Followers

16 Nov 2010

Sedih ni aaaaa......

Allah je la tau perasaan aku yang mellow sekarang ni. Uhuuhhu...~

Please... gembirakan aku. Korang, i need your strength. Pinjam..Pinjam..


  Pagi ni Oni nangeh lagi. Semalam, masa aku amik dia hujan lebat. Bila sampai je depan pintu umah Isha, Oni terus nangeh bila nampak aku. Lari-lari then peluk. Macam tak jumpa lama. Alahaii... ngape la wat Ibu jadi serba salah ni. Tapi, kejap je nangeh. Then dia patah balik kat Isha. Aku suruh dia muah Isha dulu sebelum balik. Dia pun akur dengan arahan lisan aku. 


On the way ke rumah, dia bebel panjang. Ntah hape la yang dia ceritakan. Aku pasang lagu yang baru aku upload dari lappy ke pendrive.. Written In The Stars. Oni cepat tangkap bila dengar lagu-lagu yang selalu dia dgr. Dia hangguk-hangguk , tandanya dia tengah menikmati lagu tu. Cam lawak lak tgk kepala kecik tu head-banging. Kalau malam-malam pasang Channel Oasis, dgr matsuroh, dia akan goyang badan kiri kanan macam org tgh berwirid. Tu la bezanya.


Aku perasan badan ONi panas sikit. Temperature went up tu 38 degrees as I put the forehead thermometer on her head. Alah.. ni demam sbb nangeh kuat tadi ke? Cepat2 aku kasi dia makan ubat demam. Nangeh je macam baby bila aku masuk dapo. *Biasa la tu. Tapi kali ni dia nangeh macam tak kasi aku gi memana pun. Cemana lak tak gi memana? Nak kena masak nasik. Lapar la....  Ayah dia keluar jam 8.30 malam tu, ada dinner. Tinggal aku berdua je ngan dia. Aku masak bubur nasik. Makan ngan Oni sama-sama. Oni makan banyak jugak. Lepas dia makan, aku buatkan susu dan tak cemana ntah, kitorang dua-dua tertidor. Sedar-sedar Inche Kitchi dah ado kat sebelah dah. 


Pagi ni bila aku dah siap pakai tudung sume, aku kuar tengok Oni tido sebelah Ayah. Kaki beliau atas leher ayah dia. HAHAHAH.. apa style tido camni? Aku panggil Oni 3 kali, then dia pun bangun. Tenyeh-tenyeh mata. Pastu ngeliat sambil menguap. Ehh..ado air liur basi lak kat mulut sampai ke pipi. Oni sengeh-sengeh je pagi tu. Aku suruh dia amik bantal busuk ngan Koko masuk beg. Dia pun ikut je apa aku suruh. 

7.30am, kami da dalam kereta. Oni ok lagi. Dok head-banging dengar lagi Written In the Stars. Aku pun sama gak layan dia. Gelak-gelak budak tu tengok perangai gila Ibu dia. HArap-harap tak dela Oni nangeh teruk macam smlm. 


 Harapan tinggal harapan. 


 Bila sampai je depan pintu umah Faz, Oni dah wat muka resah. Dia tak pandang pintu pun. Dia tengok tangga. Aku tekan lak loceng, lagi dia meronta-ronta tak nak aku lepas kan dia. Bila Faz bukak pintu, dia dah mula nangeh. Isha dah bangun. Buat muka cute kat ruang tamu. Aku masuk ngan Oni, duduk bersila atas kapet. ONi peluk aku, tersangkut kat bahu sampai ke sudah. Sikit pun tak turun. Nangeh je.... Camanelah ni... 

Kalau ikut, aku memang tak nak tinggalkan dia cam tu. Tapi apakan daya ku. Sementara nak diam tu, aku borak-borak ngan Faz. Lama-lama Oni pun dah ok sket. Dia turun, dan boleh jalan sniri ke depan tv. Pastu, ntah apsal ntah tetiba nangeh balik. Aihh..macam drama la pulak. Cepat2 Faz pujuk dia. Dan aku pun mula melangkah keluar dengan diiringi tangisan Oni yang makin nyaring. 


Pelan-pelan aku turun tangga. Hati ni nak menangih dah ni. Camanalah pulak dengan besok? Besok Oni dah kena tinggal ngan Atok. Tu je yang terbaik. Daripada Oni nangih tiap2 kali hantar kat umah orang, baik aku tinggal terus kat umah Atok. Takyah amik-amik. Oni pun tak terganggu emosi. Aku rasa la kan.. Aku pun tak terasa berat setiap kali nak meninggalkan nya


Tapi, camana nak berhadapan dengan situasi meninggalkan Oni ni? Lama tau... HUaaaa....


Esok tinggal. 
Khamis keje.
Jumaat keje. Petang tu balik Sik balik.
Duduk sampai Ahad kat Sik.
PAstu tinggal lagi ONi. 
Sampai la hujung bulan.








Herannya...

Camanalah orang lain boleh tinggal anak kat parents jauh-jauh, jengok anak sebulan skali je? Camana boleh tinggal anak kasi orang tua bela sampai besar? Tak rindu ke? Tak terasa kosong ke? 


Skang ni pun aku dah terasa kosong....



Setakat la ni, Oni penah tinggal kat orang paling hebat pun sehari semalam je... Tu pun pasal nak gi KL, tgk premiere. HAHaa.. Sanggup balik tengah malam, demi nak peluk Oni cepat-cepat. Tapi, tu tinggal kat pengasuh dia. Takde la aku risau sangat. Sebab Oni memang dah biasa sejak kecik-kecik lagi. Kalau dok ngan pengasuh tak balik-balik pun dia ok je.... 


Apa beza dok ngan pengasuh dengan dok ngan atok ek??

Sama-sama la kita saksikan kesudahannya...






 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram