Followers

15 Dec 2010

Perlu ke add pakwe lama dalam fesbuk?

Sedang gatal lubang telinga sampai ke tekak ketika menulis entry..


Aku jarang sangat check msg dalam inbox fesbuk. Sampai beratus-ratus yang belum check. Kalau msg dari Ben Ashaari, peniaga-peniaga yang memang aku berurusan dengannya dan kengkawan yang biasa ngan aku memang aku check le. Kalau yg tak kenal, malas nak buang kederat.


TAdi, baru perasan ada msg dari sesorang. Dia suruh aku add dia jadi kawan dalam fesbuk. Huahauhuahua.. Ekceli, ramai je orang nak add dlm friend list tu, tapi, kena tapis gak la. Maklumlah, artis kan. Tapi yang ni spesel sket. Ngape?


Sebab dia ialah X-man.


Siapa X-Man?


X-Man ialah lelaki yang telah dipangkah dalam menyertai apa-apa laman sosial yang ada kena mengena ngan Makbed. Kerana, dulu dia ialah ex-pakwe aku. Dulu dan dulu... Dulu. Dulu. Dulu. Sebut manyak kali macam nama rakyat Papua New Guinea lak. 


Soalan:
Perlu ke menjalinkan hubungan persahabatan dengan pakwe lama?

Kalau tanya Makbed, aku jawab TAK PERLU. Kalau setakat terserempak tengah jalan, tengah shopping ke tengah makan-makan ke, cukup lah dengan say hi. Tak delah aku benci. Takkan pulak aku nak lari lintang-pukang bila nampak pakwe lama. Tapi, nak tegur tu tidaklah. Kalau dia yang tegur, aku jawab. Nak cakap aku sombong ke, serombong ke, terpulang. TAk luka pun. HAHAHAHAAA..


Aku ada reason sendiri. Sesetengahnya menjawab takde salahnya berkawan dengan kekasih lama. Terpulang. Aku rasa selamat dengan cara gini. Kepala pun tak sakit.

Pertama, menjalinkan persahabatan dengan pakwe lama adalah tak perlu dan tidak pulak menjadi dosa sebab dia bukan mahram. Apatah lagi kalau si dia sudah berumahtangga dan kita sniri pun sudah ada keluarga. Jadi, atas urusan apakah aku nak bersahabat dengan dia. Atas dasar 'dulu, kita pernah couple'?

Melainkan pakwe lama aku ada buat bisnes tudung ke, bisnes apa-apa yang best-best, pastinya ada pekdah aku bersahabat ngan dia kan? Leh la mintak diskaun... NGEHEHEHEE...~


Kedua, bersahabat dengan pakwe lama berkemungkinan besar menimbulkan fitnah. Fitnah dari bermacam aspek. Lebih mudah terdedah kalau add dalam fesbuk. Susah nak explain. Tapi, aku dah tgk manyak dah jadi. Setan di mana-mana.


Ketiga, yang lama itu biarlah lepas. Personally, aku malu mengenangkan zaman jahiliyah tu, dating-dating ngam pakwe-pakwe lama yang sudahnya tak kemana. Pastu mengenangkannya pun cam menyakitkan hati je.
Wakpe nak buat sahabat kan?

Keempat, aku yang meninggalkan pakwe tersebut. Oh..pastinya bersebab. Aku tak perlu tunggu sampai hati aku ni koyak-rabak kerana lelaki. Tinggalkan. Cari yang lebih baik. Jadi, apakah perlunya aku add dia dalam fesbuk kan? Kalau dia ok ok aje, takpelah. Dia mungkin maafkan aku. Kalau dia nak balas dendam camne? HAAA.. tak ke dasyat tu? Ngeri..Ngeri..


Kelima, tak semua orang sporting. Kang kalau bini dia salah paham camne? Haaa.. Kan Kan.. Ntah-ntah yang cakap nak add tu bukan X-Man, tapi bini dia. Mana tau kot-kot bini dia tau password fesbuk laki dia ka. Haaa.. habehh.


Kesimpulan, tak perlu menjalinkan persahabatan dengan pakwe lama. Kalau dia bagus untuk, takkan lak dia jadi BEKAS KEKASIH kan? Percayalah, kesudahannya akan menyakitkan hati kita gak, si perempuan. Kerana kita memang lemah segala. Lelaki ni bukan bukan boleh percaya semua. Ada je bohong dan auta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram