Followers

23 Nov 2010

Second Pregnancy - The Second Check Up

Aku gi A10 seawal jam 7.45 pagi hari ini.
Dapat angka giliran bernombor 2012. 
YES.... kejap je la.
Cuma 12 orang je.

Cam biasa..
rutinnya ialah
gi wat UPT
then timbang berat
pastu gi buat ujian tekanan darah


UPT - positif
berat terkini - 60 kg
tekanan darah - 110 / 70


 OK 
LULUS


 Sila ke kaunter menunggu di depan



Misi panggil untuk consultation. 
Disebabkan semalam aku demam, aku disuruh jumpa doctor pada hari ini. 


Doctor belum datang lagi.
Kena dengar Ceramah Penyusuan Susu Ibu la pulak
Start jam 9 pagi.
Boring..Boring..

Pehtu, tengah-tengah dok ceramah tu, nombor aku dipanggil
Oh, bukan nak jumpa Doc
tapi nak jumpa Sister untuk upacara scan baby


Baby sihat
Dah ada degupan jantung
Nampak denyut-denyut 
Tapi baby still kecik lagi


 ...Kena sound ngan Sister bila nak bangun dari katil scan tu...

 Nak bangun dari pembaringan tu jangan le terus bangun. Orang mengandung kena bangun pelan-pelan. Mengiring dulu, pastu baru bangun. Jangan bangun dari posisi baring. Terkejut pinggang tu kang.

oo.. camtu ke? Patut le asyik la salu sakit pinggang. 
Siyes jahil pasal ni. 
Ha.. Mak buyung sekelian. Take note OK.

Lepas scan, duduk balik kat tempat ceramah. 
Sambung dengar ceramah,
Jam 10am, ceramah dah habih.
Doctor tak mai lagi ni.
Mana lak doc ni....?


Dah tunggu lama sangat, gi makan dulu.
LAPAR
pagi tadi aku makan Coco Crunch je 
dah gigil-gigil dah ni
Ajak Inche Kitchi makan


Jam 11 am
dah abih makan
Doc tak sampai lagi!
Haiyahh!!
Mane ni.. Org nak gi keje laa

Mak Buyung dah bosan dah ni





Mak buyung yang lain mula keresahan. 
Ada yang cakap nak balik
nak postpone check up
Yelah..
banyak yg datang bawak asben
asben pulak ado yg duty 
time keje kan skang ni
Inche Kitchi cool je
tunggu kat luar
awal-awal tadi dia dengar gak ceramah penyusuan susu ibu tu

Aku tanya Misi
Misi cakap Doctor lewat sikit hari ni
ada 16 kes kat HATL
kes orang nak beranak la kot
Doc ada sorang je
hmm
memang la
kat sini Doc tak cukup
dah makin pupus dah doctor skang

Ada mak buyung lain dah siap balik
meja konsultasi pun dah kosong
 


Ala..alang-alang dah lewat, biar la lewat
Takde masa dah aku nak tangguh check up gi hari lain
buang masa lak
Aku minta time slip la kang
Sapo suh bagi aku dok lama-lama kat sini


jam 12.00 baru Doc sampai
LEGA..
NAk check tu kejap je


Sampai giliran aku,
dia check napas suma
Owhh.. aku ada sedikit semput lagi
But since ubat suma dah ada, so dia suruh aku makan je ikut jadual
Then dia bagi ubat tahan muntah lagi
tak sure la tu ubat tahan muntah atau ubat angin
Then dia bagi time slip
Kol 8am sampai 12.15pm
wa..kemutnye
tulih la sampai pukul 12.30pm

Pesanan penaja
jangan makan jajan berupa keropok Cheezel sebab banyak garam
dan jangan makan jeruk asam sebab air jeruk tu manis dan berasid
kalau lapar, sila makan makanan ringan berupa
BURGER DAGING, NUGGET, pedal goreng, hati goreng
waaahhaaa.. ade ke jajan camtu?
maksudnya
makanan berat bagi orang normal adalah jajan bagi orang pregnant
camtu ek?
Leh la makan Spicy chicken McDeluxe la pasni
wat jajan sambil tgk tv
pop corn adalah jajan yang tak digalakkan sebab manis
iskkk
aku ni nak makan pun susah
ada keinginan baru makan
Berat tak naik
Should I worry?




 Hari ni Makbed dihantar oleh Inche Kitchi
naik Wira Kurau
sebab
Bambam Bee kena hantar gi make over

Bambam Bee nak transform lagi.



Secara rasminya Makbed sampai opih jam 1.15 pm hari ni. Memang tidak disengajakan. Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram