Followers

3 Dec 2010

TEKANAN YANG MENEKAN

AMARAN: Entry berbaur tekanan jiwa



Ketensenan melanda membuatkan aku amat teringin nak let it out!!!! 
Hep me! Hep me! Rasa mcm stuck dalam kotak kasut jek. Saya nak kotak besar sikit buley???



PENGASUH BELUM BALIK LAGI TAU. 
Hadoiyai. 
Dia amik cuti balik kampung dia di Labuan sebelum raya haji hari tu. 4 Nov. 
Ok, cube tengok kalender ye kawan-kawan. HAri ni brape haribulan? Aku bukannya nak kutuk beliau atau pun bebal ngan apa yg berlaku, cuma kot kalu aku luah kat sini, aku rasa lega sikit.
Kang cakap aku tak bersyukur lak. 


Kata cuti sampai 22 haribulan je. Then, sampai 22 haribulan, dia cakap tiket takde lagi.
Transit kat Lok Kawi. Standard la askar ni kan suma tunggu teket free. So, menda free memang la lagu ni gayanya. Apa ko ingat ko sorang je suka fre-free ni? Pakat la tunggu turn. Sapa naseb bek, dapat la balik cepat. Sementara nak dpt teket tu, diorang 3 beranak ni diberi bilik penginapan. 


Memula kata tunggu sampai 30 haribulan. 30 haribulan paling lewat katenye. 

Then, semalam sms aku lak. Kata teket sampai Jumaat ni takde. Jumaat ye..iaitu hari ni. Minggu depan tak sure lagi. 


 ZA ESK X ADA FLIGHT LA ABG DAH PENING DAH NI KAT TRANSIT NI DAH PENUH SESAK 1 BILIK 2 KELUARGA KONGSI
*sms tanpa sebarang tanda bacaan. Sila letak tanda bacaan mengikut kesukaan sniri.

pastu ada lagi sms nye...

 ABG MT ARI ISNIN KLU ADA DUIT AKAK DAH BELI TEKIT SENDIRI DAH AKAK RISAU PSL AUNI JE SKRG DAH LA MKN KAT LOK KAWI NI X CUKUP KLU LMBT JE  AMIK MAKANAN HABIS TERPKSA LA BELI
*lawak la ejaan tekit tu. Tiket sebenrnye.


 then aku pun balas , cakap Oni aku nak tinggalkan kat nursery je. Sebulan ni. Niatnya, aku nak test dulu sebulan Oni camne. Kalau ok, aku proceed. Kalau tak, sempat la sampai pengasuh ni balik sampai Lumut. Cube tgk ayat sms dia bebetul 'Kalau ada duit'... hahahahaha..  bijak sifir sungguh pengasuh aku ni. Semua msg di atas memberi aku kesiimpulan bahawa dia AKAN minta duit dari aku. Bukan tak penah dia wat camtuh. Tapi kali ni aku takkan mengalah. *chewah! Banyak le sangat duit aku nak bagi sponsor. Mau aku tak bagi gaji 4 bulan kang kat dia pasni.


Ohh.. dia balas lak.


 X PA LA KLU MCAM TU TP KALU AKAK DAH BLK HTR AUNI DGN AKAK BYR LA NUSRY  BERAPA ARI JAGA X BG AKAK BLN NI PUN TAK PE


 Wahh.. demand ko yek. Haa.. Tengok le camne sebulan ni. Banyak sangat songeh ko. 
Kalau ikut hati kejam dan tak berterima kasih atas budi baik dia menjaga Oni selama ni, aku memang nak hantar Oni terus gi nursery. Tapi, pikirkan selama hari ni pengasuh tu cuma jaga Oni seorang je. Dah le jaga macam anak sendiri lak tu. Hmm... kalau dia gila untuung, takkan le sanggup nak jaga Oni je. Musti dia amik anak orang lalin lagi ramai-ramai. Betul tak kengkawan?


 Aku tau dia sayang anak aku. Jadi, aku rasa aku patut bagi chance kat pengasuh ni. 
Lagipun, aku rasa Oni ni kecik lagi nak hantar gi nursery yang ramai budak tu. Risau kalau dia takleh sesuaikan diri. 


 TApikan, Oni ni pelik sikit. AKu expect menda lain, lain pulak yang jadi. 
Tadi, aku bawak dia sekali masa survey nursery kat Manjung. Haih, ok la pulak dia berborak-borak ngan bahasa dia ngan kengkawan sebaya dia kat situ. KONPIUS lak aku. 
Dengan anak Epi, Ameenah yang tembun, Oni siap tepuk-tepuk bontot lagi konon nak kasi tido la. 
Oni kalau ngan baby, wahhh... Kalah aku kot. PAndai je dia dodoikan baby, tepuk momtot pelan-pelan. Nampak sangat le sifat kekakakkan dia tu. 
Pasni blajo tuko pampes lak ekk Oni ekk.


Tadi Epi rekemenkan satu lagi pengasuh kat Teluk Muruh. musim cuti sekulah ni, budak tak ramai duduk nursery. So, bagus lah untuk Oni kot?
Esok aku nak gi umah akak tu nak tgk. Kalau ok, aku tinggal je kat situ. 







Wahh..

Lagi satu tensi.


 Bambam Bee dah kuar wad. Tapi, aku still takleh drive lagi. Kabel plug koyak pulok. 
HAIH!!! HAIAH!! WACHAA!!! 
Aku tetiba rasa cam lapar gila sampai buleh telan orang sebaik sahaja mendengar berita tersebut. 
Nih sampai bila nak suruh Gemok antar aku gi keje ni? 


 RASA NAK MAKAN SESUATU YANG SANGAT SEDAP, tapi takto apa dia. 
Disebabkan bambam bee takde, aku takleh nak drive gi tempat tu. HARI NI INCHE KITCHI duty pulok! HAAAHHHH.... nak marah nak marah ni. 
LAPAAAARRRkan sesuatu. 



Untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan di atas yang berlaku, aku cepat-cepat muhasabah diri.




 Aku bernaseb baik sebenarnya. 

  •  Tengah-tengah kecoh Oni tak de pengasuh, Faz Kinchi leh jaga Oni untuk Minggu Pertama. 
  • MInggu KEDUA dan KETIGA ketiadaan pengasuh, Oni diambil-alih hak penjagaannya oleh Mak aku. 
  • MINGGU KEEMPAT ketiadaan pengasuh, tetiba Gumox and the gang pulok datang atas sebab-sebab bisnes dan amat berbesar hati nak menjaga Oni sepanjang tempoh mereka di Lumut. LEGA!!!!
  • Ketika ketiadaan Bambam Bee, kehadiran Gumox amat membantu sebab Unser beliau digunakan untuk menghantar dan menjemput aku di tempat kerja. Driver? Gumox and Kering la.. 
  • Ketika aku serabut dengan kekalutan hidup sepanjang bulan ni, ada pulak Miza dan Hamsiah di rumah yang tolong aku masak siang dan malam selain menjaga Oni secara bergilir.
  • Ketika takde sapa nak bawak aku gi pasar utk beli barang dapo yang habih, Fiza pulak wujud kat situ untuk jadi runner beli barang dapo dengan menggunakan moto je.Hah.. dia kan minah rempit. Aku takleh nek moto kot. Ngeee...
  • Aku tak sakit pinggang sangat bila Oni merengek nak dokong sebab tukang dokong ada ramai. 7 orang semuanya termasuk laki aku. Leh rilek. 
  • Ketika aku resah nak cari nursery, ada gak kawan yang tolong aku temankan gi cari. Thanks Epi. 
  •  KEtika segala permasalahan ni terjadi, Inche Kitchi tetap cool dengan kawan-kawan aku yang datang ni. HAAH... Kalau takde izin beliau, camana lah bebudak ni nak bertapak kat umah aku sampai seminggu ye dak? Naseb bek laaa laki aku ngam ngan diorang ni. Walaupun terpaksa berkorban tak main game , sbb pc dia dikonker Fiza yang sibuk men game dan berkorban remote tv sebab kena beralah ngan Miza Miza ni suka citer melayu jek, laki aku tetap maintain slamber. Aku lak yang rimas tengok si Fiza men game sampai bergado dek berebut ngan Gumox ngan Kering.





makbed: apa kah menu yang paling best kat Secret Recipe, selain dari kek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram