Followers

10 Jan 2010

Kubis Ibu Mertuaku Di goreng? Kobis Goreng Ibu Mertuaku? Ibu Mertuaku digoreng Kobis? Hahahaha... mana satu?

Bosan la pulak. Tetiba je aku ada idea nak tulis samting.

Korang penah tak kena sound ngan mak mertua pasal masak tak sedap? hahahaha.... This is my story.

Pada suatu hari, baru-baru ni la jugak mak mertua aku datang bersama ayah mertua. Mak mertua aku ni spesel sket... Bukan jenis lorat, bukan jenis cerewet, bukan jenis kepoh macam mak mertua yg kita tgk kat dalam drama melayu. Dia jenis orait-morait je, sama la mcm ayah mertua aku. Hari tu, aku masak kari ayam. Pastu aku nak goreng sayur... gitula plan nye.

Tapi, tengah2 dok melayan anak aku, skali aku tertido kat ruang tamu. Boleh la tag team ngan hubby ngan ayah mertua aku skali la ngan Auni. Mak mertua aku pun tido skali! Masa tu suma pakat kenyang lepas breakfast nasik lemak pagi2. Aku bajet jam 11am nak mula potong sayo, then buleh la masak.

Ma bangun awal. Bila aku bangun tak lama lepas dia bangun, dia dah siap masak nasik. Tinggal nak goreng sayo. Ma dah potong sayo kubis, dah potong bawang, cabai, segala apa ntah. Actually, aku jarang masak sayo sebab hubby tak makan. walaupun aku ni suka makan sayur, aku goreng sesuka hati aku la sbb aku yg nak makan sorang, ye dak.

Kesahnya, Ma pesan, kang goreng boh le sos tiram sket bagi ada rasa. Aku angguk je dengan taat. Biasanya aku goreng kering je. Nama pun stir-fry. Skali skala, aku tambah le kicap buat penambah rasa. HAha.. masa aku dok masak, aku dok berborak ngan Ma dan Ayah pun sama join. Aku tumis maca biasa bahan2 tumis sambil bersembang dgn diorg.

Lastnya, aku tak masukkan sos tiram seperti yg dimintak oleh mak mertua aku. Wakakakakka.... Camne? Sayo dah siap masak dah. Ikut version aku la kan. Kuang Kuang Kuang...

Ma tak tegur aku masa tu. Malam tu hubby tanya aku pasai sayo yg aku masak. Dia ckp, Ma kata sayo yg aku masak tak de kuah. Tapi, dia takde la mention pasai tak sedap ke masin ke hape... Cuma, aku merumuskan yg keseluruhannya sayo tu tak sedap le sbb tak menepati kehendak pelanggan.

Aku sengih je. Aku kate la aku terlupa nak buat camno yg Ma nak. Dalam hati aku gelak sorang2 sbb aku rasa kelakar.

Jadi, hari ni aku masak sayo kubis lagi. Saja nak test power skali lagi. Kebetulan ada kubis dalam peti ais.

Nama Resepi: KUBIS GORENG IBU MERTUA KU (atau Ibu Mertuaku digoreng Kubis!)

bahan:

1/4 kubis. (setengah pun boleh)
1 bijik bawang besar (potong 4)
2 ulas bawang putih (ketuk)
4 bijik cili api (potong kecil)
3 sudu sos tiram
udang putih secukupnya

cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng bahan tumis. Lepas tu, masukkan udang. Then, masukkan sos tiram. Tambah air bagi ada kuah sket. Last skali baru boh sayur.

ini resepi utk 2 org makan. Tak perlu garam sebab sos tiram sudah masin. Aku masak utk lunch,makan dengan gulai udang. Sedaaapppp sayo tu.

Alahai Ma... lenkali Ma datang saya masak sayo lagi skali keh. !~ Jangan serik tau. Hehe...

Untuk rakan-rakan baru kawin, sayangilah Mak Martua anda seperti mak sendiri, atau lebih lagi. Jgn sensetip sgt ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram