Followers

5 May 2010

CECARA NAK TAHU ANDA NI ELERGIK UBAT

Tahukah anda yg setiap org ada alahan terhadap sesuatu? Ada yg tak buley makan seafood, ada yg takleh makan ayam, ada yg pantang mkn daging dan ada yg alah pada sesetengah ubat.

Jenis darah takda kena mengena dengan jenis alahan seseorang. Punca alahan ni adalah disebabkan oleh sistem daya tahan badan kita yg bertindak balas secara berlebihan terhadap ubat atau apa2 je yg kita makan.

Yg aku nk citer ni ialah alahan terhadap ubat. Sebab kesan alahan ubat ni tak sama dengan alahan terhadap sotong atau udang. KAlau alah ubat ni kesan dia lagi teruk sbb ia boleh menyerang sistem penting ldm tubuh badan seseorang.

Sbg manusia yg dah dewasa, kena kaji sendiri jenis ubat apakah yg kita ambil, yang boleh mencetuskan alahan. Tau tak apa tanda2 simple yg boleh kita kesan sendiri di rumah bila ada alahan?

Biasanya, alahan ubat dapat dikesan selepas beberapa jam, most frequently happened to me, selepas 3 jam amik ubat. Dan ianya selepas pengambilan dos pertama. Kalau dh dos pertama boleh mencetuskan alahan, toksah le amik dos yg seterusnye.

Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:
Painkillers ( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.
  • Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
  • Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)


Aku pun alah. Dalam banyak2 ubat, aku mmg takleh makan VOLTAREN. Volataren dan suku-sakatnya adalah diharamkan untuk memasuki sistem badan aku. So, tak kiralah kalau nama Voltaren tu bertukar jadi LESFLAM 50 ke, DICLOFONAC +++ ke, ataupun PONSTAN, aku mmg takleh amik. JAdi, kalau anda alergic pada ubat dalam kategori PAIN KILLER, pastikan PAIN KILLER jenis apa kah itu, dan kenal pasti juga ubat-ubat pain killer yg sama jenis dgn dia. Sama jugak, kalau anda alergic ubat demam, ubat demam jenis apa yg anda takleh makan. NAMA UBAT adalah penting untuk kita tulis dalam buku atau kad dan simpan dalam purse. Kalau anda alergic satu jenis ubat je, mcm aku VOLTAREN, bila doc tanya "ada pape ubat yg kamu takleh makan?" maka aku akan gtau VOLTAREN adalah ubatnya. JAdi, Doc tu tak akan bagi VOLTAREN dan semua jenis ubat atau mana2 ubat yg menyamai kandungan VOLATAREN tu.

Habih tu kalau aku alergic VOLTAREN atau pain killer, maknanya takleh makan ubat tahn sakit lansung la?

Tak juge. Ekceli, nak tau kita alah ke tak ni lebih kepada TRY n ERROR. Sbb tu penting kita tahu tanda2 elergic ni so that bilatimbul tanda tu cecepat la pi spital. Nanti akan aku terangkan tanda2 nya. Berbalik kepada pain killer apa yg buleh aku amik bila takleh makan Voltaren atau PONSTAN, aku boleh amik PANADOL je sbgai ubat tah sakit. Sebab dosnya lebih rendah, sesuai dgn sistem tubuh aku. Atau, aku boleh cuba amik pain killer yg lebih bagus dan lebih mahal. Maybe morfin kot. Tapi, aku masih belum try lagi ubat yg mahal2 ni sbb belum ada keperluan. Tapi, kalau EPIDURAL tu, boleh (kata doc) walaupun aku belum penah amik epidural lagi stakat la ni.

Tanda2 elergi yg aku akan dapat sebaik saja amik ubat ialah

  • mata aku tetiba je bengkak dan berair, merah.
  • muka aku jadi macam HULK. Kalau tetiba korang tgk cermin dan muka korang hodoh dari biasa tu, silalah ke hospital. MACIH!
  • Sesak nafas, mula batuk da selsema dan akhirnya boleh kena athma kalau aku lambat bertindak.
  • Badan gatal2.
  • Jantung berdebar2 macam baru lepas lari 100 meter.
  • BEngkak dan rasa panas pada mata, bibir, tekak, sendi tangan atau kaki (penah tgh citer HITCH tak?)
Kesan2 alahn ubat sama je untuk semua org. Ini kesan yg simple. Terus ke hospital bila gejala ni timbul. Sbb tu le smlm aku drive sniri gi KECEMASAN tanpa suami dan Auni sbb aku maish lagi larat. KAlau lambat, ambulans kena angkut kot. Kalau lewat dirawat, alahan ni boleh effect nodus limfa dan buah pinggang.. Beringat sebelum kena.

Elakkan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. KAlau sesuai dgn ubat tu, stick dgn ubat tu saja. Catatkan ubat mana yg ok dan ubat mana yg tak ok dlm buku. KAlau brani try and error , silalah buat. Huhuhu... I tak jamin k. Saya mmg bukan jenis yg makan ubat. Gi hospital sbb nak pi amik mc je. Antibiotik pun sy tak makan sebenarnya sbb tu pun boleh jadi punca alergic. Sy cuma amik ubat batuk, ubat selsema dan pil ventolin. Itu je 3 jenis ubat yg saya tak elergic. Lain, ohh.. maybe vitamin2 seperti vitamin c tu dan juga makjun kacip fatimah dan manjakani yg diproses jadi bulat2 mcm taik kambing dan dibubuh dalam botol. Itu je................

Salam Sihat selalu dari Makbed!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram