku tidak perlu drive ke pejabat. Save cost! Perjalanan 60 kilometer pergibalik tu telah diselamatkan oleh Pak Hamid. Yehh... ! Maka bulehlah aku  tido di dalam kereta sebaik sahaja naik kereta beliau.

 Best dapat gi kerja berjemaah atau lebih dikenali sebagai 'car pool'. Kat KL kan ada kempen berkongsi kereta. Kat LPP pun ada jugak. Aku tinggal kereta kat opis lama aku (nasirmaju) then Pak Hamid jemput. Sudah tentulah banyak kebaikan bila boleh tumpang kereta orang ni. salah satunya, jimat minyak sebab leh share. Keduanya, aku takyah menapak masuk ke dalam lagi since kereta aku tak layak mendapat sticker. *Demm.

 Buleh pakai kasut tinggi balik!!!

 Hari Makbed bermula dengan ceria tatkala aku ternampak nama Patenko terjojol kat 'saluran khas' chatting yang aku khaskan untuk beliau. Takdelah aku bosan sepanjang hari. Kalau dia takde, memang aku dah meleleh air liur dah atas meja reception nih. Tu la dia kawan aku sorang yang maintain ceria , cool dan maveles. Aku dah selalu citer pasal dia. Kan citer lelebih kata aku lesbo lak. Bukan buleh... Ado orang jeles kott?? Dia ialah kawan yang jauh,tapi terasa cam dekat je. Hari-hari buleh gelak-jarak-jauh.

 Dan yang penting, hari ni hari yang menggembirakan untuk dia. Aku belum boleh tulis kat sini lagi. Tunggu tuan punya badan confirmkan dulu. Papepun, Makbed dah hepi . Restuku bersamamu. Cewahhss..

Petang ni aku nak masak untuk berbuka. Boleh simpan sampai sahur esok. Dah ada resepi dah dalam kepala. Thanks to Adira Cinderella yang sibuk2 tanya nak masak apa masa lunch hari n. Ada orang suggest kepada beliau masak sup suhun dan fucuk. Hmm... mudah je. Tapi Adira taktau camne nak masak. Iskk... senang je chek.... Mai sini Makbed tunjukkan cecaranya.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  •  satu bungkus suhun dan fucuk.( kalau nak boh 2 pun buleh. tapi aku wat ni untuk 2 orang makan. so sila rujuk perut masing-masing. timasih....) Rendam dalam air panas sampai lembik.
  •  1 ulas bawang merah yang besar gabak tu. (aku suka pakai bawang ni senang nak kupas..) 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1 biji cili merah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (aku suka blackpepper.kalau tak suka takyah boh)
  • garam secukup rasa
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya (ko nak wat sup kan?)
Cara-cara nak masak pulak senang je. Tumis bawang merah,bawang putih dan cili merah yang telah dihiris. Kendian, masukkan air secukupnya. Agak2 nak buat kuah la ye. Selepas tu, masukkan ubi kentang. Rebus sampai lembut. Then masukkan kiub pati ayam, lada hitam dan garam. Last sekali baru masukkan suhun dan fucuk. KAcau-kacau bagi sebati. Dah mendidih, tutup api.

 Sedap dimakan dengan nasik panas. Goreng ikan masin *ada ikan bulu ayam kat umah!. Sedap...

 Orang bujang dan anak dara baru belajar masak / pemalas nak masak pun buleh cuba. Senang giler....

Nak tengok gambo sila klik sini : Sup Suhun   (pic courtesy of Cik Nannie) *malas nak upload







Blogger Templates
Blogger Templates

13 Jul 2010

Telinga aku kena harasmen!

Huu...

 Apa perasaan korang kalau rakan sekerja korang yang umurnya baya bapak korang je membahasakan dirinya 'abang' dengan anda ketika berkomunikasi?

 Dan apakah perasaan anda semua jika orang yang membahasakan dirinya 'abang' tersebut mempunyai anak yang hampir sama umur dengan anda, dan bekerja di syarikat yang sama dengan anda dan anak orang tu pulak panggil anda 'kakak'?

 Ohh.. tidak.Tidak. Aku tak rela. Tapi, aku masih berada dalam dillema. Camanalah aku nak gitau beliau yang layak dipanggil 'pakcik' tu supaya sedar yang aku sangat tak selesa bila dia bahasakan diri dia sedemikian.

camni ke ko nak panggil 'abang'?
 Gelimat! (pinjam ayat Fatin)

 Susah betui kalu nak bercakap dengan dia. Walaupun aku dah habih berbudi bahasa ngan dia, aku panggil dia 'ENCIK' lagi tau. Tapi dia masih sangat suka membahasakan dirinya 'abang'.

 Macam tadi. Dia datang kat aku pesan:

"Liza, kalau diorang nanti sudah habis meeting, call abang ye. kalau tak dapat call extension, call henpon abang pun buleh."

 Ada beza tak kalau dia cakap macam ni:

 "Liza, kalau diorang nanti sudah habis meeting, call saya ye. kalau tak dapat call extension, call henpon saya pun boleh."

 Dapat rasa perbezaan nya? Ade kan? Kan?

 Tu baru sikit tu. Belum lagi dia duduk melente kat tempat aku lagi. Kejab-kejab tanya aku asal mana. Mak orang mana. Ayah orang mana. Laki aku sapa. Penting sangat ke semua soalan tu untuk dia? Apekah dia mahu meminang aku jadi menantu dia? Oppss.... Blekros dah kawin. HAHAHAA. Atau, adakah dia mahu meminang ku untuk dirinya sendiri? Ohh.. NO NO NO.... I don't like. I want Jasper Hale only ok. Saya mo Jacob tapi Jacob sangat muda lagi. Saya tak mau kanak-kanak riang~ 

 Hmm... Blekros nak namakan beliau ini Mr. Safety. HAha.. ada la kena mengena ngan kijo dia tu. By the way, to Mr. Safety, anda sangat menggelikan. Bukan rupa anda menggelikan, tapi cara anda bercakap dengan saya akan menggelikan. Sila jangan datang tempat saya selalu walaupun sekadar nak pinjam kelip kertas. Takpe, amik le kelip kertas tu terus. Aku ada banyak lagi. Just, STAY AWAY FROM MY DESK!!!

muka ketat blekros ketika kejadian





notakaki: blekros memang selalu kena harasmen.
Blogger Templates
Blogger Templates

Bila Anak dirasuk Iblis....

Bayangkan . . .

Sewaktu kecil dia ditatang bagaikan minyak yang penuh. Lahirnya di dunia disambut rdengan penuh syukur. Siap ada kenduri kendara, tahlil hinggakan majlis khatan untuk dia pun dibuat. Anak lelaki la katakan. Penyambung warisan keluarga. Masa masuk jawi (orang kampung aku panggil masuk jawi, tapi maknanya ialah BERKHATAN), ibu atau ayah jaga elok-elok. Takut bentan. Tunggu si anak ni siang malam, sesekali ibu selak kain pelekat yang digantung tu, risau. Sesekali ayah tanya " sakit tak?"

 Ibu sediakan tempurung kelapa untuk dibawa mandi. Tujuan tempurung tu ialah untuk tutup "si burung punai". Elakkannya dari terkena air, nanti luka lambat baik. Sesekali si anak merintih "aduh mak, pedih nye... Bila nak baik ni?" Kesian anak. Jalan terkengkang-kengkang.

 Ibu dan Ayah pujuk. Ibu kata ," Nak jadi anak jantan, kenalah masuk jawi. Baru boleh jadi dewasa, macam Ayah."

Si anak angguk-angguk. Ntah paham ke tidak.

 Bila dah besar, umur masuk 16 tahun. Tubuh dah besar dari si ibu. Tenaga dah banyak. Dah mula bermimpi basah. Baru beberapa jilid mimpi basah je pun, dah naik antu. Nak berlagak macam terer. Itulah dia anak-anak muda zaman sekarang. Makin banyak kempen bertemakan kasih sayang, makin banyak lak kes rogol. Pelik ke tak pelik? Apa agak-agaknya budak-budak zaman sekarang ni diberi makan? Apakah makanan mereka tak sama macam aku? Ceh.. aku ni bukannya baik sangat, tapi ...... Kalu korang lah kan....

 Tergamak tak korang nak londeh seluar depan mak korang, rogol awek korang dalam rumah mak korang dan masa korang dok merogol orang tu dengan jayanya, mak korang dok melalak-lalak panggil korang, ketuk-ketuk pintu dan KORANG BOLEH DENGAR SUARA MAK KORANG merayu-rayu suruh berenti, tapi korang tak berenti?

 Nak tau lebih lanjut, sila klik GERAM


Bukan sekali ye korang-korang suma.... tetapi 4 kali.Tahniah kepada budak tersebut kerana beliau berjaya membuktikan kat ibu dia yang "burung punai" beliau sangatlah power sehingga buleh menyebabkan anak orang pregnant.

 Yang mak dia pun satu, dah nampak depan mata anak dia merogol orang, ngape la tak buat repot? Budak pompuan tu pun sama mangkuk jugak. AWAT YANG tAK BUAT REPOT PoLIS??? Boleh caya ke budak 16 tahun punya janji nak kahwin ? Nak bagi ko makan apa?

I bet if the mother has special power , like Alice .. the premonition thingy... hurmm... MAybe dia soh tok kadi tu potong suma kot? 
Secara personal, penulis berasa sangat sedih dengan generasi muda la ni. Huih... depa ni baya-baya adik aku je. Susah sangat ke nak behave? Kenapa jadi camni? Takkan nak salah parents saje. Takkan nak salahkan pendidikan di sekolah? Aku rasa kat sekolah tu macam-macam pendidikan dah ada. Maybe sebab terlampau banyak sangat kot pendidikan, bebudak jadi stress pastu buat menda tak ketahuan camni.



p/s : ingatkah di masa kita kecil, balik sekulah je terus bersiap sedia tengok citer gaban. bebudak skang ada?





Blogger TemplatesBlogger Templates
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram