Followers

1 Dec 2010

Semalam yang Memenatkan

Hari ni Gumox, Fiza dan Miza antar aku gi keje bersama Oni. Bambam Bee kuar wad petang ni. Esok leh drive sniri gi opis dah. So long car pooling!

Gumox call aku cakap nenek dia nazak dah. nak kena balik segera. Jadi, Fiza, Miza, Hamsiah dan Kering ditinggalkan dan dia dijangka kembalik pada hari Jumaat ni. Oni still dijaga diorg. Pengasuh gitau aku smlm tiket flight dia hari Jumaat ni. harap-harap berlakulah seperti yang dikatakan. Kalau dia tak balik lagi withiin this week, aku kena say bye bye la kat dia. Hantar Oni gi nursery suda. Menyampah.


Semalam, aku gi balik kampung. Kampung dekat je dan kampung itu pun bukan kampung aku. HAAA.... Selepas selesai segala urusan, aku bergerak gi umah Mak Miza di Ayer Tawar. Miza dah lama tak jengok mak dia sejak-sejak dah kaye ni ecewah.. so aku mengingatkan beliau jangan jadi anak derhaka. TApi sbenonye, tetiap kali Miza datang umah aku kat Lumut, dia sure gi jengok mak dia punye. Ngehehehe...


Sedap nya makanan mak dia masak. Lauk-lauk kampung aje. Takde banyak pun. Mak dia hepi sngguh bila kami ramai-ramai serbu rumah dia. Kalli terakhir aku jumpa Mak dia aku rasa 6 bulan lepas kot. Heee... Tapi tu singgah kejap je. Ini memang pegi stok nak selongkar dapur umah dia. Fiza lak sesampai nye terus capai basikal, gi ronda satu kampung. KEsian..dok kl tak penah buleh nek basikal. 

Sebelah umah ada pokok mangga. Aku soh Fiza kaitkan mangga muda untuk aku makan. Lepas makan nasik, aku kerat cabai burung kecil-kecil, then gaulkan bersama gula dan kicap. MAKAN SENGSORANG je sebab yang lain suma tak sanggup nak tahan masam. Ehh..habih pulak sebijik mangga. Nyuumm..nyum..








Kalu gambo Kering ni musti time tido. Nih la akibatnya tido tidak mengikut jadual. Main game sampai ke pagi tak tido-tido, pastu gi sana sini. Boleh tahan la 26 jam, lepas tu ko nampak tanah pun ko rasa macam tilam. Ni la buktinya. Letak kepala je, terus hanyut. 



Sempat gak gi tengok Bambam Bee kat bengkel. Dah siap dah sembur cat. Seksi nye beliau kan kan kan. Dalam nih tak nampak clear sangat. Kalau terer, tekalah apa warna baru Bambam Bee?





 Besok leh bawak dah... SONOK!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram