Followers

11 Mar 2010

SMS YG dot dot dot

Hari ni berlalu agak tenang dari sebelumnya. Order beso banyak yg dah habis. Pepagi tadi aku kena hantar order yg siap lewat ke customer. Nasib baik dalam base je. Sesampai je kat kastemer tu, aku dah kena bebel. NAsib baik le dia tak marahkan aku. Dia marahkan AKAK yg mengelak taknak angkat telepon. PAstuh, dia komplen2 panjang, then dia mintak nombor tepon owner company aku - BIG BOSS la kan. HEHHE... aku bagi jeee....~

Ada satu lagi kastemer yg mmg bukan aku punya. Panggi je dia F. Dia ni mmg sgt suka wat order last minute dan bila dia order tu banyak2 dan nak cepat siap. Bulan ni saja dia send 5 order dan kitorang sampai boleh kena batu karang la sbb takleh nak break kencing kejap gegara nak siapkan order dia nih. Hobi kastemer ni ialah call AKAK tak berenti2 sbb dia nak tanya update pasai order dia tu.

Aku plak, mmg malas nk layan. Kalau tgk rekod payment, mmg ikutkan jiwa aku , dia ni tak layak lansung diberi layanan first class. Hutang ngan kami lebih 3k dah. Dan suma order yg dia buat tak pernah didahulukan dgn deposit. Tapi, aku tak paham apsal la AKAK sgt suka ngamik order dia.

Takpelah kalau AKAK suka menyusahkan diri sniri. AKu paham, kita nak buat sale , nak bagi banyak duit. Tapi, kastemer macam ni lah yg merugikan kita. Dia sanggup potong turn org lain yg wat order awal, kononnya dia ni kastemer yg setia - padahal satu sen pun tak bagi utk deposit. Apa dia ingat kitorang nak beli kain utk jalankan order dia tu dengan bulu ketiak ke? Nak kate tak sekolah tinggi, tak silap aku dia ni ado PHD , lecturer kat mane ntah.

Kerana 'hobi' dia yg sgt suka call tak brenti tu, AKAK (seperti biasa) mmg takmau jawab call dia. Lebih 'memilukan' telinga bila dia pulak suruh aku explain kat si F ni ttg status order. KAlau sekali tu cal aku dh explain 'tak siap lagi' , dia tetap akan call lagi tanya status. PAdahal, dia punya order tu kalau kira estimation time nye, mau 1 bulan setengah kot complete. Ye la... mesin sulam kitorang bukannya yg hebat... company baru nak naik, mesin pun tak seberapa mana. Jadi, timbang rasalah. Pekerja pun tak cukup. AKAK dah tanya , order ni urgent ke? Kalau 139 helai, nak asingkan ikut fakulti, ada pulak sulam nama individu ikut fakulti , fakulti je ada 10 kot tak silap aku dgn logo lagi... mmg amik masa nak siapkan. Dah explain dha suma tu. Bila dh explain gitu, dia pulak kata "ooo... x urgent pun kak..."

Dah di bagitahu, kalau nak cepat, kami takleh wat order ni. Sila bagi kat kedai lain. Takkk... nak bagi juga, Boleh, dengan satu syarat. Kalau ada order lain yg lebih urgent, maka order dia kami tolak tepi dulu. OK, dia stuju.

Skang ni kami tgh busy ngan order2 baju sukan skolah. Dah pun kami gitau yg kami tak dpt nak jalankan order nya buat sementara. Tetiba je, dia kata dia nk order dia hari Sabtu nih. Pastu, jam 8am dia kol henpon aku bertalu-talu tanya order. Time tu aku dok dukung Auni pegi umah pengasuh. PAstu call lagi , time aku tgh layan customer. Call lagi dan lagi dan lagi. Lepas call aku, call AKAK lak. AKAK mmg wat dono je. (TU YG AKU LAGI HANGIN TU).

Ptg tu AKAK mengadu kat aku yg dia pun dah naik rimas dah. Serik dah nak amik order dia lepas ni. Dah le tak bayar pape, pastu nak dilayan mcm VIP lak. Takleh le nak wat untung atas angin camtu. Buat order jeee, duit takyah bayar. Wah, manyak sinang lu!

Aku yg mmg sedia kreatif ni mmg banyak idea nak bagi kastemer ni jadi hangin, pastu terus tak wat order ngan kitoang dah. Kastemer cam ni bukan leh wat bisness ngan dia. Habis lari untung sbb nak kejan order dia je. Sekali lagi, kalau bayar duit on time tu, takpe gak. Ni belum habih pun utang, order lagi. Jadi.......perluke kastemer gini. Wat semak kepala je.

Sbb dia sgt tak bertimbang rasa, kira senang dia je, maka aku pun tak bertimbang rasa gak. Keluar la soklan ni dari mulut aku pada AKAK...

"Akak nak tak saya sms dia so lepas ni dia mmg takkan call kite banyak2 kali dah, dan maybe dia takkan wat order lansung dh ngan kita?

AKAK pun sengih2 sambil wat muka heran. Tapi dia bagi je aku sms.

Aku memang tak memain. AKU SMS JE!!! In fact, aku mmg tak rugi hape, sbb aku pun dah naik MUAK dengan apa yg jadi skang ni. Walau apa pun consequence nya nanti, aku dh dpt agak. Tetiba je perangai MAK BED keluar. Maka terhasil lah sms ni:



"En. XXXXXXX, sy ni tgh dok uruskan order jaket En. XXXXXXX. Utk oder awk je sy kena belek senarai nama yg awk bg tu berpuluh kali. Tu baru nk asing nama ikut fakulti. pastu nak taip plak lagi sklai nama2 tu according to respective faculty and size so that my staff yg wat sulam tu x salah sulam. Tu baru buat list. Belum lg nk wat punching nama sbyk 139 nama. pastu sulam sebanyak 139 nama lagi serba satu. 1 nama takes about 10 minutes to complete. cube campur tolak bahagi tgk jadi berapa lama. awk dok kol sy seploh kali sehari, caner la sy nak wat kijo. sy nk jaga kedai lagi. henpon AKAK pun sy monitor. sy sorang2 tau. oder lagi satu tu 20hb ni siap. jaket ni lambat lagi. tapi sy wat pelan2. ada paham ka.... HAIh!"


Aku terus send.......

Lepas send , henpon aku dan AKAK terus senyap. AKAK tetiba tanya, "Liza dh sms ke?"

Aku jawab, "DAH..."

Hehe.. aku send sms tu dulu baru aku tunjuk kat dia. TAkyah approval. Ko nak kastemer tu diam kan? HAa.. meh sini aku bagi dia diam. Aku mmg seorang pekerja yg berkaliber dlm menda2 gini.

Mmg sampai skang dia tak kol dah.

Esok? Tgk le camne. Takut AKAK tetiba jadi bengang sebab kastemer dia lari and dia nak sack aku... Hmm. Like I care.... (TApi, aku nampak AKAK cam suke je tadi baca sms tu. Siap gelak setan lagi kuar!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram