Followers

21 Dec 2010

Mi Rebus Terhangat Di Pasaran







Saya sangat suka dengan angka tertera di atas. Kalau tak nampak, buleh klik gambar yang penuh kedamaian itu ye.


Hari ni teringin nak makan mi. Tetiba teringat mi hailam masakan mak. My mom is the best cook. Cara mak masak mi hailam memang tak sama macam orang lain masak. Kalau cari kat tenet pun, tak jumpa. Biasanya, mak akan guna cara yang paling simple, ingredient yang tak renyah dan susah nak cari. But, hasilnya sungguh lumayan menyelerakan.


Lalu, dengan adanya teknologi terkini, aku sms Mak minta resepi mi hailam beliau. MAk dah bagi dah dulu. Tahun lepas kot. Malangnya, masa tu aku nulih resepi tu atas kad raya sape ntah. Aku ngan peknen kan Oni masa tu. Dah lama pastu, ntah mana terbangnya kad raya tu. Maka ilangla resepi mi hailam mak.


Lama sgt tunggu Mak balas mesej anak dia yang gelojoh sbenonye aku pun telepon la Mak. Mak bebel... Dia kata dia dok tengah taip mesej bagi menjawab soalan aku tu. HAHA... Cuba la bersabar sikit wahai Makbed.

JAdi.. Mak pun cakap dalam telepon aje sementara aku salin dalam buku nota. Pengajian jarak jauh ni. Heee...


 Dah selesai bagi resepi mi hailam, mak tetiba datang idea nak bagi resepi lain pulak.


 "Mak baru belajaq resepi baru dari Tok. Mi rebus. Yang ni senang ja...Gerenti sedap."


 Tengok, Mak pun BARU blajaq masak dari Tok. HAHHAA.. Lawak lak dengo. Aku tak berapa gemar sangat ngan mi rebus ni. Mi bandung pun aku tak suka. Kalau gi kedai makan, jangan harap le nak order menu tu. Sebab, aku penah order mi camtu turned out ntah pape ntah rasanya.

Tapi sebab Mak kata GERENTI SEDAP, dan MUDAH, aku pun amik je ilmu yang diperturunkan kat aku. Lepas habih salin resepi, memang nampak mudah dan macam sedap je. Terus teringin nak makan mi rebus. Pe lagi... terus gi Giant la beli bebarangnya.


 Balik keja, aku terus masak. Ni aku share kat sini. Memang senang aje cara nak masaknya.


 Bahan-bahan:



  •  Mee kuning (sebungkus), celur dan toskan.
  •  *1 sudu besar udang kering
  •  *4 biji bawang merah 
  •  *10 batang cili kering


(blender yang bertanda * dan asingkan)


  • 2 biji ubi keledek
  • 3 batang carrot

(rebus kedua-duanya sampai empuk dan blender sampai hancur dengan air secukupnya)


  • 20 ekor udang ..nak lebih pun buleh. lagi sedap.



cara-cara...

Cili kering yang dah diblender dengan udang kering dan bawang tu ditumis daam minyak panas, sampai la naik minyak. Tutup api. Alihkan sambal tu masuk periuk, campur sekali dengan ubi keledek dan carrot yang direbus tadi. Kacau-kacau sampai sebati. Pastikan bahan blender tu semuanya hancur betui yek. Masa nak blend ubi ngan carrot tu, air lebih pun takpe. Itu untuk kuahnya. Ok, pastu, rebuslah campuran cili kering ngan ubi tadi. KAcau-kacau.. kendian, masukkan udang. Biarkan mendidih. Then, jangan lupa masukkan garan dam gula secukup rasa.


 Bahan hiasannya ialah:

  • Tauhu yang digoreng dan dihiris nipis.
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Telur rebus
  • Sawi yang sudah dicelur
  • Taugeh yang sudah dicelur


 Cara makan:
 Boh mi, boh sayur2 suma, boh le kuah. Boh dalam mulut.



Hasil percubaan pertama aku, buleh le kata menjadi. Cuma, aku terlebih letak cili kering. Ada la dalam 20 bijik lebih kot. Aku kan peminat pedas yang ekstrim. Terlebih pedas la pulok mi rebus aku. Hahaha.. berpeluh aku ngabihkan sepinggan mi. Pastu tambah lagi. Elok abih makan je rasa mcm baru balik jogging.

Gambo takde. Tak cun sebab sayur tak cukup. Inche Kitchi ka anti taugeh, bawang goreng dan sawi. JAdi, tak cantik le mi tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram