Followers

21 Dec 2010

Kalau dah semua setuju....

Beberapa hari ini akhbar memaparkan perancangan pernikahan pemain bola sepak sensasi negara Zaquan Adha Abdul Razak dengan pelakon Ayu Raudhah Che Wan. Apatah lagi keluarga Zaquan juga bersuara menyatakan persetujuan mereka terhadap hubungan cinta pasangan muda itu.

Bila cakap pasal Zaquan pasti kita teringat kisah kembarnya Aidil Zafuan yang pernah mencetuskan kemelut keluarga apabila berkahwin secara senyap-senyap dengan pelakon Rita Rudaini dua tahun lalu. Mereka kini sudah memiliki seorang anak comel. Hubungan dengan keluarga juga dingin gara-gara pernikahan itu.

Ayu dan Rita, dia wanita dari Utara tanah air itu lalui nasib yang berbeza bila memilih kembar kacak itu sebagai pasangan hidup.




Ayu nampaknya lebih bertuah kerana awal-awal lagi keluarga Zaquan menyatakan persetujuan. Berbeza dengan nasib Rita yang masih belum dapat memulihkan hubungan sepenuhnya dengan keluarga yang sama. Semoga hubungan Rita dan keluarga mertua juga bakal pulih.

Zaquan membuat pengakuan kepada majalah URTV pasal perancangan keluarganya merisik Ayu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti serta perancangan keluarga kedua-dua belah pihak untuk menyatukan mereka Januari depan. Jadi sahlah cerita pasal hubungan mereka bukan gosip semata.

"Insya-Allah mengikut perbincangan dengan keluarga, jadualnya (nikah) Januari nanti. Bagaimanapun kami masih berbincang dan mencari tarikh yang sesuai dalam bulan itu.

"Saya tak mahu bertunang lama-lama. Majlis merisik pula insya-Allah... selepas Hari Raya Aidilfitri nanti keluarga saya ke rumah Ayu. Buat masa ini kedua-dua belah pihak sudah pun berkenalan dari dekat," kata Zaquan.

Zaquan juga mengaku tertarik dengan Ayu kerana tutur kata dan bahasa adik kepada Rozita Che Wan itu yang lembut dan sopan.




"Paling penting dia menghormati keluarga dan kawan-kawan saya," sambung Zaquan lagi.

Ayu dalam kenyataannya kepada akhbar kompak sensasi, Kosmo meluahkan rasa gembira apabila kehadirannya diterima oleh keluarga Zaquan. Pastinya Ayu tidak mahu melalui apa yang dilalui oleh Rita dulu. Apabila keluarga itu membuat kenyataan terbuka menerima hubungan mereka, pastinya dia sangat gembira.

"Saya bersyukur hubungan kami direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak, tetapi tentang tarikh perkahwinan, masih belum ditetapkan lagi kerana belum ada sebarang perbincangan.

"Keluarga pihak lelaki pun kata akan datang (merisik) tidak lama lagi, jadi kita tunggu sajalah. Keputusan bukan di tangan saya, tetapi pada keluarga kami," kata Ayu yang menjalin hubungan mesra dengan Zaquan sejak setahun lalu.

Rita bagaimanapun enggan mengulas perkembangan adik iparnya itu.

""Saya tak ada kena mengena (dengan hubungan mereka)... saya tak nak campur," kata Rita ringkas dan penuh makna melalui khidmat pesanan ringkas SMS.



sumber: Manga Online



makbed: Nampak perbezaannya kalau menikah KENA cara dengan yang menikah tak KENA cara...Biar takde majlis besar asalkan mendapat restu dan redha semua terutama sekali ibu bapa kedua pihak. DOA itu penting. Kepada yang sudah bertemu jodoh, yang baru melansungkan pernikahan , Makbed ucapkan tahniah. Anda maju setapak lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram